OOO

Rabu, April 28, 2021

RESEPI BISKUT SWISS TART HAZEL NUTELLA COOKIES

Assalammualaikum

Dah banyak buat kukis raya? 

Bagi yang tak boleh pulang ke kampung halaman macam tahun lepas memang terasa sayu dihati.

Tak berpeluang merasa masakan ibu dan mengucup kedua tangan bapa dan ibu tersayang. 

Seperti tahun 2020 disebabkan Covid19 semua tak boleh merentas negeri. Beraya lah kita di rumah masing masing. 

Bagi yang ada anak anak kecil belikan lah baju raya untuk memberi keriangan buat mereka. 

 Akak dan suami  yang dah berusia ni pakai ajerlah baju yang ada dalam gobok.

InsyaAllah 4 anak akan beraya bersama kami sebab tinggal kat sini, cuma Yana ajer yang tak berpeluang menyambut raya seperti tahun lepas.

Akak buatlah dua tiga jenis biskut raya buat makan makan. Biskut ke 2 ni resepi dari Azlina juga.

Patutnya kukis ni guna noozle khusus nak bentuk bulat, tapi disebabkan akak tak beli lagi, gunakan apa jer yang ada kat umah.

Walaupun bentuk tak sama, tak kisah lah kan, janji rasanya sama

Agak leceh gak nak paipkan adunan ni. Sakit gak tangan, sebelum tu kena bakar/sangai dulu kacang Hazel sebelum digunakan.

Pastu buang kulit, bila adunan dah siap, bolehlah paipkan Nutella dan buh kacang Hazel.

Selamat mencuba

Tenguk kat FP https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3820051841381248&id=1008451305874663&sfnsn=mo Ina yer

Selasa, April 20, 2021

RESEPI ALMOND BISCOFF CRUNCHYS COOKIES VIRAL AZLINA INA SEDAP

Assalammualaikum dan selamat berpuasa semua. Dah mula buat kukis raya ker? 



Kebetulan anak menantu balik buka puasa kat umah, apa lagi akak kerah mereka buat kukis ni. 

Bahan semua dah ada sebab spread dan biskut biscoff yang  akak beli tak habis habis. Sebabnya dah cuma tinggal 2 remaja riang kat umah akak. Kalau dulu pantang beli, habis jer. 

Rasa sayanglah pulak. Cuma beli nestum, gula perang dan almond secara on9. Yang lain memang ada stok. 

Jom check resepi ni yang akak ambik kat fb


Banyak betul bahan yang di guna nak buat kukis ni. Terlupa yang cream of tartar tak ada. Jadi tak buh lah adunan๐Ÿ˜…


Kena tenguk betul betul bahan bahan baru buat. Akak tak buh pun coklat chips butterscotch. 




Kalau nak tenguk kat fb pun boleh.

 

Memang orang jual harga kayangan sebab modal yang di keluarkan boleh tahan. 

Kalau rajin buh lah biscoff spread kat tepi balang macam yang dia buat untuk lebih nampak umphh. ๐Ÿ˜

Kalau nak rasa boleh beli kat kedai Azlina Ina di Setia Alam. 

 Resepi asal FP Azlina Ina


Isnin, April 19, 2021

DOA KETIKA MENDENGAR/MENDENGAR BUNYI PETIR

Orang tua  dulu dulu kata, yang petir tu nak panah syaitan. Ada yang kata jin Islam nak bunuh jin kafir. 

Masa tu kalau boleh tolong elakkan dari  duduk di bawah pokok, di rumah usang. 

Siap berpesan bila nampak sahaja kilat/ bunyi petir segeralah baca ayat

ู„ุง ุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุงู„ุง ุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนู„ูŠ ุงู„ุนุธูŠู…


"La Haula Wala Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil- 'Adzeem" 

Agar jauh  dari kena panahan petir sambil lari berkurung sambil baca ayat ini tak berhenti henti. 

Masa tu memang tekup telinga, pucat lesi, jantung berdebar dibuatnya. 


Kalau boleh amal doa ini pun bagus... 


ุงّู„ู„َّู‡ُู…َّ ู„َุง ุชَู‚ْุชُู„ْู†َุง ุจِุบَุถَุจِูƒَ ูˆَู„ุงَ ุชُู‡ْู„ِูƒْู†َุง ุจِุนَุฐَุงุจِูƒَ ูˆَุนَุงูِู†َุง ู‚َุจْู„َ ุฐَู„ِูƒَ


Allahumma la taqtulna bi ghadhobika wala tuhlikna bi a’zabika wa a’fina qobla zalika


“Ya Allah, jangan bunuh kami dengan murkaMu, dan jangan binasakan kami dengan azab-Mu, dan maafkanlah kami sebelum itu.”


https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/doa-ketika-mendengar-petir/


Ada pula yang kata yang sebenarnya petir tu bila berbunyi dia bertasbih(dlm surah ุงู„ ุฑุนุฏ..Bukan untuk panah syaitan.

Yang panah syaitan adalah bintang bintang di atas langit yg memanah dengan cahaya ke syaitan yang mencuri dengar perbualan para malaikat.


Jumaat, April 02, 2021

AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP

 ❤️AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP๐Ÿ’•

Assalammualaikum 

Morning² salam penghulu segala hari๐Ÿ’–

selawat atas nabi..

Bersedekah dan mulakan hari anda dengan bismillah serta senyuman yang manis. 

Bahan:

- 1 ekor  ayam ukuran sedang, potong 12 cuci dan toskan

- 2 lembar daun salam

- 1 helai daun kunyit

-air kelapa


Bahan kisar halus:

- 5 biji bawang merah

-sedikit lengkuas

- 3 biji bawang putih

-2 batang serai

- 1 sudu teh ketumbar

- 1 sudu teh jintan manis

- Garam secukupnya

Cara memasak:

- Masukkan ayam,  bahan kisar halus, air kelapa, daun salam serta daun kunyit  dalam periuk


- Campur rata, masak dengan api kecil sampai ayam empuk dan  meresap bahannya.  


Toskan air bila dah empuk, campurkan serbuk kari ayam pastu perap sekejap. Simpan bahan yang lain. Buang daun salam dan daun kunyit. 


- Panaskan minyak, goreng ayam sampai keemasan.

https://youtu.be/1tXuvoqBnCo

Video Masak Ayam Goreng

- Goreng bahan kisar secara terpisah agar tidak hangus. 


Angkat dan toskan.

JARIAH RILIEF DATO' RIZALMAN

Assalammualaikum 


Selamat Hari Rizalman semua. 


Sempena Hari Rizalman ni juga Dato dah lancarkan Rilief di mana untuk membantu ramai yang memerlukan di luar sana.


Sempena hari Jumaat yang mulia jom kite semua sama sama berjaRiah mengikut kemampuan masing masing ๐Ÿ˜Š


Cara cara jaRiah : 


1. Laman web ; 

https://daralqari.my/jariah/


2. Scroll ke bawah dan akan jumpa perkataaan “Jariah” dan click 


3. Bole pilih online banking atau manual transfer 


Semoga urusan kite dipermudahkan, dimurahkan lagi rezki, diberbanyakkan lagi pahala dalam membuat amalan kebaikan.


Aminn. InsyaAllah 

Khamis, April 01, 2021

RESEPI KERUTUK ITIK WARISAN POKLEH REMPAH PASAR PAYANG

 Assalammualaikum semua

Bila gi jejalan akak paling suka singgah kat pasar. Kat situ ralit tenguk bahan bahan dan makanan yang di jual. Siapkan l duit dalam poket jer. 

Bila kemas balik barang dalam peti sejuk ternampak rempah kerutuk  yang akak beli tak silap bulan 3 tahun lepas di Pasar Payang yang baru. 


Satu paket ni boleh guna 2 kali. Bila nampak balik akak pun masalah guna itik lepas dah cuba buat kerutuk ayam. 

Akak tenguk resepi kat belakang kertas. Cuma akak tak masukkan belacan. 

Pastikan bahan semua ada baru buat. Akak buat sambal belacan yang bahannya di goreng dan masukkan juga ikan bilis. 

Baru masukkan dalam batu lesong pastu buh gula nisan dan jus limau kasturi.  


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...