OOO

Memaparkan catatan dengan label Tahun Melawat Terengganu 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun Melawat Terengganu 2013. Papar semua catatan

Rabu, Februari 20, 2013

Makanan Best Terengganu

Assalammualaikum semua

Kalau gi jejalan sekarang ni akak sukalah pulak ambil gambar makanan yang di jual ataupun ternampak di mana-mana ajerk..kadang-kadang orang pandang pelik bila akak ambik gambar.  Apa hallah makcik ni ashik ambik gambar?

Rasanya tentu sesuai kan blog akak penuh gambar makanan sebab  sebab akak selalu tepek resepi :)
Lupa nak tanya apa ke nama kueh ni?
Beli gak rojak ayam@rojak ke...ng di Pasar Malam Duyong..murahnya..baru RM2.00 sahaja..boleh untung ker? tahniah buat peniaga ini  yang tak ambil untung yang berlebihan.
Kat Terengganu Rojak Ayam terdiri dari Cucur Keras, Cucur Lembut, Taugeh, Taukua, Cebisan Ayam Goreng, Telur Rebus, Timun, Mee Kuning dan salad..kuah dia pula lebih kurang cam kuah satay tapi cair sikit.
Ada member blog suruh rasa Laksa Terengganu kalau sampai kat sini.  Bila terjumpa akak tak lepaskan peluang untuk merasanya.  Sedap dan murah harganya...siap tanya kat penjual ..kuah laksa ni jenis masak ataupun kuah mentah.  Takut kalau kuah mentah akak tak boleh makan.
Akak makan laksa dan mee rojak ayam kat tempat kami berehat  sambil makan guna tangan dan tuang atas dulang....nak buat camner kan..beli kat pasar malam..rasanya lagi sedap aaa makan guna tangan.
Sedap aa apam balik kecik ni..murah pulak tu 10 keping RM1.00..kat KL tak pernah jumpa lagi apam balik kecik camni.  
beli gak kueh ni tapi tak tau nama
kueh akok..kalau dapat yang panas lagi sedap
macam-macam perisa ada

Tentu banyak lagi makanan  di Terengganu yang best yang belum pernah akak cuba.  Insyallah jika pegi lagi nak merasa

 Dulu dah pernah pekena  

Terengganu..memang syurga makanan dan harganya sungguh murah.  Tahun ni Tahun Melawat Terengganu 2013..jom pakat gi jejalan ke situ

Selasa, Februari 12, 2013

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Assalammualaikum semua

Cuti panjang Tahun Baru China ramai yang mengambil kesempatan jalan-jalan bersama keluarga tersayang dan kenalah bersedia menghadapi kesesakan jalanraya di sepanjang jalan keluar dari Kuala Lumpur tak kiralah ke utara, selatan, timur dan barat.

Nasib baik akak dah jejalan ke Pantai Timur minggu lepas, perjalanan lancar..kami tak menghadapi sebarang masalah nak ke mana-mana. 


Selepas maghrib kami ke Pantai Batu Burok salah satu pantai yang popular dan terletak 1 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Oleh kerana kami pergi di waktu malam, tak dapatlah kami melihat keindahan pantai ini tetapi kami melihat ajer gelagat para pengunjung di situ.  Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman dan pakaian.
 
Kemudian kami singgah pula di Masjid Tengku Tengah Zaharah berhampiran dengan Taman Rekreasi Kuala Ibai. Terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama hendak ke Kuantan.

 Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Lokasi masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan masjid ini ialah berjumlah 1,372 meter persegi dan menaranya setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Sumber : google 

Kemudian kami ke Kuala Terengganu Waterfront yang terletak di sepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing, Kuala Terengganu Waterfront atau lebih dikenali dengan nama KT Waterfront adalah sebuah taman awam yang dibina di tebingan Sungai Terengganu
 

Kami juga jejalan di Pulau Warisan yang mempunyai lampu-lampu yang cantik seperti di ICT Shah Alam. 

Banyak lampu-lampu cantik menghiasi sepanjang sungai dan terdapat juga aktivti ATV di sini.  Kebanyakan orang datang sini ialah untuk mengambil angin malam dan menikmati pemandangan  di waktu malam bertemankan cahaya lampu yang menarik.

Kemudian kami ke Chinatown (Kampung China)..tak turun pun sebab dah malam..insyallah jika pergi lagi ke sini..akak nak jejalan ke sini pula.

Marilah melawat Terenggau sempena Tahun Melawat Terengganu 2013


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...