Ayam panggang bermadu ni lagi best bakar atas bara tapi dek kerana kemalasan nak bakar arang...akak masuk ajer dalam oven. Bakar atas jaring dalam oven dan buh pengalas kat bawah dengan aluminium foil supaya senang nak di bersihkan nanti. Bila dah 20 - 30 minit pusingkan ayam sambil sapu ayam dengan lebihan bahan perapan. Tunggu lagi sehingga 20 - 30 minit baru boleh di santap.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 8
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar madu
6 ulas bawang putih
2 inci halia
serbuk lada hitam
Lepas dah bakar buh ayam atas aluminum foil..ambik air yang
keluar dan berus lagi kat atas ayam.
Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia dan gaul semua bahan yang lain bersama ayam
dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Sesudah di perap boleh di panggang dalam oven dengan suhu 180C - 200C (bergantung pada oven masing-masing) 45-1 jam..atau boleh jugak di panggang atas bara arang..lagi sodap