OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat ayam panggang sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat ayam panggang sedap. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 09, 2012

Ayam Panggang Bermadu

Ayam panggang bermadu ni lagi best bakar atas bara tapi dek kerana kemalasan nak bakar arang...akak masuk ajer dalam oven.  Bakar atas jaring dalam oven dan buh pengalas kat bawah dengan aluminium foil supaya senang nak di bersihkan nanti.  Bila dah 20 - 30 minit pusingkan ayam sambil sapu ayam dengan lebihan bahan perapan.  Tunggu lagi sehingga 20 - 30 minit baru boleh di santap.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 8
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3-4  sudu besar madu
6 ulas bawang putih
2 inci halia
serbuk lada hitam

 Lepas dah bakar buh ayam atas aluminum foil..ambik air yang 
keluar dan berus lagi kat atas ayam.
Cara-cara

1.  Bersihkan ayam dan toskan.
2.  Tumbuk bawang putih dan halia dan gaul semua bahan  yang lain bersama ayam
dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
3.  Sesudah di perap boleh di panggang dalam oven dengan suhu 180C - 200C (bergantung pada oven masing-masing)  45-1 jam..atau boleh jugak di panggang atas bara arang..lagi sodap

Jumaat, Mei 11, 2012

Ayam Panggang Dalam Oven


Tajuk tu memanglah ayam panggang dalam oven sebab akak bakar dalam oven..kalau panggang atas pemanggang letrik lain namanya.  Kalau panggang atas bara arang dah jadi lain gak nama dia bukan.  Bila akak malas masak..akak buat camni ajer..tak banyak kerja dan mudah di sediakan.
Bahan-bahan
1kg kepak ayam  bersihk dan tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu kecil mixed herbs
sedikit mentega
2 biji kentang russet-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji tomato
 
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan halia ke seluruh kepak ayam.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, hirisan  bawang, tomato  dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  gunakan api atas pula dalam 10 minit.
6.  Hidangkan panas-panas.

Bakar garlic bread..roti panjang beli kat giant...tapi tang sapuan tu akak buat sendiri..bukan susah pun...ambil butter dalam 6 sudu besar dan biarkan dalam suhu bilik.Tumbuk lumat 2 biji bawang putih dan campurkan dalam butter dan masukkan sekali daun pasli kering/daun ketumbar/mixed herbs (agak-agak.atau ikut suker).
 
jagung kukus, selepas di kukus masukkan merjerin, 
sedikit garam dan susu pekat (Rujuk kat SINI)
 
 kentang goreng 
 
dan sup campbell

Ahad, Ogos 23, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken Again(tapi akak tambah madu)


Bila tanya anak-anak...nak makan apa berbuka nanti...semua sebut nak lauk ayam...akak pergilah ke pasar borong selayang..mak datuk ramainya orang kat pasar ni...jalan jem...Dah pernah dah buat ayam ni tapi russhdi dan ira tak rasa lagi. Buatlah lagi resepi dari blog diana yang marvelous ni...
.
Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kentang, dipotong dadu )
  • karot, dipotong ikut suka ) tak buat kali ni...sebab anak-anak tak suka
  • bawang, dipotong baji )
Akak tambah : 3 sudu besar madu

Nilah rosemary...kalau dapat yang fresh lagi sedap bau dia..

Cara-caranya

1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.

Ayam tu akak kelar-kelar dulu baru akak lumurkan dengan bahan-bahan dan akak balut dengan cling plastik pastu peraplah dalam 4 - 5 jam dalam peti sejuk...nak bakar buanglah plastik tu...

5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
6. Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

Nota: D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

Nak makan macam ni pun boleh..sebab bubuh madu kot...ayam ni nampak berkilat...

Nak tuang sos pun boleh...dah tambah madu bolehlah panggil Rosmary Lemon Grilled Honey Chicken..lantaklah betul ke salah..jadi sedap...
Haslina Harun

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...