OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam bakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam bakar. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 08, 2014

Cara Buat Ayam Bakar

Assalammualaikum semua
Sekarang ni akak lebih suka bakar ayam dalam oven, selain dari baik untuk kesihatan masak cara camni memudahkan akak.  Tapi kena perap lama baru sedap, selain dari guna kepak ayam boleh gak guna bahagian yang lain.

Bahan-bahan
8 kepak ayam
1 sudu kecil gula perang/madu
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
sedikit serbuk jintan putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit daun persley kering
3 biji ubi kentang usa-potong 8
sedikit baby carrot
1 biji bawang holland-hiris bulat

Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang  merah, bawang putih dan halia.
  2. Bersihkan kepak ayam dan toskan.
  3. Masukkan semua bahan dan gaul rata,
  4. Perap sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
  5. Masukkan ubi kentang, bawang holland  dan baby carrot kedalam tray yang telah di sapu minyak bersama ayam yang telah di perap dan gaul baru di bakar.
  6. Bakar dalam suhu 200C selama 30-40 minit.
  7. Bila dah masukkan letakkan tray kat atas dan bakar lagi 5 minit.
  8. Bolehlah di hidangkan.

Selasa, Oktober 22, 2013

Resepi Ayam Bakar Taliwang Khas Lombok

Assalammualaikum semua

Lama gak akak cuti masak, ke Miri seminggu, balik sini dah dekat hari raya haji.  Hari raya haji cuma rebus nasi impit segera,buat kari ayam..mak akak tolong buatkan sambal sotong kering. Pastu ada buat majlis sikit dengan jiran dan adik beradik...adik ipar bawa bihun goreng..akak order kueh mueh ajer dari jiran adik ipar.
Nak buat Ayam bakar Taliwang ni sebenarnya kena guna ayam kampung ikut resepi asli orang Lombok dan besarnya lebih sedikit dari burung puyuh.  Dah duk kat Kuala Lumpur ni mana nak cari ayam besar tu.  Akak guna ayam biasa ajerlah, kalau bakar guna api arang lagi sodap tapi akak guna ajer oven letrik.  Tak dan nak buat kerja remeh temeh, banyak urusan untuk perkawinan anak. 

Nak menjemput orang tua-tua tak leh calling calling ajer ataupun kirim kad, nanti mereka merajuk tak nak datang.  Orang yang muda kenalah hormat orang orang tua kan.  Yang muda-muda akak pos ajer kad, tak dan nak gi kat umah mereka satu persatu sebab sekarang ni pun minyak dah naik harga kan.

Bahan-bahan Ayam Bakar Taliwang:
• 1 ekor ayam/ayam kampung- belah 2
• 1 biji limau nipis
• 1 sudu makan garam
• 1-2  makan minyak untuk menumis
• 3 sudu makan minyak masak/marjerin
• 2 helai  daun limau purut

BAHAN DIHALUSKAN:
• 10 biji  bawang merah
• 5 biji  bawang putih
• 7 biji cili merah 
• 5 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah lagi
• 1 sudu teh belacan-di bakar
• 1 sudu makan gula merah/gula melaka
1 sudu teh garam
• 1 buah tomato besar
CARA MEMBUAT Ayam Bakar Taliwang:
1. Basuh bersih dan kelar-kelar badan ayam dan lumuri ayam dengan jus limau nipis dan garam.  Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar  yang dihaluskan dengan minyak.  Kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan lumuri  hingga ayam bersalut dengan rempah dan masak ayam sehingga setengah masak dan angkat.
4. Biarkan 1 jam agar bumbu meresap. Masukkan daun limau purut  ke dalam perut ayam.
4. Bakar ayam di atas bara api (lagi sodap) atau oven dengan suhu 180-200C  sambil diolesi rempah dan margarine cair. Balik ayam agar masak sekata dalam 30-45 minit atau sehingga ayam masak keperangan.

Selasa, Januari 22, 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Assalammualaikum...lambat update blog hari ni..hari ni gi sekolah anak di Rawang..ambil duit RM100.00 ..besok ambil untuk Imran pula.  Orang dah beri ..ambil ajerlah. 

Resepi ni resepi recycle..tak apalah kan..kali ni akak buat sos lada hitam..resepi ni  akak ambil dari teman masak memasak Hana dah banyak orang buat.  Memang sedap tau...cubalah kalau tak percaya.  


Bahan Utama
  • 1 ekor ayam (bersihkan luar dalam dan dikelar-kelar di badan ayam terutama yang banyak isi) - akak guna 4 ketui ayam bahagian peha camni
Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- akak guna gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran(mixed herbs-boleh beli kat kedai bakeri/giant/tesco/C4)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega (akak guna olive oil)

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.  Seeloknya semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Akak bakar dalam suhu 200C. Dan akak balikkan ayam selepas 45 minit.
  6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.  
  7. Bila dah masak akak guna api atas sahaja nak bagi garing sikit ayam ni...
  8. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Sos Lada Hitam
Air lebihan ayam selepas di bakar
3 sudu besar sos lada hitam
sedikit kicap manis
2 sudu besar susu penuh krim
2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 cawan air -ambil sedikit untuk di campur dengan tepung jagung
1 sudu teh tepung jagung

Caranya
Masukkan air lebihan kedalam periuk dan campur air.  Didihkan
Masukkan sos lada hitam, kicap manis, susu dan air (tinggal sikit nak buh tepung jagung)
Mendidihh masukkan serbuk lada hitam kasar  dan air bancuhan tepung jagung
Siap dan tuang atas ayam bakar

Selasa, Oktober 09, 2012

Ayam Panggang Bermadu

Ayam panggang bermadu ni lagi best bakar atas bara tapi dek kerana kemalasan nak bakar arang...akak masuk ajer dalam oven.  Bakar atas jaring dalam oven dan buh pengalas kat bawah dengan aluminium foil supaya senang nak di bersihkan nanti.  Bila dah 20 - 30 minit pusingkan ayam sambil sapu ayam dengan lebihan bahan perapan.  Tunggu lagi sehingga 20 - 30 minit baru boleh di santap.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 8
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3-4  sudu besar madu
6 ulas bawang putih
2 inci halia
serbuk lada hitam

 Lepas dah bakar buh ayam atas aluminum foil..ambik air yang 
keluar dan berus lagi kat atas ayam.
Cara-cara

1.  Bersihkan ayam dan toskan.
2.  Tumbuk bawang putih dan halia dan gaul semua bahan  yang lain bersama ayam
dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
3.  Sesudah di perap boleh di panggang dalam oven dengan suhu 180C - 200C (bergantung pada oven masing-masing)  45-1 jam..atau boleh jugak di panggang atas bara arang..lagi sodap

Khamis, Julai 05, 2012

Makan Cara Omputih-Ayam BBQ Baked Bean Lagi

Ayam bakar lagi sedap bakar dengan arang tapi akak tak rajin nak menghidupkan arang tu..akak cuma masukkan ke dalam oven ajer. Kali ni buat salad sikit.  Beli dalam packed yang siap di JJ...ada salad, cherry tomato dan daun rocket....balik rumah cuma campurkan dengan kuah salad sayur-sayuran.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 bersih dan toskan
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin
baby carrot-optional
2 biji ubi kentang russet-us potatoes-potong 8
1/2 botol honey barbecue sauce jenama kraft

Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. 
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam, yang telah di perap diikuti dengan  kentang dan baby carrot.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)
perasan makan cam kat restoran lah pulak

Isnin, Mac 26, 2012

Ayam Panggang Berserai Lagi

 Kadang dek kerana bosan ashik makan berat, akak buat makan stail camni.  Tapi kenalah perap dulu ayam ni dari pagi, petang baru masuk oven. Dulu dah pernah buat..akak buat 2 kali ganda dari resepi.Akak ambil resepi dari blog hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam-akak guna kepak ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kali ni akak guna Russet potato sebab cepat masak dan  bawang besar - hiris 
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
 alahai..tersangatlah hitam tapi sodapp
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada kentang dan juga bawang. (tak buat pun..akak letak ajer macamtu). Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy. (malas nak buat jadi ayam nampak kering/hitam)
goreng ubi kentang
cuma panaskan  campbell soup
 Dek kerana malas akak masukkan kobis dan carrot dalam f/p..keluarkan baru masuk semua bahan yang lain

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Isnin, April 11, 2011

Resepi Ayam Panggang Hickory Smoke


 ayam mahal..semua akak bakar
Dulu buat ayam panggang ni guna brand yang sama tapi guna honey.  Gi cari kat Giant tak jumpa , yang ada cuma hickory dickory..terus buat ajerlah guna yang ini.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 dan bersihkan.  Tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 tin kacang panggang 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit mentega
2 biji kentang-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 batang lobak merah-potong kecil
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam dan halia ke seluruhan badan.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, lobak merah, bawang dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam,  sapu lagi sos dan tuangkan kacang panggang  dan biarkan 20 minit lagi.
6.  Kalau suka  gunakan api atas dan biarkan ayam garing sikit , sapu sos dan keluarkan dari oven,
7.  Hidangkan panas-panas. 
 Buat garlic breads, kentang goreng dan sup campbell.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...