OOO

Memaparkan catatan dengan label cara bakar ayam panggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara bakar ayam panggang. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 09, 2012

Ayam Panggang Bermadu

Ayam panggang bermadu ni lagi best bakar atas bara tapi dek kerana kemalasan nak bakar arang...akak masuk ajer dalam oven.  Bakar atas jaring dalam oven dan buh pengalas kat bawah dengan aluminium foil supaya senang nak di bersihkan nanti.  Bila dah 20 - 30 minit pusingkan ayam sambil sapu ayam dengan lebihan bahan perapan.  Tunggu lagi sehingga 20 - 30 minit baru boleh di santap.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 8
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3-4  sudu besar madu
6 ulas bawang putih
2 inci halia
serbuk lada hitam

 Lepas dah bakar buh ayam atas aluminum foil..ambik air yang 
keluar dan berus lagi kat atas ayam.
Cara-cara

1.  Bersihkan ayam dan toskan.
2.  Tumbuk bawang putih dan halia dan gaul semua bahan  yang lain bersama ayam
dan di perap semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
3.  Sesudah di perap boleh di panggang dalam oven dengan suhu 180C - 200C (bergantung pada oven masing-masing)  45-1 jam..atau boleh jugak di panggang atas bara arang..lagi sodap

Isnin, Mac 26, 2012

Ayam Panggang Berserai Lagi

 Kadang dek kerana bosan ashik makan berat, akak buat makan stail camni.  Tapi kenalah perap dulu ayam ni dari pagi, petang baru masuk oven. Dulu dah pernah buat..akak buat 2 kali ganda dari resepi.Akak ambil resepi dari blog hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam-akak guna kepak ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kali ni akak guna Russet potato sebab cepat masak dan  bawang besar - hiris 
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
 alahai..tersangatlah hitam tapi sodapp
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada kentang dan juga bawang. (tak buat pun..akak letak ajer macamtu). Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy. (malas nak buat jadi ayam nampak kering/hitam)
goreng ubi kentang
cuma panaskan  campbell soup
 Dek kerana malas akak masukkan kobis dan carrot dalam f/p..keluarkan baru masuk semua bahan yang lain

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Jumaat, Julai 01, 2011

Ayam Panggang Madu Kraft

Alahai puas nak fikirkan nama masakan ni. Akak guna sos bbq jenama kraft, pastu tuang baked beans. Bolehlah kot nama camni. Dah banyak kali akak buat ayam panggang camni.

Senang ajer nak buat ayam panggang ni. Semudah A B C.
baru keluar dari oven
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 di basuh dan di toskan.
1/2 botol sos bbq madu kraft-lebih kurang
1 sudu besar mixed herbs
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun (kalau tak ada guna minyak biasa pun boleh)
lobak-potong panjang
1 biji bawang besar-potong gelang
2 biji ubi kentang-di potong 6 dan di goreng pastu toskan
1 tin kacang panggang (akak suka ayam brand)
sedikit garam

Cara menyediakannya
1. Lumur dulang pembakar dengan minyak zaitun. Masukkan sos kraft, mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam ke dalam ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
2. Panaskan oven ke suhu 200 C dan masukkan ayam tadi. Setelah 1/2 jam masukkan lobak, bawang besar dan ubi kentang. Siram ayam dengan sos yang keluar.
3. Setelah 10 minit masukkan kacang panggang ratakan. Siram lagi ayam.
4. Gunakan api atas grill lagi ayam selama 5 minit untuk bagi ayam warna keperangan (kalau tak nak tak per)
5. Bolehlah hidangkan bersama-sama makanan selingan.
p/s Anggaran memasak bergantung kepada besar/kecil ayam dan oven masing-masing.
Makanan selingan Soup Campbells
Kentang goreng lada hitam dan coleslaw.(gambar kat atas bersama ayam)

Isnin, April 11, 2011

Resepi Ayam Panggang Hickory Smoke


 ayam mahal..semua akak bakar
Dulu buat ayam panggang ni guna brand yang sama tapi guna honey.  Gi cari kat Giant tak jumpa , yang ada cuma hickory dickory..terus buat ajerlah guna yang ini.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 dan bersihkan.  Tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 tin kacang panggang 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit mentega
2 biji kentang-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 batang lobak merah-potong kecil
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam dan halia ke seluruhan badan.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, lobak merah, bawang dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam,  sapu lagi sos dan tuangkan kacang panggang  dan biarkan 20 minit lagi.
6.  Kalau suka  gunakan api atas dan biarkan ayam garing sikit , sapu sos dan keluarkan dari oven,
7.  Hidangkan panas-panas. 
 Buat garlic breads, kentang goreng dan sup campbell.

Sabtu, Disember 04, 2010

Resepi Ayam Barbecue


Buat untuk makan malam hari jumaat lepas...senang ajer nak membuatnya. Semudah A, B, C. Jom kita tenguk camner nak membuatnya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong empat
2 inci halia-tumbuk lumat
4 biji bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit garam
1 tin besar baked beans/kacang panggang chap ayam
1 biji lemon-hiris lebar
1 biji bawang holland-hiris bulat
sedikit minyak zaitun/marjerin


Cara menyediakan
1. Lumur 1/2 botol sos bbq tadi bersama-sama halia dan bawang putih yang telah di tumbuk.
2. Campurkan sekali sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perahkan jus lemon dan masukkan sekali kulit lemon sekali kedalam ayam.
3. Perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap terutama semalaman.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200 C. Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun dan letakkan ayam yang telah di perap.
5. Tuangkan baked bean/kacang panggang kemudian letakkan hirisan bawang holland dan bakar selama 45 minit atau 1 jam (bergantung kepada besar ayam)
6. Selepas 45 minit gunakan api atas saja dan balikkan ayam dan bakar lagi selama 5 minit jika suka. (akak suka ayam hitam sikit camni)


Coleslaw

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Beli kentang dinginbeku dan goreng ajer dengan minyak panas.

Rabu, Oktober 13, 2010

Ayam Panggang Honey BBQ

Ada blogger panggil ayam mengangkang ataupun terkangkang ataupun terkengkang..suka hati nak panggil apa lah yer..janji boleh makan.  Akak bakar hari Jumaat lepas.
Dah lama dah tak buat ayam bakar macam ni.  Akak pakai sos yang ni ajer.  Sonang cerita.

Bahan-bahan
1 ekor ayam-bersih dan di kelar-kelar keseluruhan badan pastu toskan.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya

Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih dan halia ke seluruhan badan.
2.  Lepas tu lumurkan pulak sos.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 200-220 C dan masukkan ayam guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam dan sapu lagi sos.
6.  Bakar lagi dalam 20 minit dan sebelum keluarkan dari oven sapu sos lagi.
7.  Hidangkan panas-panas..jangan lupa pisau tajam yer..kalau tak ada pisau tajam..gunakan ajerlah kreativiti macam mana nak makan ayam tu.
Makanan sampingan- sup campbell dan ubi kentang goreng - tabur dengan serbuk cheese-macam kat mc d tu (waiter tu bagi lebih masa makan kat klia )

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...