OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat karipap ranggup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat karipap ranggup. Papar semua catatan

Rabu, Disember 10, 2014

Resepi Karipap Ranggup Tiga Tepung

Assalammualaikum semua

Tak salah kalau kita mencuba pelbagai kulit karipap ni, ada yang letak minyak panas dan mentega dan pelbagai lagi.

Kali ni akak cuba ambil resepi kulit karipap dari geng blog Along tapi akak perap dalam 20 minit sebelum menggelim.

Bilangan 36 ketul

BAHAN-BAHAN
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sudu besar  Gula
1 sudu teh  Garam
2½ sudu besar Marjerin*
¼ cawan Minyak* (* panaskan) 
Air

CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan bahan kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.

Akak letak doh dalam plastik berikat dan tutup selama lebih kurang 20 minit.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil setelah 20 minit.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan
Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga   sehingga garing.


Kalau nak buat inti kentang, resepi kat sini

Jumaat, Julai 11, 2014

Karipap Inti Sardin dan Kentang

Assalammualaikum semua

Karipap inti sardin ni kan, suami dan anak-anak tak doyan (tak nak).  Tapi disebabkan akak ni kan chef kat umah, akak buat gak sebab tekak teringinlah sangat.  
Akak buat gak karipap inti kentang sebab inti ada lagi buat minggu lepas.  Puaslah gak nak mengelim, akak goreng tak banyak, yang lebih simpan buat stok.  Kalau teringin nak mengonyel bolehlah goreng jer.  

Resepi akak ambil dari  Tun Telani yang di share di Myresepi.  Kalau nak tau cara masak inti kentang campur daging/ayam bolehlah ke SINI yer.


Bahan-bahan ( dlm 35biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam

  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu (akak buat 3 biji)
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis-ambil jus

Cara-cara

  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
  7. bila inti dh sejuk, blh la buat karipap =) ni yg dh siap.. blh wat frozen karipap

*Bila goreng gunakan api yang sederhana kecil yer, takut nanti kulit menggerutu dan guna minyak masak yang banyak.  Tak membazir sebab minyak tu boleh di gunakan untuk masak masakan yang lain.

Selasa, Oktober 16, 2012

Karipap Ala-Ala IKEA

Assalammualaikum dan selamat petang

Baru sempat nak update blog belah petang..pagi tadi ke Bandar Baru Bangi sebab nak jumpa 2 orang pemenang GA akak tempuh hari.  Pastu jumpa 2 orang lagi member blogger yang dah lama tak jumpa.  Terima kasih kepada  Ummiross sebab sudi belanja akak makan tengahari. 
Sape yang pernah ke IKEA mesti pernah rasa karipap IKEA yang di jual di sana.  Akak pun suka gak beli..kat situ satu karipap di jual RM1.00 tapi kalau beli 5 dapat free satu..kalau tak silap.  

Nilah karipap IKEA. Karipap tu macam karipap biasa tapi ada letak potongan telur rebus.

Akak pun bervangan nak buat karipap ala-ala IKEA minggu lepas. Bila dah letak potongan telur kenalah buat doh  besar sikit dari biasa.


Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar mentega/marjerin

2 sudu besar minyak masak

Air masak suam  bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)


Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

  akak sekarang ni jarang terap bulat-bulat..ambik doh..gentel bulat terus di canai ...tak kuasa nak terap lagi dah..
Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 2 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
  • 4 biji telur rebus-dipotong kecil
 
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh). Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan potongan telur rebus kemudian klim seperti biasa.
  10. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu

Ahad, Januari 22, 2012

Mari Menggelim Karipap Kentang


Buat inti karipapnya semalam..patutnya buat minum petang...tapi disebabkan virus M datang ..akak simpan ajer inti dalam peti sejuk.

Inti Karipap
1kg ubi kentang-dadu
1 biji bawang besar-dadu
3 sudu besar kari daging-ikut suka
400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap)
1 stok ayam
1 biji bawang besar*
4 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan sedikit minyak

Cara-cara
Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)
Toskan.
Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer)
Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
     Pagi tadi akak menggentel dan mengelim karipap.  Akak malas nak uli doh, akak masukkan ajer ke dalam food processor.  Mula-mula masukkan minyak dan putar, pastu baru masukkan air.

     Kulit Karipap
    1 kg tepung gandum
    4 sudu besar mentega/marjerin-akak guna marjerin dorina
    4 sudu besar minyak masak
    Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
      Cara-cara
      1.  Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin.  Biarkan mendidih.
      2.  Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
      3.  Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-
      cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
      4.  Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
      Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat.  Agak-agaklah dan perap
      sekejap.
      5. Siap untuk di gunakan.

      Lepas dah gelek dan kelim bolehlah di goreng dengan api sederhana..tak leh guna api besar tau.  Pastu boleh di makan dengan air yang di sukai (takut tercekik)

      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...