OOO

Memaparkan catatan dengan label karipap sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karipap sedap. Papar semua catatan

Rabu, Disember 10, 2014

Resepi Karipap Ranggup Tiga Tepung

Assalammualaikum semua

Tak salah kalau kita mencuba pelbagai kulit karipap ni, ada yang letak minyak panas dan mentega dan pelbagai lagi.

Kali ni akak cuba ambil resepi kulit karipap dari geng blog Along tapi akak perap dalam 20 minit sebelum menggelim.

Bilangan 36 ketul

BAHAN-BAHAN
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sudu besar  Gula
1 sudu teh  Garam
2½ sudu besar Marjerin*
¼ cawan Minyak* (* panaskan) 
Air

CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan bahan kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.

Akak letak doh dalam plastik berikat dan tutup selama lebih kurang 20 minit.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil setelah 20 minit.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan
Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga   sehingga garing.


Kalau nak buat inti kentang, resepi kat sini

Selasa, Oktober 26, 2010

Resepi Karipap Kentang


Buat karipap ni awal bulan lepas..lupalah nak show..first time buat lepas bulan puasa. Kalau buat ni kenalah gentel sorang-sorang. Pastu teringat anak-anak yang tak dapat makan karipap buatan mak dia ni. Padahal anak-anak ingat ker idak. Tulah kan hati seorang mak, macamana pun mesti teringat. Aduhai..

Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum 
2 sudu besar mentega/marjerin 
2 sudu besar minyak masak
Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) 
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. 
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti dan klim seperti biasa.
  10. Bila menggoreng gunakan api perlahan, kalau api besar nak kulit karipap menggerutu.

kalau buat karipap mesti buat lebih, sejuk bekukan...ha kauuuu dek kerana leka terhanguslah pulak..sabar ajerlah..hangus pun cik abang bawak gak bekal gi office.

Ina apasal ni..terlupa
Dah tua ker?
Memang dah tua pun
nasib baik sedar kan..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...