OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak itik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak itik. Papar semua catatan

Khamis, April 28, 2016

Resepi Kerutuk Itik Serati Sedap

Assalammualaikum semua

Nasib baiklah suami dan anak anak suka makan itik, tak ada masalah kalau masak, orang ni tak makan..leceh sebab kena masak lauk lain.  Tak rajin aa sejak dah mula sakit lutut ni, nak berdiri lama sangat, terutama bila ligamen terkoyak baru baru ni.
Akak ambil resepi dari blog Azie, sebab orang pantai timur yang pandai masak lauk itik macam ni.

  • Bahan bahan:
  • 1 1/2 kg itik serati
  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  •  sedikit lengkuas
  • Kayu manis, bunga lawang, pelaga
  • 1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Gula
  • Gula Melaka
  • 1 keping Asam keping
  • Tomato ketchup
  • 4 batang serai-tumbuk hujung (akak tambah)

Cara cara:
  • Separuh dari bawang merah dan bawang putih di hiris.
  • Lengkuas, baki bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. 

  • Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis dan serai sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. 
  • Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak. 
  • Masukkan itik serati dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta itik empuk.
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato.
p/s Akak masukkan jap daging itik dalam pressure cooker supaya cepat lembut.

Khamis, Disember 03, 2009

Rendang itik lah pulak

 gambar baru..gambar lama dah hilanglah pulak
Dah lama sebenarnya masak rendang itik ni..tapi tak jumpa gambar bila nak update..masak sebelum raya...Bila masak rendang ni akak follow ajer resepi rendang daging lembu...sama ajer caranya...cuma daging itik liat sikit..kena masukkan air dulu bagi lembut baru boleh masukkan santan.   Sekarang ni kan..saper beli itik boleh kaya...mahal sungguh...
Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong kecil
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik.
  • sedikit minyak
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik  dan toskan.
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk. 
6.  Kacau dan masukkan santan pekat.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...