OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar nasi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar nasi ayam. Papar semua catatan

Ahad, November 20, 2011

Nasi Goreng Ayam

 tak sempat nak hias cantik-cantik...dah lapar
Nasi goreng ni akak selalu buat bila ada virus M banyak.  Janji ada nasi sejuk dan ayam dalam peti sejuk.

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 keping daging ayam dipotong dadu
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 3 biji bawang kecil - di hiris
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2  sudu makan sos tiram-optional
  • 1 sudu teh kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
Cara-caranya

1. Ayam di goreng setelah di lumur dengan garam dan serbuk kunyit sehingga garing.  Tumbuk bawang putih dan masukkan minyak dan tumis hirisan bawang kecil.
2. Masukkan bawang putih dan cili kisar. Biarkan naik minyak sambil di kacau selalu.
3. Masukkan ayam yang telah di goreng, kicap manis, serbuk lada sulah/lada hitam dan sos tiram.
4. Masukkan sedikit garam dan masukkan nasi ayam.
5. Goreng sampai semua bercampur dan rasakan garam.
6. Biarkan nasi garing sedikit dan barulah dihidangkan. 

Isnin, Disember 01, 2008

Resepi Nasi Ayam Kak Ina

Oleh kerana kamera dah ada balik...barulah dapat masukkan gambar masakan...yelah...anak dara pakai nak ambil gambar...kalau tak bagi...nanti dia kata akak kedekut pulak....nasi ayam ni masak minggu lepas....

Bahan-bahan untuk sup
1. 1 ekor ayam di belah 4
2. 1 sudu makan ketumbar*
3. 1 sudu makan jintan manis*
4. 7 biji bawang kecil*
5. 5 biji bawang putih*
6. 1 1/2 inci halia*
7. 1 kiub ayam maggi(optional)
8. Air ikut keperluan
9. 1 batang akar daun sup
10. daun sup dan daun bawang
11.bawang goreng
12. garam secukup rasa

Untuk Tumisan
1. 1 labu bawang besar )
2. 2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
3. 1 biji bawang putih )
4. 1 batang kayu manis
5. 2 biji buah pelaga
6. 2 biji bunga cengkih
7. 2 bunga lawang
8. 1 bungkus sup punjut (akak guna mak siti)
9. marjerin/minyak/mentega secukupnya
10.sehelai daun pandan

Cara-cara
1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris. Masukkan daun pandan.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi, garam dan akar daun sup.
8. Biarkan mendidih dan padam api.
9. Toskan ayam.

Bahan untuk nasi
1. Beras ikut keperluan
2. Air rebusan ayam
3. 1 kiub ayam maggi(optional)
4. marjerin/minyak/mentega
5. garam
6. 1 labu bawang besar)
7. 1 biji bawang putih )di hiris halus
8. 3 biji bawang kecil )
9. 1 inci halia )
 

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang yang telah dihiris dengan margerin. Ada orang guna lemak ataupun kulit ayam untuk jadikan minyak...akak kdg-kdg buat jugak...
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa tapi lebihkan sikit air..masukkan juga sedikit garam dan kiub ayam maggi dan kacau selalu.
4. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau.

Bahan untuk perap ayam
Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam..kadang-kadang akak bubuh sikit madu...kadang-kadang pulak bubuh sikit sos cili...biarkan dalam 1/2 - 1 jam. Bakar atau pun goreng. Kalau goreng jangan lama sangat....agak-agak garing angkat...

Untuk Sos

1. 5 biji cili merah (buang biji)*
2. 4 biji bawang putih*
3. sos cili
4. gula
5. cuka/jus limau
 

Cara
1. Kisar cili merah dan bawang putih.
2. Masak di atas api kecil....masukkan sos cili dan gula.
3. Pandai-pandai adjust rasa dia.....kadang-kadang akak masak pakai agak-agak jadi payah sikit nak tulis berapa banyak.

Kuah kicap
1. Sos tiram
2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
3. Air rebusan ayam (sup)

Cara-cara
Campurkan semua. Tenguk kepada kepekatan yang di kehendaki.

Bahan Sampingan

1. Tomato
2. Daun Salad
3. Timun

Sup ni akak tambah tomato, lobak merah dan meat ball yang lebih buat spageti hari tu..rumah akak jarang ada timun masa makan nasi ayam...tak laku...


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...