OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi nasi ayam sedap/lazat/enak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi nasi ayam sedap/lazat/enak. Papar semua catatan

Jumaat, September 24, 2010

Resepi Nasi Ayam Ipoh/Resepi Ayam Berempah


Kalau buat nasi ayam akak suka betul guna resepi nasi ayam ipoh..memang menjadi kesukaan anak-anak..kali ni akak makan dengan ayam berempah.  Jom layannnn
Bahan untuk nasi
3 cawan beras basmati (rendam dulu 20 minit pastu toskan)
4 1/2 cawan air rebusan air (sop)
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai daun bawang (ambil bahagian bawah dia..yang ada buah tu sekali yer)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan-siat dan simpul
4 sudu makan mentega (minyak pun boleh)
Bahan tumis(akak tambah yer)
1 batang kayu  manis
2 biji pelaga
2 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-hiris
3 biji bawang merah-hiris
2 biji bawang putih-hiris
Method Untuk Nasi
1.  Masukkan mentega/marjerin kedalam kuali dan biarkan cair baru masukkan rempah tumis dan bahan hiris.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar dan kacau sehingga naik bau.
3.  Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan dan bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
4.  Kacau sekejap dan masukkan air rebusan ayam dan masukkan ke dalam periuk elektrik dan tambahkan sedikit garam.
5.  Bila nasi dah masak boleh di kareh/kacau dan dihidangkan.
Bahan sup ayam: ambil dari rumah ah mat gebu
3 ketul ayam potong kecil-akak ambil bahagian tulang
1 kiub pati ayam maggi
1 sup bunjut adabi
1 pokok daun sup, potong kasar
1 1/2 inci halia, dititik
4 ulas bawang putih di ketuk
Rempah tumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 camca teh serbuk lada hitam
air secukupnya (anggaran 3.5 liter)
garam secukup rasa
sedikit minyak
akak tambah
1 biji bawang besar,2 biji bawang kecil,2 biji bawang putih (semua di hiris halus)
untuk hiasan
daun sup dan bawang secukupnya-hiris  halus
bawang goreng
Cara membuatnya
1.  Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan tumis bersama bahan hiris.
2.  Bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan sup bunjut..kacau lagi dan masukkan air bersama bahan-bahan lain dan juga serbuk lada hitam.
3.  Masak dengan api besar sehingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih dalam 15  minit.  
4.  Sebelum tutup api masukkan garam dan  serbuk lada hitam dan sesuaikan rasa. 
 Kalau malas nak guna yang berbiji segala rempah tu..beli ajer yang dah siap kisar ..lagi sonang

Bahan-bahan

1 ekor ayam potong 16
3 batang serai*
6 biji bawang putih*
4 bawang merah*
1 sudu serbuk kunyit*
1-1 1/2 inci halia*
1-1 1/2  sudu makan ketumbar*
1-1 1/2 sudu makan jintan manis*
1/2 sudu makan jintan putih*
2 sudu makan rempah kari babas
2 sudu makan tepung beras
 garam secukupnya
4-6 tangkai daun kari
    Cara-caranya
      1.  Basuh ayam dan toskan.
      2.  Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
      3.  Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
      4.  Masukkan serbuk rempah kari dan tepung beras dan garam.
      5.  Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
      6.  Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari.   Sedap di makan panas-panas.

      Isnin, Disember 01, 2008

      Resepi Nasi Ayam Kak Ina

      Oleh kerana kamera dah ada balik...barulah dapat masukkan gambar masakan...yelah...anak dara pakai nak ambil gambar...kalau tak bagi...nanti dia kata akak kedekut pulak....nasi ayam ni masak minggu lepas....

      Bahan-bahan untuk sup
      1. 1 ekor ayam di belah 4
      2. 1 sudu makan ketumbar*
      3. 1 sudu makan jintan manis*
      4. 7 biji bawang kecil*
      5. 5 biji bawang putih*
      6. 1 1/2 inci halia*
      7. 1 kiub ayam maggi(optional)
      8. Air ikut keperluan
      9. 1 batang akar daun sup
      10. daun sup dan daun bawang
      11.bawang goreng
      12. garam secukup rasa

      Untuk Tumisan
      1. 1 labu bawang besar )
      2. 2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
      3. 1 biji bawang putih )
      4. 1 batang kayu manis
      5. 2 biji buah pelaga
      6. 2 biji bunga cengkih
      7. 2 bunga lawang
      8. 1 bungkus sup punjut (akak guna mak siti)
      9. marjerin/minyak/mentega secukupnya
      10.sehelai daun pandan

      Cara-cara
      1. Basuh ayam sebersihnya.
      2. Kisar bahan bertanda *.
      3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris. Masukkan daun pandan.
      4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
      5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
      6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
      7. Masukkan stok maggi, garam dan akar daun sup.
      8. Biarkan mendidih dan padam api.
      9. Toskan ayam.

      Bahan untuk nasi
      1. Beras ikut keperluan
      2. Air rebusan ayam
      3. 1 kiub ayam maggi(optional)
      4. marjerin/minyak/mentega
      5. garam
      6. 1 labu bawang besar)
      7. 1 biji bawang putih )di hiris halus
      8. 3 biji bawang kecil )
      9. 1 inci halia )
       

      Cara-cara
      1. Basuh beras dan toskan.
      2. Tumis bawang yang telah dihiris dengan margerin. Ada orang guna lemak ataupun kulit ayam untuk jadikan minyak...akak kdg-kdg buat jugak...
      3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa tapi lebihkan sikit air..masukkan juga sedikit garam dan kiub ayam maggi dan kacau selalu.
      4. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau.

      Bahan untuk perap ayam
      Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam..kadang-kadang akak bubuh sikit madu...kadang-kadang pulak bubuh sikit sos cili...biarkan dalam 1/2 - 1 jam. Bakar atau pun goreng. Kalau goreng jangan lama sangat....agak-agak garing angkat...

      Untuk Sos

      1. 5 biji cili merah (buang biji)*
      2. 4 biji bawang putih*
      3. sos cili
      4. gula
      5. cuka/jus limau
       

      Cara
      1. Kisar cili merah dan bawang putih.
      2. Masak di atas api kecil....masukkan sos cili dan gula.
      3. Pandai-pandai adjust rasa dia.....kadang-kadang akak masak pakai agak-agak jadi payah sikit nak tulis berapa banyak.

      Kuah kicap
      1. Sos tiram
      2. Kicap manis (akak guna cap kicap udang)
      3. Air rebusan ayam (sup)

      Cara-cara
      Campurkan semua. Tenguk kepada kepekatan yang di kehendaki.

      Bahan Sampingan

      1. Tomato
      2. Daun Salad
      3. Timun

      Sup ni akak tambah tomato, lobak merah dan meat ball yang lebih buat spageti hari tu..rumah akak jarang ada timun masa makan nasi ayam...tak laku...


      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...