OOO

Memaparkan catatan dengan label ikan bakar best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan bakar best. Papar semua catatan

Selasa, April 10, 2012

Ikan Keli Bakar Atas Kuali

Korang jangan kata N3 pasal kemutan tu lucah ek..akak malu gak nak taip tapi bila fikirkan apalah salahnya kita sebagai wanita berkongsi info sebegitu kan.  Maaflah jika ada yang rasa geli geleman dan menyampah baca N3 alat kemutan tu yer
Balik dari berspa hari selasa lepas, perut dah rasa lapar.  Al maklumlah dah nak dekat pukul 3.00 lebih.  Akak singgah makan ikan bakar kat Jalan Bellamy tapi kedai kegemaran akak dah tutup dah sebab ikan bakar dah habis.  

Terpaksalah makan kat kedai yang lain, akak ambik ikan keli bakar seekor, nasi, sedikit  kuah masak lemak pisang dan kerabu kacang botol bersama air kopi.  Bila bayar kena dalam RM10.00..waduh boleh tahan gak kalau makan kat luar ni sekali sekala.  Rasanya ikan keli bakar tu dalam RM5.00-RM6.00 kot.

Sebab tak puas makan tadi akak buat ikan bakar versi akak.  Bagi akak dan anak-anak rasa sedap tapi tak taulah tekak orang lain.

Bahan-bahan utama
8 ekor ikan keli
Bahan-bahan lain
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 helai daun kunyit*
  • 2- 3 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan  gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
7. Lumurkan sambal ke atas ikan.
 Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi.

p/s kalau nak tenguk gambar bolehlah kat IKAN BAKAR KAK INA
 

Jumaat, September 11, 2009

Resepi Ikan Bakar Ala Portugis

Dah lama tak masak ikan panggang/bakar portugis ni...teringat nak buat balik...tak yah gi portugis pun dapat makan masakan dia..jomlah kita bakar membakar..akak bakar masuk dalam oven aje kali ni...


Bahan utama
  • 1 ekor ikan terubuk-di belah 2
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah
UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Akak suka tutup dengan daun kunyit sebelum dibalut dgn aluminum foil...
 
Cara-caranya
  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.
  • Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. 
  • Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak. Akak gunakan suhu 180-200 F dalam 45-1 jam.....
  • tenguk besar atau kecik ikan jugak...ikan terubuk ni besar...terpaksa bakar lama sikit....guna api atas bawah...
  • bila nak dekat masak akak guna api atas aje..akak bukak aluminum foil tu pasal nak bagi garing sedikit.

Selasa, Februari 24, 2009

Ikan Bakar Kak Ina

Kali akak buat ikan bakar stail akak sendiri....memang akak suka tukar-tukar resepi...kadang-kadang akak tambah buah nenas masaklah..tomato ..nak rasa kelainan...oleh sebab ikan terubuk banyak tulang.....akak dan suami punya.......terpaksalah buat ikan cencaru untuk anak-anak yang tak suka ikan banyak tulang ni...

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan terubuk di belah 2
  • 4 ekor ikan cencaru
Bahan-bahan lain
  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

7. Lumurkan sambal ke atas ikan.

8. Tutup dengan daun pisang. Cucuk hujung daun pisang dengan pencungkil gigi.

Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...