OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ikan bakar ala portugis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ikan bakar ala portugis. Papar semua catatan

Rabu, Januari 14, 2015

Ikan Bakar Portugis

Assalammualaikum semua

Imran masa kat tingkatan 2 dapat bersekolah pagi kerana keputusan yang agak baik pada masa tingkatan 1.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong memang ada anak murid pakai baju putih biasa bagi sessi petang untuk tingkatan 1-3 dan baju warna jingga untuk sessi pagi.  Asing siap siap masa tingkatan satu berdasarkan keputusan UPSR.
Tak taulah kenapa resepi ikan ni di panggil ikan bakar portugis, mungkin sebab menggunakan minyak bawang putih kot.  Dunia masakan memang aneh dan unik kan, pelbagai resepi ada didalamnya, cuma kita kena mencuba samada hasilnya sesuai dengan selera kita.

Bahan utama
  • 2 ekor ikan cencaru
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 4 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula/gula melaka
  • garam
  • sedikit minyak
  • air asam jawa
  • Daun pisang secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 keping hirisan lengkuas

Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Cara-caranya
  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masuk bahan kisar dan biarkan naik minyak.
  3. Masukkan garam, gula dan asam jawa kemudian rasa.

kalau nak letak hirisan daun kantan pun boleh

Cara Bungkus

  • Letak sambal di atas daun pisang, kemudian letak ikan dan letak lagi sambal di atas ikan berserta 1/2 sudu minyak bawang putih. 
  • Bakar dalam oven dengan menggunakan suhu antara 150-180C dalam jangka 30-50 minit atau sehingga masak. 
  • Guna arang lagi sedap tau tapi tak rajinlah pulak nak hidup arang bila masak sikit.

Rabu, November 30, 2011

Tekak Nak Makan Ikan Bakar

Tak di nafikan bakar ikan guna arang memang sedap...tapi berkecah dapur dibuatnya..dek sebab teringin nak makan kenalah merajinkan diri. 
Bahan-bahan utama
  • 1kg ikan kembung
  • se keping ikan pari di potong 3
Bahan-bahan lain
  • 2 senduk cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3-4 sudu makan gula castor (ikut rasa tekak masing-masing)
  • garam secukupnya
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • minyak dan daun pisang
  • sedikit perisa masakan
 
 tempat pembakaran dah berlubang terpaksa guna alternatif..
guna pasu bunga yang lebar pastu guna jaring oven punya...kreatif tak?
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak bahan kisar dan masukkan pulak cili kisar hingga terbit minyak.
2. Kacau sehingga rata dan masukkan perisa makanan, gula dan garam. Rasa cukup asam garam terus tutup api pastu perah asam limau.
3. Masukkan dalam periuk biarkan sejuk.
4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
5. Biarkan sebentar  baru di cuci bersih dan toskan.
6. Perap ikan bersama bahan kisar dalam 1/2 jam baru di bakar ..masa ni bolehlah hidupkan arang.
7. Letak daun pisang pastu buh sambal, bila dah masak sebelum balikkan letak lagi sambal di bawah daun pisang sehingga ikan masak.  Ulangi sampai habis
makan dengan kicap campur  bawang merah dan cili merah di potong dadu , cili api  dihiris dan di perah dengan jus limau kasturi..makan pula dengan nasi panas..fuhhhh 
dah alang kepalang salai sekali ikan keli ..senang nak masak lemak..lepas habis pembakaran pasu bunga pun retak...alahai kena cari pembakar yang baru lepas ni.

Jumaat, September 11, 2009

Resepi Ikan Bakar Ala Portugis

Dah lama tak masak ikan panggang/bakar portugis ni...teringat nak buat balik...tak yah gi portugis pun dapat makan masakan dia..jomlah kita bakar membakar..akak bakar masuk dalam oven aje kali ni...


Bahan utama
  • 1 ekor ikan terubuk-di belah 2
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah
UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Akak suka tutup dengan daun kunyit sebelum dibalut dgn aluminum foil...
 
Cara-caranya
  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.
  • Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. 
  • Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak. Akak gunakan suhu 180-200 F dalam 45-1 jam.....
  • tenguk besar atau kecik ikan jugak...ikan terubuk ni besar...terpaksa bakar lama sikit....guna api atas bawah...
  • bila nak dekat masak akak guna api atas aje..akak bukak aluminum foil tu pasal nak bagi garing sedikit.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...