OOO

Memaparkan catatan dengan label jenahak bakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenahak bakar. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 10, 2010

Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak Melaka

Tengahari Ahad gi ke majlis kawin sepupu hb yang tinggal di Gemas.
Bila dah jumpa saudara mara..riuh rendahlah pot pet pot pet. Bukan senang nak jumpa.
Masing-masing sibuk.

Anak perempuan pertama kawin tentulah grand. Tenguk pelamin tu. Bukan kat kl ajer ada..kat Gomeh pun ado tau.
Lepas habis makan dan pot pet terus ke rumah adik ipar di Masjid Tanah. Tumpang tidur semalam.

Tak bagi dia masak sebab kami nak makan kat luar. Sajer nak merasa apa yang best kat area situ.
Keluar lepas maghrib...mula-mula cadang nak makan kat area Masjid Tanah ajer. Akak ajak makan kat tempat yang best sikit. Akak cadangkan baik cari tempat ikan bakar kat Pengkalan Balak.

Tengah buat pilihan ikan yang jarang makan kat umah. Setakat ikan kembung dan cencaru..akak tak layan...(berlagak jap)
 Tenguk tempat pembakaran pun dah best.

Walaupun selalu gi ke Melaka tapi tak pernah sampai kat sini lagi. Banyak gak kedai ikan bakar kat sini. Pilih ajer yang mana satu.

Ikan Bakar Serekot ni yang paling sedap. Isi ikan ni lembut. First time rasa dah terjatuh cinta. RM3.80-100gm

Bila dah jumpa kedai yang berkenan kami makan sepuas hati. Ikan Pari Bakar RM2.20-100gm
 Kita boleh pilih nak masak cara apa. Ikan Jenahak bakar 100gm RM4.80.
 Udang Masak Halia-Saiz AA-RM5.55-100gm
Sotong Goreng Tepung-RM3.50-100gm
Kerang Bercili..pedas sikit-1 paket RM4.00

Tapi tang harga memang berbaloi. Tak sampai RM130.00 termasuk nasi dan air. Akak makan kat gerai di Padang Kemunting, Pengkalan Balak.

Biras akak kata kat sini lagi murah dari Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai. Wah tak rugilah akak makan kat sini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...