OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan seafood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan seafood. Papar semua catatan

Ahad, September 02, 2012

Sotong Kari Pekat Mantopsss




Kalau beli sotong besar dan ada isi (telur), akak suka masak camni selain dari sotong goreng tepung.  Kalau tak habis kuahnya, boleh cicah dengan cekodok ikan bilis, capati ataupun roti canai.


Bahan-bahan
5 ekor sotong-bersihkan, kelar-kelar badan sotong dan masukkan balik kepala  cucuk dengan pencungkil gigi dan toskan
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
4-5  sudu makan kari ikan
1 biji kentang - potong 6 
2 biji cili hijau1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
garam, air dan minyak secukupnya
Bahan tumis
1 batang kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 labu bawang besar di hiris
2 biji bawang merah di hiris
1 biji tomato-potong 4 
1 biji bawang putih di hiris
1 sudu teh halba campur
 
Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati sehingga layu.
3. Masukkan pula buah tomato yang telah didadu. Biarkan sebentar.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
5. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit dan kacau selalu.  Masukkan garam.
6. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan sedikit air dan ubi kentang.
7. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.  Selalunya tak payah masukkan air lagi sebab nanti sotong akan berair.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa bersama cili hijau..dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Selasa, Ogos 28, 2012

Resepi Udang Garing Daun Kesum

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya

Dah ramai yang mencuba resepi udang ni, akak baru akak memasaknya semalam sebab terliur tenguk udang di masak camni..al maklumlah kalau puasa semua masakan nampak sedap ajer kan.

Sepatutnya ada daun selasih tapi nak cari daun ni kena gi pasar tani ataupun di pasar chow kit tapi tak per..dah ada daun kari dan daun kesum pun dah harum baunya.  Suami dan anak-anak suka masakan macamni..nanti boleh buat lagi. Akak gunakan udang harimau dan resepi ini di ambil dari Dapur Ibundo resepi asal dari Chef Kamarul  Majalah SAJI Feb 2012

Bahan:

500 gm udang

Bahan perap:

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil serbuk kari

1/2 sudu kecil lada hitam

1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit-akak tambah


Bahan cincang:
6 ulas bawang putih
3 cm halia

1 tangkai besar daun kesum

1 tangkai kecil daun selasih

1 tangkai kecil daun kari

1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bundo tambah) 
minyak untuk menggoreng




Cara:
1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
2. Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika.  

3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing.  Angkat dan toskan minyaknya.

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar sahaja.  Tumis bawang putih, bawang besar  dan halia sehingga agak garing. 

5. Masukkan cili merah diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari.

6. Sentiasa kacau supaya tidak hangus. Goreng sehingga garing.
7. Masukkan semula udang dan gaul rata.

Isnin, Disember 26, 2011

Ketam Sweet Sour

Ketam ni kan dahlah harga mahal, pastu makan punyalah seksa.  Anak akak ada yang malas nak makan ketam sebab payah nak makan tapi yang kecik 2 orang tu sukalah pulak.  Buatlah gak bila dorang teringin nak makan.

Bahan-bahan
  • 3 ketul ketam
  • 3 biji bawang putih-di tumbuk halus
  • 2 inci halia-ditumbuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar cili sos
  • 4 sudu besar tomato sos
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar-dipotong bulat
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air nanas dalam tin bersama isi
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
  • minyak secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ketam dan toskan
2. Bilas bersih dan lumur dengan garam dan garam
3. Panaskan minyak dan goreng ketam cara deep fry. Toskan.
4. Tumis bawang putih, halia dan bawang holland sehingga naik bau.
5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan barulah dimasukkan sedikit air.
6. Masukkan air nanas dalam tin sedikit dan biarkan ia masak sebentar.
7. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.
8. Masukkan juga gula, hirisan bawang besar dan garam.
9. Rasa dulu sos barulah di padamkan api.
10.Tuang keatas ketam  yang telah di goreng. 

Selasa, Julai 19, 2011

Resepi Udang Bermadu


Sensitif duk sebut madu kan..tu madu lain ..yang ni udang bermadu@Honey Prawn..sedap dan sonang. Kebetulan beli udang laut kat pasar pagi Greenwood. Buat untuk juadah berbuka puasa semalam. Dah pernah buat sekali dulu. Resepi dari geng masak memasak Blog : dayangjack

Bahan-bahan :
  • 400 gm udang basah
  • (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga masak atau garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)-tukar ke daun sup
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
    Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat.
  5. Tutupkan api. Hidangkan.

Jumaat, Mac 06, 2009

Butter Prawn

Bila makan kat luar prawn butter..... harga dia mahal teramat sangat...jadi akak jarang order...pergi ke rumah qistinas. di http://qistinas.blogspot.com/tenguk macam senang aje nak masak dia....resepi asal dari rumah Casa Qusais Nor yang asalnya dari Sudipkayu_Nita ..terima kasih semua diatas resepi yang sedap ni...

Bahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz besar
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
* i tambah sedikit serbuk kari

Cara-cara:
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
  4. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...