OOO

Memaparkan catatan dengan label kumpulan gengs tali baruts malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kumpulan gengs tali baruts malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, November 26, 2011

Sape Makan Cili Dia Terasa Pedas


Salam Awal Muharram 1433 H buat semua muslim dan muslimat...
semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Hati akak bagai kaca terhempas ke batu  dan air diminum berasa duri, nasi dimakan rasa sekam bila tau ada orang yang tak suka dan menikam kumpulan kami dari belakang.

Bacalah N3 dari ahli GTBM ini.


Kenapa nak dengki dengan kumpulan kami  ibarat pepatah Janganlah Marahkan nyamuk, kelambu dibakar sebab tak akan mendapat manafat pun.
 

Jadi janganlah sebarkan benda yang tak betul sebab takut nanti Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Sekiranya air besar batu bersibak ini di biarkan bahaya yang akan menanti.

Tak sangka orang yang kenal mesra , selalu jumpa di event, bergambar sakan dengan beliau lembut gigi dari lidah rupanya, air muka pula sentiasa cool tapi tak sangkalah pulak seperti air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Ingatlah yer  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,  janganlah seperti kacang melupakan kulit

Sapekah gerangan beliau? Oh akak tak nak bagitaulah sebab akan mengaibkan beliau  tapi 
 Siapa makan cili
dia akan terasa pedas 
(Imran gi makan cili tu..ha kauuuu cari airlah jawabnya)

Ingatlah..berfikir sebelum berkata, berunding belum di dibuat tapi nak buat camner sebab banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  

Kenalah terima hakikat dalam dunia bloggers ini rambut sama hitam tapi hati lain-lain

Insyallah GTBM akan sentiasa
  • Bagai Aur Dengan Tebing...
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Rabu, Oktober 26, 2011

Jom Tenguk Montage Geng Tali Barut Crew

Jomlah layan Montage Ni Yer

Geng Tali Barut Crew montage (GTB) telah di buat oleh  
Bolehlah korang tenguk muka kami ni.

Fuhyoooo bila dengar muzik dalam montage ni memang best sungguh.  Ada macam lagu geng mafia lah pulak kan.  Cayalah Shahrul Hairy..hasil kerja yang terbaik.

Jika ada jemputan event yang best, tapi kami tak dapat join, kami beri keutamaan kepada geng tali barut dahulu dan setakat ini alhamdulliah semua rasa happy join kumpulan ni.

Memang ada yang nak join tapi yang pilih bukan akak yer tapi orang lain. Kitaorang memang ada lantik 2 orang  crew untuk proses pemilihan.

Sabarlah menanti sebab bukan senang nak dapat ahli yang setia, berkerjasama dan menyokong di antara satu sama lain.  Lain satu yang paling penting boleh simpan rahsia....tak propa, perasan bagus  dan kekwat.

Kumpulan kami  juga telah membuat satu blog yang di namakan http://gengtalibarut.com/.  Oleh sebab baru lagi tak banyaklah N3. Jemputlah singgah yer.

Isnin, Oktober 03, 2011

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tajuk tak boleh belah kannn..

Tentu korang hairan kan tenguk logo/badge ni di sidebar kanan kan.  Boleh klik kalau tau apakah disebalik banner ini.

Kumpulan ini di tubuhkan bukan untuk menyaingi kumpulan yang lain. yang dah establish.  Ditubuhkan pada hari ini 3hb. Oktober 2011, kumpulan ini ditubuhkan kerana kami ni memang rajin sertai event terutama dari Nuffnang. 

Dek kerana selalu berjumpa persahabatan kami bertambah erat.  Walaupun ada yang tak suka sebab kumpulan gtb selalu mengeggarkan suasana tapi kami selalu jujur antara satu sama lain.  Setiap keburukan akan di tegur tak kiralah yang tua (akaklah tu) ataupun muda.

Tanpa berselindung di sebalik gambar lain, masing-masing memang  mempunyai identiti sendiri dalam blog, memang havoc ,mengambil berat dan suka berterus terang diantara satu satu sama lain.  Kalau ada antara geng yang tak faham tentang dunia blog ada ajer geng lain yang akan membantu.

Setakat ni ahli kumpulan berjumlah 18 orang.  Setiap kegembiraan di kongsi bersama, setiap kesedihan akan di kongsi juga. Kalau ada event yang best kami akan utamakan geng kami dulu.

Jom kita tengok siapakah ahli-ahli yang dimaksudkan itu. Nilah geng yang kerap berjumpa bila ada event.

http://www.kakinakl.com/  dilantik sebagai ketua sebab dah tua
Muhammad Firdaus (manager akak...sebab dia kdg-kdg tolong akak buat N3)

Pada masa akan datang ahli ini akan bertambah dari masa kesemasa mengikut persetujuan dari ahli-ahli yang ada.  

Sebab kami memang pentingkan ahli yang tidak suka bergossip kosong dan pentingkan diri sendiri dan juga suka menggunakan orang lain untuk berjaya.

Segala permohonan akan di tapis oleh jawatankuasa yang telah di pilih sebulat suara oleh kami. Syarat yang paling utama mereka kena rajin gi event Nuffnang ..bukannya pergi sekali dua boleh apply.  Kami ni dari tahun 2009 lagi dah berjimba-jimba bersama-sama.

Keuntungan masuk kumpulan ini kami akan sentiasa bertukar link di antara satu sama lain dengan pertolongan pakar it Bean Moreno.

Doakan agar kumpulan ini berkekalan sehingga ke akhirnya.

p/s nak duit tak..joinlah milo can next games (klik kat sini)
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...