OOO

Memaparkan catatan dengan label peribahsa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribahsa melayu. Papar semua catatan

Sabtu, November 26, 2011

Sape Makan Cili Dia Terasa Pedas


Salam Awal Muharram 1433 H buat semua muslim dan muslimat...
semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Hati akak bagai kaca terhempas ke batu  dan air diminum berasa duri, nasi dimakan rasa sekam bila tau ada orang yang tak suka dan menikam kumpulan kami dari belakang.

Bacalah N3 dari ahli GTBM ini.


Kenapa nak dengki dengan kumpulan kami  ibarat pepatah Janganlah Marahkan nyamuk, kelambu dibakar sebab tak akan mendapat manafat pun.
 

Jadi janganlah sebarkan benda yang tak betul sebab takut nanti Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Sekiranya air besar batu bersibak ini di biarkan bahaya yang akan menanti.

Tak sangka orang yang kenal mesra , selalu jumpa di event, bergambar sakan dengan beliau lembut gigi dari lidah rupanya, air muka pula sentiasa cool tapi tak sangkalah pulak seperti air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Ingatlah yer  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,  janganlah seperti kacang melupakan kulit

Sapekah gerangan beliau? Oh akak tak nak bagitaulah sebab akan mengaibkan beliau  tapi 
 Siapa makan cili
dia akan terasa pedas 
(Imran gi makan cili tu..ha kauuuu cari airlah jawabnya)

Ingatlah..berfikir sebelum berkata, berunding belum di dibuat tapi nak buat camner sebab banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  

Kenalah terima hakikat dalam dunia bloggers ini rambut sama hitam tapi hati lain-lain

Insyallah GTBM akan sentiasa
  • Bagai Aur Dengan Tebing...
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...