OOO

Memaparkan catatan dengan label ahli kumpulan geng tali baruts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ahli kumpulan geng tali baruts. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 02, 2011

Bila GTB Dah Berjumpa Riuh Rendah Gegak Gempita

 Akhirnya bertemu juga GTB  buat pertama kali  walaupun tak kesemua ahli yang tak dapat hadir.  Kami berkumpul buat kali pertama di Restoran Ikan Bakar Sekinchan Setiawangsa Rabu malam yang lalu
Puan  Presiden (nama ajer glam..) tengah memikirkan apa ek?
Daydeck tengah khusyuk dengar ceramah..
 Amboi tergelak besar myvitrd , sebelahnya isteri beliau yang sedang berdebar menunggu kelahiran anak pertama malarang dan Cik helena bersama tunang tersayang 
 Terima kepada Kid yang bersusah payah mencari tempat gath ini.  
Makanan pun sedap juga di sini..nanti akak review k..
Hazman food bloggers ambik gambar dulu sebelum makan, Matjoe yang happy dapat keluar malam, Amy Sweetdarling yang ashik melayan anak-anak dan isteri Eyriqazz dan permata hati mereka berdua
 Tak tau pulak kenapa mata Cik Nunu ni stim semacam bersama JMR..
pasangan yang baru bertunang..darah manis woiii
Amboi apasal akak gelak besar..gambar candidlah ni..
Daydeck memang suka tangkap gambar camni.
 Mr Bean tengah cari apa gamaknya sambil di peratikan oleh geng yang lain 

Selepas  habis makan bermula sessi borak dan gelak sakan sampai riuh rendah gegak gempita restoren ini di buatnya

Kredit Pic : GTB
JMR dan Daydeck 

Sabtu, November 26, 2011

Sape Makan Cili Dia Terasa Pedas


Salam Awal Muharram 1433 H buat semua muslim dan muslimat...
semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Hati akak bagai kaca terhempas ke batu  dan air diminum berasa duri, nasi dimakan rasa sekam bila tau ada orang yang tak suka dan menikam kumpulan kami dari belakang.

Bacalah N3 dari ahli GTBM ini.


Kenapa nak dengki dengan kumpulan kami  ibarat pepatah Janganlah Marahkan nyamuk, kelambu dibakar sebab tak akan mendapat manafat pun.
 

Jadi janganlah sebarkan benda yang tak betul sebab takut nanti Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Sekiranya air besar batu bersibak ini di biarkan bahaya yang akan menanti.

Tak sangka orang yang kenal mesra , selalu jumpa di event, bergambar sakan dengan beliau lembut gigi dari lidah rupanya, air muka pula sentiasa cool tapi tak sangkalah pulak seperti air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Ingatlah yer  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,  janganlah seperti kacang melupakan kulit

Sapekah gerangan beliau? Oh akak tak nak bagitaulah sebab akan mengaibkan beliau  tapi 
 Siapa makan cili
dia akan terasa pedas 
(Imran gi makan cili tu..ha kauuuu cari airlah jawabnya)

Ingatlah..berfikir sebelum berkata, berunding belum di dibuat tapi nak buat camner sebab banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  

Kenalah terima hakikat dalam dunia bloggers ini rambut sama hitam tapi hati lain-lain

Insyallah GTBM akan sentiasa
  • Bagai Aur Dengan Tebing...
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Rabu, Oktober 26, 2011

Jom Tenguk Montage Geng Tali Barut Crew

Jomlah layan Montage Ni Yer

Geng Tali Barut Crew montage (GTB) telah di buat oleh  
Bolehlah korang tenguk muka kami ni.

Fuhyoooo bila dengar muzik dalam montage ni memang best sungguh.  Ada macam lagu geng mafia lah pulak kan.  Cayalah Shahrul Hairy..hasil kerja yang terbaik.

Jika ada jemputan event yang best, tapi kami tak dapat join, kami beri keutamaan kepada geng tali barut dahulu dan setakat ini alhamdulliah semua rasa happy join kumpulan ni.

Memang ada yang nak join tapi yang pilih bukan akak yer tapi orang lain. Kitaorang memang ada lantik 2 orang  crew untuk proses pemilihan.

Sabarlah menanti sebab bukan senang nak dapat ahli yang setia, berkerjasama dan menyokong di antara satu sama lain.  Lain satu yang paling penting boleh simpan rahsia....tak propa, perasan bagus  dan kekwat.

Kumpulan kami  juga telah membuat satu blog yang di namakan http://gengtalibarut.com/.  Oleh sebab baru lagi tak banyaklah N3. Jemputlah singgah yer.

Khamis, Oktober 06, 2011

Tak Puas Hati Ker?

Sejak di tubuhkan geng tali baruts ni kan..ada pulak terdengar suara-suara lalat berdengung kata macam-macam kat geng kami ni. Apa hal lah kan dorang ni.  Ashiklah nak cakap belakang ajer cubalah hantar email ataupun bagitau terus terang apasal dorang tak puas hati ni.

Antara kata-kata mereka :

Ashik-ashik muka sama ajer gi event Nuffnang
Kenapa kami ajer selalu di jemput..
Tak ada muka orang lain ker?

Jelous ek..tak puas hati ker?

Ok jom baca story mory akak camner kami leh gi selalu ke event Nuffnang tu yer.
1.  Kami ni kan ahli geli-geli aka glitterati-plus yang ditubuhkan oleh Nuffnang.  Kalau nak tau cerita gi ke SINI YeR.  Masa tu memang Nuffnang panggil semua bloggers supaya hadir untuk isi borang pendaftaran.  Tapi yang sedihnya tak sampai pun 100 orang yang hadirl

Kami yang hadir kena isi borang dan terus hantar ke staff Nuffnang.  Kiranya kalau daftar jadi member geli-geli ni keutamaan akan di beri kepada kami untuk menghadiri event yang di anjurkan oleh Nuffang dan pihak yang berkaitan.
2.  Bila dah jadi geli-geli ni kalau ada event mereka akan sent email...selalunya mereka nak 5-10 orang bloggers mewakili Nuffnang datang ke event tersebut.  Oleh sebab kami rajin duk tenguk email, selalunya kami cepat ajer reply , ikut nasiblah..kadang-kadang dapat..kadang-kadang tak dapat.

Tak kisahlah kan tu kan..
kalau dapat tapi last minit tak dapat pergi, kami inform kat Nuffnang, selalunya kami replace lah geng yang kami kenal, takkan nak offer kat orang yang kami tak kenal.  Janji orang tu tepati janji.  
Dari kiri Miss nora,Cikhel,Mr Bean, Bob,Eyriqazz,Lilyputih ,Deydeck Natasha, Akak ,Aiensepet(isteri Mr Bean) dan Poojie)
Kalau idak memang kena soundlah dengan geng kami yang mulut agak suka berterus terang aka lazerrrrr ni.  Yang buat tak best sebab ada bloggers yang kata nak hadir tapi bayang muka pun tak nampak pastu tak call/msg kat staff Nuffnang.  

Tentulah dorang bengang bukan terutamanya Nuffnang sebab kita tak tunjukkan yang kita berminat..macam main-mainkan mereka ajer. Sebab kalau kata nak datang staff Nuffnang akak tunggu depan pintu masuk dan ambil kedatangan.  Sape yang selalu buat cam tu jangan harap sangatlah dapat lagi..payah sikit aa.
ada yang dah tak berapa sangat nak join dah sekarang ni

3.  Bila balik dari event kami tulis N3 secepat yang mungkin..kalau lewat pun mungkin ambil masa seminggu sebab kami nak show gak kat organise event tu yang kami hargai jemputan dari mereka dan juga menjaga nama baik Nuffnang.  Kalau malas nak buat N3 baik tak payahlah gi event tu macam tak hargai ajer apa yang diorang dapat.
Oleh sebab itulah ashik muka kami ajer yang nampak di setiap event Nuffnang sebab geng tali baruts memang tak kekwat, sehati sejiwa dan suka berjimba. 
Buat pengetahuan semua kami dah mula kenal dari awal tahun 2009 lagi, tu sebab kami jadi geng tali baruts.  

Kalau yang baru jumpa kami tahun ni..erhmm boleh ajer nak isi borang tapi mungkin kena tunggu agak lama.  Sebab banyak tapisan dari admin.  Bersabarlah yer.

Faham tak ..kalau tak faham tak taulah.

 Oh yer..jangan lupa war-warkan kat rakan-rakan, ada rancangan baru di Astro Ria 104 bermula 22hb. Oktober 2011 nanti.
 Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)






Isnin, Oktober 03, 2011

Bermulanya Sebuah Konspirasi

Tajuk tak boleh belah kannn..

Tentu korang hairan kan tenguk logo/badge ni di sidebar kanan kan.  Boleh klik kalau tau apakah disebalik banner ini.

Kumpulan ini di tubuhkan bukan untuk menyaingi kumpulan yang lain. yang dah establish.  Ditubuhkan pada hari ini 3hb. Oktober 2011, kumpulan ini ditubuhkan kerana kami ni memang rajin sertai event terutama dari Nuffnang. 

Dek kerana selalu berjumpa persahabatan kami bertambah erat.  Walaupun ada yang tak suka sebab kumpulan gtb selalu mengeggarkan suasana tapi kami selalu jujur antara satu sama lain.  Setiap keburukan akan di tegur tak kiralah yang tua (akaklah tu) ataupun muda.

Tanpa berselindung di sebalik gambar lain, masing-masing memang  mempunyai identiti sendiri dalam blog, memang havoc ,mengambil berat dan suka berterus terang diantara satu satu sama lain.  Kalau ada antara geng yang tak faham tentang dunia blog ada ajer geng lain yang akan membantu.

Setakat ni ahli kumpulan berjumlah 18 orang.  Setiap kegembiraan di kongsi bersama, setiap kesedihan akan di kongsi juga. Kalau ada event yang best kami akan utamakan geng kami dulu.

Jom kita tengok siapakah ahli-ahli yang dimaksudkan itu. Nilah geng yang kerap berjumpa bila ada event.

http://www.kakinakl.com/  dilantik sebagai ketua sebab dah tua
Muhammad Firdaus (manager akak...sebab dia kdg-kdg tolong akak buat N3)

Pada masa akan datang ahli ini akan bertambah dari masa kesemasa mengikut persetujuan dari ahli-ahli yang ada.  

Sebab kami memang pentingkan ahli yang tidak suka bergossip kosong dan pentingkan diri sendiri dan juga suka menggunakan orang lain untuk berjaya.

Segala permohonan akan di tapis oleh jawatankuasa yang telah di pilih sebulat suara oleh kami. Syarat yang paling utama mereka kena rajin gi event Nuffnang ..bukannya pergi sekali dua boleh apply.  Kami ni dari tahun 2009 lagi dah berjimba-jimba bersama-sama.

Keuntungan masuk kumpulan ini kami akan sentiasa bertukar link di antara satu sama lain dengan pertolongan pakar it Bean Moreno.

Doakan agar kumpulan ini berkekalan sehingga ke akhirnya.

p/s nak duit tak..joinlah milo can next games (klik kat sini)
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...