OOO

Memaparkan catatan dengan label peribahasa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribahasa melayu. Papar semua catatan

Ahad, Disember 23, 2012

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Assalammualaikum semua

Semalam tak sempat nak update blog sebab gi melawat bapa mertua di Hospital Klang sebab tak boleh bangun pada pagi Jumaat lepas.  Bapa mertua gi jejalan umah kakak ipar...tapi di sebabkan hal tersebut terpaksa hantar ke hospital dengan ambulan.  Doakan agar beliau cepat sembuh.
Imran memang terkenal dengan sikap terlebih ramah tamah
Senang dapat kawan
mulut pun becok
suka bergambar
suka mencuba
wow nampak kurus kan..pandai tak akak posing

Inilah yang dikatakan sebagai "Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak ke Nasi". 
Maksudnya     : baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya

Siapa yang kenal akak mesti dah tau camner akak ni kannn

Khamis, November 15, 2012

Sudah 4 Tahun


Sedar tak sedar dah 4 tahun akak berblog...patutnya 5hb. November yang lalu tapi di sebabkan banyak urusan langsung terlupa nak buat N3.



N3 pertama yang ringkas sungguh sebab akak masih tak pandai nak edit gambar..nak masukkan gambar.  Bila anak ajar, akak tulis semua dalam buku..ikut step by step.  Kalau lupa akak refer kat buku tu...semuanya akak belajar perlahan-lahan, macam siput berjalan.  

Sampai ada satu masa anak-anak naik boring nak ajar sebab akak lambat tangkap..al maklumlah umur dah 40..an mestilah otak lambat sikit.  Alhamdulliah akhirnya  sekarang ni akak dah pandai buat tu semua tapi bila tiba bab coding akak memang fening.




Tahun pertama cuma ada tak sampai 200 orang yang follow blog akak tapi sekarang ni alhamdulliah sekarang ni dah ada lebih dari 2000 follower.  Akak tak pernah paksa dorang follow blog akak dari dulu hingga sekarang...mereka dengan senang hati nak follow.  Akak tak suka dengan perkataan i follow u...u follow me.  Terima kasih kepada semua follower akak.  Sayang anda semua.


Hasil untuk tahun ke 2 dan tahun ke 3 berblog...tak banyak sangat BE..
jadi kena kumpul berbulan-bulan baru boleh cash out


Terbaik pada tahun ini

“Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepada ku dengan tiada daya dan kekuatan bagiku. Wahai Tuhan semoga Engkau berkati rezekiku.”

Hasil 4 tahun berblog..alhamdulliah ..bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rezeki kepada hambamu ini.  

Akak ikut peribahasa 
Kalau Tak Pecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.
Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan
Berusaha Tangga Kejayaan  

Jika akak boleh...insyallah anda juga boleh.

Sabtu, November 26, 2011

Sape Makan Cili Dia Terasa Pedas


Salam Awal Muharram 1433 H buat semua muslim dan muslimat...
semuga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Hati akak bagai kaca terhempas ke batu  dan air diminum berasa duri, nasi dimakan rasa sekam bila tau ada orang yang tak suka dan menikam kumpulan kami dari belakang.

Bacalah N3 dari ahli GTBM ini.


Kenapa nak dengki dengan kumpulan kami  ibarat pepatah Janganlah Marahkan nyamuk, kelambu dibakar sebab tak akan mendapat manafat pun.
 

Jadi janganlah sebarkan benda yang tak betul sebab takut nanti Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Sekiranya air besar batu bersibak ini di biarkan bahaya yang akan menanti.

Tak sangka orang yang kenal mesra , selalu jumpa di event, bergambar sakan dengan beliau lembut gigi dari lidah rupanya, air muka pula sentiasa cool tapi tak sangkalah pulak seperti air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Ingatlah yer  Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,  janganlah seperti kacang melupakan kulit

Sapekah gerangan beliau? Oh akak tak nak bagitaulah sebab akan mengaibkan beliau  tapi 
 Siapa makan cili
dia akan terasa pedas 
(Imran gi makan cili tu..ha kauuuu cari airlah jawabnya)

Ingatlah..berfikir sebelum berkata, berunding belum di dibuat tapi nak buat camner sebab banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  

Kenalah terima hakikat dalam dunia bloggers ini rambut sama hitam tapi hati lain-lain

Insyallah GTBM akan sentiasa
  • Bagai Aur Dengan Tebing...
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...