OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan udang. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 26, 2018

RESEPI SAMBAL UDANG MUDAH

Assalammualaikum😍

Selalu gak buat sambal tumis udang, kali ni buat sambal macam ni pulak.  Yang tak banyak sambalnya, cuma nampak udang sahaja.😋

Tak taulah kenapa harga udang mahal berdentum, walaupun udang yang bela.  
Resepi ini akak ambil dari blog Mas tapi akak edit sedikit  bahannya atau orang panggil derhaka resepi😌

Bahan-bahan
10-12  ekor udang
3 sudu makan cili kisar
3 biji bawang besar-hiris
5 biji bawang putih-hiris
sedikit air asam jawa
garam dan sedikit gula
Sedikit minyak

Cara-caranya
1.  Tumis bawang yang telah di hiris sehingga layu baru di masukkan cili kisar.
2.  Gunakan api slow sehingga bawang hancur.
3.  Bila dah hancur masukkan air asam jawa (agak-agak yer) dan kacau sehingga naik minyak.
4.  Masukkan gula dan garam bersama udang.
5.  Kacau sekejap sehingga udang masak.
6.  Bolehlah di hidangkan.



Khamis, Mei 26, 2016

Udang Masam Manis Sedap :}

Assalammualaikum semua

Sekarang ni nak beli udang memang mahal terutama udang laut, bertambah besar udang maka bertambahlah duit yang kita kena bayar.

Sebab tu kalau makan kat luar, harga makanan laut berdentum dentum harganya disebabkan harga bahan masakan yang mahal terutama sejak ada gst ni.

Kalau anak ramai, suami ajer bekerja dengan pendapatan yang kecil, memang parahlah nak beli udang besar camni.  Teringat dulu kami macam tu juga, nak makan sedap tunggu abah dan mak dapat gaji.


Bahan-bahan
500gm udang-buang kulit dan tinggal ekor
5 biji bawang kecil-tumbuk/kisar
3 biji bawang putih-tumbuk/kisar
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan cili sos
sedikit tomato sos
Sedikit gula
Bawang besar-potong bulat
Minyak, sedikit air
serbuk kunyit dan garam

Cara-cara

  • Bubuh serbuk kunyit dan garam keatas udang. Goreng sebentar.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk sehingga naik bau dalam minyak goreng tadi.
  • Masukkan pula cili kisar dan biarkan cili masak dengan api sederhana. Masukkan garam.
  • Masukkan cili sos dan sos tomato dan kacau sebentar.
  • Masukkan juga gula, bawang besar dan juga udang.
  • Kacau biar sebati dan biarkan sebentar.
  • Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Jumaat, Oktober 12, 2012

Resepi Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn

Terima kasih buat teman-teman yang sudi sedekahkan Al Fatihah dan doa buat arwah abah akak dan juga teman-teman yang juga telah kehilangan ayahanda masing-masing.  Setiap kehilangan akan di di rasai, di tangasi dan sentiasa di ingati.


Resepi Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn ini akak jumpa bila gi blog walking kat teman-teman blogger yang rajin memasak.  Tertarik nak cuba bila tenguk bahan-bahannya..ala-ala masakan cina.  Resepi asal menggunakan ayam tapi Puan Liza ni gunakan udang..akak pun guna udang gak.

Bahan-bahan
500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung) - Akak guna udang
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.

4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam (udang)  bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam (udang) bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam(udang) rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.

Jumaat, Mei 25, 2012

Udang Bercili Yang Enak

Udang kalau masak apa pun sedap terutama jika udang yang digunakan segar tak kiralah udang laut ataupun udang bela.  Kalau dapat udang laut fresh lagi sedap. 
 Udang bercili ni tak susah nak menyediakannya.  Jika dah siap bahan, cara memasak tak sampai pun 10 minit.  Kalau masak banyak pun taklah sampai 30 minit.  

Bahan-bahan
500gm udang segar-dibuang kepala dan tinggalkan hujungnya
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili thai maggi/sos cili maggi
sedikit serbuk kunyit
minyak zaiton/minyak masak secukupnya
garam dan sedikit gula
sedikit daun bawang dihiris halus-untuk hiasan
 
Cara membuatnya
  1. Basuh udang dan toskan.  Letak sedikit garam dan serbuk kunyit. 
  2. Semua bahan bertanda * di tumbuk ataupun di kisar.
  3. Panaskan sedikit minyak zaiton dan goreng udang sebentar.  
  4. Angkat dan ketepikan.  Masukkan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak baru di masukkan cili sos thai/sos cili maggi.
  6. Masukkan sedikit garam, gula  dan udang yang telah digoreng dan kacau sebati, bolehlah padam api.
  7. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang sebelum di hidang.

Khamis, Ogos 18, 2011

Kalau Goreng Garenti Licin

 
Bila anak duk asrama balik sekali sekala akak memang tanya nak makan apa? Bila tanya Ira nak makan udang goreng, kebetulan jumpa udang laut kat Pasar Greenwood pagi Ahad, terus gorengkan sebelum dia balik semula ke asrama petang tu. Kesiankan dia ashik makan nasi kawah, nasib baiklah setakat ni Ira tak komen kata makanan kat kantin tak sedap.

Bulan puasa ni Ira balik setiap minggu, jenuh gak nak mengambil dan menghantar setiap minggu, nasib baiklah Firdaus ada kat umah. 

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sesikit sos ikan ajer
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung kentucky
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, sos ikan, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung kentucy.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...