OOO

Memaparkan catatan dengan label seafood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seafood. Papar semua catatan

Selasa, April 05, 2016

Kari Ketam Stail Mamak

Assalammualaikum semua
Kalau ikut anak terutama Firdaus tak berapa suka nak makan ketam sebab katanya susah nak makan..hermm kadang kadang tekak tukang masak nak makan gak.  

Kari ni tak tak buh santan, akak buat tairu, kalau tak suka boleh guna santan, yogurt ataupun susu cair.

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam potong dua-bersih dan tos
  • 1 cawan susu cair di campur dengan jus 3 biji limau kasturi-jadi tairu
  • tomato dadu
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan/ketam
  • air secukupnya
  • garam dan minyak zaitun/sayur/jagung

Bahan Tumis
sedikit biji sawi
1/2 biji hirisan bawang besar
1 pelepah daun kari
rempah 3 sekawan

Cara-caranya
1.  Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia dan campurkan dengan serbuk kari.
2.  Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis, tomato dan masukkan bahan tumbuk bersama serbuk kari tadi.
3.  Masukkan sedikit air dan biarkan masak dengan menggunakan api kecil sambil di kacau selalu dalam 10 minit atau naik minyak.
4.  Masukkan pula ketam, gaul dan masukkan tairu bersama air 1 atau 2 cawan dan biarkan mendidih.
5.  Perisakan kari dan biarkan kuah agak pekat.
6.  Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Rabu, Januari 25, 2012

Udang Paprik@Paprik Udang

Ada yang panggil udang paprik dan ada yang panggil paprik udang.  Tak kisahlah labu.  Dulu akak buat tak goreng udang dulu terus lebur ajer dalam kuali.  Kali ni akak goreng sekejap ajer sebab udang kalau goreng lelama nanti jadi getah sekerap.

Kalau korang ikut resepi ni..insyallah korang tak doyan nak makan kat kedai sebab mahal tau. Tapi kalau virus M banyak nak buat camner kan..
 
Bahan:- (dipotong kecil)

  • 500 gm udang-buang kepala sahaja
  • 100 gm carrot-dipotong panjang
  • 100 gm bunga kobis-dipotong kecil
  • 5-8  sweet pea-potong 2
  • 1/4 capsicum hijau-potong kecil
  • 1 labu bawang besar-dipotong bulat
  • 1 biji tomato di potong 4
  • sedikit daun ketumbar-di potong kecil

Bahan Sos
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 5 helai daun limau purut-di siat-siat
  • 1 batang serai - di titik hujung 
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak
1. Bersihkan udang dan toskan.  Goreng udang sebentar setelah di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Jangan goreng terlalu lama. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili api yang telah di tumbuk  dan serai hingga wangi.

3. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masukkan 1/2 cawan air.

4. Biarkan mendidih  masukkan carrot dan bunga kobis dan biarkan kuah pekat sedikit. Kemudian masukkan sayuran lain.

5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut, garam (jika perlu) dan sedikit gula, tomato, hirisan bawang besar dan udang dan di kacau sebati.

6. Masukkan  daun ketumbar..rasa dulu barulah  padamkan api dan baru di masukkan jus limau dan kacau sebati....enak di makan panas-panas.

Khamis, Ogos 18, 2011

Kalau Goreng Garenti Licin

 
Bila anak duk asrama balik sekali sekala akak memang tanya nak makan apa? Bila tanya Ira nak makan udang goreng, kebetulan jumpa udang laut kat Pasar Greenwood pagi Ahad, terus gorengkan sebelum dia balik semula ke asrama petang tu. Kesiankan dia ashik makan nasi kawah, nasib baiklah setakat ni Ira tak komen kata makanan kat kantin tak sedap.

Bulan puasa ni Ira balik setiap minggu, jenuh gak nak mengambil dan menghantar setiap minggu, nasib baiklah Firdaus ada kat umah. 

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sesikit sos ikan ajer
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung kentucky
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, sos ikan, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung kentucy.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...