OOO

Memaparkan catatan dengan label mee goreng basah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee goreng basah. Papar semua catatan

Selasa, Februari 24, 2015

Mee Goreng Basah Sedap

Assalammualaikum semua

Teringin nak goreng mee, kat sini jarang goreng mee sebab makan berdua sajer, Imran bukan nak sarapan pagi pun.
Pernah gak beli kat sini, tapi rasanya kurang umpphh, resepi ni akak ambil dari blog Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2-tak letak
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan-tukar ke jus limau kasturi
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#-tak letak
Hirisan tomato
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)-tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
  4. Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....

Sabtu, Disember 18, 2010

Mee Goreng Basah

Goreng mee ni akak tak sukat pun bahan sangat. Pakai agak-agak ajerlah. Selalunya orang panggil masak campak-campak.
Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning
  • 1 dada ayam-hiris tipis
  • 8-10 ekor udang
  • 4 biji bawang putih-ditumbuk/ketuk
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • sedikit lada hitam-di tumbuk kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 cawan air-anggaran
  • 2 keping fish cake-potong lebar
  • 1 biji tomato-potong 6
  • garam secukupnya
  • taugeh, sawi dan kobis secukupnya.
  • 1-2 biji limau kasturi-potong 2
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak.
  2. Setelah berbau wangi dan perang masukkan pula ayam dan udang dan kacau lagi.
  3. Masukkan sedikit air berserta semua sos, fish cake, garam, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan juga tomato.
  4. Biarkan sekejap sehingga baru dimasukkan mee. Kacau sebati.
  5. Masukkan pulak sayur kobis, sawi dan taugeh dan kacau lagi.
  6. Rasalah garam cukup atau pun idak.
  7. Angkat dan hidang panas-panas dan perahkan limau kasturi sebelum makan.

Rabu, April 07, 2010

Mee Goreng Mamak

Mee goreng mamak ni akak ambil resepi dari umah Puan Hanieliza..sedap weiiii...

Bahan

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis
  • 100 gm fish cake -akak tukar ke fish ball
  • 1 cawan taugeh-tak letak
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]tukar ke cili merah

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...