OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak udang sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak udang sedap. Papar semua catatan

Khamis, November 16, 2017

RESEPI UDANG GORENG BUTTER BASAH SEDAP

Assalammualaikum semua
Udang oh udang, kenapa harga naik
Macam mana harga aku tak  naik

Jawab jangan tak jawab aaa

Cara masak udang ni sama macam ayam goreng butter/mentega, sepusat sepusinglah gamaknya.  Kalau nak buat udang nestum pulak last sekali masukkan nestum yang original yer.


Bahan-bahan
15 ekor  udang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi-hiris serong
1 tangkai daun kari
1-2  sudu besar butter
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan tepung jagung
Garam dan kunyit
Minyak utk menggoreng

Cara-caranya
1. Bersihkan udang, basuh dan gaul udang dengan garam bersama serbuk kunyit kemudian baru tepung jagung. 
2. Panaskan minyak, goreng udang sehingga separuh masak. Jgn terlalu lama. Angkat dan tos
3. Cincang bawang putih.
4. Panaskan butter dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
5. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
6. Masukkan udang daun gaul rata. Siap

Rabu, Oktober 30, 2013

Resepi Udang Goreng Daun Selasih

Assalammualaikum
 
Kadang-kadang mati akal nak masa apa untuk keluarga tersayang..dah masak udang goreng tepung sedap, sambal udang enak, rendang udang lazat dan bermacam-macam lagi resepi yang akak pernah cuba.  Nasib baiklah sekarang ni resepi semua di hujung jari (kena ada internet dan gadget) boleh google apa yang hendak di masak.

Kebetulan akak ada beli daun selasih di pasar pagi greenwood, google punya google terjumpa resepi dari Nor.

Bahan2:
250 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
sedikit capsicum merah dan hijau ~ dipotong (tak letak)
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris serong
3 sudu besar sos cili thai
1 sudu kecil sos ikan
garam dan gula secukup rasa
segenggam daun selasih
minyak

 

Cara:
  1. Perap udang dgn garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sekejap sehingga udang bertukar warna.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan bawang besar yg dipotong dadu dan biarkan hingga bawang layu.
  6. Kemudian masukkan capsicum, cili padi, sos cili thai, sos ikan, garam dan gula secukup rasa (garam tak perlu letak banyak sbb dah ada rasa masin dr sos ikan dan masa perapan udang).
  7. Masukkan udang dan kacau. Biarkan masak utk seketika.
  8. Padamkan api dan masukkan daun selasih (tak perlu dihiris) dan kacau.
  9. Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih.

Rabu, Januari 25, 2012

Udang Paprik@Paprik Udang

Ada yang panggil udang paprik dan ada yang panggil paprik udang.  Tak kisahlah labu.  Dulu akak buat tak goreng udang dulu terus lebur ajer dalam kuali.  Kali ni akak goreng sekejap ajer sebab udang kalau goreng lelama nanti jadi getah sekerap.

Kalau korang ikut resepi ni..insyallah korang tak doyan nak makan kat kedai sebab mahal tau. Tapi kalau virus M banyak nak buat camner kan..
 
Bahan:- (dipotong kecil)

  • 500 gm udang-buang kepala sahaja
  • 100 gm carrot-dipotong panjang
  • 100 gm bunga kobis-dipotong kecil
  • 5-8  sweet pea-potong 2
  • 1/4 capsicum hijau-potong kecil
  • 1 labu bawang besar-dipotong bulat
  • 1 biji tomato di potong 4
  • sedikit daun ketumbar-di potong kecil

Bahan Sos
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 5 helai daun limau purut-di siat-siat
  • 1 batang serai - di titik hujung 
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak
1. Bersihkan udang dan toskan.  Goreng udang sebentar setelah di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Jangan goreng terlalu lama. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili api yang telah di tumbuk  dan serai hingga wangi.

3. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masukkan 1/2 cawan air.

4. Biarkan mendidih  masukkan carrot dan bunga kobis dan biarkan kuah pekat sedikit. Kemudian masukkan sayuran lain.

5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut, garam (jika perlu) dan sedikit gula, tomato, hirisan bawang besar dan udang dan di kacau sebati.

6. Masukkan  daun ketumbar..rasa dulu barulah  padamkan api dan baru di masukkan jus limau dan kacau sebati....enak di makan panas-panas.

Jumaat, April 01, 2011

Resepi Udang Masak Merah Berempah

Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Semuga Raihan dan seluruh keluarga dapat menerima ketentuannya, sesungguhnya allah s.w.t. lagi menyayanginya. Memang rasa downlah hari ni..

Udang kalau masak apa pun sedap kan..kalau goreng tepung lagi best. Tapi tak leh jadi lauklah pulak..bila habis menggoreng ada ajer tangan-tangan yang menunggu, lelama habis ataupun tukang masak bertempik cam tarzan.

Masak udang stail camni kalau tak habis esoknya bolehlah makan dengan lempeng, cekodok ataupun roti canai tak pun roti ajer. Akak ambil resepi dari blog Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • akak tambah : 1 biji bawang besar di hiris halus
  • 2 biji bawang kecil di hiris halus
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan-bahan mesin bersama daun kari hingga wangi. (Akak tumis hirisan bawang besar dan bawang kecil bersama daun kari ..baru masuk bahan kisar dan cili kisar..kemudian baru masuk pes)
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan-bahan mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.

Jumaat, Februari 25, 2011

Resepi Udang Goreng Bersos


Dah lama tak show resepi. Kali ni masak udang. Udang kalau makan banyak dah tua-tua ni senang naik kolestrol dalam badan..kalau orang lelaki makan selalunya dapat gout. 

Ambil resepi ni dari blog DayangJack.  Senang nak buat udang goreng bersos ni. Sekejap ajer dah siap.  Kalau yang baru balik kerja nak buat  pun ada masa.  Terima kasih Dayang.

Bahan-bahan : anggaran
  • 400 gm udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)\
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Jumaat, November 05, 2010

Resepi Udang Serai

Ambil resepi ni dari blog Aidah.  Dia ambil dari resepi Chef Sabri
Bahan-bahan:
800 gm udang (digoreng terlebih dahulu hingga garing)
minyak masak
2 batang serai
20 gm baanwg putih (dicincang)
60 gm bawang merah (dicincang)
20 gm daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
30 gm cili kering (direndam dan dihiris tanpa biji)
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 biji air limau nipis
Sedikit tepung jagung dicampur sedikit air (saya tak letak)
Garam &amp gula secukup rasa

** Bahan-bahan  seperti serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, cili kering - kesemuanya saya kisar terlebih dahulu.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau. Masukkan jintan manis, serai, daun kunyit, cili kering dan kacau hingga rata (saya lak masuk je terus kesemua bahan kisar tadi hingga pecah minyak)
2. Masukkan udang, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, air dan kacau seketika.
3. Masukkan air limau nipis, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan bacuhan tepung jagung (saya tak letak sebab kurang gemar dengan masakkan yang menggunakan tepung jagung)

Selasa, Oktober 19, 2010

Resepi Paprik Udang

 Terima kasihlah pada yang sudi nak order kukis coklat chip tu.  Bagi yang jauh akak akak cuba check kat courier dulu macamana cara pembungkusannya dan harga yang di tawarkan.

Nak guna pejabat pos takutlah pulak, takut nanti jadi serbuk bila sampai kat tangan.  Yang area shah alam ataupun Putrajaya, kenalah ada pick up point.  Senang sikit.  Kalau betul nak order hantar email kat akak yer roslana_06@yahoo.com.my
Resepi ulangan ni..tapi tak apa kan..
Bahan:- (dipotong kecil)
  • 300 gm udang-tinggalkan ekor
  • 100 gm carrot-dipotong panjang
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum -suka hatilah nak letak hijau ker..akak letak kuning
  • 1 labu bawang besar-dipotong bulat
  • sedikit daun ketumbar
Bahan Sos:-
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut-di siat-siat
  • 1 batang serai - di titik hujung dia (akak letak 2 batang)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi - ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih - akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut.
6. Masukkan sedikit garam, daun ketumbar dan padamkan api dan baru di masukkan jus limau dan kacau sebati..enak di makan panas-panas.

Isnin, Oktober 04, 2010

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Pucuk Ubi

Orang dah masuk umur 40..an ni masakan kampung gak yang lalu kat tekak..kalau ayam dan daging dah kurang dah.  Hendak-hendak gi umah open house selalu ada ayam kan..
Bila pekena lauk cam ni barulah terbuka selera..nyummm..nyumm 

Bahan-bahan
500gm udang sederhana besar
1/2 kg santan pekat/500gm santan pekat
1 cawan air
 1 cekak pucuk ubi-ambil pucuk muda dan rebus sekejap dengan air dan sedikit garam
10 -15 biji cili apikalau nak pedas tambah lagi 
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-titik hujung
asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
     Bahan-bahan
    1.  Ambil pucuk ubi yang muda dan rebus bersama air dan sedikit garam.  Toskan.
    2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
    Kalau malas kisar ajer dengan blender.
    3.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air.
    4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
    5.  Bila mendidih masukkan udang, daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
    6.  Bila mendidih sekali lagi masukkan pucuk ubi yang telah di rebus dan biarkan sekejap, rasa garam dan baru padam api.
    pekena pula dengan telur masin..perghhhhhhhhh

    Khamis, Ogos 26, 2010

    Resepi Udang Rock And Roll

     Udang memang favourite kat umah ni...terutama kalau ada 2 orang anak perempuan kat umah.  

    Resepi ni akak ambil dari blog ummi.Dan beliau ambil dari forum  Anekarasa

    Bahan:-
    • 500 gm udang (udang besar - akak guna udang galah)
    • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
    • 2 sudu besar minyak
    Bahan-Bahan Untuk Sos:-
    • 1 sudu besar taucu biji
    • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
    • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang (*akak x letak)
    • 2 sudu besar cendawan butang yang dicingang (tak letak)
    • 2 sudu besar cili sos
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar sos plum
    • 1 sudu besar gula
    • garam secukup rasa
    • sedikit lada sulah
    • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
    • 200 ml air
    • 3 sudu besar minyak
    • sedikit minyak bijan
    • Akak tambah se batang daun bawang potong 2 inci
    Cara Memasak:-


    1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah


    2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan  masukkan daun bawang dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..

      Lepas tu boleh kita rock and roll ek..

    Jumaat, Mac 06, 2009

    Butter Prawn

    Bila makan kat luar prawn butter..... harga dia mahal teramat sangat...jadi akak jarang order...pergi ke rumah qistinas. di http://qistinas.blogspot.com/tenguk macam senang aje nak masak dia....resepi asal dari rumah Casa Qusais Nor yang asalnya dari Sudipkayu_Nita ..terima kasih semua diatas resepi yang sedap ni...

    Bahan-bahan
    • 12 ekor udang saiz besar
    • 2 sudu butter
    • 3 biji kuning telur
    • sedikit daun kari
    • sedikit cili padi
    • serbuk kunyit & garam
    • minyak utk menggoreng
    * i tambah sedikit serbuk kari

    Cara-cara:
    1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
    2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
    3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
    4. Sementara tu, kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2.
    5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.
    6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...