OOO

Memaparkan catatan dengan label sotong goreng tepung mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sotong goreng tepung mudah. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 16, 2017

Resepi Sotong Goreng Tepung

Assalammualaikum

Resepi ni memang akak selalu buat kalau goreng sotong. 

Bahan-bahan
500gm sotong-dibersihkan, potong dan tos
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam/sulah
1 biji telur-pukul sebentar (kalau tak cukup tambah lagi yer)
garam dan minyak yang banyak

Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
2. Celup sotong dengan telur yang telah dipukul.
3. Salut dengan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas.
4. Tunggu hingga kekuningan..bolehlah di angkat..sotong tak boleh lama..nanti keras kejung...
3. Hidangkan segera dengan cili sos ,makan panas-panas tu sebab kalau nak makan baru goreng
.

Rabu, Januari 19, 2011

Resepi Sotong Goreng Tepung

 nasib baik sempat snap..kejap ajer nak habis
Susah betul nak cari sotong sekarang ni.  Tak ada musim kot. Akak pernah gak goreng sotong guna tepung gogi tu tapi rasa cam tak best aa sebab meletup-letup..menci habis berterabur minyak.  Pastu kena kemas pulak tu.

Sekarang ni akak goreng tepung cara yang pernah akak buat dulu. Buat goreng sotong ni pun dah lama, baru jumpa gambar.  Akak kan lalau malas,  suruh ajer Firdaus tolong goreng bila akak dah siapkan campuran tepung.
Bahan-bahan
  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
Kalau goreng banyak mesti minyak kotor.  Buang minyak tu dan gunakan minyak baru.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas dengan cili sos.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...