OOO

Memaparkan catatan dengan label tempat makan sedap di melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat makan sedap di melaka. Papar semua catatan

Khamis, September 19, 2013

Medan Ikan Bakar Alai Melaka

Assalammualaikum
Selalunya kalau gi Melaka orang nak pekena ikan bakar selalu gi ke Umbai kan tapi akak ajak  ke Alai  yang terletak lebih kurang 7 km dari  bandar Melaka.

Kami sampai dalam pukul 8.00 lebih selepas jejalan kejap di Hard Rock Cafe Melaka.  Orang memang ramai masa kami sampai tapi jangan risau sebab banyak parking dan pilihan gerai yang kita boleh pilih.

Oleh kerana kami parking area tempat ni, owner pula mengajak dengan penuh ramah tamah akhirnya kami pilih rose & ali ikan bakar no 7.  Bermacam-macam pilihan yang ada, ikan dan makanan laut yang segar dan yang baru naik dari laut katanya.

 

Agak lama nak tunggu ikan bakar tapi sementara tu kami pekena otak-otak yang sedap

ambil kepah nii..masak simple ajer

pilihan anak-anak sotong goreng tepung

 

Oleh kerana kami minta nasi putih bukan nasi lemak, kami kena tunggu agak lama gak nak menjamah ikan bakar ni.  Akak pilih ikan pari dan satu lagi ikan jenahak. 

Tapi sayangnya dorang salah bagi ikan..dapat ikan yang lain.  Malas nak gaduh gaduh, dahlah lama tunggu, perut pun dah lapar terus ajer makan.  Nasib baik sedap.

Masa nak bayar akak gi check harga ikan yang salah hantar ni..nasib baik harganya sama..akak lupalah pulak nama ikan ni.  Harga termasuk  sup sayur dan minuman tak sampai pun RM200.00..oklah kan



Location: Ikan Bakar Rose & Ali, 
No. 7, Crystal Bay, 
Sungai Punggur Alai, 75460 Melaka.
GPS Coordinates: 2.173012, 102.31149

Selasa, Jun 11, 2013

Restoran Ikan Bakar Malim Air Keroh Melaka


Assalammualaikum

Masa gi cuti-cuti  ke Melaka bila nak cari makan malam kami cari kat area Air Keroh ajer.  Malas nak keluar jauh-jauh
Restoran Ikan Bakar Malim terletak  di Melaka International Trade Centre (MITC Ayer Keroh..masa sampai orang dah ramai..maklumlah cuti sekolah..ibubapa rajin bawa anak-anak gi lepaskan tension terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan yang penting.
Bila dah pilih apa yang anak-anak nak, kenalah tunggu agak lama sikit..mula-mula sampai dah tentulah air kan.  Pastu sotong goreng kunyit. Masing-masing tak sabar, satu demi satu ngap...ngap..ngap..hingga tinggal sikit.
 Puyuh goreng...kesukaan akak dan suami..sedap gak
Kami tak pilih masakan bakar-bakar cuma ambil 2 jenis ikan...ikap merah dan ikan siakap yang di goreng garing dan di masak asam manis dan sweet sour.  Semua puji ikan ni sebab di goreng garing..tapi sos dia boleh tahan ajerlah.

Kira oklah makan kat sini..6 orang makan campur air..lebih RM120.00.

Ingat nak jejalan kat sini, tapi tak ada yang menarik..terus balik ke bilik..lepak-lepak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...