Buat lagi bihun sup goreng pagi tadi...akak showlah gambar yang dulu yer...ada dulu member cyber tanya camner nak goreng bihun tu...kena basuh ke idak? tak yah basuh..terus ajer goreng dalam minyak panas....bila dah kembang...kena cepat-cepat angkat dan toskan. Ada 2 cara..satu pakai lempar ajer..satu lagi kalau nak cantik pakailah penapis stainless steel ekk..jangan guna penapis plastik pulak....hancur kena minyak panas nantik..kat atas ni pakai lempar...ehhh taklah letak elok-elok..kan terpercik minyak panaslah pulakkk...bahan-bahan adakala akak guna ayam..tapi pagi tadi guna sotong dan udang.
Bahan-bahan
- 5 biji bawang putih
- 4-5 biji bawang merah-hiris
- 1/2 sudu teh lada hitam-kalau nak pedas..tambah lagi..
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 400gm bihun (kalau keluarga kecil kurangkan ke 200gm)-diceraikan dan digoreng dalam minyak panas.
- 10-15 ekor udang basah-dibersihkan tinggalkan ekor
- 3 ekor sotong-dipotong kecil
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- air secukupnya
- sedikit tepung jagung yang di bubuh sedikit air
- minyak dan garam secukupnya.
- 1 biji telur-dipukul sedikit
- 3 fish cake-dihiris tipis
- 2000ml air -anggaran
cara menggoreng bihun pakai penapis stainless steel..kena biarkan minyak betul-betul panas berasap baru masukkan bihun yer..
Sayur-sayuran
- kobis di potong kecil
- sawi-dipotong kecil
- daun sup dan daun bawang-dihiris tipis
Bahan tambahan
- 5 biji bawang kecil-dihiris tipis dan digoreng-kalau nak guna bawang goreng segera pun boleh.
Sambal kicap-style akak
- 20-30 biji cili api-tak yah di buang tangkai-basuh bersih
- 3 biji bawang putih
- 1/2 botol kecil kicap manis-akak guna chap kipas udang
- 3 biji limau kasturi-ambil jus
- sedikit minyak
Cara-cara
1. Panaskan minyak biarkan panas ..masukkan cili api dan bawang putih..cepat-cepat tutup dengan tudung periuk..(sebab meletup-letup) dan padamkan api. Toskan. Biarkan sejuk.
2. Tumbuk atau blender (guna sikit air masak) dan tuangkan kicap.
3. Masukkan ke dalam tupperware dan tuang jus limau. Kacau rata.
4. Siap di gunakan..sambal kicap boleh tahan sebulan dalam peti sejuk.-hb akak suker cicah dengan tempe, keledek, sukun, pisang, keladiCara-cara
1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
2. Hiris bawang kecil/bawang putih dan goreng dalam periuk yang telah dimasukkan sedikit minyak. Apabila bawang telah berwarna keperangan..bolehlah masukkan bawang putih yang telah di tumbuk dan kacau sebentar.
3. Masukkan air dan biarkan air menggelegak.
4. Bubuh kiub ayam, sos tiram, kicap manis, garam dan lada putih.
5. Bila menggelegak masukkan udang dan sotong.
6. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan sayur-sayuran bersama-sama telur yang telah dipukul..... kacau dengan garpu cepat-cepat..kalau tidak nanti tak bertali telur tu..... Perisakan dengan garam.... baru di masukkan air tepung jagung dan biarkan mendidih sekejap dan segera padam api.(kalau nak letak telur sebiji-sebiji pun boleh..ikut sukerlah yer)
7. Tuang keatas bihun yang telah digoreng dan tabur bawang goreng dan daun sup/bawang.
8. Sedap di makan panas-panas...bubuh pulak sambal kicap....perghhhhh

SELAMAT ULANG TAHUN KE 14 TAHUN
BUAT ANAKKU
ATHIRAH
SEMUGA APA YANG DI CITAKAN
AKAN MENJADI KENYATAAN...
MAK DOAKAN SEMUGA IRA
BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Dah lama tak masak lemak ikan sardin dengan pucuk ubi..selalunya akak lebihkan kuah sebab boleh cicah dengan cucur tepung/cekodok/jemput-jemput ikan bilis...resepi ni dah tepek setahun yang lepas..akak tepek lagi sekali.
Bahan-bahan
- 10-15 biji cili api-nak pedas..tambah lagi ye...
- 1 tin besar sardin-akak suka guna cap ayam
- 500gm santan pekat-1/2kg
- 500gm air-agak-agak
- 1 ikat pucuk ubi-selalunya akak beli RM1.00-rebus dan tos.
- 1-2 keping asam keping
- 2 batang serai-dititik
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- sedikit serbuk kunyit
- 1 helai daun kunyit-disiat dan di ikat
- garam secukupnya
1. Tumbuk cili api bersama serbuk kunyit, halia, kunyit hidup dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat bersama air (terpulang samada nak pekat lagi ataupun nak cair) dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan dan kacau selalu ye...tinggalkan sedikit santan pekat.
4. Bila telah mendidih..masukkan sardin bersama sosnya dan biarkan ia masak dengan menggunakan api yang perlahan dalam 10 minit.
5. Kemudian masukkan pula pucuk ubi dan daun kunyit.
6. Biarkan sebentar , masukkan santan pekat, biarkan mendidih sekali lagi, rasa cukup asam garam dan bolehlah di tutup api. Sedap di makan dengan nasi panas-panas dan ikan sepat masin..

Alahai penatnya ... tidur lama sungguh lepas balik dari ambil ira..hujan pulak tu..memang sedap tidur sejuk-sejuk ni....masa pergi ke Rawang dalam pukul 12.00 tengahari....taklah teruk sangat jem...tapi kat bulatan dekat Jalan Kuching menghala ke Kuala Lumpur jem teruk..sampai kat NSK Selayang. Bila balik ingatkan nak ikut Jalan Laksamana, Selayang... boleh tembus ke Jalan Sri Gombak..tapi bila tenguk jalan clear ajer kat Pasar Borong Selayang..akak pun cancellah nak ikut jalan tu...
akak tertipu.....bila sampai ajer kat bulatan Jalan Kuching..mak datuk...jem giler menghala ke kuil di Batu Caves...penat jugaklah kaki dibuatnya....Polis cuma bukak satu lorong ajer jalan nak menghala ke Gombak...Nak dekat 30 minit terperangkap dan berebut-rebut nak masuk ke satu lorong tu.
akak tertipu.....bila sampai ajer kat bulatan Jalan Kuching..mak datuk...jem giler menghala ke kuil di Batu Caves...penat jugaklah kaki dibuatnya....Polis cuma bukak satu lorong ajer jalan nak menghala ke Gombak...Nak dekat 30 minit terperangkap dan berebut-rebut nak masuk ke satu lorong tu.
Tapikan sekarang pemandu lelaki tak hormat dengan pemandu wanita...tak kasi can langsung...menyampasss... dari Gombak menghala ke Bulatan Jalan Kuching pun jem sampai ke Giant Batu Caves...sekian siaran langsung dari Batu Caves sempena Thaipusam...One Malaysia kan...
Kari ni semua orang pandai buat...macam-macam stail ada...yang ni stail akak ek..
Bahan-bahan
- 1 tin sardin chap ayam
- 1 biji bawang merah-dihiris
- 4 biji bawang kecil*
- 3 biji bawang putih*
- 1 inci halia*-tumbuk bersama
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu makan rempah ikan babas
- 1/2 sudu kecil rempah ikan-biji sawa, halba, jintan manis, jintan putih
- 2 biji ubi kentang-dipotong dadu
- sedikit air asam jawa
- garam dan minyak
Cara-cara
- Ubi kentang yang di potong dadu tadi di rebus kejap. Bila empuk..toskan. Tumis dulu bawang besar yang telah di hiris bersama rempah ikan, daun kari hingga naik bau.
- Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk bersama dan rempah kari ikan yang telah dicampur sedikit air.
- Biarkan rempah naik minyak dengan menggunakan api kecil dan kacau selalu.
- Bila telah terbit minyak, masukkan pula susu cair yang telah di campur dengan jus lemon (yogurt) dan
- kacau lagi.
- Masukkan sardin dalam tin dan biarkan masak dengan api perlahan. Akak hancurkan sikit ikan sardin tu.Pastu masukkan ubi kentang.
- Perasakan dengan garam dan tuang sikit jus asam jawa dan barulah ditutup api.

Sambil taip N3 sambil fikir nak ikut jalan manalah nak ambil ira hari..kat hari ni Thaipusam..dah tentu jalan menghala ke Rawang ikut MRR jem giler..kenalah cari jalan kampung ataupun ikut jalan jauh...kalau ikut jugak jalan tu...takut jalan jem giler...tak sanggup nak tersangkut dalam jem ni..penat kaki, mata dan mulut (mengomel pot pet...pot pet..)
Dah selalu buat roti nan ni...akak memang suker ikut resepi yang ni...insyallah memang gebus dan lembut...kalau ikut aduanan ni dapat 8-9 keping roti. Sedap di makan bersama-sama kari ..tak kiralah kari ikan ker..kari daging ker..tapi akak buat pakai kari ikan sardin. Akak ambil dari blog Resepi Diana.
Bahan-bahan
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 1 peket yis kering (akak suka guna mauripan)
- 2 sudu teh gula
- 1 cawan air suam
- 1 biji telur (dipukul dulu)akak guna gred A
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu besar minyak zaiton/mentega cair/minyak sayur
- 4 sudu besar tairu (tairu tak ada kat rumah) akak ganti dgn susu cair campur 2 biji limau kasturi...biarkan dalam 5 minit..jadilah tairu
Cara-cara
1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis. Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
2. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaiton, telur, tairu dan campuran yis tadi. Kalau rasa kering..masukkan 1-2 sudu makan air yer.
4. Uli sehingga lembut dan licin. Masukkan ke dalam mangkuk bersih.
1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis. Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
2. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaiton, telur, tairu dan campuran yis tadi. Kalau rasa kering..masukkan 1-2 sudu makan air yer.
4. Uli sehingga lembut dan licin. Masukkan ke dalam mangkuk bersih.
5. Tutup dengan cling wrapper (plastik pembungkus makanan yang tipis tu) dan biarkan naik sekali ganda..kira-kira 1 jam.
6. Setelah naik 2x ganda keluarkan dan tumbuk doh untuk buang angin.
7. Bahagikan adunan dalam 70gm setiap satu. Akak tak timbang pun..pakai agak-agak aje. 6. Setelah naik 2x ganda keluarkan dan tumbuk doh untuk buang angin.
8. Canai dan bolehlah di bakar di atas non stick pan (tanpa minyak yer). Balikkan setelah masak. Kalau keluar gelembung kecil tu tandanya roti naan jadilah tu...
9. Sedap di makan bersama kari bila baru keluar dari kuali non stick. p/s kalau tak faham gi ke label roti...cari roti naan dan tenguk kat situ ada langkah demi langkah yer. kalau nak letak bawang putih pun boleh...nak letak cheese kat atas roti naan tu pun boleh....kari sardin nanti yer..akak nak ambil ira kat asrama.

Jalan-jalan ke Kuala Selangor..jumpa binatang ni..saper tahu nama dia..
by kak ina kl on Khamis, Januari 28, 2010
Ingat tak masa akak jumper LG kat umah dia dulu..dalam bulan Disember...sebenarnya akak bertolak pagi sebab nak gi jejalan dulu.....nak pergi ke Kuala Selangor...
mula-mula kami ke sini...Dah lama dah tak pergi tau.....dulu pernah datang ke sini ikut rombongan sekolah masa akak tingkatan 5...tahun 1981..dah berapa tahun ek.....sajer ajer nak mengenang kembali kisah lalu..
sekejap ajer kat dalam muzium ni..pastu ambil gambar kat luarlah pulak..Ira ni memang suker bergambar..ikut mak dierlah tu..masa akak pergi dulu...kitaroang boleh naik lagi keatas rumah api ni...
sekarang dah tutup/berkunci pagar dia.....tak tahulah sama ada di tutup terus ataupun masa akak datang ..tutup sekejap...
imran tak sukerlah pulak akak ambil gambar dia masa ni.....dia bad mood
kat atas pokok ada aper..ek
bila kasi makan..dia turun..nak panggil aper ek...lontong, monyet, siamang atau ungka...akak tak tahulah apa nak panggil..
banyak sungguh binatang ni.....bau dia...hemmm tak mandi kan..tentulah bau dia busuk...puas akak tahan nafas tunggu camerawomen ambil gambar
imran berani camni ajer..bila binatang tu dekat ajer..dia lari..
ira lagi penakut..budak baju kuning ni selamba badak ajer..bila binatang ni naik atas badan dia..kalau nak binatang ni datang dekat...beli ajer makanan RM1.00...mesti dia ikut...kami semua tak beranilah..takutttt..
Posing lagi..ingat nak ke makam sultan selangor yang telah mangkat..tapi tutuplah pulak...
Kat perigi beracun..ada sejarah dia..saper nak tau cerita boleh datang ke sini...akak tak berapa ingatlah...kami pergi jugak ke Tempat Kelip-kelip kat Kampung Kuantan (kalau tak silaplah) .tapi bukak waktu malam ajer..tak kuasa nak tunggu malam..lepas tu tak tahu nak pergi mana?ingatkan nak cari kedai apeksss..tapi tak pandai nak cari..tentulah tak jumper...
Perut dah lapar..kami makan tengahari dulu sebelum ke rumah LG..seganlah nak makan rumah dia... ....Akak bawakan LG tart nanas gulung...tak lawakan...sebab second time buat....nak buat gulung menggulung kena pandai teknik dia..Rasanya tak sanggup akak nak buat lagi tat gulung ni...baik akak terap ajer...harap LG puas hati yer...padahal LG lagi terror buat tart dari akak...tapi bila dia kata nak akak jugak buat....tak sampai hatilah pulak...akak buat jugak pagi tu....takut LG kempunanlah pulak nanti..lagi satu takut kalau LG mengandung baby dalam perut air liur meleleh...sorrylah LG ...akak gurau ajer..

Resepi yang ringkas dan mudah di buat...senang sesangat...akak ambil resepi ni dalam Majalah Keluarga..anak-anak kata memang sedap...kalau makan kat restoren mau kena puluh-puluh RM tau..tapi kan akak ubah suai sikit ikut selera akak..jomlah cuber buat ek.
Bahan-bahan
- 500gm daging batang pinang bahagian dalam-hiris tipis
- 3 sudu besar sos lada hitam jenama life-akak tambah sendiri..kalau tak nak buat pun tak apa yer.
Cara-cara
- Potong daging dan toskan.
- Perap bersama-sama sos lada hitam selama 1/2 jam. Lagi lama lagi bagus...kalau tak ada sos lada hitam life tu tak yah ikut step ni yer..
- 5 biji bawang putih*-tumbuk atau hiris
- 1 inci halia *
- 2 labu bawang besar-dipotong bulat
- 2 biji ubi kentang-dipotong 6 dan di goreng sekejap hingga kuning
- 1/2 tin kecil kacang pis
- 3 tangkai cili merah-belah 2 atau hiris serong
- 3 tangkai cili hijau-belah 2 atau hiris serong
- 2 biji tomato-potong 6
- 3 sudu makan kicap pekat masin-akak guna kicap manis ajer
- 2 sudu teh lada hitam-kisar atau tumbuk kasar
- sedikit minyak dan garam secukupnya
- Akak tambah 2 batang daun bawang-potong serong dalam 1 inci.
Cara-cara membuat
- Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan halia dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak. Kemudian masukkan kicap.
- Kacau hingga daging menjadi lembut, kemudian masukkan kentang.
- Masukkan lada hitam, bawang besar seterusnya diikuti cili merah dan cili hijau.
- Akhir sekali masukkan tomato dan kacang pis.
- Masukkan garam dan kacau hingga rata dan rasa dulu ..taburkan daun bawang dan barulah di tutup api.
- Sedap di makan panas-panas.

Ada lagi cabutan bertuah ...apasal semua nak bagi hadiah ek...dapat bonus kot...kali ni dari Yanmie dari Kelang..syarat yang dia bagi pun senang...
1. Apa yang perlu korang buat hanyalah copy paste ayat di bawah dan buat satu entry baru dengan memasukkan ayat dibawah sebagai entry korang dan publish Entry macam biasa.
Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.
Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama
untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di
2. Entry korang mestilah menggunakan tajuk Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com.
3. Untuk referrer pulak jagan lupa nyatakan darimana korang tau tentang pertandingan nie. Contohnye ” Saya tahu pertandingan ini dari blog si A”..
akak kebetulan terjah blog beliau..nampak pulak lucky draw ni...cuber ajerlah..mana tau ada rezeki..
akak kebetulan terjah blog beliau..nampak pulak lucky draw ni...cuber ajerlah..mana tau ada rezeki..
4. Sekiranya anda sudah menyiapkan Entry tersebut, sila tinggalkan komen di ruangan ini, agar mudah untuk Yan spotcek ok!
5. Pertandingan ini tamat pada 31/01/10 pukul 11.59pm
6. Cabutan akan dibuat oleh Putera kesayangan kami Aiman, bukti cabutan akan dikemukakan pada hari cabutan nama pemenang.Senang bangat ek dia punyer syarat..jomlah kita terjah reramai.

Ingat tak lagi...dulukan akak .... pernah menang peraduan Xpax....hadiah dia memang best giler... akak dapat Blackberry Curve.(menang blackberrycurve .boleh baca kat sini)..sekarang ni hp Blackberry dah pun berpindah tangan. Dah dibawak Yana berhijrah ke Davangere, India.
Masa mula-mula akak menang hp ni..akak bagitau Yana..dia tak percaya.(apa dia ingat mak dia ni tak pandai ek) ...bila akak buat N3 dalam blog..barulah dia percaya...lepas tu dia pulak yang tertarik.
Yana bagitau dia nak beli Blackberry tu...siap pesan...jangan bagi orang lain guna termasuklah abang-abang dia..takut rosak. Akak pun jagalah dengan elok.
Masa mula-mula akak menang hp ni..akak bagitau Yana..dia tak percaya.(apa dia ingat mak dia ni tak pandai ek) ...bila akak buat N3 dalam blog..barulah dia percaya...lepas tu dia pulak yang tertarik.
Yana bagitau dia nak beli Blackberry tu...siap pesan...jangan bagi orang lain guna termasuklah abang-abang dia..takut rosak. Akak pun jagalah dengan elok.
Bila balik..Yana tuntut janji..akak deal dengan dia...kalau nak tukar.....kena belikan mak hp baru yang syarat paling utama mestilah ada kamera (tu yang paling penting...nak ambil gambarkan..) dan boleh surf internet bila dah masuk kawasan yang ada wifi.
Minggu pertama dia balik tu...akak ajak dia pergi bersama-sama Firdaus gi ke KLCC pergi beli hp yang baru..Firdaus yang tahu tentang hp ni..akak apa tau..tau masak ajer... ..lepas pusing-pusing beberapa kedai dan survey harga...terkenanlah dengan hp nokia yang ni...harga bolehlah tahan.(tak semahal blackberry)..tak kisahlah kan..akak dapat free.
Bila balik umah ...terus ajer tukar dengan Yana. Mula-mula ambil masa jugak nak pakai norkiah ni..al maklum lah orang dah berusia..puas akak godek sana..godek sini..lama jugak ambil masa nak mengodek...sekarang ni dah ok. Masa akak pergi event Astro B.yond ada jugak blogger nak tenguk blackberry curve akak...akak kata dah tak ada..akak pakai nokia. (akak tunjukkanlah kat dia).boleh dia kata...ala kak .....nokia ni murah dari blackberry...sabor ajerlah..akak tak kisah apa orangk kata....janji Yana happy..
Bila balik umah ...terus ajer tukar dengan Yana. Mula-mula ambil masa jugak nak pakai norkiah ni..al maklum lah orang dah berusia..puas akak godek sana..godek sini..lama jugak ambil masa nak mengodek...sekarang ni dah ok. Masa akak pergi event Astro B.yond ada jugak blogger nak tenguk blackberry curve akak...akak kata dah tak ada..akak pakai nokia. (akak tunjukkanlah kat dia).boleh dia kata...ala kak .....nokia ni murah dari blackberry...sabor ajerlah..akak tak kisah apa orangk kata....janji Yana happy..
Bila tau TM buat offer nak lajukan (upgrade..tapi tambah duit...yang bagus tak yah bayar sewa talian RM25.00 lagi..akak dah kira dah...untung RM1.00..wah dah kira promosi TM ni) lagi internet...akak pun gilah pulak buat permohonan kat Kedai TM kat Jalan Kuantan..tapi sampai kat sana...staff TM kata...modem dah habis.(dahlah tunggu giliran nak dekat 2 jam)...kena isi form dulu..nanti kalau ada stok baru mereka call atau sms...yang menyampah tu staff tu boleh kata...kalau tak tahu pasang dan install modem ni...kena panggil orang dia..kena bayar lagi RM80.00...oooooo...mahalnya...
nasib baiklah Firdaus dan Russdi pandai nak pasang dan install..akak kata tak payahlah.......terima kasih yer anak-anakku...kalau idak melayang duit nak dekat RM100 tu..saper yang nak pasang boleh panggil anak-anak akak yer....alhamdulliah minggu lepas dah dapat modem...mereka terus install. Senang ajer ...sekejap ajer siap..(chewah mentang-mentanglah akak yang tak pasang..)
nasib baiklah Firdaus dan Russdi pandai nak pasang dan install..akak kata tak payahlah.......terima kasih yer anak-anakku...kalau idak melayang duit nak dekat RM100 tu..saper yang nak pasang boleh panggil anak-anak akak yer....alhamdulliah minggu lepas dah dapat modem...mereka terus install. Senang ajer ...sekejap ajer siap..(chewah mentang-mentanglah akak yang tak pasang..)
Sekarang ni boleh surf kat ruang tamu atau dapur..memanglah kecik skrin hp ni...tapi kalau nak baca N3 pepanjang bolehlah baca.(akak belum rabun lagi).cuma nak komen kena gi kat pc jugak.(payah nak taip).tak kisahlah tu kan..janji hati senang...nak tenguk resepi pun boleh ....dan kalau malas nak salin kat kertas..boleh bawak ajer hp ke dapur... sebab kat umah akak tak ada printer.
Boleh tenguk fb pun...boleh check e mail......boleh komen kat fb...terima kasih yer Yana..kira cam tukar suker sama sukerlah ni..nasib baiklah akak puas hati dan rasa gembira.
Dahlah tak boleh upload gambar kat blog...tadi cadang nak show makanan lain..muat turun ok...tapi time nak sunting tak ada pulak gambar yang telah siap di muat turun..kenapa ek..hairan bin ajaib...ada yang terkena tak..tadi kat fb seorang member cyber dak jiya pengembala kambing pun bagi tau dia pun kena cam akak..nantilah akak jamu taukeh fb dengan nasi beraini ni dulu..mungkin lepas di tersandar kekenyangan ..baru dia betulkan balik.
Memang cadang nak masak nasi ni hari Ahad lepas...sebelum tu lepak depan pc...blogwalking kat umah Puan Ummi Kuantan ...dia dah siap masak dah nasi ni...akak pun c & p ajer dari umah dia..tak apa kan Ummi...sayang Ummi....Resepi asal dari buku Puan Hanieliza. ..makan dengan Ayam Madras dan papadum ajer... Bahan A:- ni nak makan ramai tau...akak buat 1/2 adunan ajer..tu pun dapat banyak.
- 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
- 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
- 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
- 3 biji cili merah (dibelah dua)
- 3 biji cili hijau (dibelah dua)
- 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
- 100 gm daun ketumbar
- 1 liter air
- 1 cawan susu cair
- 4 sb. minyak sapi
- 1/2 cawan kismis-memang tak letak
- 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
- garam secukup rasa
- 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 cm halia (dihiris halus)
- 2 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 bj. buah pelaga
- daun kari
Cara-Cara:-
- Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
- Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
- Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
- Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
- Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
- Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

Jangan pulak kata..mentang-mentanglah anak akak belajar kat India..akak belajar buat lauk yang berbunyi cam kat negara sana yer...bagus tau masak camni..sebab tak guna santan. Akak ambil resepi ni kat Majalah Saji.
Bahan-bahan
- 8 ketul ayam-akak guna 1 ekor
- 100 g ubi kentang (dipotong wedges)
- 10 g bawang putih (dihiris halus) -akak letak 4 biji
- 20 g bawang merah (dihiris halus) -akak letak 6 biji
- 15 g halia (dihiris) - 1 1/2 inci
- 4 sudu besar minyak sapi
- 1 helai daun pandan (disimpul)
- 5 sudu besar rempah kari daging-akak guna babas
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 biji jus limau nipis-akak guna 1 biji buah lemon
- 4 biji buah keras (rendam dan kisar)
- 1 cawan yogurt -akak guna susu cair pastu tuang jus lemon dalam 2 sudu besar
- 1 cawan air
- 1 cawan susu cair (
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- garam dan gula secukup rasa
- 2 kuntum bunga lawang,
- 3 biji buah pelaga
- 2 cm kulit kayu manis
- 3 biji bunga cengkih
- 2 tangkai daun kari
- 1 biji bawang besar di hiris halus
Cara-cara
- Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dengan secawan air. Ketepikan.
- Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
- Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
- Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.

Gi jejalan kat blog kakpah tuanpunyer tadika aulad ternampaklah pulak contest ni..jom baca syarat-syarat penyertaan ek..
Senang saja. Walau bagaimanapun, syarat mestilah ada. Seperti biasa syarat utama ialah:
1. Menjadi follower Tadika Aulad @ Auladjannah-dah jadi follower dah
2. Meletakkan link Aulad di blog anda.-memang dah lama tepek link dah..kan..kak pah..
(Mereka yang telah menjadi follower dan sudah meletakkan link di blog, sila ke syarat berikutnya)

3. Copypaste banner Aulad Is The One dan letakkan di dalam N3 peraduan anda.
4. Copypaste gambar di bawah iaitu gambar yang dijadikan bahan peraduan. Karang satu dialog berpandukan gambar. Dialog mestilah di antara boy 1, boy 2 dan boy 3.
Boy 1 - Kau tenguk apa tu..
Boy 2 - Tu haa...cikgu tu tengah tidur....siap meleleh air liur dia..
Boy 3 - Eeeeee...dahlah tidur, meleleh air liur..tidur depan mak ayah kita pulak tu..tak malu...
5. Dialog mestilah original dan lucu. Hanya satu N3 sahaja yang diterimapakai.
6. Sila tinggalkan jejak di dalam ruang komen di bawah sekiranya anda telah membuat N3 dan sudah memenuhi syarat-syarat di atas. Kakpah akan ke rumah anda.7. Pemenang akan dipilih melalui dialog yang anda karang.
Nota penting: Dialog tu tulis di bawah gambar. Kalau ditulis di dalam box kat gambar tu, nanti tulisan jadi kecil tak dapat baca.
Hadiah utama berupa wang
RM 100.00
RM 100.00
2 hadiah saguhati
RM 25.00 setiap satu.
RM 25.00 setiap satu.
Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2010

Memang dah niat di hati...bila Yana balik...akak memang nak belanja mereka semua yang telah merelakan diri mereka di tunjukkan dalam blog akak..nak dekat setahun jugak akak kumpul duit nuffnang ni...taklah banyak mana pun...tapi jadilah...dapat jugak bawak anak-anak keluar makan.
akak dah cash out dah bulan lepas....tapi cek tak sampai..sampai lagi....Takut nanti bila Yana balik lagi sekali.....duit tu dah habis...akak gunalah duit dapur dulu belanja mereka semua..Akak belanja kat tempat makan dulu...yang pernah akak ceritakan masa bulan puasa dulu..restoran Chop & Steak .tempat yang murah tapi sodapppp...
....taklah lama sangat anak lelaki akak nak order..sebab dah tahu apa menu yang ada kat sini..
Aksi terlampau anak-anak yang dah kenyang...macam-macam gaya ada..Yana puas hati..
memang bestlah mak makan kat sini..kenyang..
kali ni ada pulak mamat menyanyi pakai gitar kapuk.. l..kalau kat Jakarta/indonesia...di panggil pengamen lepas nyanyi... kena bagi duit..kat sini tak payah...dengar ajerlah lagu yang dia nyanyi..kira okeylah suara mamat ni..boleh tahan....
aksi terlampau lagi
Terima kasih mak...nanti belanja lagi.....
Terima kasih mak...nanti belanja lagi.....
kena tunggu tahun depanlah pulak yer..bengkok mak nak belanja selalu..lainlah mak dah kaya macam redmummy tu...dapat ribu riban tiap-tiap bulan..boleh mak belanja tiap-tiap bulan.
murah sungguh lah tempat ni...makan minum 7 orang pun tak sampai RM100.00...berbaloi memang berbaloi..
Lepas makan suami bawak jalan-jalan area kawasan hangat di waktu malam...ala tempat yang banyak disko..
lepas tu kami ke Uptown Danau Kota...akak memang tak pernah lagi pergi ke sini sejak pasar larut malam ni dibuka...jalan punyer jalan..nampak suami kak intan dan anak lelaki dia...kak intan entah ke mana...bila dah nak habis jejalan baru jumpa dengan Kak Intan...tak leh borak lama sebab masing-masing nak cari barang...
lepas tawaf satu uptown...kami lepak kat gerai danau kota..minum air ajer dan melepaskan lelah..penat jugak berjalan larut malam ni...kami semua balik pukul 12.30 tengahmalam..hairan sungguh makin larut malam makin banyak manusia. tak tidur ker?

Bila gi jejalan kat umah Juwita Fariz kat Jepun tertarik nak buat roti pizza gulung ni..sekarang dah sonang akak bantai uli dalam food processor...tak yahlah lagi uli dengantangan...Akak gunakan lebihan sos masa buat pizza dulu. Bila part nak menggulung memang menguji kesabaran sungguh masa nak menggulung....lebih payah dari buat cinnammon roll...sebab sos dia cam cair kan....kena pandai menggulungnya....bila dah masak pulak sos dia meleleh...tak apalah camtu..janji sodap...boleh dapat 12 ketul. Ita akak c & p yer.
Bahan-bahan
- 120ml susu segar
- 50g telur
- 300g tepung roti
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 60g butter
- 1 sudu kecil dry yeast
Inti
- cendawan butang dipotong dadu kecil
- capsicum dipotong dadu
- bawang dipotong dadu
- daging cincang/sosej dipotong dadu/ serunding
- nenas dipotong dadu-tak letak
- cheese pizza-akak guna mozarella cheese
- sos tomato-guna lebih sos pizza
- daun parsley untuk hiasan-akak guna yang kering ajer
Cara-cara
1. Masukkan bahan roti ke dalam breadmaker dan tekan butang dough. kalau tak ada bm tu..kenalah uli pakai tangan...tenguk yer kat label roti ataupun pizza cara nak uli pakai tangan yer...akak malas nak tepek..kat resepi ni cuma guna bm ajer tau..akak guna fp ajer..lepas tu kena naikkan se kali ganda..baru boleh canai. Lepas naik baru buang angin..kena tumbuk-tumbuk dan baru di bahagi 2.
2. Setelah siap bahagikan 2.
3. Canai menjadi 4 segi tepat.-lebih krg cam nak buat cinnammon roll-kalau tak faham tenguk kat label roti yer.
4. Sapukan sos tomato dan taburkan semua bahan-bahan yang didadu tadi serta cheese dan gulung. Kemudian potong kepada 6 bahagian.
5. Letakkan di dulang pembakar secara membulat dan taburkan daun parsley. (akak biarkan dia mengembang dalam 10 minit baru akak bakar)
6. bakar dalam suhu 190 selama 15-20 minit.
1. Masukkan bahan roti ke dalam breadmaker dan tekan butang dough. kalau tak ada bm tu..kenalah uli pakai tangan...tenguk yer kat label roti ataupun pizza cara nak uli pakai tangan yer...akak malas nak tepek..kat resepi ni cuma guna bm ajer tau..akak guna fp ajer..lepas tu kena naikkan se kali ganda..baru boleh canai. Lepas naik baru buang angin..kena tumbuk-tumbuk dan baru di bahagi 2.
2. Setelah siap bahagikan 2.
3. Canai menjadi 4 segi tepat.-lebih krg cam nak buat cinnammon roll-kalau tak faham tenguk kat label roti yer.
4. Sapukan sos tomato dan taburkan semua bahan-bahan yang didadu tadi serta cheese dan gulung. Kemudian potong kepada 6 bahagian.
5. Letakkan di dulang pembakar secara membulat dan taburkan daun parsley. (akak biarkan dia mengembang dalam 10 minit baru akak bakar)
6. bakar dalam suhu 190 selama 15-20 minit.

Majlis tiup kek ni buat minggu ke 2 masa Yana masih ada kat sini...lepas balik dari ambil ira kat asrama..kami singgah kat kedai kek..Yana tak bagi akak buat..kesian mak penat...dia nak sponsor..
Oleh sebab tarikh lahir akak, (12/12) russhdi dan liyana (11/12) selang satu hari ajer..akak suruh Yana beli satu kek..merangkap sekali kek ulang tahun perkawinan kami bulan Januari..
Senang kan..jimat kos..oleh sebab sibukkan nak rayakan hari jadi anak-anak..nama akak pulak luper nak tulis...tak apaler kan.. biar anak-anak ajer yang sambut...mak dah terlebih umur dah..
Yana beli lagi satu kek untuk meraikan harijadi Imran dan Ira...walaupun tarikh tu belum sampai..kebetulan mereka berdua lahir dalam bulan Januari...seronok lah mereka sebab abang dan kakak ada kat umah. Nanti kalau sambut masa Yana tak ada..tak best pulak.
Harijadi Imran dan Ira cuma berselang 9 hari ajer..senanglah camtu..tahun ni akak tak yahlah buat kek buat untuk 4 orang anak akak..
Ira dapat jugak dompet yang di idam-idamkan..Yana belikan..
Yana tak tahu nak beli aper. untuk Imran.....dia belikan ajer selipar ni...yang gelak tu..Imran tak puas hati sebab harga purse Ira dan selipar dia tak sama..ala cuma kurang RM1.90 ajer..bertuah sungguhlah si Imran ni..

Ada lagi hadiah member cyber nak bagi...aduhai..umah fitty ni memang banyak koleksi pinggan mangkuk...gamaknya kalau nak buat kenduri boleh pinjam kot..(uiiiikkk tak kanlah dia nak bagi kan) .cantik-cantik pulak tu..akak tenguk giveaway ni kat umah si Yatt

Oleh sebab akak tertarik menarik...memang jempol..akak pun nak sertai jugaklah giveaway from fittyyang syarat-syarat penyertaan memang mudah...simple mimple cuma
giveaway entry.. ni nakkan...sila baca di bawah...
1. for this giveaway, only my followers are eligible, so if you aren't one of them, become one now.. :-)
Akak memang dah link dia..sebab dah pernah jumper sekali..padahal umah dokek ajor..fitty bila nak ajak datang umah...
2. This giveaway is open to those who resides anywhere in Malaysia ONLY..
Ala kalau menang..pukul 1.00 tengahmalam pun akak boleh terjah umah kamulah fitty..ahaksss
3. Winners will be picked by using random generator and to increase your chances of winning, you can do any of the following:
- Leave a comment on this post ONLY = 1 entry
- Blog about it = 2 entries ( you have to come back here and inform me in this post ONLY, so that I can check and verify)
Akak dah siap N3 ni...jomlah kita gi tenguk koleksi cun melecun dia ni...copek tau..nak habis dah tarikh akhir ni.. (akak pun baru nak buat N3..biasalah..akak suker buat last minute)
giveaway ends this coming 28th January 2010

Semalam gi ke Pasar Tani Taman Melawati...tenguk ramai bebeno orang berkumpul kat satu gerai...akak pun buat menyibuk jugak nak tenguk apa benda yang ramai orang beli...ooooo benda ni..dah pernah beli tahun lepas. Akak pun menyibuk jugak nak beli...pasal dah lama tak jumper..ada member fb kata sekarang tengah banyak mentarang kat Kuala Selangor. Akak masak cincai ajer...tapi sedap (puji diri sendiri)..dan rasa dia memang manis...anak-anak tak makan sebab tak pernah jumpa.
Bahan-bahan
- 500gm mentarang-1/2 kg-satu kilo RM9.00
- 1 biji cili hidup*
- 1 biji bawang besar*
- 2 biji bawang putih*
- 1/2 inci halia*
- 1 batang serai-titik
- 1 helai daun kunyit-disiat-siat
- sedikit minyak dan garam
- Basuh mentarang dan toskan.
- Tumbuk semua bahan bertanda *.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di tumbuk termasuk serai dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan mentarang dan daun kunyit dan tutup sebentar. Kacau selalu.
- Perasakan dengan garam.
- Makan panas-panas dengan nasi putih. Nak mengatah pun boleh.
selepas di masak..camnilah ruper dia..

salam semua..baru bangun ker...gi mandi dan gosok gi dulu..baru tenguk hadiah hebat ni...takut kang meleleh air liur atas key board ..

Salam pagi Ahad buat semua..tentu ramai yang breakfast lambat sebab anak-anak dan cik abang lambat bangun..terus masak untuk lunch kan..ni ha...ada seorang mek kelantan ni yang fofolur sebab barangan lama dia fuhhhhh mabuk siiii melihatnya..kalau di jual boleh jadi jutawan tau..(gurau ajer Mrs Nor)dia punyer pinggan mangkuk ..hemmmm akak tak mampu nak beli..telan air liur ajerlah tenguk kat blog dia..
giveaway n3 mrsnor kita..takde syarat penyertaan..cuma tinggalkan komen di blog beliau beliau..hadiahnya barangan deco seperti di atas..
tarikh tutup 29 Januari 2010
Marilah terjah blog beliau tau..manalah tau ada rezeki..dapat merasa hadiah diatas.
giveaway n3 mrsnor kita..takde syarat penyertaan..cuma tinggalkan komen di blog beliau beliau..hadiahnya barangan deco seperti di atas..
tarikh tutup 29 Januari 2010
Marilah terjah blog beliau tau..manalah tau ada rezeki..dapat merasa hadiah diatas.

Bila tau dak IKA aka Ijah (entahlah akak panggil dia ika ajer) dari Bangkok nak turun ke Shah Alam.....akak pun cari masa nak jumpa dia semalam...bukan senang nak jumpa Mek Siam ni.....Ika ada hal kat situ...akak sms jugak member cyber yang baru balik dari Bahrain...nak jumpa jugak ...senang sekali gus jumpa sampai 2 orang.....kebetulan rumah Maz dan hotel Ika tak jauh...Maz pun plan nak jumpa Ika jugak...wah banyak sungguh peminat ika ni...bak kata Ika..terasa macam artislah pulak (chewah.)
Ingatkan nak terus ajer ke Shah Alam...tapi Maz jemput pulak singgah rumah dia dulu...orang dah jemput akak datang ajerlah...Akak minta alamat Maz...rupernya dia tinggal dekat dengan rumah adik lelaki akak kat Shah Alam ...taman yang sama ...cuma jalan ajer lain. Imran pulak seronok sebab dapat gi umah sepupu dia...lepas minum Firdaus hantar anak perempuan Maz ke tempat mengaji dan hantar imran kat rumah adik akak. Imran malas nak join...tak best jumpa member mak..tak ada kawan.
Sedap coklat dan gula-gula dari Bahrain...terima kasihlah yer Maz..bagi akak....Lepas tu Firdaus gi jumpa member dia..
Dalam pukul 4.00 akak call penganjur acara gath ni (Kakyu)samaada mek Siam ni (Nor yang bagi gelaran) dah call dia atau pun tidak? Dia kata belum lagi....alamak..kena duduk lamalah kat rumah Maz ni..takut menganggu dia....alhamdulliah bila call lagi sekali Ika dah ada dengan Kakyu..apa lagi kelam kabutlah Maz bersiap nak gi ke SACC Shah Alam...Yang best tu...dapat jugak merasa naik kereta baru Maz. Terima kasihlah Maz sebab sudi tumpangkan akak ...
Dalam pukul 4.00 akak call penganjur acara gath ni (Kakyu)samaada mek Siam ni (Nor yang bagi gelaran) dah call dia atau pun tidak? Dia kata belum lagi....alamak..kena duduk lamalah kat rumah Maz ni..takut menganggu dia....alhamdulliah bila call lagi sekali Ika dah ada dengan Kakyu..apa lagi kelam kabutlah Maz bersiap nak gi ke SACC Shah Alam...Yang best tu...dapat jugak merasa naik kereta baru Maz. Terima kasihlah Maz sebab sudi tumpangkan akak ...
Bila sampai kat SACC tak jumpa pulak jalan nak masuk ke situ...puas cari jalan..lelama Maz jadi Minah Rempit..boleh tahan jugak mak budak ni bawak kereta.
Sampai kat Pizza Hut...Lily, Kakyu dan Ika dah ada kat situ...apa lagi laga-laga pipi lah kami..Lily dan Kakyu member Myresepi yang memang akak dah selalu jumpa.
Puas hati dapat bertentang mata dengan mek siam ni. IKA .selama ni cuma berchit chat kat forum myr dan fb ajer..kesian Ika tak check in pun lagi kat hotel ..dah kena jumper kami..tak apa kan Ika..bukan senang nak jumpa kan...
Suker tenguk gelagat anak kecik Maz...dia ni memang suker makan stail western...
Anak ika.... Izrul tak habis-habis dengan peace....kesian dengan dia...ibu-ibu leka pot pet pot pet..jari budak kecik tersepit kat pintu masuk..menangislah dia...nasib baik lah Kakyu jadi penyelamat...kakyu ada bawak minyak gamat...dalam beg Kakyu tu macam-macam ada. Tak lama Maz minta diri nak balik sebab nak ambil anak lelaki dia balik dari sekolah. Terima kasih sebab Lily belanja makan...
Anak kacukan Jepun dan Malaysia...cinta 2 negara jugak ni.
Lepas makan kat situ..kami snap sana..snap sini...orang kat luar pun hairan ..apasal lah makcik-makcik ni ashik ambil gambar ajer..Lily minta diri nak balik....lepas tu terus ke hotel dan lepak pulak kat bilik ika. Borak-borak dengan Kakyu sampai lepas maghrib..sorrylah ika ek..menganggu kamu. Anak-anak yang bersama kami.
Dalam pukul 8.00 malam ..Kakyu balik dan Sue@Nenie pulak dalam perjalanan nak jumpa Ika...kami keluar jap ke pasaraya nak beli barang sikit..bila turun kat lobby Sue dah ada. Dah ada dah muker sue @ nennie...kena cilok dari blog Masz...
Lepas beli barang ..naik balik ke bilik dan Ika belanja makan malam..alahai segannya...tapi perut lapar..ngapplah jugak..tak lama Masz dan anak comel dia dak Ika (alamak sama pulak nama diaorang ni) sampai. Mesti orang hairan apasallah Mek Siam ni tak nak tangkap gambar betul-betul...ambil sebelah ajer...Ninja takut nanti Ika kena kebas..orang lawalah katakan..lagipun Ika ni pemalu orangnya...eh yer ke Ika.
alamak tudung terkelepet..muker berminyak...peace
Punyalah best pot pet..pot pet...tak sedar dah pukul 10.30 malam..call Firdaus suruh ambil kat kat hotel ni dan sampai kat umah ...nak dekat pukul 12.00 malam
Terima kasih yer Ika sebab sudi jumpa akak yang suker pot pet..pot pet ni..dan maaflah kepada semua member yang jumper semalam jika ada terkasar bahasa dan perbuatan.
Nor ..oh nor....janganlah jelous yer kami jumpa dak Ika dulu..



















































