OOO

Isnin, Februari 28, 2011

Resepi Mee Bebola Daging Kuah Sapi

Pernah beli bebola daging yang di jual tapi rasanya tak sedap. Akak teringin nak buat sendiri jadi carilah resepi kat rumah member my resepi.

Jumpa resepi kat blog Hana, Hana pulak amik dekat rumah Ika dan Ika pulak amik dekat rumah Deetha. Mengikut Deetha, resepi asal ni dari Chef Budi Boga/Sutomo. Fuhhhhh jauhnya resepi ni berjalan ek.

Akak cuma letak sambal kicap ajer ..tu dah rasa sedap.

Bahan-bahan ( resepi asal Chef Budi Boga/Sutomo)
60g sawi - celur dan dipotong
60g bihun - celur dan toskan - guna mee ajer
60g mee kuning - celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup - cincang

Untuk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih - cincang-akak tumbuk
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan batang saderi - cincang
1 sudu makan minyak - utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)
akak tambah sedikit sos tiram

Untuk Bebola Sapi@Bebola Daging
400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan (tak ikut)
Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato - ( tak letak)
kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)

Bahan sampingan
bawang goreng serta sambal kicap.

Cara-cara

Untuk membuat bebola sapi
Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bebola daging)

Untuk membuat kuah
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Untuk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bebola daging panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Jeng..Jeng...Jeng...

Maaflah sebab lambat nak umumkan keputusan contest ni...sebab juri yang akak lantik tu bzzzz bebeno.  Akak tak pilih sebab akak rasa juri tu lagi pandai bab-blog ini.

Oklah nilah pemenangnya.

Top Up bernilai RM30.00 dan 1 bekas kukis coklat chip bernilai RM25.00.

Top Up bernilai RM20.00 dan 1 bekas kukis coklat chip bernilai RM25.00.

 Top Up bernilai RM10.00.

Sehelai tudung cantik sumbangan http://www.shawlnurfa.blogspot.com/ bernilai RM25.00

1 fridge magnet dari India

Terima kasih bebanyak buat semua peserta.  Semua pendapat yang di beri memang akak hargai dan isnyallah akak cuba perbaiki blog akak ini. 

Kepada yang menang akak ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Jika murah rezeki, insyallah akak akan buat contest lagi.

Kepada pemenang sila bagi nama penuh, alamat dan no tel kat roslana_06@yahoo.com.my .  Bagi akak masa dalam seminggu untuk menguruskan penghantaran hadiah.

Terima kasih sekali lagi.

Ahad, Februari 27, 2011

Siapakah Protege Mentor 5?

Senarai Mentor/Protege Musim Ke Lima

1. Mentor : Edry Abdul Halim
Protege : Nursyafiqah Nasratullah

2. Mentor : Afdlin Shauki
Protege : Ratnah Awal

3. Mentor : Datuk Sharifah Aini
Protege : Nurshiha Mohd Zikir

4. Mentor : Rahim Maarof
Protege : Aiman Hakim

5. Mentor : Erra Fazira
Protege : Salmah A. Asis

6. Mentor : Noh Hujan
Protege : Muhammad Faris

p/s Gambar tak ada...malam ni tenguk ajerlah di TV3 ek..

Sabtu, Februari 26, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Ketiga

Semalam nak sambung cerita tapi internet slow jadi mood nak bercerita tentang di india merudum.

Pagi tu akak masak nasi lemak dan sambal udang. Tak sangka pulak ada kawan Yana nak datang rumah. Class tak ada selama 2 jam.

Oleh sebab nasi lemak tinggal sedikit sebab nak tinggalkan anak-anak kat rumah balik makan tengahari, Yana suruh goreng keropok ajer..al maklumlah akak bawak berpeket-peket masa datang.

Bila dah puas pot pet pot pet akak ajak Yana kebetulan tak ada class dalam 2 jam tunjuk jalan nak gi ke Fish Market.
Driver auto yang pertama tak tau jalan, nasib baik yang kedua boleh hantar kami ke sana. Bila sampai kat pasar , akak tenguk ikan yang ada lebih kurang sama ajer cam kat sini. Ikan talapia hitam memang murah macam gak kat Malaysia.
Muka penjual kat sini taklah menakutkan macam penjahat dalam cerita tamil. Hati akak pun taklah berdebar-debar. Ketam dan udang pun ada.
Ikan keli, ikan cencaru, ikan patin, ikan kembung dan ikan tenggiri pun banyak di jual di sini. Yana kata kalau nak beli ikan fresh kena datang hari Ahad.
Rasanya penjual ikan ni islam sebab pakai kopiah. Baguslah orang islam dan hindu boleh duk sama-sama berjualan kat situ. Ada gak ikan besar tapi akak tak tau nak panggil apa. Maklumlah bercakap macam ayam dan itik. Penjual ni boleh gak cakap broken English.

Tertarik tenguk penimbang lama yang di gunakan. Nanti nak suruh Yana cari sebab akak suka collect benda camni. Kat Malaysia mana ada dah, kalau ada pun kat kedai antik dan mereka jual harga beratus ringgit.
Kalau timbang camni tak bolehlah...besar sungguh. Tang pemberat tu lagi tak terangkat kot.
Nasib baiklah Yana ada jadi penterjemah, akhirnya tak beli ikan pun sebab kurang segar cuma beli udang laut nak gantikan udang yang akan gunakan buat sambal udang pagi tadi. Harga memang murah dari kat Malaysia.
Kemudian kami ke tempat orang menjual daging kambing yang di monopoli oleh orang hindu.

Tercangak-cangaklah kami dibuatnya..ingat nak balik, nasib baik ada orang tanya ..
muslim..buy meat...i show you (bolehlah kan)
Mula-mula cam tak percaya tapi bila tenguk ada gambar kaabah dan bismilla barulah akak nak beli. Kelakar sungguhlah masa nak beli daging ni. Ramai yang hairan tenguk akak ambil gambar. Tentu mereka pelik ek.
Ada 2 jenis kambing yang di jual. Kambing biri-biri dan kambing biasa. Penjual tu cuma tunjuk ekor ajer pastu sebut...sheep..sheep. Bila dengar daging biri-biri terus kami minta 1kg.
Tak ingat pulak harga berapa sekg. Rasanya lebih murah kot, akak tak pernah jamah lagi daging biri-biri. Yana yang berurusan dengan penjual ni sebab dia bolehlah berbahasa kannada.
Mana boleh tak ada gambar akak..kang orang tak percaya akak pergi ke sini.
Boleh beza tak kepala kambing biri-biri dan kambing biasa? Buat apa kepala ni..buat sup ker?
Kedai jual ayam kepunyaan orang muslim. Yana cuma call ajer nanti dia orang hantar. Penjual kat sini tak guna mesin buang bulu ayam macam kat sini. Lepas sembilah terus buang buang kulit. Togellah ayam tu.

p/s maaf yer tak jawab komen minggu ni..sibuk sikit.
maaf sebab lambat umumkan keputusan contest....juri bzz lah pulak

Jumaat, Februari 25, 2011

Resepi Udang Goreng Bersos


Dah lama tak show resepi. Kali ni masak udang. Udang kalau makan banyak dah tua-tua ni senang naik kolestrol dalam badan..kalau orang lelaki makan selalunya dapat gout. 

Ambil resepi ni dari blog DayangJack.  Senang nak buat udang goreng bersos ni. Sekejap ajer dah siapKalau yang baru balik kerja nak buat  pun ada masa.  Terima kasih Dayang.

Bahan-bahan : anggaran
  • 400 gm udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)\
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Pernahkah Anda Di Dera/Terdera/Mendera

Memang tak pernah tau pun kat atas Lot 10 ni ada Actor's Studio kat atas ni.
Kelakarkan ..duk ajer kat Kuala Lumpur tapi tak tau.
Jumpa geng Cik Lilyputih, Fara dan Ruby....oleh sebab sampai awal kami lepak sambil makan-makan dan tak lupa juga snap sana..snap sini
Persembahan ni sehingga 27hb Febuari 2011, dan ianya percuma tetapi kenalah buat tempahan tiket di www.kakiseni.com. Pengarah ialah Dato' Faridah Merican.
Tengah lepak dengan geng,tiba-tiba ternampak lah pulak Daphne Iking
ataupun nama islamnya Dahlia Eleanor Iking.
Pentas yang simple
Setiap manusia di dunia ni pernah merasai penderaan samada secara sedar ataupun tidak secara fizikal dan mentak. Tapi mungkin tak seteruk yang di alami oleh mangsa penderaan seperti kanak-kanak/wanita di rogol, di aniayai oleh orang terapat seperti bapa, ibu, ibu tiri ataupun sanak saudara sendiri.
Penderaan bukan setakat dengan perkataan tapi juga dengan perbuatan tak bermoral seperti menyentuh tempat sensitif ataupun menonton cerita lucah.
Bermula show ni tentang seorang budak perempuan kepada pasangan yang berkerjaya hebat di rogol oleh datuk sendiri.

Dari kecil bermula dengan perbuatan yang meraba-raba dengan alasan perbuatan tersebut menunjukkan kasih sayang akhirnya dia telah di rogol oleh datuk sendiri.

Kisah seorang pondan aka maknyah yang meminta supaya masyarakat memahami mereka...tapi confiuslah sebab bila beliau bercerita yang beliau telah di tangkap oleh JAKIM sebanyak 4 kali kerana berada di lorong hitam..kenapa nak pilih cara kehidupan di situ..entahlah..

Kisah seorang anak yang di benci dari kecil oleh ibu sendiri kerana tidak secantik adik beradik yang lain dan di pinggirkan. Kesian anak itu kerana sikap pilih kasih oleh ibu sendiri. Adakah anda pernah mengalaminya?
Kisah seorang anak perempuan yang mempunyai ayah yang beristeri dua dan telah di rogol oleh ayah sendiri. Mengalir jua air mata akak mendengar penderitaan wanita tersebut.

Seorang perempuan yang di rogol oleh sekumpulan pejahat semasa keluar makan malam bersama kekasih hatinya. Jadi hati-hatilah bila keluar malam.

Kisah seorang perempuan yang di rogol oleh bomoh yang kononnya boleh mengubati dirinya yang dikatakan di kuasai oleh roh jahat di badannya.
bravo kepada mereka
Menitik air mata mendengar kisah mereka ini tapi berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul. Berdoalah agar kita, anak-anak , kaum kerabat dan orang sekeliling tak merasai pengalaman di dera seperti mereka ini.
Jangan berdiam diri jika di dera samada secara fizikal ataupun batin, luahkan segalanya kerana jika di pendam akan merosakkan diri sendiri. Lawati http://manifesto.my/, ataupun di Women 100 FB ataupun di twitter
Selepas tu jumpa geng, makan lagi, ambil gambar, borak dan sign ..

Selepas tu jumpa geng, makan dan borak..antara yang hadir

Tak tunggu pun lucky draw sebab driver aka manager aka anak akak dah tunggu kat bawah.

Khamis, Februari 24, 2011

Betul ker Daphne Iking Dah Peluk Islam?Update..gambar suami Daphne Iking

Tadi malam akak gi event Nuffnang pastu akak jumpa dengan Daphne Iking kat Actor Art Studio di Lot 10. Dia datang bersama seorang lelaki Melayu yang handsome.
Kami pun ambil peluang ambil gambar dengan beliau. Seronok kerana beliau masih mengenali akak lagi. Kami pernah bergambar dan berbual masa event Vaseline tahun lepas.

Sebelum tu ada gak blogger http://www.teratakarmo.com/ yang tanya soalan secara berbisik..Betul ker you dah peluk islam (convert)?
Dia jawab iyer .


Selepas pementasan teater akak tanya pulak lagi..nak puaskan hati. Dia kata betul. Siap sebut alhamdulliah lagi. Apalagi kami kat situ menjerit kecil sebab rasa gembira mendengar berita itu dan akak sampat mengucapkan tahniah kepada beliau.


Tapi tak sempat tanya pun nama baru beliau dan juga nama suami dia pasal ramai yang nak ambil gambar bersama beliau.

Jika betul apa yang beliau kata ..alhamdulliah...bertambah lagi seorang umat Islam. Jika tak betul jangan marah yer tapi tang agama mana boleh main-main.

Maknanya betullah gossip mengatakan yang beliau telah pun menghadiri kursus kawin di Sabah yang lalu adalah benar belaka.

Ambil gambar dari Ohbulan.Com...

semalam muka husband dia dah tak ada janggut dah..licin bersih nak tau apa nama suami dia gi ke situ yer


Suami dia ashik meminggirkan diri masa kami ambil gambar..seganlah pulak nak suruh ambil gambar berdua.

Rabu, Februari 23, 2011

Catatan Perjalanan Di India - Hari Kedua (Part 2)

Lepas beli barang kat supermarkat More, Yana nak beli tilam kat kedai yang agak jauh dari tempat ni. Dia kesian tenguk kami tidur kat atas lantai. Yana bagitau kat driver auto nama bank yang dekat dengan kedai tilam tu.

Oleh sebab salah komunikasi driver ni gi hantar kami kat bank lain yang nama lebih kurang sama dengan bank yang Yana sebut. Kalau tak silap AXIS Bank kot tapi dia hantar kat bank yang lebih kurang sama dengan sebutan bank tu.


Sebenarnya Yana nak follow auto tu ..tapi tak sempat sebab driver tu bawak laju giler. Puaslah akak dan suami tunggu punya lama kat situ tapi Yana masih tak sampai-sampai. Kami pulak tak tau apa nama jalan tu.
Dalam hati akak punya berdoa agar Imran dan Yana tak apa-apa. Takutlah terjadi accident ker ataupun kena culik dek orang situ. Sebab jalanraya kat situ lagi sibuk dari tempat mula-mula tadi.

Yang buat haru biru sebab akak boleh tak bawak hp. Akak ingat suami akak bawak..ruper-rupernya dia pun tak bawak. Camner nak call ataupun sms. Aduhai...

Hari bertambah gelap dan akak bertambah panik. Teringat pulak dalam cerita tamil/hindi yang kalau orang jahat selalu keluarkan parang bila nak kerjakan orang. Padahal tak apa pun..akak ajer yang gabra lebih.
Setelah puas menunggu dalam 20 minit, kami buat keputusan turun dari auto dan bayar 20 rupee tapi driver tu boleh minta pulak duit lebih.
waiting charge sir
hb kata no..no...
no..no..pay sir...10 rupee..
dia dah ikut dah..alahai risaunya kalau dia keluarkan parang..muka bengis semacam pulak tu. Akak suruh ajer hb bayar tapi hb akak ni buat degil pulak padahal baru ajer 0.35 sen.
macam best buah tembikai ni (snap atas auto ajer)
Kami cepat-cepat naik auto lain..nasib baik Yana dah siap tulis nama jalan rumah dia dan tampal kat purse hb akak. Memang akak tak ingat pun jalan rumah dia tu. Tawar pun lebih kurang ajer sebab takut punya pasal.
Driver Auto kali ni pun buat perangai...dia berhenti jauh dari rumah Yana. Bila hb kata front..front..dia suruh turun pastu dia bebel dalam bahasa hindi. Geram betul dibuatnya. Hb ajak turun dan bayar 20 rupee ajer. Janji 30 rupee. Padan muka dia.
Roziana dan Nurul
Punyalah lenguh berjalan dengan barang belian kat supermarket tadi. Bila sampai kat rumah, Yana pulak tak ada. Dia gi cari kami berdua bersama Roziana (member serumah). Bila Nurul (member serumah gak) nampak kami balik dia rasa syukur sebab kami dah sampai kat rumah dan terus call Yana bagitau kami dah selamat sampai kat rumah.

Tak lama Yana sampai dan riuh rendahlah kami bercerita apa yang terjadi. Yana bagitau Imran siap berdoa dan muka pun dah sedih sebab takut terjadi apa-apa kat kami berdua. Wah sayang gak dengan mak dan ayah dia ek.
Makan malam lauk sardin dan pastu kononnya nak gi bawak Imran main go kart
tapi tutuplah pulak. Kami konvoi 3 skuter. Akak dan suami kat tengah-tengah, Yana jadi pemandu jalan dan member Yana ikut kat belakang...aiseyman teringat masa dulu-dulu masa naik motor buruk baru lepas kawin.
Tak tau mana nak pergi mereka ajak kami lepak kat sini.
Best gak tempat mengopi ni.

Café Coffee Day: The 'Starbucks' of India.
.tempat yang paling cantik dan best area kolej Yana.
Tak tau nak pilih apa, kami suruh Yana tolong pilihkan.

Kalau nak tau tentang cafe ni rujuk kat
http://www.ifood.tv/blog/cafe-coffee-day-the-starbucks-of-india
antara yang mengancam dan mengiurkan
ini akak punya...murah kan. Tak sampai pun RM7.00. Kalau kat sini ada kan bagus..tentu ramai yang mampu nak rasa tempat macam ni.
harga yang di tawarkan memang murah sungguh. Berbaloi-baloi.
Yana dan geng memang suka lepak kat sini. Lepas tu kami pergi pula ke rumah senior Yana berhampiran dengan cafe ni. Senior lelaki ni pandai masak katanya. hemmmm boleh jadi calun menantu ni. Kah..kah..kah..
Kemudian gi kat sini pulak nak jumpa member Yana.
Hb borak dengan member Yana.
Kedai berhadapan Bapuji International Hostel.
Balik ke rumah entah pukul berapa tak ingatlah pulak.

Selasa, Februari 22, 2011

Resepi Daging Rusa Lada Hitam

Sejak hari Sabtu lagi sibuk sikit sampai tak ada masa nak duk lelama kat depan pc sebab ada kenduri rumah kakak ipar dan pastu fil duk berehat kat umah akak.  Bila fil dah ada kami bawaklah jumpa dengan sanak saudara kat sini.


Hari Isnin bawa pula ke rumah adik ipar kat Nilai.  Sambil-sambil tu akak pun mengada-gada gi melawat kat situ dan akhirnya tergoda gak beli barang.  Hari ni barulah relax sikit dan bolehlah update blog.

Akak suruh cik min tolong belikan daging rusa.  Ayah dia yang tinggal kat Sabah datang ke sini. Bersusah payah dia tolong hantarkan.  Terima kasih yer Min. 

Akak tunggu sampai Yana balik baru masak bulan lepas.  Biar semua merasa.
Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang dalam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu makan sos lada hitam life
  • 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • 1 biji tomato-belah 4
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
Masukkan hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...