OOO

Rabu, Ogos 31, 2011

Kisah Di Hari Pertama Aidilfitri 2011

 Hari ini hari raya
Semua orang bersukaria
Makan dan minum sudah tersedia
Makan ajerlah apa yang ada
 Kanak-kanak merasa gembira
Kerana mendapat duit raya
Abah menangis rasa hiba
Airmata berderai di pagi raya
Dari pagi hingga ke senja
Mencari buluh lemang kat Batu Muda
Ibubapa makin bertambah usia
Peluklah mereka semasa masih ada
 Kak long tinggal di Gombak Setia
Anak cuma 5 orang sahaja
Inilah ajer kakak yang akak ada
buruk dan baik terima seadanya
 Adik lelaki tinggal di Shah Alam
Mulut suka membebel sahaja
Perangai anak bermacam ragam
Kenalah layan kerenah mereka
Bakar lemang di pagi hari
Peluh meleleh dari dahi
 Lemang Daydeck sedap sekali
Cuma dapat rasa setahun sekali
Ketupat rendang kuah lodeh
Masakan wajid di pagi raya
Makan sampai kain terlondeh
Kesihatan diri kenalah jaga

Selasa, Ogos 30, 2011

Salam Aidilfitri Buat Semua

Hari ini sambut hari raya
Makan bermacam aneka makanan
Maafkan jika ada terkasar bahasa
Salah dan silap harap di maafkan

Isnin, Ogos 29, 2011

Buffet Ramadhan Di Istana Budaya Cafe

Tahun lepas pun kami berbuka di Istana Budaya, kalau nak tenguk kat SINI.  Tahun ni pun gi kat sini juga , kakitangan office hb yang anjurkan.  Syoknya tak yah masak.
Suka makan kat sini sebab harga buffet Ramadhan murah sungguh.  Pilihan bermacam-macam makanan sampai tak tau nak makan yang mana.  Kami pilihan masakan yang  best ajer.  Ada gak ikan keli, ayam, talapia dan terubuk bakar.

Daging kambing bakar ni mereka mula bakar dalam pukul 8.45 malam, ramai yang dah pulang jadi tak yahlah beratur panjang.
Nasi beraini kambing ada, sup gulai kawah ada, sup tulang ada, tomyam pun ada.  Air pula teh tarik, air sirap bandung, coffee dan teh.
Parking pun senang pastu percuma pulak tu.   Tapi tak boleh terus terjah sebab masa akak gi hari Rabu lepas memang penuh semua meja.  Orang China pun ada gak yang makan kat sini.   Dah terlewat N3 ni tapi tak perlah tahun depan boleh cuba.
Istana Budaya Cafe terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur 03 – 4026 5535.  Harga kat sini cuma RM35 dewasa dan kanak-kanak cuma RM20 sahaja.  Murah bukan...mana nak dapat.  Harga sama macam tahun lepas juga.

Surau di sediakan jadi boleh lepak sampai kul 10.00 malam.
Mak...ada Ahmad Idham.
Ehhhh camner Im boleh kenal
Kan dia jadi juri Maharaja Lawak
Nak ambil gambar dengan dia ker?
Nak...jommm

Den Wahab (artis dan taukeh kedai baju melayu di Wisma Yakin)  pun ada gak bersama-sama Ahmad Idham.  Segan lak nak ambil gambar dengan dia.

Memang tak pandai nak buat

Kalau buat kukis akak pandailah.  Tapi bila kena part nak anyam ketupat, memang surrender.

Dalam keluarga kami yang pandai anyam ketupat cuma adik lelaki akak, tu pun lepas kawin baru dia boleh anyam.  Masa duduk di Setapak dulu mak akan upah orang suruh anyam.  Kami cuma isi beras dan rebus.
Bila berkawin dengan suami yang berasal dari Johor, suami akaklah yang kena buat kalau giliran beraya kat rumah mak di Kuala Lumpur.  Kalau balik ke kampung suami boleh dikatakan semua pandai anyam.  

Pernah lepas kawin suami dan mak mertua ajar, tapi tangan memang tak kreatif, cuma dapat buat sekerat jalan ajer.  Pastu tu ashik tak jadi,  terus tinggalkan.
Yang pandai anyam sekarang ni cuma Yana dan Russhdi mewarisi kemahiran dari ayah mereka.  Ira tak pernah cuba..Firdaus cuma tolong potongkan daun sahaja.

Oleh kerana tahun ni giliran beraya kat umah mak, suami dan abang ipar kena anyam dalam 100 ketupat dari pagi tadi.  Jap lagi siaplah dan esok pepagi boleh rebus.  Akak cuma pandai isi beras ajer.  Jadilah kan.

Esok baru masak rendang ayam, rendang daging dan sambal sotong kering.  Kena tunggu semua balik baru meriah nak masak bebanyak.

p/s nasib baiklah ada yang pandai menganyam, kalau idak beli ketupat segera udahlah.

Ahad, Ogos 28, 2011

Nak Buat Contest Raya Lagilah (sponsor di alu-alukan)

Tentu semua yang ambil bahagian ingat lagi dengan contest yang akak anjurkan sempena hari raya pada tahun lepas. Kalau sape yang tak tau bolehlah klik kat SINI.

Memang ramai yang ambil bahagian pada tahun lepas dan alhamdulliah banyak yang sudi menaja hadiah untuk para pemenang.


Pada tahun ni akak tengah cari idea camner nak buat.  Ce cita kat akak apakah idea anda? Tajuk mestilah berkenaan dengan hari raya.

Tahun ni gambar akak letak kat fp kakinakl.com. Hadiah samada top up ataupun wang tunai.

Sape terasa nak sponsor boleh hantar email  roslana_06@yahoo.com.my

Sabtu, Ogos 27, 2011

“Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011”

Sape nak duit raya dari Blog Denaihati 2011? Klik ajer kat sini kalau nak tau maklumat selanjutnya di SINI


  1. Hand of GOD Luis Suarez bawa Uruguay Juara #Worldcup 2010?

  2. FIFA #worldcup 2010 : Jabulani, Vuvuzela memihak Netherlands untuk ke Final

  3.  Fifa worldcup 2010 final : Aku pilih Netherlands

  4.  FIFA #Worldcup 2010,#Astrobplayer dan TV LCD 42″ ada apa dengannya?

  5.  Misteri FIFA #worldcup 2010 siapa yang terkena

  6. How Google Works – menarik untuk diketahui


Cuba jangan tak cuba 

        Resepi Biskut Cornflakes

        Sedap dan ranggup kukis ni. Nak buat pun senang bebenar. Nak sedap gunakan jenama Kellog's.

        Bahan-bahan
        • 250gm butter (1 buku)
        • 1/2 cawan gula castor
        • 1 biji telur
        • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
        • 1 sudu teh esen vanilla
        • 1/2 kotak cornflakes -diramas sedikit-masuk dalam adunan
        • 1/2 kotak untuk salut

        Cara-cara

        1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
        2. Masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan tepung dan cornflakes.
        3. Sudukan dan salutkan dengan cornflakes dan bakar kira-kira 20 minit.
        4. Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam balang.

        Jumaat, Ogos 26, 2011

        YOGURT FRIED CHICKEN

         
         Ayam ...ayam..ayam..pujaan hati anak-anak.  Apa nak buat ikut ajerlah tekak anak-anak terutama masa bulan puasa ni.  Tak ikut pun tang letak tepung sebab nak cepat, masukkan ajer terus dan perapkan.  Resepi asal dari Love to cook.
         
        YOGURT FRIED CHICKEN by Love  Bahan (A)
        1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
        1 cwn/250ml plain yogurt
        6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
        2 inci halia ~ ditumbuk halus
        1 sb serbuk paprika
        1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
        garam secukup rasa
        2 tangkai daun kari

        Tak ikut step yang ni.  Akak masukkan tepung kfc bersama serbuk paprika dan serbuk kari kedalam ayam tadi.  Perap dalam 1 jam baru goreng bersama daun kari
        Bahan (B)1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
        1 sk baking powder
        1 sb serbuk paprika
        1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
        secubit garam
        jus lemon (optional)
        minyak untuk menggoreng

        Cara-cara
        1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
        2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
        3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
        4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
        5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
        6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! <img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/>
        7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

        Tiap-tiap tahun kena buat

        masih dalam oven (senang dah beli oven besar, cepat sikit)
        Dulu akak memang ambil tempahan buat tat nanas, tapi sekarang ni malaslah pulak nak menerap. Tapi dek sebabkan mak, kakak dan adik suruh buat akak merajinkan diri membuatnya.

        Kalau buat kena buat 4 adunan baru cukup nak bagi semua. Entah kenapa mereka tak berapa gemarlah pulak tat gulung. Resepi ni akak ambil dari kedai bakeri yang dah tutup.

        Bahan-bahan
        250gm butter 60 gm gula aising 2 biji kuning telur1 sudu teh vanila3oo-330gm tepung gandum*50 gm tepung jagung*30gm tepung kastad*20gm susu tepung*2gm garam halus* ayak
          Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
          450 gm parutan nenas – tapis
          1 camca besar jus limau nipis
          180gm gula pasir
          1 batang kayu manis

          Cara-cara
          1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
          2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
          3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
          4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
          5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
          6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
          7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.



          Untuk Jem:
          Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

          Khamis, Ogos 25, 2011

          Bestnya Berbuka Puasa Di Restoran Enak KL (Nuffnang & Samsung)

          Mata tak nampak nak masuk benang
          Itu tandanya diri dah tua
          Berbuka puasa bersama bloggers Nuffnang
          Tentu seronok dapat bersua muka
          Bulan puasa jalan jem di mana-mana
          Mat rempit pun mula mencilok-cilok
          RESTORAN ENAK KL nama tempatnya
          Secantik nama tentu makanannya enak-enak
          Seronoknya dapat makan-makan
          Makanan pula sedap-sedap belaka
          Team talibarut makan tak ingat dunia
          Lepas makan semua rasa gembira
          Monyet tengah sibuk berlatih
          Harimau nak tumpang sekaki
          Salah satu kesukaan Cik Lily Putih
          Laksa Johor yang sedap sekali
          Bean Mereno suka makan pulut
          Eyriqazz bekerja di bank terkemuka
          Beranika jenis kueh mueh dan pencuci mulut
          Banyak pilihan tak tau nak pilih yang mana
          Penaja berbuka puasa ialah SAMSUNG
          Antara jenama yang popolur satu dunia
          Susun kata sampai lintang pukang
          Tahniah pada yang telah berjaya
          Poojie suka hati nak balik raya
          Mat Joe duk bersila atas tikar
          Jualan Samsung Merdeka Raya
          Sedang berlangsung sehingga 4 September
          Bila dah kenyang makan-makan
          Sampai mulut tak boleh telan
          Bergabung tenaga jadi satu kumpulan
          Main games sambil gelak ketawa
          Bagi clue sambil cuba teka
          Wah geng tali barut banyak yang berjaya
          Dapat hadiah yang best juga
           Makan durian di Batu Kikir
          Hari raya semua balik kampung
          Senyum gembira terukir di bibir
          Menang hadiah dari Samsung
          Bloggers gembira dan senang hati
          Bila dapat jemputan dan cenderahati
          Semuga dapat berjumpa kembali
          Lain kali jangan lupa jemput lagi
          Pak Ali sakit terkena busung
          Berubat sampai ke Tanjung Lumpur
          Terima kasih Nuffnang dan Samsung
          Jejai nak makan buah berangan
          Cari merata satu taman
          Zaid datang bersama teman
          Manager akak jadi cameraman


          Sape nak rasa masakan yang sedap dan enak bolehlah ke
          LG2, Feast Floor Starhill Gallery
          181 Jalan Bukit Bintang
          55100 Kuala Lumpur Malaysia
          Tel : 03-21418973


          p/s Terima kasih buat geng tali barut...akak cilok gambar ek

          Rabu, Ogos 24, 2011

          Jom Join Dan Dapatkan Hadiah Bernilai RM10,000

          Akak ternampak kat ChurpChurp Social Share kempen mengenai Nescafe Chill Lah (http://www.churpchurp.com/churper/#!/share/nescafe-chilllah). Pastu akak langsung tertarik nak jenguk kat blog yang keluar gambar ni.


          Tenguk hadiah wang ringgit bernilai sehingga RM10,000. Tak payah beli barang, cuma buat reka design kat can nescafe kat facebook ajer.


          Klik ajer kat mana-mana blog yang ada gambar cam kat atas. Tak pun boleh klik kat link di bawah ini.
          1. Mula pergi ke http://www.nescafe.com.my/chilllah gempakkan hadiah yang di tawarkan.
          3. Klik kat CLICK HERE TO BEGIN
          4. Pilih design ikut kreativiti sendiri. Jika design anda terpilih anda akan memenangi hadiah wang tunai.

          Cepatlah join yer.
          Nescafe original memang lazat
          Boleh di minum setiap masa
          Jom cepat sertai contest Nestle yang hebat
          Tunjukkan kreativiti anda sekarang juga

          Wah terasa glam masuk tv

          Internet mula buat hal dari pagi Sabtu lagi, nasib baiklah akak dah buat N3 selepas sahur. Bila call kat TM malam tu, macam biasa segala problem akan di settlekan selama 72 jam. Talipon pun tak boleh guna, ada geng call ingatkan akak tak nak angkat.

          Ini kali ke 2 akak kena, dulu makan masa 5 hari gak sampai akak terpaksa pegi ke cc sebab nak update N3 dan kebetulan ada sponsored post dari Nuffnang. Oleh sebab sibuk buat kukis tak danlah nak gi ke cc di bulan puasa ni.

          Baru pagi tadi orang TM datang, akhirnya dapat gak buat apa yang patut. Nak nangis bila tenguk email sebab ada sponsored post dari Nuffnang..nasib baik ada rezeki dan masa lagi bolehlah akak buat sponsored post itu.

          Happy dan gembira sebab muka masuk dalam iklan garnier..tertenguk pada minggu lepas lagi.
          Walau muka akak nampak nak last sekali tapi rasa happy...
          gambar beramai-ramai..akak pakai tudung purple

          p/s bila bagitau hb..dia kata ala...tak sampai satu saat pun nak heboh..

          Sabtu, Ogos 20, 2011

          Bila Tali Barut Berbuka Puasa Bersama Universal Music

          Jalan Raja Alang meriah gila
          Orang membeli belah beli juadah
          Boleh terlupa bawa kamera
          Nak ambil gambar punyalah payah
          Bila berniaga kena kawtim
          Nanti taklah terkena tipu daya
          Berbuka puasa bersama anak yatim

          Hari-hari masak lauk ayam
          Nak buat camner anak-anak peminat tegar
          Terima kasih kepada Universal Musik Malaysia
          Kerana sudi menjemput blogger
          Makanan di hidang lazat sekali
          Ambil sekali nak lagi dan lagi
          Tak lupa kepada blogger Hilalazmi
          Lain kali jemputlah lagi

          Bermacam ragam dan gaya
          bila tali barut bersua muka
          Tak orang lain yang meriuhkan suasana
          Makan dan minum ajer kerjanya
          Daydeck, DD ashik buat kelakar
          Gelak ketawa sampai terasa letih
          Imran ashiklah bermulut laser
          Artis Universal Music ramai yang hadir
          Tapi tak sempat nak beramah tamah
          Geng tali barut sibuk ambil gambar
          Penyanyi Ana Rafali memang peramah

          Sedang ashik bersembang-sembang
          Suami ashik pandang memandang
          Tanda isyarat nak suruh pulang
          Ikut ajerlah jangan membangkang

          p/s Nantikan lagi ceritanya yer..tq Cik Lily Putih dan Eyriqazz sebab cilok gambar

          Jumaat, Ogos 19, 2011

          Masakan Ikan Keli

          Masakan yang paling best..tu anak yang kata.  Kalau bakar atas bara tempurung lagi best.
          Sebab malas nak hidupkan arang/tempurung, bakar ajer dalam oven
           Tak ada rebung, belimbing buluh ataupun pisang muda.  Kalau ada lagi best.Masih dalam periuk lagi.


          Bahan-bahan
          • 1 kg  ikan keli salai
          • 15-20  biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
          • 1/2 kg santan pekat-500ml santan (kalau nak kuah lebih tambah cili dan santan)
          • 600ml air
          • 1 inci kunyit
          • 1 inci halia
          • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
            2 batang serai-di titik hujung
          • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
          • sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
          • garam secukupnya
          Cara-cara
          1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam.  Bilas dan tos.
          2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
          Bersihkan pisang...buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
          3. Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di dalam oven sehingga keperangan.
          4. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam  dan halia. Titikkan serai.
          5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk.  Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
          6. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
          7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.
          8. Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan  lebihan santan pekat. Biarkan mendidih sekejap lagi.
          9. Cepat-cepat padamkan api dan masukkan jus limau kasturi.
           separuh lagi
          cicah dengan kicap di perah asam limau kasturi bersama 
          hirisan bawang besar, cili padi dan cili merah
          Goreng pulak ikan terubuk masin..fuhhh

          Hari Kedua Di London (Akhir)

          Dah lepak kat st. james park, akak dah tak larat nak jalan lagi.  Ajak suami naik tube ajerlah katSt. James's Park Tube Station yang tak jauh dari situ.  Lepas isi duit lagi dalam osyster card, kami tanya kat pekerja kat situ macamana nak pergi ke Harrods sebab pening tenguk map.  Dari stesyen situ kena tukar 2 line..

          Nasib baiklah tak sesat, sebab suami akak tanya lagi kat orang yang tengah tunggu dan akhirnya sampai gak ke Harrods di Knightsbridge.  Bila keluar ajer dah nampak dah Harrods.  Bukan akak ajer yang sibuk nak ambil gambar orang lain pun sama.
          Kami masuk ke dalam Harrods, fuhhhh harga yang di tawarkan memang boleh merabakkan poket, akhirnya lepas tenguk itu dan ini kami keluar dari situ dengan tangan kosong.  Bila lepak kat tepi Harrods dapat tenguk gaya orang kaya yang naik kereta mahal turun depan Harrods..bergaya dari atas ke bawah pakai barang branded. 
          Kedai kek depan Harrods, harganya telan air liur bila tenguk.  Cuci mata ajer tenguk dari tingkap.
          Kat sebelah Harrods ada ZARA
           seberang jalan GUESS..memang kat sini tempat orang banyak duit bershopping.  Dari situ kami cadang nak gi ke Zoo London tapi bila keluar dari underground station kena naik bas nak gi kesitu.  Akhirnya tak jadi pergi dan kami ambil keputusan balik ke Paddington.
          Tiap kali nak naik tube suami akan ambil map yang baru dan minta pertolongan dengan pekerja kat station.  Bila dah sampai kat bawah dia akan tanya lagi dengan orang yang duk tunggu kat situ sebab takut sesat.
          Makan lagi kat Chicken Cottage sebab kat situ ajer ada jual nasi sebab perut akak ni kena makan nasi sebab dah pukul 2.00 lebih.  Lega perut dah kenyang lepas tu kami  pergi pulak ke kedai jual poskad.
          Kami nak pos poskad kat mak dan anak kat rumah.  Memang tak tau kat mana post office kat Paddinton, bila tanya kat seorang budak lelaki yang pakai baju sekolah dia dengan senang hati tunjukkan jalan.  Ada ambil gambar dengan dia tapi guna camera kat hp suami sebab kamera dah kehabisan bateri.  

          Sampai ajer kat hotel hujan lebat..apa lagi tidur tak sedar diri sampai pukul 4.00 lebih.  Tenguk ada miss call dari Shukie.Shukie nak bawa kami gi ke Malaysia Hall kat Baywater.  Lagipun Shukie teringin nak makan masakan Malaysia kat kantin di situ.

          Bila jejalan ternampak Restoren Melayu RESTORAN "TUK DIN" di  41 Craven Road, Paddinton, London W2 3BX Tel; 0207 723 6955 . Restoran ini sempena nama pemiliknya Tuan Zainuddin Yahaya, berasal dari Alor Star Kedah.  Kami cuma tenguk menu kat luar sahaja sebab kami bercadang nak cuba masakan dari negara lain. Ramai gak orang yang makan kat restaurant ni.
          Kami masuk ke satu kedai yang menjual barang antik..suami tertarik tenguk beg ni..akak pun nak beli satu benda tapi suami tak bagi, beg dah tak muat. 
          Akhirnya sampai gak kat Malaysian Hall  yang terletak di  30-34 Queensborough Terrace, Bayswater, London, W2 3ST Bayswater.  Kami terus ke Malaysia Hall Canteen yang memang tak ada papan tanda, kalau Shukie tak bawa tentu tak jumpa.

          Shukie belanja minum teh tarik yang berharga 2 pound..kalau tak silap.  Sempat gak sembang dengan 2 orang pelajar India dan sorang Melayu yang baru setahun menimba ilmu di London.  Mereka tengah sibuk cari rumah (bilik) yang harganya mahal sungguh kat situ.
          Kantin ni kat basemant di Malaysia Hall sebenarnya.  Ada jual macam-macam tapi ramai yang suka ambil nasi campur  harga lebih kurang dalam 3-4 pound.  Kiranya makanan kat sini oklah dari segi harga sebab yang makan pun student dan orang Malaysia yang bekerja di London yang rindukan masakan Malaysia.
          Shukie yang tengah syok menikmati makanan Malaysia.  
          Kat sini ada juga di sediakan surau.
          Banyak gak hotel kat area Malaysia Hall ni, 
          kebanyakkannya harga dalam 70 pound ke atas.
          Sebelum ke London akak cadang nak bermalam kat Malaysia Hall  selama 2 hari sebab harga yang ditawarkan memang murah  tapi kena pulak  tidur berasingan lelaki dan perempuan, kira cam dorm aa tapi ada terjadi perkara yang menyakitkan hati terjadi, jadi  akak sakit hati langsung ambil keputusan tidur kat hotel ajer.
          Dalam perjalanan ke hotel memang banyak restoren halal dan kami ambil keputusan ke sini.
          Sajer nak rasa masakan lebanon
          sedap makanan ni..macam kebab di isi dengan daging kambing
          suami minta yang ini sementara Shukie order air ajer sebab dah kenyang
           
          Shukie suruh akak beli t shirt ni, akak tak beli tapi akak beli lagi ole-ole yang cuma berharga 2 pound.  Murah sungguh dari kedai yang akak beli sebelumnya.  Nak buat camner kan..tak sabar punya pasal.

          Jejalan memalam kat sepanjang jalan ni banyak omputih minum tepi jalan, seram gak tenguk.  

          Akak suruh Shukie  balik selepas berpeluk cium sebab lepas ni tak jumpa beliau lagi dan suruh dia balik ke rumah member dia yang berdekatan kat situ sebab risau kalau jadi apa-apa kat beliau.  Terima kasih buat Shukie yang sudi menghabiskan masa dengan kami berdua.

          Bila balik kat sini rupanya Shukie ni anak buah geng masak memasak yang akak pernah jumpa di KLCC.  Tak sangka betullah..betapa keciknya dunia.

          Adsense

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...