OOO

Jumaat, Mei 11, 2012

Ayam Panggang Dalam Oven


Tajuk tu memanglah ayam panggang dalam oven sebab akak bakar dalam oven..kalau panggang atas pemanggang letrik lain namanya.  Kalau panggang atas bara arang dah jadi lain gak nama dia bukan.  Bila akak malas masak..akak buat camni ajer..tak banyak kerja dan mudah di sediakan.
Bahan-bahan
1kg kepak ayam  bersihk dan tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu kecil mixed herbs
sedikit mentega
2 biji kentang russet-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji tomato
 
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan halia ke seluruh kepak ayam.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, hirisan  bawang, tomato  dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  gunakan api atas pula dalam 10 minit.
6.  Hidangkan panas-panas.

Bakar garlic bread..roti panjang beli kat giant...tapi tang sapuan tu akak buat sendiri..bukan susah pun...ambil butter dalam 6 sudu besar dan biarkan dalam suhu bilik.Tumbuk lumat 2 biji bawang putih dan campurkan dalam butter dan masukkan sekali daun pasli kering/daun ketumbar/mixed herbs (agak-agak.atau ikut suker).
 
jagung kukus, selepas di kukus masukkan merjerin, 
sedikit garam dan susu pekat (Rujuk kat SINI)
 
 kentang goreng 
 
dan sup campbell

7 ulasan:

  1. western nye.tapi semua sedap. mmg berselera satu keluarga

    BalasPadam
  2. waa,teringin pulak tgk akak buat ;)

    BalasPadam
  3. uiyooo menggoda jiwaaaaaaaaaaaa raga! meleleh meleleh meleleh air liur adussss...

    BalasPadam
  4. aduhhh kak sedap betul rupa ayam tu..

    balek ni nk try kak..a'ah kan boleh letak kentang skali..aduhh best2

    BalasPadam
  5. aduhh..buat orang telan air liur lapan juta kali nih..

    :)

    BalasPadam
  6. akaaakkkk....sedapnya tengok...terliur saya.

    err..bakar dalam microwave boleh?

    BalasPadam
  7. baca entry ni pagi2 lak.. haduuii.. terus lapar laaa pulok!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers