OOO

Rabu, Mac 13, 2013

Resepi Ayam Goreng Ala KFC



Mak ..buatlah ayam yang ada tepung tu...

Anak kecik akak mintalah pulak...cari-cari punya kat google tertarik nak cuba resepi yang ni.  Ayam goreng ala kfc akak buat sama dengan kentang putar..malam tu tak makan nasilah kami..makan yang ni ajer.

Kira oklah gak rasanya..dah semestinya tak 100% cam KFC sebab ada resepi rahsia kann....akak ambil resepi ini  dari blog Zaliedana


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulu
3 ulas bawang putih ditumbuk 
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa


Bahan Tambahan
1-2 biji telur - pukul sedikit

Minyak secukupnya

Cara-cara
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bagus.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng secara deep fry dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

11 ulasan:

  1. Nampak rangupnya...anak Ummi tentu suka... :D

    BalasPadam
  2. lapor ler pulak ...rasa nak makan KFC ler....siap ada kentang putar lagi....

    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/10-briged-para.html

    BalasPadam
  3. wahh..rajin sungguh buat ye..

    BalasPadam
  4. As'salam kak Ina comel.

    kak, walaupun tak serupa KFC ori kalau letak depan ct mahu berketul juga habisnya ayam tu kak hehehe

    BalasPadam
  5. fuyo..
    kalau smua buat sendiri mahu tutup kfc ni. huhuh

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakina...suka la anak kecik akak tu kan...:)

    BalasPadam
  7. jemput ke blog sy jgk..:)
    http://vitamindelight.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Nampak ayam tu macam sedap je kak... Fuh.. Lapar terus

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers