OOO

Isnin, Mei 26, 2014

Resepi Kari Kambing Sedap

Assalammualaikum semua
Ramai yang tak minat daging kambing kan, sebab ada pelbagai alasan yang di berikan.  Nasib baik kami sekeluarga suka makan daging kambing.

Bahan-bahan
1kg daging kambing biri-biri (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas

1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.

19 ulasan:

  1. Saya suka makan daging kambing Kak Ina. Pressure cooker tu jenis non-stick ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus kalau suka makan yana. Pressure cooker ni bukan non stick yana.

      Padam
  2. Yumm yumm

    kambing adalah feveret saya

    masa pregnant terutamanya

    memang wajib makan kambing tiap minggu

    kak ina kalau ada recipee lamb rib boleh share?

    saya skrg gila makan rib kamben

    hehehehe

    *Cik Salwa*

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum pernah lagi buat lamb ribb ..pernah makan kat luar jer

      Padam
  3. guuuulp adoooiyai telan air liur..
    btw kite singgah kelik kelik iklan jugak :D

    BalasPadam
  4. saya ada pressure cooker tapi tak pernah guna..
    jalan-jalan cari resepi, jumpa blog kak ina..
    salam kenalan kak..sedappppnya nampak kari itu..

    BalasPadam
  5. macam sodap jer nampak.. kena cuba ni.. hhee

    BalasPadam
  6. guna pressure cooker sekejap je dh mask kambing ni..

    x perlu tunggu lama-lama..hihih

    BalasPadam
  7. wah, kambing...cecah roti sedap ni...mudah bila ada pressure cooker ni...tak ambil masa yang lama untuk masak...hee

    BalasPadam
  8. Assalam kak, susu cair tu pkai susu cair dlm tin tu ke susu full cream etc dlm kotak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lambat reply
      susu cair dalam tin

      Padam
  9. Salam kak... Dah buat ikut resepi ni sebijik2... Mmg sedapp.. 10bintang...

    BalasPadam
  10. Kak Ina ada petua hilangkan bau hanyir daging kambing tak? Saya suka makan kari kambing asalkan tak berbau hanyir. Kalu tak, tak lalu makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak pressure cook kari kambing ni amik brapa lama ?

      Padam
    2. Kalau nak pressure cook kari kambing ni amik brapa lama ?

      Padam
    3. Kamu basuh guna tepung gandum. Kalau ketulan besar kena masak dalam 40 minit. Kalau kecik 20 atau 25 minit jer

      Padam
  11. peberet kami lakibini
    hihi. sedao cicah dgn roti

    salam kenal dr saya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers