Assalammualaikum semua
Ramai yang tak minat daging kambing kan, sebab ada pelbagai alasan yang di berikan. Nasib baik kami sekeluarga suka makan daging kambing.
Bahan-bahan
1kg daging kambing biri-biri (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 sudu besar kari daging babas
1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam.
Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan
Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.
Saya suka makan daging kambing Kak Ina. Pressure cooker tu jenis non-stick ke kak?
BalasPadambagus kalau suka makan yana. Pressure cooker ni bukan non stick yana.
PadamYumm yumm
BalasPadamkambing adalah feveret saya
masa pregnant terutamanya
memang wajib makan kambing tiap minggu
kak ina kalau ada recipee lamb rib boleh share?
saya skrg gila makan rib kamben
hehehehe
*Cik Salwa*
belum pernah lagi buat lamb ribb ..pernah makan kat luar jer
Padamguuuulp adoooiyai telan air liur..
BalasPadambtw kite singgah kelik kelik iklan jugak :D
terima kasih ct humairah
Padamsaya ada pressure cooker tapi tak pernah guna..
BalasPadamjalan-jalan cari resepi, jumpa blog kak ina..
salam kenalan kak..sedappppnya nampak kari itu..
macam sodap jer nampak.. kena cuba ni.. hhee
BalasPadamguna pressure cooker sekejap je dh mask kambing ni..
BalasPadamx perlu tunggu lama-lama..hihih
wah, kambing...cecah roti sedap ni...mudah bila ada pressure cooker ni...tak ambil masa yang lama untuk masak...hee
BalasPadamAssalam kak, susu cair tu pkai susu cair dlm tin tu ke susu full cream etc dlm kotak tu
BalasPadammaaf lambat reply
Padamsusu cair dalam tin
Salam kak... Dah buat ikut resepi ni sebijik2... Mmg sedapp.. 10bintang...
BalasPadamterima kasih sudi mencuba
PadamKak Ina ada petua hilangkan bau hanyir daging kambing tak? Saya suka makan kari kambing asalkan tak berbau hanyir. Kalu tak, tak lalu makan.
BalasPadamKalau nak pressure cook kari kambing ni amik brapa lama ?
PadamKalau nak pressure cook kari kambing ni amik brapa lama ?
PadamKamu basuh guna tepung gandum. Kalau ketulan besar kena masak dalam 40 minit. Kalau kecik 20 atau 25 minit jer
Padampeberet kami lakibini
BalasPadamhihi. sedao cicah dgn roti
salam kenal dr saya.
Sampai umur 30 an ni tak pernah berani masak kambing. Makan berani. Heheheh. ����
BalasPadamSedapnya daging kambing yang lembutttt tu..alahai. makan daging kambing memang best :)
BalasPadam