OOO

Isnin, Ogos 07, 2017

Singgah di Limbang Sarawak

Assalammualaikum semua

Bila check balik draft rupanya ada pot pet pasal Limbang yang belum akak siapkan.

Kami pegi masa kami duk kat Miri, pergi naik kereta dari Miri hingga ke Kota Kinabalu pada cuti hari Gawai bulan Mei 2014. Lama bukan.
Akak sajer nak buat kenangan, teringat kenangan masa perjalanan darat dari Miri ke Kota Kinabalu. Kat belakang tu Kampung Air Limbang

Cerita ada kat SINI, SINISINI, SINI dan SINI
Bandar Limbang di apit oleh Brunei dan Temburong.  Kalau nak ke Kota Kinabalu kenalah lalu kat Limbang. Sungai Limbang yang besar, ada gak hotel kat sini yang fofolur Hotel Purnama.

Kebanyakkan rakyat Brunei yang duk sempadan memang akan berbelanja barang dapur kat sini, sebab murah dek kerana nilai matawang mereka yang tinggi.

Macam juga di Miri, bila weekends banyak kereta plat Brunie akan membeli belah.  Bagi pelancung terutama mat salleh akan minum minuman keras sebab kat Brunei mana boleh nak minum.
Masa dalam perjalanan balik, kami singgah makan kat Arkib Mara  di Bandar Limbang,  berjumpa pula orang Malaysia yang berkawin dengan orang sini.  Makan nasi ayam sambil borak borak. Gambar makan ada kat SINI


Kami singgah solat jamak kat Masjid bersebelahan dengan Hotel Purnama.  Tak jauh dengan tamu Limbang, tak singgah pun sebab dah beli cenderamata di Lawas dan Kota Kinabalu.

Dah balik ke sini, nak pergi lagi ke sini, rasanya tak lah kot.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers