OOO

Jumaat, Julai 16, 2010

Ayam Panggang Maghribi


Oleh sebab harga minyak naik...semua barang naik..tadi beli ayam... harga ayam sekarang ni sekilo dah RM7.50. Kat rumah akak ni sekarang ni semua anak berkumpul semula. Terpaksalah masak 2 ekor ayam untuk 2 kali makan.

Tapi masih berbaloi sebab kalau ayam panggang maghribi ni kalau kat luar seketul mungkin RM3.00-RM4.00..buat sendiri puas anak-anak akak makan. Kenalah rajin masak bila dah ramai. Tak berbaloi makan kat luar. Sebulan sekali ataupun kalau gi jejalan bolehlah.

Memang thumb up tau ayam panggang maghribi ni..semua anak-anak kata sedap. Budak mana nak menipu kan. Akak ternampak resepi ni kat http://fiqah99.blog spot.com/. Terima kasih sudi share resepi yang enak bangat. Sesuai untuk di makan bersama nasi mandhi, nasi pudina ataupun nasi hujan panas.

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
  • 1 ekor (2 kg) ayam, dibersihkan dan dipotong dua
  • garam, daun salad disiat kasar-kasar
  • timun, tomato dihiris-hiris
  • ubi kentang direbus, dikupas dan dihiris-hiris
  • lemon dipotong baji
  • daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar cili serbuk
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • air perahan daripada 1/2 biji lemon


Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 45 minit, dengan membalikkannya setiap 20 minit. Akak bakar guna api atas bagi garing sikit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

7 ulasan:

  1. gambar pun dah boleh membangkitkan selera

    BalasPadam
  2. kalau masak sendiri memang berbaloi2 kan kak ina? ramai boleh makan...

    BalasPadam
  3. sedap nyaaa...nak mkn jugak..hihi.. paprika tuh ape ye?

    BalasPadam
  4. fuh..nasib baik dah makan

    kalau tak meleleh air liur ni

    BalasPadam
  5. kak ini ni macam mak saya lah.. rajin sesangat masak.:)


    p/s: jom tengok pengalaman hana da wat entry Nuffnang Sharring Session :)

    BalasPadam
  6. jika semua barang dah naik harga nampak gayanya kena lah masak selalu.Nak kena cuba resepi ayam maghribi ni:)

    BalasPadam
  7. ooo..patut pun..
    biasa beli ayam rega 11 inggit gitu jer...
    ari ni 15 inggit...terkejut jugok makcik...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...