OOO

Sabtu, Jun 30, 2012

Whatchuwant?A Football Frenzy!

24 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY
Tidur.... bola, makan... bola, mandi... bola, minum... bola, semuanya bola. Demam bola tiba lag. Ada yang sampai sanggup tak tidur, berjaga malam  dan melepak di kedai mamak ataupun di rumah semata-mata nak jerit kuat-kuat.  Pastu mulut ashiklah pot pet pot pet dan  maki hamun tak berhenti semata-mata nak sokong pasukan kegemaran.


Jadi adakah anda seorang  football Whatchuwant yang dicari?

Untuk musim bola sepak ni kan, anda boleh dapat bola dengan Whatchuwant! Anda boleh call ataupun sms rakan anda dan bincangkan keputusan terbaru ataupun jika anda nak tau keputusan terkini, anda boleh dapatkannya di  Whatchuwant!

Anda boleh deal dengan packs-packs Whatchuwant tau! Cuma dial *128#, pilih packs dan juga boleh pilih hadiah..best kan kalau camtu.  Korang boleh pilih awesome packs antaranya:


Football SMS Alert Pack
Dapatkan alert SMS pada semua berita terkini mengenai kejohanan bola sepak terbesar di Eropah


Talk n Text Pack
Anda boleh berbual ataupun sms dengan kawan dan bercerita tentang permainan, pemain dan banyak lagi.

Dengan kedua-dua packs ini, lengkaplah kegilaan anda tentang bola sepak.   Bolehlah anda makan, tidur, pot pet pot pet, text dan semuaya pasal bola.   Selain itu, apabila anda melanggan pack ini , anda  telah melayakkan diri anda untuk membawa pulang hadiah yang menarik dan menakjubkan tau!  


 Antara hadiah-hadiah yang telah diberikan untuk Whatchuwant setakat ini termasuk:

HP Envy 14”
Macbook Pro 14”
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy S II
Sony PlayStation 3
Xbox Kinect
Nokia Lumia 800
HTC One X
Sony Tablet S
Samsung Galaxy Tab 10.1
Pioneer DJ Console

Banyak lagi hadiah menarik untuk direbut. Untuk maklumat lanjut jom terjah di http://xpax.com.my/whatchuwant.php.

Step up with Celcom First


48 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY

Memperkenalkan Celcom First Voice, pelan panggilan terbaru dari pembekal rangkaian No. 1 Malaysia.
·     Antara ciri-ciri yang ekslusif yang terdapat pada pelan ini yang pertama di Malaysia :-
    • Kawal cara anda berhubung dengan cara yang senang dan jimat. 
    • Satu kadar serendah 10 sen untuk panggilan suara, video, SMS dan  MMS untuk semua rangkaian pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. 
    • Kadar yang tepat tanpa pelanggan menunggu untuk melihat kadar yang dikenakan dan baki yang tinggal 
    • Kadar yang rata untuk semua pelanggan. Lagi banyak anda guna, lagi jimat kadar yang akan diberikan.
    • Pick a Paid – Anda bayar dengan apa yang anda pakai mengikut kesesuaian anda dan cara pembayaran yang murah. Tidak kira anda pengguna Postpaid ataupun Prepaid.
    • Anda boleh memilih servis yang hendak digunakan dengan Menu Interaktif dan menu bantuan yang membolehkan anda mengawal akaun anda dengan dihujung jari anda sahaja. 
    • First Advantage – Pelanggan Celcom Voice Plan Elite akan mendapat keistimewaan yang menjimatkan seperti Data Internet percuma dan juga pembantu perkhidmatan yang akan membantu anda dalam segala permasalahan anda dan juga anda orang yang pertama mendapat berita terkini tentang pelancaran produk terbaharu dan acara-acara yang dibuat oleh Celcom.
Celcom First Voice hanya pelan pertama yang menengahkan konsep pembayaran lebih murah dengan penggunaan yang banyak.






3.   Kenapa perlu pilih Celcom?
·     Lihat sendiri perbandingan Celcom First Voice denga rangkaian yang lain.
·     Pilih antara tiga pilihan pelan yang sesuai dengan anda dan juga telefon bimbit anda juga:

 Celcom First PRIME

Celcom First PREMIER
  
Celcom First ELITE

   Yang Baiknya, ia adalah talian terbaik Malaysia
·     Dapatkan yang terbaik di Wilayah Celcom kemana saja anda berada.
·     Celcom adalah liputan terluas di Seluruh Malaysia tidak kira di luar rumah, didalam rumah malah ketika anda dalam perjalan ke mana sahaja.
·     Celcom menawarkan liputan yang terbaik untuk SMS, talian telefon, melayari 
    laman web, e-mail dan sebagainya.
·     Celcom memastikan anda mendapat sambungan stabil untuk melayari 
    laman web dan menonton video secara online.
  
 Untuk maklumat lebih terperinci tentang pelan ini, anda boleh kunjungi 
cawangan-cawangan Celcom dan juga Blue Cube yang terdekat atau lawati laman web yang diperbaharui di www.celcom.com.my



Makan Palova Sedap Rumah Eyriqazz

tenguk gambar pun dah kecur air liur kan..kan..kan..
Palova  atau pun nicknamenya Pav (^_^) sekarang ni menjadi kegilaan untuk di santap oleh orang ramai.  Palova adalah sejenis  pemanis mulut atau sejenis meringue cake yang bahan asasnya terdiri daripada buih putih telur dan gula. 
Tesktur luarnya sedikit garing dan isinya tersangatlah lembut, cair di mulut.  

Harganya pun kedabom.  Kalau nak di ikutkan basic palova cuma putih telur sahaja tapi yang buat Palova mahal disebabkan buah-buahan yang di letak di tengah dan di atas palova ini. Whipping cream pun ashik naik harga ajer..  Bila di makan hasil dari gabungan  manis (meringue cake) dan masam (buah-buahan) memang terasa kesedapannya. Kalau cuma ambik meringue cake tu ...memang manis teramat sangat.
Akak di jemput oleh  Mat Tiger aka @Eyriqazz @GTO hari Sabtu lepas untuk meraikan anak perempuan dia yang telah berumur 3 tahun.  Bila tenguk Palova atas meja...wah mesti terjah ni dulu ni..tapi kenalah tunggu birthday girl tiup lilin dulu

Akak pernah cuba buat Palova ni ..tapi buat satu layer ajer..buah-buahan pun tak semewah Palova di rumah Eyriqazz..cuma letak buah strawberi ajer..kalau nak jenguk cara akak buat bolehlah ke SINI

Insyallah tak lama lagi anak pempuan akak balik akak nak buat lagi Palova ni sebab tak puas makan kat rumah orang..malu nak ambik banyak-banyak sebab ramai yang nak rasa kesedapan Palova ini.

Kalau korang nak order korang gi terjah blog Tukang Sponsor Palova Untuk Birthday Alisya...erhmmm nanti hari jadi akak dia nak sponsor tak? 
p/s dengar cerita ada GTB ambik sampai 2 kali .akak tau sape dia....empunya gambar ni rupanya...tak per..kasi can kat dia.

Rasanya semua kalau dapat makan free tentu ambik 2 kali kan...betul tak?


Jumaat, Jun 29, 2012

CELCOM LAUNCHES CELCOM FIRST SUPERIOR AND TOP-CLASS VOICE PLANS

48 HOURS SPONSERED POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY 
 
 
Pelancaran  ini telah di adakan sebuah di Zoo Negara Kuala Lumpur semalam dalam cuaca sejuk..erhmm mula-mula akak rasa agak pelik gak ..kenapa pelancaran  di buat di sini?  

Rupanya ianya berkaitan dengan haiwan..jadi zoo lah tempat yang banyak haiwan bukan.
 
Kalau berjalan kaki memang masak gak sebab agak jauh ke dalam.. pastu hujan turun tak berhenti. Nasib baiklah ada tram..jadilah kanak-kanak riang kejap bersama CikLily Putih
credit pic : submerryn.com
 
CELCOM Axiata Berhad (Celcom)  pembekal telekomunikasi mudah alih alih yang pertama dan utama di negara ini merasa optimis untuk menarik lebih ramai pelanggan baru bersandarkan pengenalan produk terbaru rangkaian pintar,Celcom First Voice plans, a range of superior voice plans.

Ketika ini, Celcom memiliki 11 juta pengguna dan di jangka meningkat dengan pengenalan produk berkenaan berdasarkan ciri uniknya.

Pelan Suara Celcom First membolehkan pelanggan memperolehi pengalaman optimum untuk perkhidmatan lebih cemerlang, inovatif dan di majukan.

Dato' Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad berkata, "  Pengguna juga boleh membuat pertukaran rangkaian selepas  menggunakan salah satu pilihan rangkaian tanpa di kenakan sebarang pembayaran dengan hanya menghubungi pusat khidmat pelanggan Celcom.

Katanya lagi , berdasarkan ciri berkenaan ia bukan saja mampu menarik pelanggan Celcom namun mampu menarik pelanggan daripada pelanggan bukan Celcom. 

"Kami tahu terdapat masalah apabila menggunakan pra bayar seperti kehilangan nombor dan sukar untuk mendapatkannya semula.  Produk ini memberi peluang mengatasi masalah yang terdapat pada pelan pra bayar", katanya lagi.
Dengan Celcom First Choice Plan,  ciri-ciri baru berjenama kreatif direka untuk memenuhi keperluan pelanggan untuk menikmatinya iaitu :
Real Rate
Auto Rate
Pick A Paid
Pay Your Way
Smart Menu 
First Advantage
Untuk maklumat lanjut  mengenai pelan ini sila laman web   www.celcom.com.my

Untuk pertamanya kali juga kami yang hadir dapat menyaksikan iklan Celcom First ini..korang boleh ke laman www.celcom.com.my untuk menontonnya ..seronok dengar muzik iklan ini..agaknya sape tau tajuk  lagu ni..akak blurr nak menekanya.
 pandai gajah ni posing
Kemudian kami ke sini pula...sungguh  bernasib baik sebab hujan dah berhenti.  Media  naik tram tapi VIP semua jalan kaki...sporting sungguh mereka kan.

Di pelancaran ini juga, Celcom First telah mengumumkan projek keluarga  angkat (wildlife adoption) dengan mengambil  Triang, seekor gajah  Asia berumur 32 tahun  yang sejajar dengan hala tuju kreatif Celcom First iaitu mewakili kuasa, kesetiaan dan keinginan untuk sentiasa berada  di atas

"Teriang is a great portrayal of Celcom First's  and its bold advantages 
that makes it a step up from  the  rest." Dato' Sri Shazalli commented.
 sukanya Teriang ashik di beri tebu

RM0.10 dari setiap pelanggan baru Celcom First akan menyumbang kepada dana untuk menjaga Teriang...wah best kan..apa lagi jomlah join Celcom First

 Seronok juga sekali-sekali pergi ke majlis pelancaran macam ni..lain dari yang lain ..betul tak?  Semua yang hadir seronok tenguk telatah gajah-gajah ..ramai gak yang sibuk ambil gambar gajah ..fuhhh untunglah gajah terutama Teriang ni..glamm uuu


p/s ada gak staff Celcom yang tegur akak..

US Potatoes Indian Style Meat Cutlets

Akak tulis tajuk N3 omputih ek...ingatkan mula-mula apalah cutlets ni..rupernya pegedil atau begedil.  Sekali sekala belajar bahasa english best gakkan..ni semuga gara-gara rancangan Oh My English di Astro lah..
Sibuk sikit minggu ni..akak baru sempat blogwalking separuh ajer..insyallah nanti kalau ada masa akak jenguk blog korang ek..akak buat pegedil ni hari Rabu sebelum jejalan ke Zoo Negara..pagi-pagi dah kelentang kelentung tumbuk ubi kentang yang telah digoreng dan prepare semua bahan sebab nanti balik dah tentu penat.

Balik dari Zoo ..dah dekat pukul 6.00 sebab ambil anak sekolah sebab ada koko..sampai umah dah nak dekat pukul 6.30 petang.  Nasib baik semua dah siap..cuma nak ngap ajer..kalau buat tang tu gak dah tentu tak larat.


400gm US Potatoes-peel and slice thinly
4 nos eggs
250gm ground meat-fry in a pan until dry (mixed with some spices-serbuk ketumbar/lada hitam/jintan)
1 nos daun saderi-slice thinly
1 nos daun bawang-slice thinly
2 table spoon daun ketumbar-slice thinly
10 nos shallots - slice thinly/chopped
2 nos green chilly-slice thinly/chopped
2cm ginger-chopped
3gm cumin
200ml cooking oil
Salt to taste

Methods
1.  Peel and slice US Potatoes and fry in oil until cooked, remove and leave aside.
2.   Mix ground mix meat with cumin and ginger, and fry without oil until all juices are dried.
3.  Mashed the US Potatoes using a mortar, and put the mashed potatoes in a bowl.
4.  Mixed the mashed potatoes with meat and stir well.  Add in the fried onions, daun saderi, daun bawang, daun ketumbar and green chilly.
5.  Add in 2 eggs and mixed well.  It should form a dough.  Divide the douge into small ball and flatten a little bit. (akak tenguk chef cotting dgn tepung dulu sebelum di goreng..akak buat stail chef gak)
6.  Heat oil in a wok, take a patty, dipped into egg and coat properly and fry until golden brown and serve.

Nota : Gunakan api yang perlahan semasa menggoreng, takut nanti pegedil pecah kalau api kuat.

Resepi soto ni korang tenguk ajerlah kat SINI YER

Khamis, Jun 28, 2012

Best Ker Makan Kat Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan?

Kalau nak gi sesaje ..memang jauh..Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan lebuhraya NKVE menuju ke Klang dan teruskan perjalanan anda menuju Pelabuhan Utara atau North Port. Kemudian, anda akan dapat lihat papan tanda ke Tanjung Harapan dan seterusnya ke Medan Muara Ikan Bakar ini.
Dah banyak akak dengar orang kata best makan kat sini.  Kebetulan 2 minggu lepas kami ke rumah kakak ipar di Teluk Panglima Garang sebab nak menziarahi beliau yang baru balik dari umrah.  Suami pun ajak family kakak ipar gi makan malam kat sini.

Sampai ajer akak tenguk dah ramai orang sibuk memilih ikan dan beratur nak timbang.  Bila tenguk orang ramai camni..hati akak berkata..wah tentu sedap masakan kat sini ni.

akak pilih ikan ni sebab tak pernah rasa..ikan pulak fresh
..sama species dengan ikan bawal
ikan yang di bakar..syok sebab di balut dengan daun pisang
Paling sedap ikan siakap 3 rasa ni..memang akak rekemenlah kalau sape nak gi makan kat sini..harga RM36.00
Nasi lemak ni RM3.00...fuh mahal sungguh..tak ada kacang, timun dan ikan bilis..hb akak panggil nasi lemak bogel..tak berbaloi..rasa pun taklah best sangat pun
 Ikan bakar ni sama species ikan bawal tadi..akak suruh bakar ajerk..tapi dorang tak letak samballah..  Harganya RM33.75.. Memang manis rasa isi ikan ni..kalau cicah 
 dengan air asam tapi air asamnya kurang kick..sambal pun tak sedap sangat..harap tuan punya kedai boleh buat perubahan.
sotong goreng tepung ..RM38.00..akak rasa kurang sedap..tapi orang lain kata sedap..tulah tak boleh nak  kata apa..tekak masing-masing kan

Akak ambil udang dalam 12 ekor..besar gak udang ni...harga RM29.75...akak suruh masak udang pedas..tapi tak rasa pedas pun dan rasanya pun tak kick.  Selain dari itu kami ada order gak kailan goreng.
ketam masak bercili pun  kira sedap ajerklah..RM29.75...akak ambil 3 ketui
Lepas basuh tangan..kami dengan senang hati gunakan tisu basah ni nak hilangkan bau..ingatkan free...rupanya kena bayar..RM0.30 sen x 8 orang..kena charge RM2.40..cisss tipah tertipu.

Tertunai gak hasrat di hati nak menjamah masakan kat sini...makanan dan minuman bersama nasi semuanya cuma RM216.20 ajer untuk 7 orang dewasa dan 1 budak kecil makan...murah bukan...

Lagi satu kan...kita tak tunggu lama sangat cam kat tempat lain....staff pun rajin bila kita panggil..

Address: Jalan Sultan Hishamuddin Kaw 20, 
Bandar Sultan Suleiman, 
Pelabuhan Klang Utara, 42000 Port Klang, Selangor. 
Telephone number: 03 – 3176 6929. 
Fax number: 03 – 3176 6001


Rabu, Jun 27, 2012

Sambal Udang US Potato Dengan Herba

Penaja utama US Potato jadi semua resepi memang ada perkataan itu..resepi dalam omputih.   Resepi  US Potatoes Shrimp Sambal with Fresh Herbs yang di tunjukkan oleh Chef Shahrim ini tidak menggunakan lansung bawang putih ...kalau guna ubi kentang biasa pun boleh tau..akak dah rasa dah masa kat event tu..sedappp..nanti akak pun nak cuba gak buatlah.

Bahan-bahan
300gm us potato-potong kiub
600gm king prawn-wash and clean properly
200gm red oinons/shallots-slice thinly
300gm cili kisar
30gm belacan
2 batang serai-hiris halus
1 helai daun kunyit-hiris halus
3 helai daun limau purut-hiris halus
150gm cili sos
150gm tomato sos
200ml minyak masak
garam secukupnya

Cara-caranya
1.  Goreng ubi kentang deep fry dan ketepikan.  Goreng udang sebenar sahaja dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar/bawang kecil sehingga light brown.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili naik minyak/masak.
4.  Campurkan belacan dengan sedikit air dan masukkan kedalam cili.
5.  Masukkan cili sos, hirisan serai dan tomato sos bersama garam secukupnya
 6.  Masukkan hirisan daun kunyit, daun limau purut, kentang goreng dan udang lalu kacau sebati.
7.  Rasa dulu baru tutup api.

Isnin, Jun 25, 2012

Lets 'Get Naked' With Dermalogica

 
Slogan kempen terbaru Dermalogica, Get Naked yang bermaksud kulit sihat tidak perlu di sembunyikan.  Event ini telah berlangsung di Map Publica pada 19hb. Jun yang lalu,

Kempen ini mengajak kita semua meraikan keaslian kulit tanpa memakai make up dengan membuang atau membersihkan lapisan solekan yang tebal dari segala kekotoran pada muka kita.  Di situ kami telah diberi peluang untuk menganalisis kulit kami..bestlah kan tak lah rasa boring nak tunggu.
Face Mapping
Dalam sessi analisis kulit di Skin Bar, kami telah berjumpa dengan pakar kulit profesional dengan  membahagikan muka kepada 14 zon kulit untuk mengenal pasti bahagian yang perlu di rawat.  
Disini kita akan diberitau samada kulit kita kering ataupun berminyak dan akan di sarankan penyelesaian yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Rawatan Microzone pula kami telah di ajar cara-cara yang betul untuk merawat kulit bermula dari mencuci, membersih, semburan toner (paling best..bau pun wangi) dan memakai pelembab yang sesuai dengan kulit muka kami. 
Memandangkan setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza, kami menjemput semua untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dari pakar yang berpengalaman dari Dermalogica di Naked Wheels Skin Bar kami bagi mendapatkan penyelesaian khas buat diri anda yang tertumpu kepada masalah kulit yang spesifik’ jelas Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi EIG Bhd, yang mengedarkan dan memasarkan produk Dermalogica di Malaysia, Asia Tenggara, Hong Kong  dan China Selatan dalam ucapannya pada pelancaran kempen tersebut.
Selebriti dan pelakon tempatan Farah Nabilah yang menyedari keadaan kulitnya yang sensitif telah memilih Dermalogica untuk mengekalkan kesihatan kulit wajahnya.

Ia membantu saya mendapatkan kelegaan pada kulit wajah, "ujarnya yang obses pada produk kecantikan berasakan bahan semulajadi.
 aiseyman Thanuja terkeluar dalam program MasterChef selebriti
Ratu cantik Thanuja Ananthan lebih menitik beratkan penggunaan asas yang betul.  Beliau percaya bahawa pembersih muka yang berkesan dapat memberi perubahan yang besar untuk kesihatan kulit beliau.

Saya suka pekerjaan saya, namun dengan jadual kerja yang ketat bagi penggambaran dan menjadi pengacara mewajibkan saya memakai solekan sepanjang hari.
Duta Dermalogica Joanne Yew, Thanuja, Farah Nabilah dan Steve bersama bloggers
Dengan itu, saya bergantung pada produk pembersih wajah untuk menghilangkan kotoran dari bahan kimia pada kulit saya dengan berkesan setiap malam,"katanya lagi.                                                                                                              
Jangan lupa layari laman www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk jadual lawatan Naked Wheels ke kawasan berhampiran anda untuk mendapatkan bimbingan penjagaan untuk kulit anda.                                                                                                                                                                                                                                                                                   

Ahad, Jun 24, 2012

Keluar Jap Kat Rancangan Nona TV3

Akak layan berita TV3 pukul 1.30 petang..ingat nak layan rancangan NONA pukul 2.00..tapi hb nak keluar...akak pula ada jemputan jadi suruh hb hantar ke rumah GTB yang buat majlis sambutan harijadi anak perempuan beliau.
Mula-mula adik ipar di Melaka sms...
kak lina...ada ker masuk rancangan NONA?
Ehh tak adalah pulak..
Ada..kak lina tengah masak dengan Chef lelaki..
ooo yer ker?
Pastu kakak ipar di JB call..
pot pet pot pet
kau masak apa dengan chef..mintaklah resepi
ala masak resepi omputih..ubi kentang ajerkkk
pot pet pot pet
 kat twitter dan facebook pun ada yang mention
  perkara yang sama..

gelak bila baca mat gebu kata..comey je...comey  tang mana..tang badan ker?

 wah terharu sebab ada yang perasan

Terima kasih buat geng fb dan twitter yang sudi bagitau..
confius gak bila natifar kata keluar dalam berita...erkkkkkk

Akak cuba cari dalam tonton.com  bila balik dari gi makan-makan ..nasib baik dah ada..dapatlah layan jap.  Pastu sibuk ajak anak-anak dan suami tenguk...

apasal u jadi juruacara pulak..
taklah..i buli chef suruh buat resepi i tu 
oooooo

Pastu anak dan suami akak kata..
ala keluar 22 saat pun perasan...(siap kira dengan jari tu)
oklah tu bang...korang ada...sambil gelak-gelak..

N3 pasal masak memasak tu akak dah update pun kat blog..
kalau nak tenguk boleh tenguk di http://www.tonton.com.my...dalam segmen glam buzz...tu pun kalau nak tenguklah...

p/s sajer pot pet pot pet kat sini..nak buat kenangan ajerk

Resepi Creamy Mushroom Soup

Kali ni buat sendiri mushroom soup ..akak buat stok ayam tapi masih gunakan kiub maggi. Akak rebus 1 dada ayam yang telah di potong kecil bersama  550ml air dan daun bawang kira-kira 20 minit dan sejukkan.  Lepas tu ikut resepi mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram cendawan butang jenis segar
250 ml susu sejat IDEAL
550 ml air-akak ganti dengan stok ayam
1 biji bawang Holland, dadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam "Maggi"
Garam jika perlu
Serbuk lada hitam secukupnya
1 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega
Hirisan daun parsley utk hiasan-akak buh parsley kering
Garlic bread sebagai pelengkap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dicuci, toskan dan asingkan 2-3 biji (bergantung pada saiz, kalau besar 2 biji dah cukup), hiris dan ketepikan. Manakala yang diasingkan didadu kecil. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan bawang holland dan bawang putih, tumis hingga layu, masukkan cendawan dan goreng hingga cendawan lembut. Tambah tepung gandum, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air stock ayam dan susu, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam dan masak lagi hingga cendawan lembut. Matikan api dan biar suam. Kemudian masukkan ke dalam blender dan kisar halus, tuang kembali dalam periuk tadi dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  4. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masukkan lada hitam, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun parsley jika suka, sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih atau garlic bread.

Akak buat  Garlic Finger Bun untuk di makan bersama creamy mushroom soup ini.
 
Resepi dan cara buat ada kat sini 

Jumaat, Jun 22, 2012

Majlis Berendoi Baby Aisy Zahra Nursyazreen

 
Sekarang ni kalau orang buat majlis berendoi/cucur jambul/aqiqah dah jarang jumpa buaian kain batik lepas macam dulu-dulu.  
 
Zaman dah berubah kan..sebab sekarang dah ramai yang otak bisnes..buaian cantik ni bukan murah..ratus gak gak bila di sewa.  Tak apalah kan sebab mak-mak muda ramai yang dah bekerja jadi duit ada di tangan...boleh ikut kehendak hati.
Semua ibu hendakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka..betul tak?  Kalau mampu apa salahnya. 
Akak gi ke sini lepas habis masak memasak bersama majalah Jelita..oleh sebab habis lambat, tak merasalah nak tenguk acara maharban dan potong jambul ni.
Comel kan ..baby ni kaum kerabat akak ..jadi mestilah muka tu cam cina dan putih melepak.  Akak lepak kat sini dekat 3 jam sebab berborak sakan dengan saudara mara.
 Suka tenguk tema ni..damai mata memandangnya
 
nama baby punyalah panjang dan sedap Aisy Zahra Nursyazreen tapi mama panggil saya Anje ajer...Kak long kena jaga adik no 4..rajinnya dia..keempat-empat anak pasangan ni perempuan..wah senang nanti bila dah besar..bila gi jejalan ayah dia tak leh join
Sepupu yang duk kat Seremban pun nak interframe gak ek..
nak merasa gak buaian lawa..kan Linnnn
Baby Nur Damia Zahra..wah bertambah meriah rumah dorang nanti sebab ramai gegirl

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...