OOO

Khamis, Disember 29, 2016

Udang Goreng Kunyit Sedap

Assalammualaikum semua💙

Musim tak menentu sekarang ni, kejap hujan, kejap panas.  Tu semua ada hikmahnya, kita memanglah tak pernah rasa puas hati.💥


Yana yang teringin nak makan udang bila balik ke rumah akak, kecian bila anak tengah mengandung, ni tak buat takut nanti baby ngences bila keluar nanti.😋

Kebetulan kat rumah ada stok udang laut, sekarang harga udang mahal giler, 😪kalau udang bela dah mencecah RM30 sekg, apa lagi udang laut yang mencecah hampir RM40-60 sekg 😞bergantung pada saiz udang.

Bahan-bahannya:
15 ekor udang saiz besar  - dipotong kepala dan ekornya
Serbuk kunyit

Sedikit sos tiram
10 batang kacang buncis - dipotong serong
6 biji bawang putih - tumbuk
Sedikit halia-tumbuk
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji cili merah - dihiris
Garam
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaannya:
1.  Udang diperap dalam 10 minit dengan serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit garam.
2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.  
3.  Masukkan udang yang diperap dan gaul sehingga udang masak. 
4.  Perasakan dengan garam, masukkan pula kacang buncis, bawang besar dan cili merah dan gaul lagi.
5.  Tutup api dan bolehlah di hidangkan segera.😍

Isnin, Disember 26, 2016

Resepi Pegedil Kentang Sedap

Assalammualaikum semua😊

Seronok ek dapat bercuti selama tiga hari, bukan sajer orang yang kerja suka, orang tak kerja pun suka👏👏.
 
Tapi yang tak suka bila nak jejalan cuti cuti malaysia, 😓sebab jalan jem, buang masa ajer di jalan raya. Nak gi ke mana mana pun ramai, terutama tempat tumpuan pelancung dan tempat makan.😔

Bila buat sup di makan bersama bihun atau mee, memang adalah pegedil terutama bila ada penolong kat rumah.😋

Bahan-bahan
  • 6 biji ubi kentang
  • 4 biji bawang merah - hiris tipis
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam halus
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • sedikit daun sop/bawang-hiris halus
  • putih telur (dari satu biji telur)
  • garam dan minyak secukupnya


  1.  Bersihkan kentang, potong 8 dan goreng/rebus. Toskan.
  2.  Goreng bawang merah dan toskan.
  3.  Goreng daging kisar yang telah di gaul dengan lada hitam dengan minyak yang sedikit. Toskan.
  4. Tumbuk atau masukkan dalam food processer ubi kentang tadi bersama-sama dengan semua bahan termasuk garam.
  5. Kepal dan bentukkan bulat/bujur.
  6. Salut dengan putih telur dan goreng dengan api yang sederhana.
  7. Sedap di makan bersama sup ataupun makan camtu ajer😍
💋Time hujan hujan camni memang best aaa hirup sup panas panas kan😉

Sabtu, Disember 17, 2016

Petua dan Tip Rebus Elak Telur Pecah

Assalammualaikum semua

Kalau rebus telur 2 atau 5 biji, kira oklah kan, tapi bila rebus dekat 30 biji sekaligus memang haru gak, sebab takut pecah.  Lagi pun nak bagi orang kalau pecah cam tak best jer, tak cantik pun iyer gak terutama buh kat bunga pahar.

Bila tenguk tips kat google akak try buat cara macam ni.
1.  Masukkan telur dalam 10 biji dalam beg plastik, lubangkan.  
2.  Panaskan air dengan api sederhana besar dan pastikan telur tenggelam.  Masukkan sedikit garam dan rebus dalam  anggaran 15 minit.  


Atau  cara yang mudah, masukkan sedikit beras ke dalam airrebusan telur tadi. Bila beras sudah mengembang dan masak, itu tandanyer telur pun dah cukup masak dan bolehlah di keluarkan.


Rabu, Disember 14, 2016

Cendol Retro Ampangan Seremban

Assalammualaikum semua

Cuti sekolah saudara yang tinggal di Senawang ajak gi makan cendol retro yang terkenal di sana, kebetulan nak balik ke kampung suami.
Masa sampai waktu makan tengahari, 
panas lit lit pulak tu.
 pekena dulu aa cendol
 suami makan cendol durian..
harga semestinya lah mahal
 Kat situ ada gak jual macam mee dan nasi goreng, tapi nak tunggu agak lama, 
makan nasi ajer yang cepat.
cendol pulut
Muka tak stand by, dah klik, apa nak buat.  Terima kasih Ina dan Lyn yang sudi layan kami.  Ina belanja akak makan cendol, semuga murah rezeki.

Isnin, Disember 12, 2016

Resepi Nasi Minyak Original Terengganu Dan Acar Rampai

Assalammualaikum semua

Selama ni buat nasi minyak memang tak guna pun susu pekat, kali akak buat ikut resepi kawan kat facebook Linawati.  Terima kasih sudi berkongsi resepi.
Bahan Nasi

  1. Bawang Besar -2 biji ( mayang )
  2. Halia - saiz 1 ibu jari ( hiris )
  3. Cengkih - 5 kuntum
  4. Buah pelaga - 5 biji
  5. Bunga Lawang - 2 kuntum
  6. Kulit Kayu Manis - 1 batang
  7. Daun Pandan - 3 helai @ simpulkan
  8. Halia - 1 inci
  9. Bawang Putih-2 ulas -hiris


Untuk Nasinya
4 Cwn Beras Basmathi Pusagold 1121
( * cuci bersih rendam 1/2 jam , toskan )
* sayugia diingatkan sukatan airnya sedikit berbeza ya dr kebiasaan untuk resepi Nasi Minyak ni tadi saya hanya guna :-
5 Cwn air ( sebab ada penggunaan bahan cecair lain iaitu susu cair + susu pekat + sos tomato )
Planta - 1 1/2 sudu makan
Minyak Sapi - 1 sudu makan
Minyak Jagung - 1/2 gelas ( me sukat 1/2 cwn )
Gula - 1 sudu makan
Susu Cair - 1/4 cawan
Susu Pekat - 1/4 cawan
Sos Tomato - 1/4 botol
Garam - 1 sudu makan

Cara-caranya
  1. Minyak sapi, minyak jagung dan planta panaskan dalam kuali/periuk.  
  2. Tumis rempah 4 sekawan bersama hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan beras yang telah di toskan dan goreng sebentar.
  4. Padamkan api, pindahkan ke periuk letrik, masukkan semua bahan yang lain.
  5. Masak seperti biasa, bila nasi dah masak bolehlah di kacau dengan menggunakan chopstick untuk mengelakkan nasi patah.
Hiasan 
Bawang Goreng Homemade 

Acar Rampai
Timun Jepun
Karot
Lada Hidup
Bwg Merah
( hiris seperti dlm pic )
Cuka
Gula
* Satukan bahan-bahan, gaul rata , simpan dalam fridge

Jumaat, Disember 09, 2016

Apam Pisang Gebu Tanpa Telur

Assalammualaikum

Demi nak menghabiskan pisang yang tinggal secoet, pagi pagi akak buat apam pisang gebu ni, yang tanpa menggunakan telur, kebetulan telur pun dah tinggal beberapa biji.

Guna acuan bunga bunga plastik, nanti tak payah lagi nak potong potong.  Makan dengan kelapa parut, memang enak.

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam


Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Khamis, Disember 08, 2016

Cucur Ikan Bilis Ranggup dan Sedap

Assalammualaikum semua

Selain dari cekodok cucur kentang

yang laku ialah cucur ikan bilis ranggup ni.  


cicah cili sos pun sodap
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum*
2 1/2 cawan air panas mendidih
Ikan bilis *-tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar-tumbuk kasar*
Sedikit daun sup dan bawang-hiris*
Garam secukup rasa*
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya
1.  Gaul semua bahan bertanda*.
2.  Buat lubang di tengah baru di masukkan air mendidih sedikit demi sedikit dan kacau cepat sehingga menjadi doh yang kental menggunakan pemukul telur/senduk kayu . Jangan guna tangan sebab takut nanti melecur tangan.
3.  Bila dah suam barulah boleh di gaul dengan tangan.
3.  Sapu tangan dengan sedikit minyak dan bulat-bulatkan adunan ikut citarasa anda.
4.  Goreng gunakan api sederhana sehingga berwarna kekuningan.
5.  Hidangkan bersama sos cili.

Tips
*Air Panas kena bagi betul betul  panas dan baru mendidih ya, baru tepung tu masak dan bila goreng jadi ranggup di luar dan lembut di dalam. 

Selasa, Disember 06, 2016

Rumah Unik Di Bukit Mertajam Pulau Pinang

Assalammualaikum semua

Suami yang suka tenguk rumah ni, tapi akak ambik dalam kereta ajer.  


Konon kononnya suami nak tiru aa design rumah ini
 tangga macam kat Melaka
Rumah siapalah ni?? Harap harap rumah unik ini tidak di robohkan demi tatapan anak cucu kita nanti.

Jumaat, Disember 02, 2016

Kuih Kaswi Gula Merah Paling Sedap dan Simple

Assalammualaikum semua

Buat untuk makan petang, oleh sebab lambat masak hingga dah pukul enam petang, terpaksalah rendam dalam air nak bagi cepat sejuk


Lain kali kena buat air gula awal supaya cepat sejuk dan boleh bancuh awal.  

Kuih ni sempat bagi kat kawan facebook yang kebetulan ada di sekitar nilai.

 Bahan Sirap:
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir 
* Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

Bahan Lain:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung
  • 1 tsp kapur kuih (optional)
  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam



Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan dan sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. 
  3. Bancuh semua bahan dan tapis. Tuang dalam loyang.
  4. Kukus sehingga masak dalam 30 minit. 
  5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik.
  6. Kelapa muda digaul dengan garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut. Hidangkan..

Rabu, November 30, 2016

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas

Assalammualaikum

Muak gak ashik masak sambal tumis, kali ni akak buat pula masak lemak udang campur nanas.

Bila dah masak, rasa kuah ni memang sedap, sebab ada rasa masam masam manis.

Bahan-bahan
10 hingga 15 ekor udang laut
1/2 biji nenas
1 batang serai-tumbuk hujung
1 helai daun kunyit, disiat dan simpul
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat 
Garam secukupnya

Bahan kisar/tumbuk
2 biji cili merah
10 biji cili api/padi
1 inci kunyit hidup
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara-caranya
1.  Bersihkan udang, tinggalkan ekornya.  Kupas nenas, ambil 1/2 dan potong kecil.
2.  Masukkan bahan tumbuk/kisar dalam periuk dengan serai bersama santan cair.
3.  Masak sehingga mendidih, masukkan nenas, udang dan daun kunyit.
4.  Kacau lagi sehingga mendidih, masukkan santan pekat bersama sedikit garam.

Ahad, November 27, 2016

Beli Keropok Lekor Dan Satar Kemaman

Assalammualaikum semua

Anak buah sambung belajar di sebuah kolej di Kemaman, bila adik ipar ajak gi sana balik hari, akak pun dengan senang hati nak ikut bersama suami dan bapa mertua.
Sebelum hantar ke kolej kami beli dulu keropok lekor, keropok kering dan sos pencicah
Suami suruh goreng sikit buat makan makan sementara tunggu isteri isteri bershopping ..hi hi hi..
Beli gak satar bawak balik untuk anak anak. 

Singgah makan malam di Kemaman sebelum memulakan perjalan pulang ke rumah,
Gerak pukul 9 pagi, sampai rumah adik pukul 12 tengah malam.

Nasib baiklah ada dua driver, kalau idak tentu haru dibuatnya.

Isnin, November 21, 2016

Sarapan Tortilla Wrap Ringkas

Assalammualaikum

Sekali sekali layan gak sarapan macam omputih, bila dah boring atau buntu fikir nak buat apa pepagi. Buat sebab Ira dan Imran ada kat rumah, kalau idak suruh suami tapau ajer beli on the way balik hantar imran gi sekolah.

Lama pulak cuti lepas periksa PT3 ni, seronok aa budak budak ni bila cuti panjang, padahal mak ayah risau gak pasal keputusan nanti.





Bahan untuk wrap
  • Roti tortila
  • Sos coleslaw dan thousand island-boleh gak guna mayonis dan sos cili
  • Crabstick/jejari ketam-rendam dengan air panas pastu tos
  • Telur dadar nipis-2 biji telur,pukul, buh sedikit garam dan goreng nipis dengan sedikit minyak zaiton





Bahan untuk salad:
  • Daun salad-basuh bersih pastu toskan

Cara untuk balutan salad (tortila wrap):
  1. Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
  2. Letak telur dadar, pastu salad dan jejari ketam ke atas tortila.
  3. Letakkan sos kemudian balut atau gulung dengan kemas. 
  4. Sedia untuk dihidang.

Khamis, November 17, 2016

Perlu ker nak bayar mahal

Assalammualaikum semua

Dapat idea ni bila baca kat facebook, ibubapa yang yang merungut kena keluarkan duit bila hujung tahun.

Bila dah hampir hujung tahun, tak kiralah tadika, taska, sekolah rendah dan sekolah menengah akan buat konvo.  

Bukan percuma tapi ada bayaran yang di kenakan seperti bayaran untuk jubah, gambar dan jika anak ambil dalam persembahan dah kena beli pula baju lain.


Bagi ibubapa yang mampu, tak menjadi hal tapi bila hujung tahun ni dah kena pula siap sedia untuk bayaran memulakan penggal baru.  Nak beli baju, kelengkapan sekolah dan pelbagai yuran.

Dah tentu ibubapa terpaksa juga mengeluarkan duit bila anak dah mula merengek sebab kawan kawan yang lain turut serta.  Walaupun kemampuan terhad terpaksa gak ikutkan kehendak anak.


Tahun Baru Persekolahan
Bila mula tahun baru, bagi ibubapa yang menghantar anak anak ke tadika swasta akan mula mengeluh melihatkan bayaran yang di kenakan untuk setiap anak.  Bukan ratus lagi, ada yang mencecah angka 1,000.00.

Bila dah bayar mahal dah tentu, ibubapa mengharapkan anak akan berjaya mendapat hasil yang cemerlang.  Padahal sekolah mahal atau percuma tidak menjamin anak akan menjadi seorang yang bijak pandai.


Sebenarnya untuk anak menjadi cemerlang, ibubapa perlu memerlukan hubungan dan komunikasi yang baik dengan anak anak.  Jika mengharapkan tempat pembelajaran saja, memang jarang akan menjadi pandai.

Jika ibubapa mengambil perhatian setiap perkembangan anak di sekolah, komunikasi yang baik selalunya anak akan menjadi cemerlang.

Menyekolahkan anak di sekolah yang mahal tanpa memberikan perhatian dan hubungan yang rapat dengan anak tak akan meningkatkan prestasi anak anda.


Pilihan di tangan ibubapa, jika mampu hantarlah anak ke pre school mahal, jika kurang mampu boleh ajer hantar anak anak ke KEMAS atau Tabika Perpaduan yang yuran memang murah sesangat.

Tepuk dompet, tenguk tebal atau idak...





Rabu, November 16, 2016

Parcel of Joy Dari Lazada Malaysia Sempena Lazada Online Revolution

Parcel of Joy Dari  Lazada Malaysia Sempena Lazada Online Revolution

Senang sebenarnya beli online ni, sebab tak payah buang masa dan berjimat dari segi duit minyak, kan minyak dah naik harga.  

Tak payah berasak asak nak gi membayar...tak payah bawa anak gi beli barang sebab tau ajerlah kan, kalau bawa anak anak mereka dah tentu paw barang sehingga terlebih budget.


Sempena“Lazada Online Revolution” yang bermula dari 11 November ni sehingga 12 Disember 2016 ada pelbagai tawaran yang hebat tau. Ada pelbagai barangan berjenama yang terkenal dan di percayai serta beraneka produk yang berkualiti

Banyak potongan harga yang di tawarkan kalau tak percaya jom aa tenguk kat “Lazada Online Revolution” sekarang juga.




Sempena “Lazada Online Revolution”, Lazada Malaysia telah memberikan kepada blogger terpilih menerima Parcel of Joy.  

Punyalah gembira rasa hati terpilih, riang sungguh bila menerima pelbagai barangan dari perlbagai jenama. 

Untuk ibubapa yang mempunyai anak anak yang kecil dah tentu memerlukan MamyPoko Gentle Cleansing Wipes.  Senang nak bersihkan baby bila buang air dan bila makan .  Nak beli kat SINI

Imran suka sangat gadget speaker dari logitech model X100 kerana ia mempunyai bunyi yg jelas dan bass yg kuat,bunyi tidak pecah apabila dimainkan pada max volume.  Ada pelbagai pilihan yang menarik, pilih ajer kat SINI

Ira pula rasa happy sebab dapat gunakan Dual Drive m3.0 dari SanDisk kerana dia dapat menggunakannya pada laptop dan juga telefon bimbit. 

Ia memudahkan untuk menyiapkan assignment atau menonton video di talipon bimbit.
Jom beli untuk anak anak yang sedang belajar kat SINI

Kat rumah akak ni, memang banyak peminat MILO, baik anak dan menantu, ada promosi kalau beli MILO Promotion Bundle, kalau beli dapat hadiah percuma semua ni.

MILO 1KG x1, MILO 3IN1 30's x1, MILO KOSONG 18's x2, MILO CAN ORIGINAL 240ML x6  

Boleh beli kat SINI.


Untuk pelanggan pertama boleh guna voucher ni

Senang bukan bila dapat beli pelbagai barangan untuk keluarga tanpa keluarkan peluh dan tenaga.

Meh aaa beli kat  “Lazada Online Revolution” 


Isnin, November 14, 2016

Roti Canai Goreng Sedap

Assalammualaikum semua

Bila roti canai tak habis jangan buang tau, sekarang ni harga barangan makin naik, kalau minyak masak naik semua orang jual makanan akan naikkan harga.
Duit kita makin kecil gamaknya, gi beli barang bawa RM100 cuma dapat suku bakul troli ajer kan.  

Jom buat roti canai goreng hasil skodeng blog Mat Gebu
 BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti canai/prata (kalau guna yang instant, kasi masak dulu)
6 - 7 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan-tukar hot dog
3 biji bawang merah, hiris-guna bawang holland- dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sambal tumis (boleh guna sambal yang anda dpt masa beli roti canai)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 pokok sawi bok choy (sawi jenis kecil) siang berasingan batang dan daunnya
Sos ikan secukupnya (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Roti canai digulung, kemudian hiris kecil (saiz kurang lebih macam kue teow) ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis, cili sos dan sos tiram, kacau rata. Masukkan jejari ketam dan udang, masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah batang sawi dan masak sekejap. Masukkan roti canai dan kacau rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur. Biar mengeras sedikit, kacau rata dan gaul dengan roti canai tadi. Masukkan taugeh dan daun sawi, kacau dan rasa, jika perlu baru renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka boleh hidangkan bersama hirisan timun dan sos cili...Selamat mencuba!!..

Bila dah goreng macam rupa kuehtiawlah pulak.

Jumaat, November 11, 2016

Lazada Online Revolution 2016 Datang Lagi

Khas untuk yang suka shopping online.  

Lazada Malaysia ada buat Online Revolution yang kelima semenjak pelancarannya pada tahun 2012.

Bermula pada hari ini 11 November 2016 “Lazada Online Revolution” akan berlangsung selama sebulan sehingga 12 Disember 2016.

 Online Revolution

Tema untuk jualan “Lazada Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All)yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. 


Antara jenama yang menyertai  “Lazada Online Revolution” pada tahun ini ialah Drypers, LOreal, Nestle, Samsung dan jenama jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct dan pelbagai lagi.

Para pengguna boleh menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif.

Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.

Antara barangan dari Nestle yang boleh di beli semasa  “Lazada Online Revolution” yang di tawarkan dengan harga yang berpatutan.
Barangan ni memang selalu ada di rumah terutama Nescafe sebab setiap pagi akan minum bersama suami sambil berceloteh.  Nak beli boleh kat SINI.
Susu Nestle memang sentiasa kat rumah sebab anak anak telah di ajar untuk minum susu setiap hari. Kena beli sebab murah sangat, lagipun tak payah gi keluar, minyak dah mahal kan. Order online lagi senang.  Beli ajer kat SINI

Nak beli gak Tefal Deep Fryer ni, murah kan, boleh beli kat SINI
Sambil shopping tu kita boleh join "Spin the Wheel"!

Cara-cara untuk join: 

Just click on "Click to Spin" dan menangi satu voucher.
Sila screenshot atau tulis code sebelum close.
Baucar boleh redeem pada 11 November sahaja. 

Jom terjah

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...