OOO

Jumaat, Julai 29, 2016

Biskut Chocolate Chip Rangup Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Dah boring rasanya ashik ngap ngap kukis yang akak buat jualan dulu, akak searchlah kat google resepi yang lain pula.  

Pilih punya pilih akhirnya tertarik nak cuba buat kukis ni sebab menggunakan minyak jagung dalam adunan.  Kebetulan stok bakeri ada dalam umah.


Bahan-bahan A(satukan dalam mixer bowl):
1 biji telur
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
1 cawan butter
1 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar esen vanilla

Bahan-bahan B (satukan semua):
4 1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar 
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan walnut cincang-sangai dulu
2 cawan choc chips - guna jenama herseys
Cara-caranya
1) Pukul bahan A hingga kembang 
2) Bila dah kembang, satukan dengan bahan-bahan. B
3) Kaup balik gunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi doh.
4) Bulat-bulatkan doh tadi kemudian tekankan menggunakan garfu
5) Bakar pada suhu 180 celsius selama 15-20 minit. bergantung pada oven


Rabu, Julai 27, 2016

Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan

Assalammualaikum semua

Dah nak sebulan kita beraya, setiap minggu ada jer jemputan rumah terbuka.  Mana yang sempat kami singgahlah sambil makan sambil mengeratkan ikatan silatulrahim.
Kami booked semasa dalam perjalanan nak ke Kota Bharu, alhamdulliah masih ada lagi bilik kosong. Dulu dulu memang tak pernah duk hotel berbintang bintang camni sebab masih perlukan banyak duit kalau bawa anak anak berjalan ke sini.

Kena ambil dua bilik, erhmmm kalau dah 300 semalam, parah gak nak bayar 600 kan.  Bila jalan berdua bolehlah.  Puas hati dengan bilik di Hotel Perdana  sebab bilik agak besar, kalau bawa toto anak-anak boleh baring kat bawah.
Oleh sebab kepenatan, kita order ajer makanan untuk makan malam.  Harga berpatutan.
Banyak pilihan sarapan pagi di sini, bagus gak sebab ada di sediakan laksa johor, sedap rasanya.  
Nasi kuning dengan gulai ikan tongkol, salah satu menu sarapan pagi orang pantai timur.  

Puas hatilah bermalam di sini, kolam renang dan tempat parking pun ok.

Masa perjalanan ni kami tak kira tempat bermalam, ada tempat yang murah dan ada tempat yang mahal.

Isnin, Julai 25, 2016

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Asalammualaikum semua

Kalau bakar ikan akak memang selalu salai ikan keli sekali, simpan dalam tempat frozen, bila anak anak balik akak masaklah.

Bahan-bahan
1-1 1/2 kg ikan keli
15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
1/2 kg santan pekat-500ml santan
600ml air
1 inci kunyit
1 inci halia
1 helai daun kunyit-disiat-siat
2 batang serai-di titik hujung
5 biji limau kasturi (ambil jus)
sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
garam secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam. Bilas dan tos.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
Bersihkan pisang...buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
3. Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.
4. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam dan halia. Titikkan serai.
5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk. Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
6. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.8. Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan lebihan santan pekat. Biarkan mendidih lagi dan rasa dulu baru di tuang jus limau kasturi tadi.
9. Cepat-cepat padamkan api...boleh segera di makan bersama ikan kering, cencalok ataupun sambal belacan.....waduhhhh boleh tambah 2-3 pinggan tau..


Khamis, Julai 21, 2016

D'Klasik White Coffee @Wakaf Che Yeh, Kelantan

Assalammualaikum

Masa pergi jalan jalan ke Kota Bharu, dah petang suami ajak singgah kat cafe ni.

Kami singgah di  D'Klasik White Coffee @Wakaf Che Yeh, Kelantan untuk minum petang sebelum check in di Hotel Perdana Kota Bharu.
Pilihan suami dan secangkir kopi
akak pilih yang ni D Klasik Pratha

Ni ajer yang akak sempat snap sebab kena sakit perut ahsik gi tandas ajer, mungkin alah makan kat Jeli kot.

Alamat :
D'Klasik White Coffee @Wakaf Che Yeh, 
43A Kilometer 4,
Kelantan

Isnin, Julai 18, 2016

Dari Grik Ke Kota Bharu Kelantan

Assalammualaikum semua


Jomlah sambung lagi cerita ceriti gi jejalan berdua dengan suami pada bulan Mac lepas, biasalah kisah travel memang ambik masa yang lama nak story mory.
Setelah menghilangkan penat di Tune Hotel Kulim, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur dan destinasi seterusanya ke Kelantan pula.

Tak pernah lagi ikut jalan ke Grik dari Kulim, subhanallah cantiknya pemandangan di pagi hari, kereta pun tak banyak, perjalanan memang berjalan lancar, alhamdulliah.  

Pastikan isi minyak penuh bila melalui jalan macam ni sebab bukan ada tempat isi minyak, rasanya yang akhir selepas Pekan Grik, pastu memang tak kan jumpa dah.  

Kalau jalan malam memang lah kena isi penuh, dahlah gelap gelita, silap silap terjumpa binatang liar lalu kat jalanraya.
Seronoknya menikmati pemandangan di Lebuhraya Timur Barat  atau di kenali juga sebagai Lebuh Raya Jeli-Grik walaupun yang ada gunung ganang dan hutan belantara.
Suami ajak bermalam kat Belum Rainforest Resort, akak kata lain kali sebab plan asal nak jalan dari utara ke Pantai Timur sahaja.  

Satu yang buat akak ralat sebab terlepas Hentian Rehat di puncak Banjaran Titiwangsa  sebab tak perasan, nak patah balik suami malaslah pulak.
Kami cuma isi minyak di Grik, pastu berhenti  makan di sebuah kedai makan di Jeli, pekena lauk kambing, harganya mahal sikit, nasib baik makan berdua sahaja.
Lepas solat zohor di Masjid Sungai Long, Jeli suami berehat, akak jadi driver pula.  Biasalah orang perempuan bawa mestilah tak merempit, lagi pun malas nak terkejar kejar.
Dari Jeli nak ke Rantau Panjang dah tak jauh, trafik pun ok, akhirnya sampailah kami kat Rantau Panjang.  Oleh sebab cuaca kat sana panas sungguh, berpeluhlah gak di buatnya bila gi kat kedai kedai kat situ.

Kami memang cadang nak beli kuali dan periuk besar oleh sebab keluarga dah berkembang dan makin ramai dah kat rumah ni.

Belilah macam biasa pulut hitam dan pulut buat mak dan besan.  Yang lain kami tak beli pun, pastu gerak ke Kota Bharu.  

Kami bermalam di Hotel Perdana puas hati gak bermalam kat sini, sarapan pagi pun banyak pilihan.

Jumaat, Julai 15, 2016

Kek Mentega Pandan Coklat Lembut Dan Sedap

Assalammualaikum dibulan Syawal

Tenguk dalam fridge banyak stok mentega, kebetulan virus R pun banyak maka terhasillah kek mentega ni.

Gunakan mentega yang bermutu tinggi yer kalau nak hasil yang terbaik.

Bahan-bahan
250 gm mentega-akak guna jenama SCS
220 gm gula kastor- agak manis bagi akak, lain kali nak kurangkan sikit
4 biji telur - Gred A
220 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
50ml susu segar
1sudu teh coklat elmaco/pes coklat
1 sudu teh pes pandan

Cara membuatnya 
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. 
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi

2. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sekata. 




3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes coklat dan satu bahagian dengan pes pandan.


4. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Lapis adunan ke dalam loyang berselang seli. Lorek sedikit dengan lidi untuk corak yang lebih menarik. 
p/s Akak saja buh kacang walnut sebab banyak stok kat rumah.

5. Bakar pada suhu 170c selama 45minit - 50minit (Bergantung pada oven masing-masing). 

Rabu, Julai 13, 2016

Resepi Bebola Daging Simple Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Bebola daging ni boleh buat macam-macam, nak goreng boleh nak campurkan dalam sup pun boleh.


  • UNTUK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji)
  • 1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah dan  garam
Cara-caranya
Gaul semua bahan utk membuat bebola daging.
Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. 


p/s akak suka masukkan bila buat mee/bihun sup.  Kalau nak resepi bolehlah kat SINI

Ahad, Julai 03, 2016

Satay Goreng Dan Kuah Kacang Sedap

Assalammualaikum semua

Tentu ramai yang dah sampai ke kampung halaman masing masing, tentu rasa gembira dapat berjumpa ibubapa tercinta dan adik beradik.  Dah ramai mulalah bising nak masak itu, nak masak ini. Kalau dapat ipar duai yang rajin ke dapur memang raya beruntung, tapi bila dapat yang cuma pandai pasang badan dan alasan punya anak kecik, memang harulah dibuatnya.


Sekarang ni tak yah tunggu raya dah boleh makan macam ni, dulu dulu masa kecik memang jaranglah dapat makan sedap sebab arwah abah kerja biasa biasa ajer.

Alhamdulliah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga dapat menikmati rezeki melimpah macam ni.  Bila kenangkan semula waktu mula mula kawin dulu, dengan gaji cuma RM700, nak bayar sewa rumah 150, bil api dan air dah tinggal berapa.

Terpaksa akak berjimat cermat masa tu, kebetulan dua adik ipar duk sama kami.
Semua itu akan sentiasa menjadi ingatan manis kami berdua sepanjang perkawinan kami yang telah mencapai 30 tahun. 

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air: 

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Asam jawa Adabi
  • 1/2 keping gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml
  • sedikit santan
Cara-cara: 
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak, masukkan sedikit santan dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya. 

SATE GORENG
1 kilo paru/ayam/ daging/ apa-apa sahaja yang ada dalam simpanan anda
150 gram gula pasir
100 gram gula melaka
100 gram madu
2 sudu kecil garam
3 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
2-3 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
(Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus)
.
Bahan Kisar (tapi jangan sampai terlalu halus)
6 ulas bawang putih
1/2 ibujari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai- hiris nipis
1/2 jari kunyit hidup
.
Cara-cara
- Bersihkan ayam/ daging. Kalau guna paru, sila rebus paru hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz.
- Gaulkan dengan semua bahan yang lain. Sebatikan.
- Perap beberapa jam (semalaman lagi baik).
- Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam non stick pan ataupun kuali biasa sehingga garing.(akak suka hitam-hitam sikit)
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.
(4)  Masukkan dalam kuali sampai air kering, baru masukkan minyak.

Terpulanglah nak ikut yang mana yer

Jumaat, Julai 01, 2016

Resepi Ikan Bakar Bersambal Sedap

Assalammualaikum semua

Kalau buat ikan bakar akak suka buat sambal banyak banyak sebab senang, masuk dalam tempat frozen.
ikan pari-bakar atas arang

Bahan-bahan utama
Ikan pari atau ikan jenahak
Bahan-bahan lain
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1  inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 2 helai daun kunyit*
  • 2- 3 sudu makan gula castor
  • sedikit gula melaka
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi
Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan  gula castor, gula melaka,  jus asam jawa dan garam. Biarkan masak hingga sebati.
4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.
5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
7. Lumurkan sambal ke atas ikan.
i
Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke...atas non stick pan ke...atas arang ke atau dalam oven....kalau bakar atas arang lagi best......kalau nak makan baru bakar...makan panas-panas pun sodap.....perah dengan asam limau kasturi.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...