OOO

Khamis, Ogos 31, 2017

Resepi Rendang Ayam Kesukaan Anak Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ni hari cuti sempena hari kebangsaan negara tercinta, panjang betul cuti kali ni sebab bersambung sehingga ke hari Isnin di sebabkan negara kita menang banyak pingat emas, PM umumkanlah cuti.

Nasib baiklah akak dah beli barang keperluan nak masak untuk hari raya aidil adha kat Pasar dekat rumah.  Semalam pun masa beli ayam kat pasar, kena tunggu agak lama sebab ayam dah siap bersih ajer, sekejapan dah habis.  Mahal betul ayam, sekilo dah dekat RM9.00..

Kalau anak anak tak balik ke rumah, memang tak masak sangat pun, tapi bila semua balik kenalah masak tapi taklah banyak sangat.

Suami pulak nak anyam ketupat, kenalah beli daun kelapa, harga sekarang ni dah RM12, nasib baik ada yang pandai anyam, kalau beli yang siap memanglah lagi mahal.

Kalau nak masak rendang ayam, memanglah akak buh rempah, ada orang tak suka, terpulanglah pada selera masing masing.


Bahan-bahan A:

Seekor ayam  (anggaran 2 kg) – potong 12
3 cawan santan pekat 
2 cawan air 
4 sudu besar kerisik
4 keping daun kunyit – dihiris halus
2 helai daun limau purut-carikkan
1 batang serai – dititik
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan B -kisar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai -potong kecil
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya



Bahan-bahan C (rempah): sangai/goreng tanpa minyak
15-20 cili kering-belah tengah basuh pastu tos
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam


Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda C dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan B dan ketepikan.
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan C.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda B yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik dab garam, rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.  Masukkan hirisan daun kunyit baru di padam api.
9.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

Rabu, Ogos 30, 2017

Resepi Brownies Kedut Mudah dan Sedap

Assalammualaikum semua


Kalau nak di ikutkan buat brownies ni paling mudah sebab guna whisk sahaja, tak payah guna mixer.  Pernah dulu buat sekali tapi tak berapa menjadi.  Kali ni guna resepi yang lain, yang buat bukan akak tapi dak Ira yang teringin nak makan,

Bahan-bahan 
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Secubit garam kasar

Walnut yang di potong kecil-pilihan



Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan termasuk walnut


Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. 

Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.

Selasa, Ogos 29, 2017

Badak VS Cicak

Assalammualaikum semua

Kalau ada masa lapang, akak suka baca kisah kisah masyarakat  kat iiumc.com.  

Kadang kadang cerita hal rumah tangga, kisah ibubapa dan bermacam macam luahan perasaan dari pengadu.

Kisah lucu ni, memang paling akak suka sebab kelakar sungguh.  
Ajal, pertemuan, jodoh tu rahsia darinya.  Orang yang kita benci sesangat sampai kutuk  kata macam-macam boleh menjadi pasangan hidup kita.😇

Orang kata jangan benci sangat, nanti lama kelamaan perasaan benci akan bertukar sayang, jangan sayang 100 persen lelama kita jadi benci hingga bayang dia pun kita tak nak jumpa.😟

Jom lah baca kisah ni. Macam biasa penulisan anak muda sekarang ni suka sangat tulis short form..aduhai rosak aa bahasa kebangsaan kita.😩

Assalamualaikum. Thanks admin kalau confession ni tersiar. Ok aku tulis confession ni sbb agak terkesan la dgn penulisan adik insekiyo haritu. Meh abg nk cite sikit pasal abang.
ambik kat sini

Ok lumrah hidup zaman skrg ni kau badan camne pon org akan komen. Kurus salah gemok lagila kena kecam kan. Aku ni dikategorikan dalam spesis manusia yg makanlah bnyk mana pon, badan aku tetap kurus kering. Metabolism bdn aku tggi. Mmg dari kecik mcm ni. Tu sbb org semua panggil aku cibeng(cicak kobeng). 😁

Nak dijadikan cerita, aku ada sorg member/musuh yg memang aku benci sgt2. Dia member sekelas aku sejak darjah 2. Aku mmg suka sakat dia ni sebab dia spesis berisi a.k.a gemok. Kitorang gelar dia badak. Melekat nama ni smpai la minah ni besar ok. Kitorg mmg xleh jmpe. Asal jumpa je gadoh. Aku ejek dia badak, gemok, tong dram, gajah n mcm2 lagi.

 Dia pulak panggil aku cicak kobeng, kertas, papan lapis, n yg paling aku x tahan dia kata mak ayah aku x syg aku, sbb x bagi aku makan tu sbbnya badan aku kurus kering. Serius weh, kitorg mmg saling membenci sgt2. Dalam kelas dari darjah 2 sampai darjah 6 bleh kata hari2 gadoh. X puas gadoh dalam kelas, balik sekolah dalam bas gadoh lagi. Kalau terjumpa kat luar kompem akan ada adegan ejek mngejek. Lepas UPSR alhamdulillah, aku dapat skolah asrama kat utara, si badak ni dpt asrama gak, tp kat selatan. Hepinya aku sbb tak payah tgk muka si badak ni lagi.
Fast forward smpai masuk matriks. Sbb aku bosan duduk jauh dari family, aku apply matriks dekat ngan rumah aku area selatan. Alhamdulillah dapat balik selatan. Tapi guess what. Aku dapat 1 matriks ngan si badak ni. Punya malang nasib, dalam lebih kurang seribu pelajar matrik aku tu, dgn si badak ni aku 1 kelas. Yes, bkn stakat 1 kuliah, satu kelas! Arghh!! Tensen gila aku. Setaun aku kena ngadap si badak ni. Maka bersambunglah drama aku ngan dia. Ntah apa dia umpat aku kat member2 dia tah, lgsg xde sorg pon awek matrik aku ngorat dpt.
ambik gambo kat SINI
Sedih gil aku. Si badak ni plak jenis mulut bising, senang cite happy go lucky, ramai la org suka bkwn ngan dia. Dah aku plak jadi segan. Aku ingt lg, sem 2 aku dpt 1 group ngan dia utk presentation. 5 org 1 group. Disebabkan aliran sains hayat ni lelaki hampir pupus, aku sorg je lelaki dlam group tu. 3 org pompuan, seko badak. Konon ptg lepas kelas nk bincang kat cafe, aku ikot jela. Well as expected mmg aku ngan si badak ni nmpk gila awkward. Memasing xnak pndg lgsg. Kiranya time tu la 1st time aku bercakap elok2 ngan si badak ni. Turns out rupa2 nya cita2 dia sama ngan aku. Dua2 nak jadi pharmacist. Aku dlam ati kata jgnla dia ni dpt uni sama ngan aku. Jauhkanla badak ni dari aku.
Bak kata orang tua2 la kan. Jgn benci sgt, nnt jodoh kuat. Dapat pulak aku ngan badak ni uni yg sama. Course yg sama! Arghhh!!!! Rasa nak nanges je masa register tu. Si badak ni plak ngan selamba dia kata, “weh kerempeng! Kau ni stalker aku ke?! Knape xde muka lain hah?! Mana aku pegi kau ada. Apelah bangla rumah kongsi tu tak amek kau buat tampal dinding rumah kongsi dia.” Korg tgk ayat badak ni. 1st day register tu. Dalam hati aku doa jela biarlah aku habiskan 4 tahun ni cepat2. Taknak aku mngadap muka badak ni lama2. Tak sanggup aku dah.
Lepas abes orientasi, ntah tiba2 aku pegi jumpa badak tu. Dgn muka x malu aku trus mntak no telefon dia. Senang papehal sbb kitorg 1 course kan. Nak balik pon nnt senang sebab kitorg rumah dekat. Nk tau dia ckp apa? “eh2 cicak kobeng ni. Aku x hingin la balik ngan kau. Aku lg sanggup merangkak balik umah dari duduk berjam2 dalam kete ngan kau!” Sambil dia buat muka yg sgt2 annoying. Aku rasa nak lempang je dia masa tu. Geram btol. Tapi tu la. Ntah kenapa aku rasa mcm comel plak si badak ni. Walaupon hati sakit and of coz la aku balas balik kan apa dia ckp tu, tp perasaan dia mcm lain. Bkn kebencian yg meluap2 mcm sebelom ni. Tp of coz la aku tak tunjuk. Hilang la macho aku. Lagi2 plak ramai awek2 cun kat sini kan. Takkanla aku nk sangkut ngan si badak ni.
Sepanjang 1st year x banyak pon bnda yg berlaku. Aku buat hal aku. Dia buat hal dia. Sekali sekala adelah kalau aku bosan sgt tu aku mesej dia kacau2. Saje carik gadoh. Dia pulak jenis taknak kalah. Perang mesej la ngan aku. Tp tu la, aku enjoy gadoh ngan dia. No more hatred. Aku senyum sorg2 baca mesej gadoh2 kitorg tu. Haa..masa ni msti korg dah dpt tangkap kan ape sbnrnya yg aku nak sampaikan kan?hahaha.. The real story bermula masa balik cuti 1st sem. Kitorg carpool sama2 balik umah. Of coz la mula2 naik kete tu dalam sejam pertama dok mengutuk antara kitorg je. Tp lepas tu kitorg mula borak2 biasa, makin personal hal2 yg kitorg cerita. Lepas dari tu kitorg mula rapat. Boleh la blaja sama2. Buat group study. Borak2 mcm member biasa walaupon kutuk mengutuk mmg xbleh nak elak. Tapi kami enjoy.😍

Alhamdulillah, sekarang aku dgn si badak ni dah duduk 1 rumah. Anak dah sorg..hahaha. And sekarang dia dah slim dah. Berat dia dari 97kg skrg dah tggl 64kg je. Mula2 kahwin dulu hari2 kitorg pegi gym sama2. Si badak ni kata mmg sengaja dia xnak kuruskan badan dulu. Sbb dia nak org terima dia bkn sbb fizikal. And yes, aku akui sebab aku jatuh hati kat dia pon bkn sbb rupa. Skrg dia dah fit, aku pon dah mula berisi sbb yela kan, si badak ni sumbat aku ngan makanan mcm2. Dahla tu pegi plak gym workout sama2 hari2. Aku smpai jadi abg sado la dia punya keje..hahaha..

Sini aku nak highlight, especially untuk perempuan. Tak payahla nak kejar sgt approval dari semua orang. Tak perlu pon utk jadi perfect kat mata diorg. Ingt ni. Rupa paras bukan segala2nya. Kau cuma perlu jadi perfect dkat mata org yg sepatutnya. And kalau dia org yg betul, dia akan terima ape je kekurangan kau. Trust me. Aku kena kutuk gila2 masa aku ckp aku nak kawen ngan si badak ni. Mulut org mmg xkan bleh kau nk tutup. Jadilah diri kau sendiri. Yakinlah dgn diri sendiri. Takkan aman hidup kau kalau kau nk puaskan hati semua org. U are beautiful the way u are. Dont let other people change u. Btw si badak ni tgh bunting anak kitorg no 2. Doakan semua selamat ye..hehehe..thanks sbb sudi baca kisah aku. Lastly aku nak ckp,
I love u badak!hahaha..
Ok bye. Assalamualaikum
– Cicak kobeng

Bila baca kisah ni, akak ashik gelak di sebabkan ayat ayatnya yang kelakar.

Ingat yer, jangan kita membenci setiap insan di muka bumi ini kerana paras rupa dan fizikal.

Isnin, Ogos 28, 2017

Video Cara Buat Begedil/Pegedil Kentang Sedap

Assalammualaikum semua


Kali ni akak share dalam video cara macam mana akak buat guna video pulak.

Harap boleh membantu pengunjung blog akak.


Bahan-bahan
  • 6 biji ubi kentang
  • 4 biji bawang merah - hiris tipis *guna bawang goreng pun boleh
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam halus
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • sedikit daun sop/bawang-hiris halus
  • putih telur (dari satu biji telur)
  • garam dan minyak secukupnya


  1.  Bersihkan kentang, potong 8 dan goreng/rebus. Toskan.
  2.  Goreng bawang merah dan toskan.
  3.  Goreng daging kisar yang telah di gaul dengan lada hitam dengan minyak yang sedikit. Toskan.
  4. Tumbuk  ubi kentang tadi bersama-sama dengan semua bahan termasuk garam.
  5. Kepal dan bentukkan bulat/bujur.
  6. Salut dengan putih telur dan goreng dengan api yang sederhana.
  7. Sedap di makan bersama sup ataupun makan camtu ajer😍

Jumaat, Ogos 25, 2017

Resepi Urap/Kerabu Pucuk Ubi Sedap

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Masa pergi ke pasar pagi dalam pukul 10 lebih, kebanyakan penjual dah mula berkemas nak balik.

Akak nak beli 1 ikat  pucuk ubi kat orang jual ikan keli, nak buat stok.  Bila nak beli si penjual bagi terus 3 ikat, kira sedekah sebab malas nak angkut balik.

1 ikat memang banyak, tak sebanyak penjual lagi yang jual, mungkin dari kebun sendiri.

Dah masak lemak, suami suruh cuba buat kerabu pucuk ubi.

Bahan-bahan
1 cekak pucuk ubi
4 batang kacang panjang-potong kecil
2 helai daun cekor-hiris halus-pilihan
1/2 cawan kelapa parut putih (kalau nak lebih tambah)

Tumbuk/kisar
Segenggam ikan bilis
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji cili merah
4 biji cili api
sedikit belacan-pilihan
sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya:
Rebus pucuk ubi sampai lembut, toskan, perah air kemudian potong/hiris kecil.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan kelapa, garam, gula dan kacau sebati baru di masukkan pucuk ubi, kacang panjang serta hirisan daun cekor.
Rasa dulu baru di padam api, bolehlah di hidang.

p/s boleh ajer nak guna daun pegaga atau kacang botol..tak payah rebus yer


Khamis, Ogos 24, 2017

Pengasuh atau Taska

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semua ibubapa hendakkan yang terbaik buat anak anak mereka terutama bagi ibu yang berkerjaya. Bila anak pertama lahir, masa dalam perut lagi ibubapa yang berkerjaya akan mula cari pengasuh untuk bayi mereka.

Macam akak dulu masa anak pertama, alhamdulliah duduk dengan mak sebab kami berpisah secara jarak jauh.  Mak jaga sampai umur 6 bulan, pastu akak buat keputusan berhenti kerja sebab dua periuk dan pelbagai sebab.

Sehingga anak ketiga kebetulan pindah balik ke Kuala Lumpur, akak jaga sendiri, bila anak anak dah besar mula rasa kebosanan sebab memang lepas SPM akak dah bekerja.

Bila lahir anak ke empat dan ke lima, akak pindah rumah dekat dengan rumah mak di Gombak.  Kadang kadang mak ke rumah akak, kadang kadang akak hantar anak ke rumah mak.



Bila time Yana yang tinggal di Batu Pahat, terpaksalah cari pengasuh kat area rumah dia.  Alhamdulliah dapat pengasuh yang usia dalam lingkungan 50 an yang menjaga ke dua cucu dengan baik.😌

Jika hantar ke pengasuh jangan berkira sangat sebab kalau di ikutkan berapa RM lah yang kita bayar 1 jam.  Jangan anggap mereka sebagai orang luar, anggaplah masa saudara kita.😏

Nasib baik juga cucu-cucu dari anak pertama besan akak yang jaga.  Lega rasanya bila cucu-cucu dapat di jaga dengan baik.

Akak...hermmm... jaga anak anak dan suami ajerlah😚


Isnin, Ogos 21, 2017

Tarikan Di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Assalammualaikum

Akak janji dengan kawan blogger Nor nak jumpa kat sini, rindu dah lama tak bertentang mata.  Bila jumpa Nor bagi pula pokok pokok.  Terima kasih banyak buat beliau.

Selain dari jalan jalan cari makan di Pantai Batu Buruk, ramai yang suka menikmati angin laut macam akak.
Kat pesisir laut kat sini ada juga anak anak kecil berlarian di tepi pantai sambil bermain layang-layang.  
Ada pulak kereta kuda ala ala macam dalam cerita Cinderella yang menarik perhatian kami.

Dah tentulah ada bayaran yang di kenakan, tak pasti berapa harganya.  Kalau bawa kanak kanak memang seronok mengelilingi persekitaran pantai di sini.

Anak dua orang ni dah besar, mereka suka cari 
makanan ajer kat sini.  Macam macam ada sepanjang tepi jalan tempat kami parking. 

Akak suruh Imran dan Ira cari orang jual kepok lekor yang di gentel dan di goreng kat situ juga, makan panas panas memang sedap.

Sabtu, Ogos 19, 2017

Astro Terus Perkukuh Kedudukan Dalam Landskap Digital Dengan Melancarkan ‘Aplikasi Gempak’







Astro Terus Perkukuh Kedudukan Dalam Landskap Digital Dengan Melancarkan ‘Aplikasi Gempak’
Menyasarkan generasi Malaynials, ‘Gempak’ rancang jadi platform hiburan digital terhebat di rantau Nusantara

Astro memperkenalkan wajah baru ‘Gempak’, platform digital hiburan nombor satu di Malaysia dan menyasarkan golongan Melayu Millennials atau Malaynnials (remaja berumur 18 – 34 tahun) sebagai audiens sasarannya. ‘Gempak’ yang boleh dilayari di www.gempak.com dan menerusi aplikasi mudah alih kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store buat pengguna Android dan Apple App Store buat pengguna iPhone.

‘Gempak’ menawarkan pelbagai kandungan eksklusif, video-video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup masa kini, dan siri-siri televisyen yang terhebat dari dalam dan luar negara.

Gempak turut melancarkan musim terbaharu The House yang menampilkan  Fattah Amin

dan Alvin Chong.

Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, Raja Jastina Arshad berkata, Untuk menjadi sebuah jenama pilihan pengguna, kami di Astro perlu mencapai tahap industri dan berada setanding dengan jenama-jenama terkenal di peringkat global. Namun begitu, pada masa yang sama tampil unik dengan menyuntik elemen lokal yang ringkas, paling intuitif, hebat dan cukup relevan serta bersifat peribadi dan menawarkan nilai terbaik untuk setiap pengguna.


‘Gempak’, perkhidmatan hiburan Melayu popular kami ini telah diperkenalkan pada bulan Jun 2012, terus menghiburkan dan menghubungkan generasi Malaynnials yang sentiasa menginginkan informasi yang cepat, tepat dan mudah. Sejak dari hari ianya dilancarkan, ‘Gempak’ telah meraih hampir 55 juta pengunjung unik (‘unique visitors’), dengan statistik terkini dari bulan Jan – Julai 2017 dicatatkan sebanyak 20 juta pengunjung unik. Manakala dari aspek tontonan digital (‘digital views’) pula, ‘Gempak’ berjaya mencatatkan sebanyak 1.1 bilion tontonan secara kumulatif (menerusi laman sesawang, YouTube dan Facebook), dengan statistik terkini dari bulan Jan – Julai 2017 dicatatkan sebanyak 264 juta tontonan.

Jumaat, Ogos 18, 2017

Resepi Sup Ekor Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekarang ni nak beli daging dan tulang serta ekor lembu, cuma call ajer penjual daging.  Boleh ambil bila bila ajer, tak lah macam dulu, nak beli ekor lembu payah aa nak jumpa.  Orang lain dah ambik dulu.

Bahan bahan:

Ekor Lembu
1-2 biji ubi kentang - potong kecil
Daun sup/daun bawang-potong kecil
Bawang goreng
Garam

Bahan Penumis:
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
Lada hitam

Tumbuk kasar bahan di atas

1 sup bunjut tulang
1 kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga


Cara cara:
Rebus daging menggunakan pressure cooker lebih kurang 20 hingga 30 minit.
Bila dah lembut/empuk  tambahkan air, masukkan kentang bersama garam.

Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga wangi, masukkan pula bawang merah dan bawang bersama halia.  Tuang ke dalam periuk yang berisi ekor tadi.  Masa sehingga kentang lembut dan rasa dulu sebelum tutup api.
Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.

Boleh rujuk cara gunakan pressure cooker yang betul.

Rabu, Ogos 16, 2017

Resepi Sotong Goreng Tepung

Assalammualaikum

Resepi ni memang akak selalu buat kalau goreng sotong. 

Bahan-bahan
500gm sotong-dibersihkan, potong dan tos
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam/sulah
1 biji telur-pukul sebentar (kalau tak cukup tambah lagi yer)
garam dan minyak yang banyak

Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
2. Celup sotong dengan telur yang telah dipukul.
3. Salut dengan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas.
4. Tunggu hingga kekuningan..bolehlah di angkat..sotong tak boleh lama..nanti keras kejung...
3. Hidangkan segera dengan cili sos ,makan panas-panas tu sebab kalau nak makan baru goreng
.

Selasa, Ogos 15, 2017

Kat "Professor Cendol"(Tambah Percuma Cendol)

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bila lalu kat tempat ni, masa gi Kuala Terengganu, tertarik dengan cogankata yang di pamirkan.  

Cogankata kat banner Professor Cendol ialah 
‘layan sampai kenyang, tambah percuma’ ”. 

Menarik bukan? 

Oleh sebab dah lepas lunch, perut pun masih kenyang, mata mengantuk baru sampai, lepak dulu aa kat homestay di Gong Badak.
Besoknya, kami pergi belah tengahari, kebetulan hari hujan, perut pun berdondang sayang.
Selain cendol, terdapat juga menu lain yang turut disedikan. Antaranya ialah Laksa dan nasi goreng ikan rebus.  Nasi goreng ikan rebus ni pun kami tambah dua kali, 

Nasi goreng rm5 kalau tambah cuma, bayor ikan rm2 (lupa ambik gambar)
Rm4 rojak pasembor.
 Kalau pekena cendol dengan harga RM2, kita boleh tambah berkali kali secara percuma tau.   
rojak buah

Kat Gong Badak, parking payah sikit bila waktu makan, kenalah parking kat tepi jalan.  Ramai yang suka sebab boleh share makan cendol RM2.00 ni terutama anak anak yang sedang belajar dan keluarga demi nak jimat duit perbelanjaan yang sedang meroket naik di Malaysia.

Marilah doakan agar pemiliknya di limpahkan  rezeki


Sekarang ni, dah ada di Seremban, Air Hitam dan Kempas di Johor serta di Puncak Alam Shah Alam.

Tak yah pegi jauh jauh dah

Sabtu, Ogos 12, 2017

Amalan Makan Sireh Wanita Sarawak

Assalamualaikum

Masa tinggal di Miri,alhamdulliah akak ada rakan blogger yang dah menetap di sana bertahun tahun.  Beliaulah yang banyak menolong akak semasa mula mula sampai.😍



Bila di jemput ke rumah beliau sempena hari raya, akak pun dengan tangan terbuka pergi ke rumah Roz ataupun Along bersama sama suami. Kisahnya kat SINI.😐



Kali ke dua ke rumah beliau saja buat makan makan dengan rakan rakan kat sana, kali akak dapat tenguk beliau dan rakan rakan makan sireh.😉 

Kalau kat Semenanjung, yang selalu makan sireh golongan orang tua yang berumur dalam lngkungan umur 60 ke atas, bila tenguk yang bawah 50an  makan, rasa agak teruja gak.😊


Mereka pelawa akak cuba, hi hi.😌.tak beranilah nak makan. Pernah masa lenggang perut anak pertama di Segamat, arwah atok suami suruh makan bila habis acara berlenggang, masuk mulut buat syarat sajer.  Pastu buang sebab uwekkkk😱

Kawan akak Mala anak jati sarawak bagitau
Kak Ina, Daun Sireh, buah pinang, isi buah kedaung, jintan putih, jintan manis & ketumbar yg telah disangai. Blh jgk dibubuh kapur & sedikit gambir Swk...itu pun klu nak dptkan warna mulut merah :)
Khasiatnya utk buang angin dr badan. Amalan mkn sireh ni biasa dibuat orang dlm pantang & jgk selps mkn utk menghilangkan rasa kurang enak slps makan.

Walaupun amalan semakin jarang d temui, tidak di nafikan amalan makan sireh masih lagi di amalkan.  Kat Sarawak sireh atau karakek dalam bahasa Bidayuh  amat sinonim dengan masyarakat mereka terutamanya golongan wanita.



Jumaat, Ogos 11, 2017

Cara Masak Lemak Cili Api Ikan Talang Masin Dengan Nanas

Assalammualaikum semua

Bahan-bahan

1 keping ikan talang-potong 4
8-10 biji cili api-nak pedas tambah yer   )    
1/2 inci kunyit hidup )
sedikit garam             ) tumbuk lumat
sedikit serbuk kunyit ) 
1 biji nanas  -di potong kecil 
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang serai-titik  
1 asam keping 

    Cara Membuatnya
    1.  Potong ikan masin 3 bahagian dan rendam sebentar. Toskan
    2.  Leburkan (masukkan) bahan tumbuk termasuk serai, santan, air, asam keping  ke dalam periuk.
    3. Kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. 
    4. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih
    5. Rasa dulu..jika tak cukup masin tambah garam..jika ok tutup api.

    Selasa, Ogos 08, 2017

    Video- Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa (Step by step)

    Assalammualaikum semua

    Dah banyak kali dah tepek resepi kuih keria gula melaka yang viral tu.


    Bahan-bahan 
    1/2 kg keledekoren
    1 sudu besar tepung ubi
    1 cawan tepung gandum
    1/2 sudu teh garam

    sedikit baking powder

    Cara Menyediakannya
    Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
    Masukkan garam, tepung ubi, baking powder dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
    Ambil doh, bulat dan leperkan
    Bentukkan lubang bulat di tengah
    Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan
    Angkat dan toskan minyaknya
    Biarkan sejuk




    cara nak buat kuih keria guna keledek
    step by step

    Untuk Menyalut Keria
    2 sudu besar gula pasir
    1/2 gula melaka-potong kecil
    5 sudu besar air

    1 ketul gula batu
    1 helai daun pandan- siat dan ikat

    Cara-caranya
    Panaskan air bersama gula melaka, gula pasir, gula batu, air dan daun pandan.
    Kacau dengan api sederhana sehingga bertali atau pekat, buang daun pandan.
    Masukkan keria gaul rata, tutup api dan alihkan dari dapur.
    Kacau sehingga gula kering.
    Bila gula dah kering, bolehlah di susun dalam pinggan

    Cara dan bahan nak  sira kuih keria

    Semuga bermenafaat buat anda semua

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...