OOO

Rabu, Mei 30, 2018

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API STAIL NEGERI SEMBILAN

Assalammualaikum semua๐Ÿ˜‡

Sekarang ni harga santan timbang kat tempat akak dah RM11.00 sekg, nak buat macam mana semua harga mahal la ni.๐Ÿ˜…  

Kalau stail Nogori masak lomak memang tak guno bawang, sonang bo๐Ÿ˜‰nar kan.

Bahan-Bahan
1 kilo siput sedut
20 biji cili api-nak pedas tambah lagi
4 batang serai-ketuk hujung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang daun kunyit-dicarik dan diikat
1 mangkuk  santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukupnya
2 asam keping

Cara-cara

1. Bersihkan/berus siput, buang hujungnya.s
2. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan halia. Setelah semua lumat titikkan serai.
4.. Masukkan bahan yang telah di tumbuk, serai bersama siput dalam periuk.
5. Masukkan juga santan  cair dan asam keping, gunakan api perlahan kacau santan sehingga mendidih, sebab takut naik minyak.
6. Biarkan dalam 10-15 minit, masukkan garam dan daun kunyit berserta santan pekat, kacau lagi sehingga mendidih.
7. Biarkan mendidih sebentar, rasa cukup asam garam baru tutup api. Sedia untuk di makan.

Selasa, Mei 29, 2018

RESEPI KEEMA DAGING SEDAP

Assalammualaikum semua

Buat keema daging ni sebab nak makan dengan roti canai segera, sebab rasa jemu makan nasi setiap kali buka puasa.

Resepi asal dari Mat Gebu, tapi akak ada tukar sikit bahan dan cara memasak.

Bahan-bahannya
1  biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam
200 g daging kisar
1 biji tomato-dadu
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari daging
1 biji cili merah, potong kasar
1 biji cili hijau, potong kasar
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
daun ketumbar
batang daun sup
daun bay sehelai
sedikit tairu-susu cair ideal campur dengan sedikit jus limau nipis

Cara-caranya
  1. Perap daging dengan serbuk kunyit, garam, daun ketumbar dan bahan kisar termasuk cili merah/cili hijau.
  2. Panaskan  minyak sapi, tumis bawang besar, batang daun sup, kulit kayu manis, daun bay/salam dan bunga lawang hingga harum.
  3. Masukkan rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  4. Masukkan daging, kacau sehingga air daging kering, baru masukkan tomato dadu dan tomato puree.
  5. Kemudian masukkan pula kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk).
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering baru masukkan tairu.

Isnin, Mei 28, 2018

UDANG GORENG KUNYIT DENGAN SAYUR MAYUR

Assalamualaikum semua

Bila dah berusia ni, kadang kadang datang penyakit pemalas nak ke dapur, berlengkau ajer kat depan tv terutama bila tiba bulan puasa.

Duklah melayan sorang sorang sambil sambil sidai kain, sapu dalam rumah ataupun kat luar.  Akak ni  malas nak gi mesyuarat kat rumah orang.  
Bila dah balik dari hantar anak sekolah dalam minggu ni dah mula buat kukis coklat chips yang customer tempah.

Akak tak ambik banyak, sebab tak larat nak berdiri lama, ambik pun sebab Ira yang dah ambil alih bisnes kukis akak ni.
Image may contain: 1 person, food
Buka puasa makan lauk udang goreng kunyit jer, senang ajer nak buat.

Bahan-bahannya:
15 ekor udang saiz besar  - dipotong kepala dan ekornya
Serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit bunga kobis-potong kecil
Cendawan
*4 biji bawang putih - tumbuk
*Sedikit halia-tumbuk
*Sedikit lada hitam-tumbuk
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaannya:
1.  Udang diperap dalam 10 minit dengan serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit garam.
2.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.  Masukkan cendawan yang telah di hiris.
3.  Masukkan bunga kobis dan biarkan masak sebentar.
4.  Masukkan udang, perasakan dengan garam, masukkan hirisan bawang besar  dan gaul lagi.
5.  Tutup api dan bolehlah di hidangkan segera.๐Ÿ˜

Ahad, Mei 27, 2018

RESEPI KUIH KERBAU GULING/KUIH HITAM/KOLEH HITAM VIRAL

Assalamualaikum semua

Heboh pasal kuih kerbau guling sehingga menjadi viral di media sosial.

Sampaikan RTM 1 pun ada ke Rantau Panjang untuk membuat  liputan.

Penjual cuma mengambil masa 1  jam sahaja menjual disebabkan rmai yang berpusu pusu membelinya.

Nama kuih yang berasal Dari Thailand, namanya ialah Kanom Piakpoon.

Akak pun tak tau macam mana nak membuatnya kenalah tenguk kat

youtube https://m.youtube.com/watch?v=Ppopa3msBJY&feature=youtu.be

Nasib baik ada yang sudi translate tapi tak guna pulak air tempurung kelapa cuma guna serbuk arang yang ada jual kat bakeri. Alaa kalau makan roti warna hitam , tulah campuran serbuk arang.
Komen dari Facebook
Bila tgok video tak da.. la pula chef tu kata pakai santan dgn tempurung kelapa bakar.. yg dia buat pakai. tepung beras, air rendaman bunga melor, air kapur, gula dari pokok kelapa/gula Thai, air bancuhan dari hampas kelapa yg digoreng sampai hitam,garam, dan satu bahan yg tak pasti sejenis lagi tepung tak tahu tepung jenis apa?  Mungkin resepi kat atas yg dishare tu olahan atau versi baru... Jom sama2 kita try buat....

terbaik terjemahan bahasa satu lg tepung tu adalah tepung kanji


Violet dalam rancangan masakan tu kata.. hampas kelapa dikoreng sampai hitam... Macam buat kerisik tu.. tapi goreng sampai hitam..

Ain Nonie mungkin itu olahan resepi baru.. Saya tak berapa fasih ckap Thai.. tapi mak org Thai. suruh mak translate.. duk tanya juga betoi dak.. hampas kelapa.. atau tempurung kelapa.. dia kata hampas kelapa.. kuih ni ada dua jenis warna hijau dgn hitam.. hijau letak pandan... Hitam letak kelapa hitam tu..

hermm boleh gak guna kelapa parut goreng hingga hitam. Lagi sedap baunya kot.

Ada pulak kata ;
Arwah Atok ambo bakar kelapo yg dicugkil / lekang dgn kulit itam2 tu..bkn guna tempurung kelapo..lps tu bakoo
Tok kato jd ubt..mase tu kita tk minat nk ambik tau bda pelilk2 mcm tu.

Wah  mana satu yang nak dicuba
a. guna tempurung kelapa
b. guna kelapa goreng hingga hitam
c. sisa kelapa parut pastu bakar hingga hitam
d. sabut kelapa bakar sampai hitam
e. serbuk arang-kedai bakeri

fuhhh..banyak versi ni

Ni yang buat akak tak sabar nak buat. Doakan virus R akak cepat datang.

Yang uniknya kerana ada campuran tempurung bakar, letak air kemudian tapis dan masuk bancuhan.

Pastu di masak di atas api sehingga likat baru tuang dalam loyang. yang telah disapu sedikit minyak ataupun alas dengan plastik tahan panas.


CARA BUAT KUIH KERBAU GULING

Bahan-bahannya

250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapor makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja dan tapis)-pastikan tempurung yang bersih
1 liter air (tenguk kepekatan)
Secubit garam

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas/loyang yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. 
Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. 
Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 
Siap boleh di makan, kalau nak sedap masuk dalam peti sejuk.

p/s Pastikan tempurung yang di bakar tumbuk halus dan letak air.
Tapis dengan kain.
Atau beli serbuk arang kat kedai bakeri

Resepi kredit dan gambar dari facebook
Tengku Zaharah 
Izinkan akak share resepi kuih kerbau guling ni.

makan dengan kelapa muda kukur lebih umphhj

Rabu, Mei 23, 2018

AWET SIHAT AWET MUDA. NASIHAT TUN MAHATHIR

AWET SIHAT AWET MUDA. NASIHAT TUN MAHATHIR

1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. 

Fungsi-fungsi otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.

2. Sebenarnya sel-sel otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan cara gaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti-aktiviti kemahiran. 

Walau pun telah wujud jutaan jalur-jalur maklumat dan sambungan-sambungan synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.

Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.

3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat2 quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.

Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dan lain-lain. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal quran kanak-kanak  perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.

Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.

4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit-penyakit kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. 

Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.

5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya - berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. 

Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.

6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan talipon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.

7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.

Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.

8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.

Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.

Satu kajian keatas kanak-kanak yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.

Buku coretan saya

9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur-sayur dan buah-buahan sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel  otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast dan junk foods kerana meracuni sel-sel otak.

9.1 Kunyit dan kari  dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yang menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel2 neuron.

9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel2 neuron.

9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.

9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan 

salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel2 otak.

9.5 Pisang, sayur-sayur hijau dan kekacang mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat-maklumat. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.

9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.

9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.

9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2 otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. 

Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan sel otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi-fungsi otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.

10. Permainan otak  / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites  saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.

11. Cegah stress dan rawat penyakit-penyakit.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.
Stress meracuni sel-sel otak dan merosakkan jalur2 maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.

Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan

Perkongsian Dari
Dr Hamid Arshat


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1681827801871245&id=119929718061069

Selasa, Mei 22, 2018

GULAI LEMAK DAGING SALAI DENGAN PUCUK UBI

Assalammualaikum semua

Malas betul nak hidupkan arang buat daging salai bila dah tak ramai kat rumah.  Akak beli jer daging salai kat Pasar Tani Salak, dagingnya pun memang dari lembu tempatan.  Kalau beli daging salai tak payah beli sampai 1 kilo, 1/2 kilo pun dah dapat banyak.
Image may contain: food
Kalau sesiapa yang biasa makan kat kedai lauk ni, 1 senduk dah RM7-9 tau, makan sorang ok lah, kalau ramai boleh pengsan tenguk bil.  Masuk kat fb nanti kena kecam ataupun jadi viral.
Santan pula ikut kehendak hati, kalau nak banyak tambah ajer santan, kalau nak pedas berdengung telinga masukkan lagi cili api terutama cili kampung.

Bahan-bahan
  • 400gm  daging salai-hiris nipis
  • 15-20 biji cili padi kampung
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 ikat pucuk ubi-di rebus dan di tos
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping 
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Image may contain: 1 person, food

Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Ambil daun ubi yang muda kemudian basuh dan rebus dengan air serta sedikit garam.
3.  Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis kemudian rebus dengan santan cair/air sehingga daging kembang.
4.  Masukkan bahan tumbuk, santan pekat  dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu takut santan pecah minyak.
5.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi dan asam keping hingga semuanya mesra baru di tutup api,
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.

Ahad, Mei 20, 2018

PROMOSI RAYA BERSAMA TRAVELOKA

PROMOSI RAYA BERSAMA TRAVELOKA

Assalamualaikum semua.  

Tentu semua dah mula sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya.  Tengah fikir nak masak apa untuk raya, biskut raya apa yang nak di buat atau nak beli. 

Dah tentu gak terfikir kat mana nak balik bercuti yang memerlukan tiket penerbangan ataupun nak berjalan jalan di negara orang sempena cuti perayaan.

Bagi perantauan yang tinggal jauh dari kampung halaman dan memerlukan tiket flight anda dah beli ker belum?  

Kalau belum beli lagi, kena beli awallah sebab dah tentu orangramai dah mula sibuk nak tempah tiket flight  musim peak.  

Dah sehari berpuasa dah ni, kalau tempah lambat takut nanti menangis tak berlagu di sebabkan tiket telah habis terjual.

Takkanlah nak beraya tanpa ibubapa dan sanak saudara tercinta. Nanti menangis tak berlagu terutama bila dengar takbir raya.  

Ada berita baik dari Traveloka, sempena menyambut Hari Raya ni, pelanggannya akan diberikan tambahan potongan harga 10% untuk semua perjalanan, destinasi dan semua tarikh perjalanan melalui Kempen menggunakan kod kupon tau. Wow dah tentu harganya bertambah murah dan mampu dibeli oleh semua yang memerlukan. 

Kupon ni terhad tau, kena cepat rebut peluang ni, cepatttt..cepatt jangan terlambat. 


Nak tau tak macam mana nak rebut tawaran yang hebat ni! 


Ala senang ajer nak buat.


Mula-mula  kenalah subscribe dulu tau Traveloka Newsletter dulu, kalau nak dapatkan kod kupon kaw kaw, kena cepat subscribe sebab kupon yang diberikan agak terhad. 

Nak dapatkankan akses seawal 48 jam di antara 21-22 Mei, kenalah mendaftar sebelum 21 Mei, pukul 3 petang

Pastikan anda mendaftar pada masa tersebut untuk mendapatkan harga ahli Traveloka Newsletter. Lepas tu barulah kita boleh tiket promosi yang tentu harganya murah serta dapat menjimatkan wang anda. 

Pengguna yang mendaftar.sebelum 20 Mei akan menerima kod kupon pada pagi 21 Mei untuk menikmati akses awal promosi.  Bagi yang terlambat mendaftar, mereka.boleh mengakses melalui public akses pada 23-29 Mei.


Kalau terlambat mendaftar, tak jadi hal, insyallah dapat gak kupon tapi lambatlah nak dapatkan kupon promotion tu.



Sekarang ni ramai yang beli talipon.pintar, tapi tak nak gunakannya sebaik mungkin. 

Padahal di zaman moden ni cuma.gunakan hujung jari  sahaja kalau nak mencari tiket flight atau tempat penginapan bila nak pulang ke kampung yang di seberang laut ataupun bila nak pergi bercuti bersama keluarga tercinta ataupun bersama teman teman. 

Bila dah download App Traveloka senanglah nak tenguk macam macam promosi, buat pembayaran ataupun membandingkan harga tiket flight.  


Gunakan ajer Apps tu dengan menggunakan talipon pintar sahaja tak kisahlah kita ni pengguna Android ataupun IOS Apps. 


Jomlah kita download  App Traveloka kat Playstore sekarang untuk menikmati pelbagai tawaran perjalanan yang ekslusif.



Bila buka Playstore, gunakan keyword TRAVELOKA  masa nak mencari.  Pastu install/download macam biasa.  Bila dah install baiklah kita register.  Bukan susah pun nak register tak ambik masa yang lama pun. 

Bila dah register jadi ahli, kita akan mendapat pelbagai kelebihan, tak payah bayar tau, free sahaja.

Senang tau  sebab kat App ini, kita boleh guna kalau nak tempah flight ataupun hotel tak kira kita berada di mana dan bila bila masa sahaja.  



Misalnya kalau akak nak ke Surabaya dari KLIA, dah tentu akak akan cari harga yang paling tiket flight yang paling murahkan.  

Agak payah nak buka web Air Asia bila nak banding harga, pastu nak kena pula tenguk harga kat Malaysian Airline, kena buka pula website MAS.  Memang agak leceh dan sakitkan mata jer lama lama pandang skrin.



Kat sini memang senang, mudah nak tenguk harga dari penerbangan yang lain, boleh bandingkan ajer harga kat sini.  Pilihlah nak harga dan pukul berapa yang kita nak naik flight.

Lepas dah pilih, kalau dah comfirm, isi lah form yang dah disediakan. Nampak kan mereka dah bagi jumlah harga yang kita kena bayar.


Inilah yang best kalau dengan Traveloka. No hidden charge! Berapa harga yang dipaparkan , itulah yang akan harga yang perlu  dibayar. 


Kalau nampak RM10, RM10 lah yang perlu  dibayar. Tapi kalau harga berubah, pihak Traveloka akan inform balik kat kita. Jangan bimbang aaa.

Untuk pembayaran, memang ada pembayaran secara online banking sebab ada Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam dan yang lain-lain. Kalau nak buat pembayaran guna kad debit/kredit pun boleh. 


Kalau tak ada online banking, jangan risau, kita boleh bayar secara tunai di kuanter di  7eleven , boleh je bayar cash dekat situ kalau ada logo MOLPay. Sambil tunjuk skrin yang ada kod bar, bagitau kat kaunter yang kita nak bayar secara transaksi MOLPay .


Kalau tak sempat, Traveloka bagi masa 2 hingga 3 jam untuk kita settlekan pembayaran.
Lepas tu, Traveloka akan hantar e-ticket. Tak payah nak susah susah print tiket kat luar kalau kat rumah tak ada printer. 
 


Dengan Apps Traveloka, kita ada e-tiket, masa nak check in tunjuk ajer menggunakan talipon pintar kita.  Taklah nak risau hilang tiket ataupun tercari-cari kertas tiket tu,  kalau tak ada line internet pun boleh akses e-tiket tu tau. Mudah bukan.



Antara kelebihan Apps Traveloka  secara ringkasnya ialah 

Kita boleh membandingkan harga tiket flight dan hotel dengan mudah.  

Tiada hidden charge.  

Memudahkan pembayaran secara online menggunakan kad debit/kredit ataupun secara tunai.

Kita boleh juga tempah tiket flight atau hotel untuk kawan kawan dan untuk sanak saudara serta jiran tetangga.


Bila dah daftar jadi ahli, kita akan sentiasa menjadi orang pertama mendapat promosi, promosinya memang berbaloi terutama bagi yang kaki jalan. 


Untuk mempromosikan Traveloka Apps supaya menyimpan lebih banyak dan untuk conveninece yang lebih besar. 


Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah untuk tiket flight dan hotel jika menggunakan.Apps daripada harga di website. Pengguna juga boleh mengurus tempahan dengan lebih mudah di Apps semasa dalam perjalanan. 


Kempen ini boleh di akses di link
www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama

users sign up kat Newsletter. Lagi cepat kita sign up lagi cepat kita boleh dapat early akses untuk promosi ini.  

Sekiranya tak sempat sebab terlupa, promosi ini akan terbuka untuk umum pada  23 Mei. 


Jom daftar cepat,  lagi cepat mendaftar lagi cepat kita boleh gunakan kod kupon untuk penjimatan 10% untuk pernerbangan balik kampung ataupun bercuti sempena Hari Raya nanti. 


Duit lebih tu boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lain.๐Ÿ˜Š


JOM BERDOA SEBELUM BERBUKA PUASA

*DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA* (jom Berdoa Sekarang)

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” *(HR Ibnu Majah)*

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak-anak berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.

Khamis, Mei 17, 2018

RESEPI KUIH ABUK ABUK SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum semua
Buat kuih abuk abuk ni dah lama, baru nak masuk dalam blog.


Sajer merajinkan diri nak buat sebab ada daun pisang kat rumah.
Bahan-bahan:
  • 1 cawan sagu biji (cuci, rendam 15 minit dan toskan.)
  • 1 cawan kelapa parut muda


Gula melaka secukupnya di racik.

  • secubit garam
  • daun pisang- layur, lap, buang yang tak perlu, bentukkan kon
Cara-caranya:
Panaskan kukusan. 

Satukan semua bahan- bahan dalam 
bekas kecuali gula melaka. Gaul sebati.
Kemudian masukkan sedikit adunan dalam kelongsong daun pisang, ratakan.

Tabur 1 sudu kecil gula melaka, isikan lagi 1/2 kelongsong. (Pastikan jangan penuh sangat)
Tinggalkan tempat untuk melipat dan tutup daun pisang. Atau tutupkan dengan lidi.


Kukuslah selama 1/2 jam.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...