OOO

Sabtu, Mei 30, 2020

RESEPI NASI TOMATO DATO RIZALMAN SEDAP

Assalammualaikum semua

Sejak Dato Rizalman bersara dari dunia fesyen, rajin lak upload masak kat ig stories.

Lagi lagi bila PKP 2020 ni  duk umah tak dak buat apa sebab office dan sekolah tutup.πŸ€”

Dato masak untuk Umar dan Ali dua anak tersayang.😍

Tertarik lak tenguk nasi tomato yang dia masak. Akak pernah masak sekali nasi tomato tapi guna tomato puri. Yang buat akak jeran nak masak sebab anak anak kata tak sedap.😚

Akak tamak masak banyak pulak tu. Akhirnya buang dalam tong sampahlah jawab nya. 

Pot pet pot pet lah pulak. Jom tenguk cara caranya yerπŸ™‚

Bahan bahannya
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan soup tomato heinz klasik
1 biji bawang hiris
1 biji bawang putih hiris
1 inci halia hiris
1 batang kayu manis
2 pelaga
2 bunga kawang
2 helai daun pandan siat dan ikat
2 sudu besar minyak sapi qbb
1 sudu besar oren sunquick
2 biji cili hijau belah dua
Daun pudina
Garam dan sedikit gula
Bawang goreng
Oleh sebab susah nak cari dan malas nak beratur zaman pkp ni akak order ajer online😏
Bangga bila Dato Rizalman share kat IG Stories

Cara caranya
Rendam beras basmathi 1 jam basuh dan toskan. 
Panaskan minyak sapi, masukkan tiga sekawan, daun pudina, daun pandan, cili hijau kemudian bawang hiris dan halia. 
Kacau sehingga naik bau dan bawang keperangan baru masukkan beras. 
Kacau  sebati kemudian masukkan ke dalam periuk elektrik. 
Tuang susu cair, soup tomato heinz dan air serta garam dan sedikit gula. 
Kacau sebati, rasa cukup garam dan gula tapi jangan manis baru on kan suis. 

Biar kan sampai suis padam, tuangkan oren sun quick dan kacau rata dengan chopstick. 
Biar kan 10 minit baru boleh dihidangkan. 
Hiaskan dengan bawang goreng dan daun pudina. 

Cubalah tau memang sedap di tekak kami semua. πŸ˜‹

Selasa, Mei 26, 2020

RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM SEDAP

Assalammualaikum semua

Macam mana dengan sambutan hari raya PKP tahun ini.  Sedihkan sebab suasananya tak sama seperti sambutan yang pernah kita sambut dahulu.

Tiada lagi solat di masjid, semuanya di lakukan di rumah termasuklah solat terawih dan solat sunat Aidilfitri,

Apakah daya semuanya di sebabkan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia, hampir semua negara terkesan dari segi ekonomi dan pelbagai cabaran sehingga ramai pekerja di berhentikan termasuklah anak akak.

Redha dengan ketentuan dari Allah SWT, insya Allah Ira akan di berikan rezeki yang lebih baik.

Bila dah muak makan pelbagai makanan tradisi hari raya yang banyak menggunakan santan apa kata jika kita buat pula masakan macam ni.


Bahan bahannya
  • Ikan kembung 3 ekor ataupun ikan selar
  • Bawang besar 1 biji - dipotong dadu
  • Cili merah 1 biji - dipotong dadu
  • Cili padi 5-10 biji - dihiris halus
  • Tomato 1 biji - dipotong dadu
  • Asam jawa 2 sudu besar
  • Air masak 1 cawan
  • Gula 1 sudu kecil
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam.
  2. Kukus ikan sehingga masak.
  3. Campurkan semua bahan dan curahkan atas ikan yang telah di kukus tadi.
  4. Bolehlah kita makan segera bersama nasi panas dan telur dadar.

Isnin, Mei 18, 2020

LEPAT LABU TEPUNG BERAS SEDAP

Assalammualaikum semua

Dulu dulu tak minat makan lepat tak kira lah lepat apa pun.

Bila bulan puasa ni dah buntu nak buat kueh apa. Ada lak labu sebiji dalam peti sejuk.

Nak cubalah buat lepat labu guna tepung beras. Selalu orang guna tepung gandum kan.

Bahan yang diperlukan
2 cawan labu yang dikukus
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Sedikit kelapa putih
Daun pisang secukupnya.

Boleh tenguk cara akak buat di youtube

Ni linknya

Cara-caranya
Campurkan semua bahan kecuali daun pisang dan kelapa parut dan gaul sebati. 
Layurkan daun pisang dan potong sebesar tapak tangan.
Letak sedikit garam ke dalam kelapa parut 
Ambil 1 sudu makan aduan  labu, letak sedikit kelapa parut tadi dan bungkus kemas. 
Buat sehingga habis. 
Panaskan air dalam periuk kukusan sehingga mendidih. 
Kukus selama 20 minit. 


p/s akak buat lebih sebab boleh di frozenkan.

Selasa, Mei 12, 2020

RESEPI CUCUR BADAK INTI SEDAP

CARA BUAT CUCUR BADAK SEDAP
Assalammualaikum semua

Salam Ramadhan 2020 

Puas gak fikir nak buat kueh apa sepanjang PKP 2920. 

Puas gak cari resepi inti cucur badak, terkenan resepi kat blog Aimie.
Akak tambah sedikit jintan manis untuk naik kan rasa.

Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
5  biji cili kering - kisar
2  ulas bawang putih - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 batang serai  - hiris halus – kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Akak tambah
Sedikit jintan manis
Hirisan daun kunyit
2 sudu besar minyak
Garam dan gula secukup rasa
15 ekor udang kertas – bersihkan – buang kulit, kepala dan ekor 

Cara:
1.   Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk udang kering sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan kelapa parut, gula dan garam.
3.  Apabila agak kering  masukkan udang basah dan gaul rata sehingga udang masak. Padamkan api dapur.

Bahan untuk doh:
500 gram ubi keledek oren
180 gram tepung  gandum
1 sudu besar tepung ubi

Cara:
1. Kupas ubi keledek dan rebus hingga empuk.
2.  Lenyek ubi keledek hingga hancur  dan gaul dengan tepung gandum  serta tepung ubi hingga sebati dan jadikan doh.
3. Bulat-bulat doh mengikut saiz yang dikehendaki dan masukkan inti di tengahnya serta tutup kembali dengan sempurna.
4.  Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas sehingga kuning keemasan.

Sabtu, Mei 09, 2020

RESEPI KUEH TEPUNG PELITA VIRAL DAUN PISANG


Assalammualaikum

Kuih tengah viral bila tiba bukan puasa. Nak nak zaman PKP ni payah nak cari orang jual.

Kalau jual pun harganya boleh tahan jatuh dalam 70-80 sen.  Ada gak yang jual dalam bekas plastik, macam kurang umphh lak rasanya.

Wah kena buat sendiri sebab anak akak makan bukan cukup satu.

Nak buat bekas ni akak guna kotak mancis yang besar pastu lipat tepi macam lipat kertas hadiah pastu stapler. 😁
Mula mula buat guna 1 lapis jer daun pisang, herot berot acuan sebab rajin kukus.πŸ˜„

Kali kedua guna 2 lapis an daun, pastu tak kukus, adalah cantik sikit rupanya.😍

Resepi ambik kat fb di share oleh Kak Latipah

Bahan lapisan hijau:
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 helai daun pandan blend gunakan air di atas, ambil patinya.

Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan kedalam blender. Kisar halus. Tambah sedikit pewarna hijau kalau mahu.
Masak dalam kuali atas api kecil.
Kacau hingga meletup-letup
Masukkan ke dalam bekas sesuai.
Taburkan sedikit gula di atasnya.

Bahan untuk lapisan putih
1 kotak santan kara
3 cawan air
5 sudu besar tepung beras
Sedikit garam.

Cara cara membuatnya
Campur kesemua bahan. Masak diatas api kecil hingga meletup-letup.
Letak diatas lapisan hijau.

Cubalah.
Masuk dalam peti sejuk pun sedap😍

Rabu, Mei 06, 2020

RESEPI BUAH MELAKA SEDAP DAN MUDAH

CARA BUAT ONDE ONDE

Assalammualaikum semua.
Macam mana Ramadhan kali ini. Berbeza kan.πŸ˜™

Selalunya suami akan singgah beli kueh untuk buka puasa. Kadang kadang Imran atau Ira kena gi beli kalau suami tak sempat.

Sejak Pasar Ramadhan dah tak ada ramai ajer penjual on line kat Salak Tinggi.

Tapi bila di fikirkan kalau beli kena lak charge delivery.πŸ˜™

Kalau satu tempat tak apa jugak. Kalau dua tempat haru gak.πŸ˜”

Nasib baik ada Ira kali ini, bolehlah tolong ke dapur.

Dia teringin nak buat buah Melaka. Ala senang jer kan. Kalau beli 10 ketul dah 3 hinggit.

Anak dara akak yang buat jadi akak panggil buah Melaka anak dara Kak Ina KL😊

Bahan- bahannya
1/2 bungkus tepung pulut
+-1/2 cawan santan cair
Sedikit air daun pandan atau buh pewarna hijau jika malas nak kisar dan tapis.
Sedikit air kapur
Sedikit garam
Gula nisan kelantan potong kecil.
Kelapa parut muda putih sahaja di campur sedikit garam. Jika rajin kukus sebab nak bagi jangan cepat basi.

Cara membuatnya
1.  Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan/pewarna hijau bersama santan cair yang telah di campur garam.

2.  Tuang sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.

3.  Ambil adunan sebesar  guli dan masukkan gula nisan/merah tadi. Bulatkan semula dan letak di atas daun pisang 

4. Didihkan air, bila mendidih  masukkan sehingga adunan timbul.

5.  Angkat kemudian golekkan dalam kelapa parut yang telah di campur sedikit garam.

6. Buat sehingga habis adunan. 😊

SELAMAT MENCUBAπŸ‘


Isnin, Mei 04, 2020

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Boleh #kongsikan untuk bacaan orang lain.

Siraj Fahmi


Apa pendapat anda?
Kami ambik gak. 😊

Jumaat, Mei 01, 2020

VIDEO CARA BUAT PUFF PASTRI DAGING/AYAM/SARDIN

Assalammualaikum semua

Salah satu kegemaran anak anak ialah bila buat Puff ini.
Pernah cuba buat pastry sendiri Sini.

Renyah aa nak buat. Sekarang beli jer pastry KAWAN 2 atau 3 pack setiap bulan.
Akak ada buat video cara nak buat.  Lagi senang tenguk kat situ.

Inti buh sardin ataupun inti karipap. Search kat kotak sebelah kanan cari karipap yer. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...