OOO

Memaparkan catatan dengan label MasterChef Malaysia Di Astro Ria (Channel 104). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MasterChef Malaysia Di Astro Ria (Channel 104). Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 15, 2011

Pemenang GA MasterChef Malaysia

Terima kasih kepada yang memberi komen mengenai MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan di Astro Ria 104 mulai 22hb. Oktober ini.

Seperti mana yang di janjikan 3 pengomen yang terbaik akak menerima RM10.00 setiap orang.  Mereka ialah

saya memang teruja dan tak sabar menunggu siaran MasterChef Malaysia nie sebab nak tengok kebolehan dan kehandalan peserta dari pelbagai latar belakang mempamerkan bakat memasak masing2.

dan rasa teruja tue lagi berganda sebab ini merupakan program julung kali diadakan di Malaysia. selalunya kalau program realiti masakan yang ditayangkan di tv datang dari luar negara. dan kali ini orang Malaysia sendiri berpeluang terlibat dalam program seumpama itu. 

Saya memang teruja kerana MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Selain daripada itu dengan menontonnya memberi saya sedikit sebanyak ilmu kulnari dan penyediaan resepi2 yang enak untuk disediakan buat hidangan keluarga tersayang. 

MasterChef Malaysia akan menjadi satu lagi rancangan realiti yang bakal memberikan suatu tontonan kepada semua lapisan masyarakat walaupun ianya ditiru dari rancangan realiti dari Barat.

Secara tidak langsung, bidang memasak sudah masuk ke satu tahap lagi di mana orang akan melihat berada di dapur bukan lagi bidang yang leceh atau low class dengan menggunakan perkataan “ceruk dapur” sebaliknya menjadi bidang yang sangat profesional dan menjana ekonomi.

Sudah tentu juga, hal sampingan seperti karenah juri dan drama belakang tabir antara peserta samada sengaja atau tidak disengajakan, akan turut disajikan nanti bagi menarik perhatian penonton. 

Tahniah buat pemenang dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa yer..insyallah jika ada rezeki dan umur akak buat contest lagi yer.

Pemenang bolehlah hantar butir-butir diri bersama no telipon di roslana_06@yahoo.com.my

Selasa, Oktober 11, 2011

Debaran Peserta Blogger Masterchef Malaysia | Akan di Tayangkan di Astro Ria 104

Wah wah wah bukan akak ajer yang teruja dengan Masterchef Malaysia ni.  Rupanya ada gak blogger yang lain yang merasa teruja  nak tenguk rancangan yang telah pun menjadi satu fenomena dalam bidang masakan. 

Rancangan realiti masakan yang menampilkan jurumasak/chef yang telah menjadikan rancangan ini menjadi rancangan hits seperti  MasterChef US, MasterChef UK dan MasterChef Australia.

Bacalah N3 dari teman blogger ini  myvitrd.com

Salam semua,

Walaupun aku bukan peserta program Blogger Masterchef Malaysia tapi aku bangga melihat kesungguhan rakan-rakan blogger kita menggunakan kemahiran memasak mereka di dapur. 
Siapa sangka tangan-tangan yang selalu menaip diatas papan kekunci rupa-rupanya mempunyai kemahiran tersendiri diatas dapur.

Salah seorang peserta yang menjadi kebanggaan aku adalah pemilik blog ini iaitu Kakinakl.com yang telah menjadi salah seorang peserta yang memasuki pertandingan tersebut beberapa hari yang lepas. Seorang surirumah & blogger sepenuh masa mampu menggegarkan dapur anda!
kakina masterchef
Nak tahu betapa hebatnya beliau semasa diprogram blogger MasterChef Malaysia tu.. korang terjah entri ini

Debaran Astro Blogger Master Chef Malaysia@MasterChef Malaysia

Dan

Apakah Dia Rempah Cajun ?(Mesti Tonton MasterChef Malaysia di Astro Ria 104)

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan program terbaru terbitan Astro iaitu MasterChef Malaysia yang akan mula bersiar di saluran 104 tidak lama lagi.. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu ni.
Korang nak tahu lebih lanjut berkaitan program MasterChef Malaysia ni boleh tengok dekat bawah ni.

Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm. - Program channel – Astro Ria (Channel 104) - Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/master-chef
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

Pastikan anda tidak ketinggalan menontonnya di Astro Saluran 104 nanti.. Pasti Hebat!
Penulis jemputan yang  akak panggil myvitrd ini merupakan seorang suami yang penyayang  yang telah bernikah pada  petang Jumaat 18/12/09 .  Sekarang ni beliau dan isteri sedang berdebar-debar menanti kelahiran cahayamata yang pertama pada bulan Disember nanti.
Semuga isteri beliau selamat melahirkan zuriat pertama ini dan akak doakan  semuga di permudahkan segalanya dan memperolehi cahayamata yang sehat walafiat.

Terima kasih kepada beliau sebab sudi menulis N3 mengenai Masterchef Malaysia.

Jom terjah ke blog beliau http://www.myvitrd.com
sekarang juga

Isnin, Oktober 10, 2011

Merasa Debaran Memasak Macam MasterChef Malaysia di Astro Ria (104)

 Akak dapat dapur no 8..orang Cina kat ong kan..tapi tak boleh percaya benda camtu.
 Best betul sebab guest pun boleh masuk sama.  Riuh rendah dengan gelak  ketawa.  Memang seronok pertandingan masak ni.
Wah ..udang..erhm..nak masak apa ek..selalunya akak masak udang masak lemak, udang masak paprik ataupun udang goreng tepung.
 rempah ratus yang di sediakan yang mesti diambil dahulu sebelum peserta lain angkut.  Akak tak sempat ambik satu bahan..sape cepat dia dapat...
 Tapi bila buka kotak misteri..alamak ada  nanaslah pulak.  Juri siap kata kalau kita gunakan semua bahan ni dapat markah lebih.  Mula-mula cadang nak masak paprik udang, tapi bila gi tenguk kat belakang dah tak ada serai.  

Mulalah blurrrr tak reti nak buat apa.
Ala masak udang dengan nanaslah sebab konon nak cari mata lebih kalau guna bahan dalam kotak ni. Cari cili sos pulak tak ada ..lelama ambil daun ketumbar ajer dan guna sos kat atas meja yang rasa pedas giler.  

Dahlah buh cili api..kenalah cari gula pula sikit nak seimbangkan rasa.  Nasib baik gula ada kat meja Jejai. Memang panik dan gabra bila masak under pressure.  Blurrrr sungguh lah.
 Aksi crew tali barut..wah ada gaya chef lily
 Memang semangat sungguh Jejai ni ..cuba tenguk muka dia serius cam muka akak gak aaa
 
tukang support, tukang mengkritik, tukang membebel dan tukang menyibuk.
 
blender cili api, bawang merah, bawang putih dan halia tapi tak tajamlah pulak..kena cincang balik bawang putih dan halia..serba tak kena di buatnya.

Budak cina ni pelajar diploma kulinary di Tylor College tau..masakan dia ringkas dan kreatif tapi tak ada gak rezeki nak menang
 Bermula aksi seperti MasterChef Malaysi..fuhhhh paling risau bila crew kata...tinggal lagi 20 minit..Kami di beri masa 45 minit untuk masak, fikir dah dekat 5 minit, cari barang lagi...ishhh memang gabra dibuatnya.
 Masuk nanas, capcium, karrot dan lain-lain
Tadaaaa dah siap.  Tentang hias menghias memang akak faillah.

Merasa gak pengalaman macam mana masak under pressure macam peserta pertandingan MasterChef ..tak kiralah MasterChef US ataupun MasterChef Australia.  

Patutlah bila tenguk rancangan tersebut muka tukang masak memang jarang tersenyum bila time memasak.  Macam akak jugalah memang tak ada masa nak senyum simpul bila ada orang ambil gambar.

MasterChef Malaysia akan bermula pada 22hb. Oktober 2011 di Astro Ria (Channel 104).  Rancangan realiti yang akan mencetuskan fenomena di seluruh Malaysia.  Janji lupa tenguk tau.

Rancangan MasterChef Malaysia bakal bersiaran sebanyak 60 episod selama 10 minggu pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ingat tau..Jangan lupa tonton siaran yang menarik ini.  Adakah rancangan MasterChef Malaysia akan mencetuskan fenomena di sini? 

Program Details: 
MasterChef TX bermula dari  22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. 
Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
 Tibalah masa juri nak merasa..nampak relax tapi dalam hati allah swt 
yang tau betapa seram nak menghadap juri bertiga ni
 Cerita apa nama masakan dan apakah bahan yang di letak
 Tengah nak rasa
 Wah risau sebab juri nak tenguk udang tu masak cara yang betul ker idak?
Juri kecik yang paling kecoh kat sini


Kredit picture : www.ciklilyputih.com

p/s nanti akak tunjuk lak skill yang kitaorang buat...lagi kalut aaa masa tu

Ahad, Oktober 09, 2011

Debaran Astro Blogger Master Chef Malaysia@MasterChef Malaysia

Akak peserta yang kedua paling awal tiba.  Ingatkan susah sangatlah nak cari tempat ni  sebab minggu lepas yang ada sesat jalan, jadi keluar rumah dalam pukul 9.10 pagi.  
Kalau akak bawak 30 minit, manager akak bawak tak sampai 15 minit dah sampai.  Alamak akak peserta kedua paling awal..berkobar-kobar kan. Dapatlah akak berposing di sana sini
 Bila tenguk dapur nak masak nanti, mulalah rasa kecut perut dan bermacam perasaan yang timbul sebab seumur hidup akak memang tak pernah masuk pertandingan macam ini.

Tenguk dapur memang dah rasa gabra dan panik.  Masa ni ashiklah terfikir apakah isi kotak misteri dan menu utama
 Lega bila  Jejai datang bersama anak pempuan dia..tak lepas peluang bergambar kat wall MasterChef Malaysia.  Bervanganlah kan..cam kamilah peserta MCM tu
 Tapi bila geng tali baruts dah sampai ...erhmmm apa lagi ..kecoh aaaa
..ha kauuuuu ashiklah Jejai kata gabra..tak pandai masak..akhirnya ..
Tak sudah-sudah ahsiklah bergambar dengan geng blogger Jejai, CIKLILY & ZAID
 Agak-agak korang apa yang kitorang gossip ek?  Jejai sibuk tweet tweet kat tweeter
Juri yang akan menentukan samada masakan kami kreatif dan sedap. Chef Ryan Kang, Orang Kuat Astro Raqim Ahmad  dan blogger KY Speak
 kali ni sorang ajerlah..Tak habis lagi bergaya kat wall MasterChef Malaysia..

Oh yer..Kalau korang nak tenguk peserta-peserta  Program MasterChef Malaysia bolehlah tenguk info kat bawah ek.

Program title – MasterChef Malaysia
  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)
 Alahai kena pulak bercerita pasal pengalaman masak memasak..fuhhh gabra gak bercakap dengan Blogger MasterChef pusingan ke 2 semi final ni.  Akak tak speaking pun cakap Bahasa Kebangsaan kita Bahasa Malaysialah.
Inilah muka-muka juri yang akak sebutkan Chef Ryan Kang, Orang Kuat Astro Raqim Ahmad  dan blogger KY Speak.  Emcee yang cantik jelita ni lupa pulak nama dia.
Cabut nombor..erhmmm cuba teka akak dapat dapur no berapa?
Punyalah kecuh bila peserta dan penyokong sama-sama boleh masuk ke dalam dapur.  Amboi Cik Lily tunjuk apa ek?
Sempat lagi bergambar kat tempat cari bahan.  Ishhhh kalau lambat rembat memang tak dapat ..macam akaklah..lambat sikit serai dah habis, rempah yang akak cari pun dah di sambar orang..jadi kenalah masak apa yang ada.  Sebab bahan yang di sediakan memang terhad.

Nantikan sambungannya yer sebab banyak gambar aaa

Kredit picture www.ciklilyputih.com
 

Khamis, Oktober 06, 2011

Jangan Lupa Menonton MasterChef Malaysia Di Astro Ria (Channel 104)

Siapa suka tenguk rancangan Masterchef?  Ala rancangan pencarian jurumasak/chef  ini telah bermula di Australia pada tahun 2009 dan telah mengukir sejarah tersendiri apabila telah berjaya mencatatkan jumlah penonton tertinggi  dengan jumlah 4 juta penonton.  
Kat Malaysia pun dah ada tau rancangan realiti ni. Pencarian bakat baru dalam program realiti hiburan berkonsepkan masakan bertujuan untuk mencari jurumasak/chef yang diterbitkan oleh Astro.

Kali ini di ASTRO RIA Saluran 104 MasterChef Malaysia  bakal di tayangkan pada 22hb Oktober 2011 pukul 9.00  malam.  

Dikenali sebagai MasterChef Malaysia ia merupakan sebuah rancangan realiti TV yang berbentuk masakan dan bertujuan untuk mencari jurumasak atau lebih sinonim dengan panggilan chef yang diterbitkan oleh  ASTRO .

Dalam rancangan realiti ini nanti anda dapat saksikan para peserta MasterChef Malaysia menunjukkan kehandalan dan kehebatan masing-masing didapur merebut kejuaraan dan tahta MasterChef Malaysia yang pertama.

Juara MasterChef  Malaysia akan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta bakal mempunyai sebuah rancangan memasak yang akan dikelolakan sendiri oleh pemenang. 

Memandangkan rancangan MasterChef Malaysia buat julung-julung kalinya diadakan di Malaysia, maka pihak Astro telah melantik lima orang juri profesional yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan.
Lima orang juri MasterChef Malaysia ialah  dari kiri: Priya Menon (Chef Priya), Mohd. Nadzri Redzuawan (Chef Riz), Yahaya Hassan (Chef Yahaya), Zubir Md. Zain (Chef Zubir) dan Mohd. Johari Edrus (Chef Jo).

Rancangan MasterChef Malaysia bakal bersiaran sebanyak 60 episod selama 10 minggu pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Ingat tau..Jangan lupa tonton siaran yang menarik ini.  Adakah rancangan MasterChef Malaysia akan mencetuskan fenomena di sini? 

Program Details: – MasterChef TX bermula dari  22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. 
Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL –
http://www.astro.com.my/portal/master-chef
- Facebook Page Link-
http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link–
Twitter  www.twitter.com/MasterChefMY.

 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...