OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak nasi hujan panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak nasi hujan panas. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 13, 2011

Ayam Masak Merah Madu Dan Nasi Hujan Panas Lagi

Terima kasih di atas sokongan member-member di alam maya baik yang akak pernah jumpa dan belum pernah bertentang mata.  Begitulah adat resam manusia di dunia ini.  Rambut sama hitam, hati lain-lain, bukan semua sukakan apa yang kita tulis..tapi tak perlah yang baik jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan.
Salah satu makanan kegemaran anak-anak.  Kalau buat selalunya habis.

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam potong 8
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar madu
  • 1 batang serai-ketuk hujung
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • minyak
garam
Cara-cara
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  Tak payah garing.
2.  Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.
4.  Masukkan cili kisar  dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
5.  Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.
9.  Hidangkan dengan nasi sedap (nasi beraini ker, nasi tomato ker)
Selalunya makan dengan nasi sedap.  Barulah best.  Kali ni akak rajin nak mewarnakan nasi ini.
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 6 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan-disiat dan disimpul
  • pewarna merah, hijau dan kuning
Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia - akak hiris  lebar
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyakmentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan mentega, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan.    
6.  Bila nasi telah benar-benar masak, kaup balik nasi hingga rata dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah.

Khamis, Jun 02, 2011

Gulai Daging (Rempah Cap Bunga Rose)/Nasi Hujan Panas

Ishhhh cuti sekolah pun sibuk gak menghantar anak ke sekolah, jauh pulak tu ke Rawang.  Apa nak buat ada kelas tambahan.  Menci jalan ke Rawang tu selalu jem, sekarang ni tengah buat jalan, lagi lah jem.  Pagi okey ajer tapi bila nak balik kat Tesco dah jem terpaksa pusing ikut highway plus, sampai umah dekat pukul 4.00 petang.  Tak apalah, demi kejayaan anak, sangguplah akak redah tu semua.
Macam-macam versi gulai daging ala terengganu ni yang pernah akak buat.  Ada yang letak gula kabung/melaka dan kerisik.  Kali ni akak tak letak tu semua, akak ikut resepi kat paket rempah Cap Bunga Rose.  Alhamdulliah sedap.

Bahan kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 hiris lengkuas
3 hiris kunyit
rasanya orang pantai timur tau rempah ni..akak dulu tak tau..pas member masak memasak bagi akak beli masa jejalan kat Pantai Timur
Bahan-Bahan
2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Rose-akak guna cili kisar
1 sudu besar rempah gulai Chap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Rose
1 sudu besar air asam jawa
2 mangkuk santan cair
4 biji lada merah (dibelah 4)
2-4 sudu minyak masak
akak tambah - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar-di hiris halus 
2 biji ubi kentang-belah 4 setiap satu

Cara-cara
1.  Tumiskan  hirisan bawang besar kemudian masukkan 2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Ros (cili kisar) dengan 2-4 sudu minyak masak sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah Cap Bunga Rose, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3. Masukkan daging dan gaul sehingga rata, biarkan seketika, setelah kecut masukkan pulak satu cawan air.
4.  Masukkan santan dan didihkan.  Setelah mendidih masukkan lada merah dan garam.
5.  Biarkan seketika kemudian padamkan api.
Makan dengan nasi hujan panas yang tiada warna sebab malas.  Pastu goreng papadum.
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
6 cawan air-
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah- tak letak

Bahan Tumis
1/2 inci halia - hiris halus (akak hiris  lebar)
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. (tak buat pun)  6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata.

Khamis, April 14, 2011

Ayam Gulai Kawah dan Nasi Hujan Panas

 
Banyak betul rempah ros buatan terengganu kat umah akak ni.  Ada yang kak liza bagi dan ada yang akak beli masa cuti-cuti malaysia ke pantai timur.  Demi nak menghabiskan rempah ros akak buatlah gulai kawah ni.

Akak ambil resepi dari Fotopages Kak Hanieliza.  Pernah gak buat sekali tapi guna daging.

Bahan:-
  • 1  ekor ayam -potong 12 bersihkan dan tos
  • 2 s/b kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 s/b gula merah/perang [brown sugar]-akak guna gula kabung
  • 2 keping asam keping
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • Akak tambah-2 biji ubi kentang di belah 4 dan 2 biji cili hidup belah 2
Bahan Mesin:-
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 s/b rempah kari daging
  • 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
  • 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
  • 7 ulasa bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
Bahan tumis:-
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
    akak tambah : 1 biji bawang besar,1 biji bawang putih di hiris halus
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hirisan dulu baru di masuk  bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan ayam dan ubi kentang kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. Kacau sekali sekala.
5. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
6. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

 Makan dengan nasi hujan panas..

Bahan:-
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.-akak gunakan beras basmathi rebus
4 1/2cawan air
1-2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan-disiat dan di ikat
akak gunakan warna hijau, merah dan oren-suka hatilah nak letak warna apa

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris lebar-lebar bersama kulit
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak-guna minyak jagung
1 sudu besar minyak sapi-
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
  2. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
  3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
  4. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
  5. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. 
  6. Masukkan dan hiaskan  dengan bawang goreng bila menghidang.

Selasa, September 01, 2009

Resepi Nasi Hujan Panas

sebelum tu nak berpantunlah dulu..tapi pantun hentam ajelah...
apalah nak jadi 3x
harga minyak naiklah lagi
kalau cam tu takyahlah bercuti
duduk kat rumah makan ajelah roti


imran dah suami akak panggil nasi ni nasi pelangilah pulak....
Memang tak pernah lagi masak nasi hujan panas ni...bila jenguk rumah ummi di kuantan tu tertariklah pulak nak buat...yang kelakarnya bila nasi dah kering akak letaklah pewarna..tapi warna biru terlebihlah pulak..ha kau...langsung warna biru yang terlebih..feedback dari anak-anak....mak sedaplah nasi ni....lain kali lehlah buat lagi...resepi asal dari myresepi tapi akak c & p dari umah ummi aje..


Bahan:-

4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.-akak gunakan beras wangi aje..malas nak cari
5 cawan air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning, biru dan oren


Bahan Tumis:

1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Bahan Hias:-

Bawang goreng
Kismis-tak letak sebab for sure di susun keliling pinggan (psl anak-anak tak suka)


yang ni ira punya..nak bawak balik asrama
Cara Memasak:-

Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...