OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar di taman negara pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar di taman negara pahang. Papar semua catatan

Isnin, Mac 05, 2012

Rainforest Taman Negara Pahang

 
Terlupa nak buat N3 ni tapi dah draft dah...tak perlah akak buat gak sebab nak simpan jadi kenangan.
Masa gi ke Taman Negara tahun lepas , kami tinggal di sini Rainnforest Taman Negara Pahang selama 3 hari 2 malam.  Oleh sebab trip ni anjuran office suami akak semua urusan di jalankan  oleh company travel.  
 Akak ajer yang bawak anak beranak, dorang yang lain single dan ada 2 pasangan suami isteri.
Bilik yang di sediakan kira oklah, selesa gak nak tidur.  Kami ambik 2 bilik..takkan nak duk satu bilik ajer..kacau daun ajer akak dan hb nak berdua-duaan..ahakss
chakkk...duk bawah rumah orang Asli.. Kalau korang nak tenguk 
pakej yang di tawarkan korang boleh ke SINI
Masa makan malam hari pertama, kami tak puas hati sebab lauk-pauk yang disediakan tidak mencukupi.  Taulah ajerlah bila lelaki paling ramai, mestilah lauk cepat habis...sebabnya kami keluar lambat untuk makanmalam. Tension bila tenguk lauk banyak yang habis.
sarapan pagi ok pulak..banyak makanan
Bila malam ke 2 barulah dorang cepat-cepat masak lauk lain jika ada lauk yang habis.  Kami keluar gi makan malam awal sebab takut jadi macam malam pertama
Patutnya akak ikut gak 2 boat panjang gi ke sini..tapi disebabkan sorang budak pempuan sakit perut dan bot dah penuh terpaksalah akak balik ke bilik.  Akak cuma tenguk gambar ahli rombongan jadi tarzannn selepas melawat perkampungan orang asli
Kat sini dorang mandi manda dan bergayut macam monyet lepas seorang demi seorang, tapi anak-anak akak tak bergayut sebab hb akak tak kasi
Anak akak kata ada seorang member hb budak perempuan tersembam atas pasir.  Bila  jatuh geng lelaki berkejaran gi tolong dia, nasib baik tak apa-apa.
Kalau korang nak tau aktiviti dan kisah Taman Negara  korang  bolehlah terjah  ke SINI, SINI,  
 Lepas tu mereka teruskan aktiviti...mandi mandaaa lagiii pastu..
yehaaaaaaa lompat jangan tak lompat
 salah satu aktiviti di perkampungan orang asli
Boleh baca gak kat SINI, SINI  dan SINI
Semua basah kuyup ..penat memang penat tapi happy..inilah percutian yang paling best kami pernah pergi sepanjang family trip tempat kerja hb. 
 Kira adventure dan mencabar kemampuan diri sendiri terutama kena jungle tracking dan canopy walk yang jambatan bergoyang-goyang bila berjalan diatasnya dan tak sangka akak mampu melakukannya.

Nanti kalau ada rezeki nak bawa 2 orang anak yang tak dapat join Russhdi dan Yana tapi bukan tahun nilah..insyallah

p/s Member akak pun bawa family dia ke sini sebab mereka anak beranak teruja baca N3 akak.  Jom kita pegi Taman Negara cuti sekolah minggu depan.


Isnin, Ogos 08, 2011

Menyelami Kehidupan Orang Asli Di Taman Negara Pahang

Bila tenguk kehidupan mereka disini, terasa berapa untungnya akak dan anak-anak.
tanpa pintu dan tingkap yang sempurna..isinilah tempat mereka
berlindung dari hujan dan panas terik
Masak memasak tanpa dapur yang cantik dan canggih..
alahai teringat kenangan masa kecik main pondok-pondok
tiada kemudahan air yang sempurna..sambungan getah yang di sediakan
oleh krew filem Hanyut..dulu air di ambil dari bukit
Tiada tilam tebal dan bantal empuk..bilik tanpa hiasan
tiada makanan yang enak dan berkhasiat tapi badan tetap sehat
pakaian ala kadar cukup menutupi apa yang perlu
..tiada baju sutera....tiada aksesori di badan
tiada internet, tv, ps, psp dan mainan canggih ...
walaupun begitu... mereka tetap riang gembira
gelak ketawa bersama rakan sebaya
Rumah tinggalan krew filem Hanyut-ada yang bersekolah dan ada yang tidak...jika bersekolah mereka cuma mendapat pendidikan asas setakat tau menulis dan membaca. Selepas tu mereka tidak berminat nak meneruskan pelajaran dengan alasan sekolah jauh dan sering berpindah randah.
Membantu sekadar yang mampu... ada yang membeli c
enderahati sumpit berharga RM25.00 satu
beramah mesra sambil mendengar cerita dari tok batin
bercerita sambil menghisap rokok..salah satu yang mereka perlukan..
garam dan beras salah satu barang keperluan sementara lauk pauk cari dalam hutan sahaja
apakah yang di fikirkan oleh kami berdua? Tentu masing-masing
memikirkan perkara yang berbeza
merenung masa depan yang tak pasti

p/s banyak gambar lagi ..nanti akak nak upload kat fp akak kakinakl.com

Sabtu, Jun 18, 2011

"Jungle Trekking" di Hutan Taman Negara Pahang

11hb. Jun 2011 (Sabtu)
Pagi lepas sarapan pagi semua berkumpul kat jeti ..nak gi menjelajah hutan di siang hari.
seberang sungai ajer tak sampai pun 5 minit..kena bayar RM1.00 sehala..

 Bermulalah jungle trekking kami 
Baru mula jalan...sisssssssssss ada tapir..
yehaaa dapat gak ambil gambar dengan tapir..tapir tu lari ketakutan sebab terkena flash kamera kata penunjuk arah
ashik klik sana, klik sini..seronok tapi penat
juru pandu arah menerangkan kegunaan daun yang selalu digunakan oleh orang asli
berselirat
Pokok ni berusia puluhan tahun
bestkan Ira..kata tak penat..tapi bila balik ke bilik..pengsannn
mencuba
rotan yang masih muda memang banyak duri..kena hati-hati
chewah..macam bagus ajer..kena panjat ada tangga tak per, bila tak adatangga..fuuhhhh pancit dibuatnya ..hb sibuk kata..beg gantung tu melambatkan pergerakkan. Masa balik hb masukkan dalam back gendung.
penat ek bang..semput gak sebab jarang buat aktiviti camni

cantikkan pemandangan dalam hutan..kamera dari staff hb akak
berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya

Berhasil berhasil..orang lain ambil masa yang singkat, kumpulan kami ambil masa yang agak lama.Sape ek yang lambat..akaklah..

p/s banyak lagi gambar tapi takut ada yang bosan pulak kang.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...