OOO

Memaparkan catatan dengan label ikan bilis goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan bilis goreng. Papar semua catatan

Selasa, November 01, 2011

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Dan Kacang Tanah

 Kalau buat sambal goreng stail camni memang licin di kerjakan akak dan anak-anak.  Suka makan dengan nasi dan roti.  Kadang-kadang anak-anak mengatah ajerlah sampai akak bising...tolong ingat orang lain yer..

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 100-150gm kacang tanah
  • 6 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa(bergantung kepada kemasaman)
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara
1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan.
2. Goreng kacang tanah  dan toskan dan selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing dengan minyakbaru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar,perlahankan api dan biarkan cili garing dan kacau selalu.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan sambal kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng.
7. Kacau selalu dengan api perlahan, kalau tidak hangus pulak nanti kering sedikit.
8. Setelah agak kering ...rasa dulu dan barulah dipadamkan api.

Isnin, September 19, 2011

Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Api Dan Tempe

Resepi yang senang dan sodap.  Bila dah jemu makan daging dan ayam bolehlah layan lauk camni. 
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
  • 15-20 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil,cili api dan bawang putih.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang/cili api yang telah di tumbuk tadi.
4. Perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu sehingga kering sedikit.
5. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti dan masukkan garam.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.

Selasa, November 30, 2010

Resepi Bubur Nasi Daging

Dah lama dah buat bubur nasi daging ni. Akak pernah terbaca dalam satu artikel pasal salah satu kedai makan cina yang menjual bubur nasi ayam. Mereka rendam beras wangi dalam air mineral dari malam sebelum kita rebus beras tu.

Akak pun trylah gak ikut tip yang di berikan. Oh ...memang cepat..tak yah tunggu lama.


Akak beli tulang dan sedikit daging . Oleh sebab akak campak-campak ajer resepi ni...akak cuma bagi bahan agak-agak ajer yer.
Bahan-bahan
1 cawan beras wangi (beras biasa pun boleh) - basuh dan rendam semalaman dengan air mineral (air biasa pun boleh)
sedikit tulang
sedikit daging lembu
2 inci halia-potong lebar
3 biji bawang merah-hiris
4 biji bawang putih-hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1-1 1/2 sudu makan serbuk sup adabi
sedikit minyak
garam secukupnya
air secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh tulang dan daging. Rebus bersama beras yang telah di rendam dengan air yang secukupnya.
2. Goreng bawang putih dan bawang merah, setelah kuning baru masukkan rempah sup bersama sedikit air dan hirisan halia. Padam api.
3. Masukkan ke dalam periuk berisi beras dan tulang tadi. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
4. Rebus dengan api sederhana/kecil sehingga beras hancur dan pekat.
5. Rasa dulu dan barulah di padam api.
6. Taburkan hirisan daun sup/bawang.

Bahan sampingan
sedikit daun sup dan daun bawang -dihiris
sepatutnya ada bawang goreng lagi di tabur kat bubur nasi-malas nak buat
Suami akak kalau sarap bubur nasi mesti ada ni..kalau idak tak cukup korum..ikan bilis, hirisan bawang besar dan hirisan cili hidup
Nak tenguk versi bubur nasi ayam gi ke sini yer
http://www.kakinakl.com/2009/07/bubur-nasi.html

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...