OOO

Rabu, Disember 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU


ambik dari rumah akak ni...bolehlah tu kan....

SELAMAT DATANG TAHUN 2009 DAN SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008.........

APA AZAM TAHUN NI.......TAKKAN MASIH SAMA MACAM TAHUN LEPAS......

SEMUGA TAHUN 2009 MEMBERI KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN KEPADA KITA SEMUA..........

Selasa, Disember 30, 2008

Untuk mummy ila-kepastian yang ku tunggu


buat mummy ila...sudilah terima kad ni walau pun cuma di alam cyber.....semuga panjang umur dan di murahkan rezeki...

Kisah hari isnin

Hari isnin suami akak bertolak ke abu dhabi....sejak balik dari jakarta ..tak pernah lagi dia pergi ke luar negara.....rasa sayu pulak hati kena tinggal kali ni...yelah tak ada bantal peluk malam nanti.......nasib baiklah dia pergi tak lama...pagi khamis dah sampai balik ke rumah...

Pagi lagi dah buat sarapan puff pastri ..kali ni akak bubuh hot doglah pulak........
Dalam pukul 9.00 pagi akak hantar suami di KL Sentral aje...nanti naik erl aje dari situ...senang ..tak payah buang minyak kereta dan duit tol...

Semuga suami akak selamat pergi dan selamat kembali .....sayu pulak hati bila bersalam dengan dia tadi...akak gi dengan imran...balik dari kl sentral pergi pulak survey jalan nak ke smk putri wilayah, kg baru...pasal esok nak buat pengesahan di sekolah tu..

Dah jumpa sekolah tu kami ke perodua jalan genting klang..sebenarnya nak pergi hari selasa.....saja-saja jalan kat situ....ingatkan tutup......rupanya bukak.. akak nak check bateri kereta....pasal kadang-kadang susah nak hidup enjin...pernah balik dari pasar tani hari sabtu lepas .....enjin tak hiduplah pulak...nasib baik kat rumah....kalau kat pasar tani....tak tahulah nak cakap....rupanya memang bateri punya hal...kena tukar bateri baru....

Dah selesai......... pergi pulak kedai jual beg sekolah jenama swan...kat sini yang jual cuma jenama swan...kiranya macam ejen.....akak suka beli kat sini kerna harga dia lebih murah dari tempat lain...banyak tau perbezaan harga..sebenarnya masa di jj wangsa maju...

.si imran berkenan dengan beg yang jenama biasa-biasa aje.....dahlah tapak beg tu tak berlapik....dah garenti sekejap aje terbolos beg tu...buku pulak banyak..belajar dari pagi hingg ke petang....pagi belajar akademik....petang pulak belajar agama.....kalau beli beg tu tentu sekejap aje jahanam....imran ni pakai beg ganas sikit...nanti zip tak boleh pakailah...poket beg koyaklah...dan macam-macam lagi....

yang peliknya harga dia mahal jugak ..RM39.90...baik akak beli jenama swan ni.....kat tempat ni...selepas diskaun baru RM43.90...lagipun design terbaru ...ada jugak harga yang lebih murah..tapi si imran dan ira ni cerewet......kalau rosak zip atau koyak boleh suruh dia orang repair....kena bayar dalam RM5.00 hingga RM10.00......belilah beg untuk ira dan imran..dalam perjalanan balik call yana.... suruh dia masak nasi..

Dari sini zoom pulak ke kedai yang jual pakaian...nak cari baju tidur ira...yelah...nak duduk asrama kenalah pakai baju tidur....belilah 2 pasang....sampai kat rumah dah dekat pukul 1.00 tengahari...cadang nak masak nasi goreng...tapi semua kata kenyang lagi...akak lepak dululah jawabnya...dalam pukul 3.00 lebih baru terasa lapar perut ni...akak goreng ajelah nasi...
Akak goreng nasi goreng kampung...bubuh cili padi dan ikan bilis...kat rumah ni kalau makan nasi goreng nak ada keropok goreng...dulu tak ada keropok ni....masa duduk kat indon...dah memang kebiasaan orang sana...kalau makan nasi goreng mesti ada keropok...selalunya keropok melinjau atau keropok sayur...terikut-ikut pulak kami macam orang indon...kat sini akak selalu goreng keropok ikan aje...beli yang terengganu punya....yang lain kurang umph...

Bila dah malam akak suruh yana bancuh tepung....suruh dia buat apam balik....yang ni untuk akak dan yana....buat sendiri boleh bubuh jagung dan kacang tanah banyak-banyak....

Untuk si imran dan ira...pecinta coklat...bubuh coklat chip.

Akak show gambar dulu..nanti akak bagi resepi ye....kenyang jugak makan apam balik ni tau...

Isnin, Disember 29, 2008

Pizza Smoked Beef Pepperoni dan Chicken Salami

Dah lama jugak tak makan pizza...hari khamis ingat hati nak gi tenguk tempat tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa...dan pergi sekali ke bagus bakeri..nak beli cheese mozarella dan chedder. Bila sampai di tempat tragedi...tak boleh masuklah pulak..ada polis jaga. Akak dan yana gilah kat pasaraya giant yang ada kat bukit antarabangsa tu.....beli chedder cheese dan mozarella...akak beli juga smoked beef pepperoni dan chicken salami..nak cuba bubuh kat pizza...macam kat pizza hut tu ..memang berbeza rasanya. Kali doh/base akak ambil dari rumah chef popular ah mat gebu..akak edit sikit-sikit ye cik mat..

Bahan Doh:-

1. 250 g tepung roti (high protein flour)
2. 130 ml air
3. 1/2 camca teh garam

4. 1/2 camca besar gula
5. 1 camca teh yis (instant yeast)

6. 1 camca besar madu

7. 1 camca besar lemak sayur (shortening)

8. 2 camca besar minyak zaitun
9. 2 ulas bawang putih, cincang halus

10. 1 camca teh oregano kering


UNTUK DOH

1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.

5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.


KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Untuk imran dan ira

Sos pizza ni akak kena masak..akak pernah letak sos tomato dan sos cili aje atas doh pizza tu..tapi si imran tak tahan..sakit perut..sejak tu kenalah masak dulu sos ni..sebenarnya cara masak sos ni sama macam masak sos spagetti.


BAHAN UNTUK SOS

1. 500gm ayam yang telah dikisar
2. 1 biji tomato (kisar halus)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 2 biji bawang putih-(potong dadu)
5. 3 sudu makan sos tomato
6. 2 sudu makan pes tomato
7. 1 sudu teh mixed herb
8. 1 sudu teh pizza herb
9. 1 sudu teh paprika
10. garam secukup rasa
11. minyak zaiton

CARA-CARA

1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga ayam.
3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api. Sejukkan.

BAHAN UNTUK DI LETAK DIATAS PIZZA

  • minyak zaiton
  • smoked beef pepperoni
  • chicken salami
  • cili benggala
  • cendawan butang
  • hotdog ayam ramly-dihiris tipis
  • cendawan butang di hiris tipis
  • chedder cheese - diparut
  • mozarella cheese
CARA-CARA
1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos ayam dan selang selikan smoked beef pepperoni dan hotdog ayam. 5. Letak pula chicken salami, cili benggala dan cendawan butan. 6 Taburkan chedder cheese dan mozarella cheese. 7. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Memanglah rasa tak sama dengan pizza hut..tak kira sedaplah jugak..
sape lagi nak puji..kalau bukan diri sendiri

Buttery Orange Cake

Bagi pencinta kek oren...memang bolehlah cuba buat kek oren mentega ni...memang wangi bau kek ni.. sedap dan lembut rasanya...memang tak rugi tau kalau buat kek ni..dahlah nak buat kek ni mudah..Akak suruh anak dara akak yang buat..yelah..duduk bercuti ni biarlah dia asah skill membaking tu..dah cakap dengan dia...walaupun tinggi mana belajar..tetap jugak kena pandai hal dapur..akak kutip resepi ni dari rumah jun..tapi dia jumpa kat rumah rossya fotopage..terima kasih ajelah pada rossya tu ye...memang menjilat loyang.....
Bahan-bahan
  • 250gm mentega - suhu bilik (lembut)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren (ikut jun guna 1 biji oren)
  • 330gm gula halus
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri*
  • 75gm tepung gandum *
  • 180ml jus oren
Cara-cara

1. Panaskan oven suhu 170 C.
1. Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri. Ketepikan.
2. Pukul mentega, kulit oren dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
4. Gunakan whisk..masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan jus oren. Kaup balikkan sahaja.
5. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lenser dengan mentega. Akak taburi dengan badam cincang.
5. Bakar selama 1 jam 10 minit bergantung kepada oven masing-masing..akak bakar 1 jam aje.

Ahad, Disember 28, 2008

Pasal oggix.com

Akak terpaksa remove shoutbox oggix ni....akak tulis lain...dia keluar lain....gunakah shouthbox yang biasa dulu lah....

Doa Awal Tahun Hijrah


Doa ni di baca selepas maghrib...akak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BAGI UMAT ISLAM.....
SELAMAT TINGGAL TAHUN 1429 HIJRAH DAN SELAMAT DATANG
TAHUN 1430 HIJRAH.........
TANAMKAN AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU...SEMUGA IMAN KITA BERTAMBAH DAN SEGALA KEBAIKAN DAN AMALAN DI BERKATI ALLAH S.W.T. AMIN...AMIN....AMIN...

Doa Akhir Tahun Hijrah


Bacalah sebelum maghrib...

Seronoknya hari ini.....

Semalam memang hari yang menggembirkan bagi akak..rasanya telah tertunailah hasrat di hati

Pertama..........

Pagi tadi....masa akak gi ke pasar tani taman melawati...jumpalah pulak orang jual barang antik..kakak tu baru pertama kali menjual kat pasar tani tu...akak pun excitedlah..kan akak ni peminat barangan lama..macam-macam barang yang dia jual dan harganya memang berpatutan....terkenanlah pulak dengan 2 barang ni...yang tak bestnya ...masa tu baru habis beli barangan dapur..tenguk dalam dompet...RM dah tinggal seciput....yang buat tak sedap hati barang yang akak minat tu ramailah pulak orang ashik belek...tak boleh jadi ni...bincang dengan penjual tu..boleh tak book dulu..nanti akak datang balik....

kak...saya minatlah dengan 2 barang ni...boleh tolong simpan tak...
boleh tapi bagilah dulu 30% deposit nanti akak simpankan...
ala kak...tak cukuplah...tenguk dalam dompet saya ni....ada berapa aje...dah habis beli barang..tak
tahulah pulak akak ada benda lama ni...dulu mana ada akak jual kat sini....
k
alau macam tu call lah anak suruh dia bank in duit....
rasanya anak saya belum bangun lagi....tolonglah kak...simpan dulu..insyallah saya datang balik....
yelah...akak ketepikan dulu...jangan tak datang ye....bagi no tel kamu...

sampai aje kat rumah...buat breakfast untuk anak-anak dan suami...akak terlupalah pulak nak call penjual tu...dalam pukul 9.00 lebih dia call....

lina..ada orang yang berminat nak beli cerek tulah...kamu jadi ke tidak nak beli?
kalau kamu tak nak beli...akak jual ye...
la..lupa pulak nak call akak...kejap lagi saya datang...akak jangan jual ye...

Apa lagi...akak ajak yana teman akak gi ke situ balik...alhamdulliah akak sampai kat situ benda tu masih ada lagi...

nasib baik akak tak jual ye.....
akak dah janji dengan kamu....tak sedap pulak nak jual...tu...orang nak beli cerek tu dah tunggu..kalau kamu tak datang akak jual..akak dah cakap dengan dia..kamu on the way...
....dia tunjukkan orang yang tengah tunggu....

nilah barang yang akak berkenan tu...nak buat koleksi lagi......


Kedua

Lepas balik dari pasar tani tu....akak lepak-lepak sementara nak pergi ke majlis perkawinan 2 pupu akak...bila posmen sampai akak suruh imran pergi tenguk kat peti surat...

mak...ada 2 surat...satu untuk ayah dan satu lagi Nur Athirah....berdebar-debar hati akak..
cepatlah bagi mak..imran......

Surat yang di tunggu-tunggu dah tiba...alhamdulliah athirah di tawarkan ke sekolah kelas aliran agama (kaa) ....punyalah seronok dia..memang kalau diikutkan hati dia nak masuk ke smakl...tapi mungkin dah tak ada rezeki kat sana....dia dapat sekolah ni...

tak apalah athirah...sekolah kat mana-mana pun serupa...janji ira nak belajar sungguh-sungguh...
lagi pun sekolah ni..tak jauhlah sangat...nanti mak boleh jumpa ira tiap-tiap minggu...
akak pujuk dia...
nanti kalau ira rajin dan dapat 8A...ira boleh cuba mintak sekolah berasrama penuh atau pun mrsm.....

yelah...ira pun tak kisah..mana yang dapat...ira memang nak pergi sekolah berasrama macam kakak yana...

Lepas tu akak suruh anak-anak siap nak gi pulak ke jemputan kawin 2 pupu akak...majlis di buat di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur....masa sepupu akak datang ke rumah nak menjemput tanya jugak dengan dia....

Kak Rudi....ada protokal ke...yang datang cuma suami isteri aje ke?...
tak lah...buat macam majlis biasa aje....bawalah anak-anak sekali....
macam ni bestlah....insyallah angah(panggilan family belah abah) akan datang dengan anak-anak....

Ira nak ambil gambar kat sini pulak....tak pernah lagi masuk ke bangunan risda ni...tertarik pulak dengan ukiran dinding dia...

Imran nak posing kat sini.......

Masa masuk ke dewan ...pengantin dah habis bersanding..akak bengang dengan suami...sebelum datang kat sini..dia ke pejabat dulu..nak ambil tiket kapal terbang dan dokumen yang nak bawak ke Abu Dhabi...dia kena pergi sanalah pulak...nasib baik tak lama...4 hari aje...yang buat lama kat pejabat tu nak tunggu tiket tulah....
Yang tak bestnya ramai pulak saudara akak dah balik....dapat jumpalah berapa kerat aje...tenguk pengantin perempuan ni..teringat masa mak dan ayah dia kawin dulu...masa tu akak bersekolah rendah lagi...nilah cucu pertama arwah pak long dewa dan mak long limah yang ajak abah dan mak buat rumah kat kg puah, setapak tu....

SELAMAT PENGANTIN BARU NURSAPURA DAN ISKANDAR HURFIQAH...SEMUGA KEKAL BAHAGIA SELAMA-LAMANYA.

Yang berdiri di belakang abah yang pakai cermin mata hitam tulah abang salleh..anak arwah pak long dewa dan mak long limah....masih ingat lagi kemeriahan perkawinan abang salleh dan kak rudi ni (mak dan ayah pengantin perempuan)..oleh sebab abang salleh ni anak pertama....lepas tu kerja pulak kat hotel hilton..jadi arwah mak long limah dan pak long dewa buat kenduri kawin ...masa tu kira yang paling grandlah masa tu di kampung puah ni......siap ada joget lambak...yelah merekakan orang melaka....akak pun ada ikut hantar pengantin lelaki nikah dan sanding di bentong, pahang..naik kereta pak long dan mak long....

Anak-anak tengah menjamu selera...

Orang pun dah tak berapa ramai lagi..jadi tak payahlah kami beratur panjang...
bila tengah makan akak ternampaklah pulak...mak ex boyfriend akak..last sekali akak jumpa masa dia datang ke majlis pekawinan akak...akak panggil dia mak itam ....yelah..kan kami masih bersaudara..walaupun akak tak jadi dengan anak dia. Masa datang ke majlis yang berkaitan belah abah....akak tak pernah berserempak pulak dengan family mereka ni.....mungkin masa tu mereka dah balik ataupun akak lambat datang.... mak itam datang dengan anak-anak dia....mak itam terperanjat jugak tenguk badan akak dah membesar...yelah akak kan dah beranak pinak...badan naiklah berganda-ganda...

Nasib baik ex boyfriend dah balik semula ke tapah , perak...dia datang dengan isteri dan anak-anak dia.....kalau idak...mesti terkenang sejarah silam....tak tahu pulak ex ni dah pindah ke perak...dulu dia kerja di klang, selangor....lepas makan akak bersalamlah dgn mak itam ni...berbual-bual tentang keluarga masing-masing..rupa-rupanya suami dia dah meninggal tahun 2005 akibat sakit buah pinggang..al fatihah untuk beliau...jumpa kakak kepada ex ni...dia kata muka yana macam muka akak masa sekolah dulu.....masa nak balik akak bersalam dengan anak buah mak itam ni....dia pulak kata..........

macammana tak kenal dengan lina ni....dia kan menantu tak jadi mak itam..kurang asam betul..
yelah..perkara dah lepas jangan di kenang...tutup buku lama..bukak buku baru..akak jawab macamtu kat dia..

Masa berkawan dengan anak mak itam ni akak baru tingkatan 2 dan dia baru tingkatan 3...lama tu berkawan dengan dia...adalah dalam 7 tahun...memanglah semua saudara mara kenal dan tahu sejarah kami...tapi dah lah tak ada jodohkan...nak buat macam mana...

Kek yang siap sedia nak di potong..masa akak nak balik..kek ni masih macam ni jugak...tak dapat nak rasa kek pengantin....Lepas tu suami ajak beli baju dan peralatan sekolah ira dan imran..yelah dulu tak beli dulu..pasal ira pun tak tahu dapat sekolah mana lagi...mula-mula ingat nak ke jj wangsa maju...jalan kat mrr2 jemlah pulak...ajak suami pergi ke jj setiawangsa yang baru buka.

Si ira geram tenguk belon tu...abang dia pun sama...... Masa ni di pintu masuk..Rasanya jj di sini lebih besar dari jj wangsa maju. Banyak tempat makan..suami beli barangan kereta dan akak beli peralatan sekolah di tingkat 1.

Tak habis lagi si irah dan imran nak posing kat belon ni..geram katanya tenguk belon tu di buat macam-macam......ni di ruang legar di tingkat satu..Di tingkat 2 akak belilah baju sekolah ira dan imran seorang 2 pasang...stokin dan kasut imran...kasut ira tak beli dulu..nanti dah lapur diri baru dapat senarai barang yang perlu di beli.......
Tudung, sampin, baju melayu dan beg belum beli lagi...pasal tak ada stok.....nanti beli kat tempat lain. Suami pulak beli kasut jogging dan russhi beli seluar panjang nak pakai masa praktikal nanti. Bila time bayar..suami terperanjat...kena bayar RM446.90....mak datok...mahalnya barangan sekolah sekarang...dia ingat baru RM200 lebih..nak buat macammana kan..anak nak bersekolah...

yang ni semua ira punya...selalu kalau akak beli...mesti suami akak merungut...dia kata akak tak pandai jimat...bila dah kena kat diri sendiri barulah dia tahu barang semua dah mahal...oleh sebab ira dah masuk tingkatan satu dan nak masuk asrama terpaksalah beli segala benda remeh temeh..kalau tidak mungkin tak sebanyak itu...

Si imran pulak tahun ni jais tukar pulak warna kasut dan stokin...dulu putih...sekarang warna hitam...mungkin sebab budak-budak sekolah rendah ni kalau pakai kasut putih dan stokin putih..bila balik aje dari sekolah....semuanya dah bertukar warna yang menakutkan...yelah budak lelaki..tahu ajelah....kalau boleh baju sekolah tu pun tukar ke warna hitam pun bagus...menyampah nak sental dan clorox.........sampin pun tukar dari warna merah jambu ke warna hijau..kalau nak diikutkan imran cuma beli sepasang kasut aje pasal bulan oktober terpaksa beli kasut putih baru... pasal kasut dia dah koyak rabak...sekarang ni kasut tu tak boleh pakai lah pulak...kena buat pakai main bolalah jawabnya..

Alhamdulliahlah suami akak ni masih mampu...macamana agaknya orang yang tak mampu tu...

Yes.......imran seronoklah tu.. ..........dia dah dapat barang sekolah dia...
Sampai kat rumah dah nak dekat 6.30 petang...mula-mula nak pergi ke pasar malam..tapi semuanya malas nak pergi..tak kanlah akak yang nak pergi..dah penat rasanya.. ...jadi....the solution...

Kebetulan pes ni ada 3 peket lagi.......lepas tu ada stok mee, udang, daging, taugeh dan sawi...memang ada dalam peti sejuk.....baru balik pasarkan...jadi mestilah stok banyak dalam peti sejuk.....akak bukan ke muar beli pes ni..tapi kirim kat member russhdi yang family dia duduk kat sana....dah cuba macam-macam pes mee bandung ....rasanya nilah yang paling sedap.

Maka semua makan mee bandunglah malam ni......selamat duit akak..kalau pergi pasar malam mesti keluar RM15.00-RM25.00...Memang seronoklah hari ni....

Puff Pastri berinti sardin

Memang syok makan pastri puff ni.....kalau ada inti..memang senang sangat untuk buat makan petang ataupun sarapan...sebab tulah akak selalu beli banyak...buat stok kat rumah..kali buat pakai inti sardin pulak...

Bahan-bahan
  • 15 keping pastri - 1 peket ada 10 keping
  • 1 tin sardin
  • 1 labu bawang besar-dipotong dadu
  • 1 batang cili-di potong dadu
  • jus limau kasturi
  • garam
  • mayonis
  • serbuk lada hitam
  • 1 biji telur - dipukul sekejap
Cara-cara

1. Ambil sardin aje dan hancurkan ikan sardin.
2. Masukkan semua..kena adjustlah berapa banyak nak bubuh mayonis, garam, serbuk lada hitam dan mayonis.
3. Letak inti di atas pastri, Lipat 2 dan tekan se tiap hujung dengan garpu. Kena tekan kuat sikit..takut terbuka masa bakar nanti.
4. Sapu telur di atas puff dan bakarlah dalam suhu 200C selama 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.
4. Wal..la...dah siap dan bolehlah di hidang....

Hari yang membosankan

Hari Jumaat

Akak kena pergi ke Majlis Perbandaran Subang Jaya pasal nak bayar cukai pintu....selalunya bayar kat pejabat pos aje di seri gombak...boleh bayar online disitu...tapi sampai bulan Ogos aje rupanya..l..oleh sebab terlupa nak bayar..kenalah gi sana..sebenarnya boleh gunakan cek ataupun wang pos...guna online banking pun boleh..tapi suami akak tak suka cara tu semua..dia takut nanti macam-macam hal terjadi...yelah sekarang ni kan banyak sangat penipuan dalam internet.

Akak pergi kesitu dengan russhdi dan bertolak dalam pukul 9.00 lebih...ada member kata dekat area subang parade....sampai kat C4 tak nampaklah pulak MPSJ....jalan punya jalan nampaklah signboard tunjukkan arah ke situ...jauh jugak dari C4 Subang Jaya nak kesitu..sampai ke MPSJ tu parking dahlah sikit..penuh pulak tu..suruh russhi tunggu dalam kereta...akak pergi bayar.

Bila sampai di kaunter pembayaran..ambil nombor...nombor 2043 masa tu no baru 1822..mak oi.......lamanya nombor nak naik..akak pergilah balik ke tempat parking... cari russhdi......alhamdulliah dia dah dapat parking dan tengah lepak dalam kereta...akak suruh dia matikan enjin dan masuk ke dalam bersama akak..yelah takkan dia nak tunggu lama-lama dalam kereta..menghabiskan minyak aje..masa sampai kat situ dah pukul 10.00 lebih..bosannya menunggu.......tenguk jam dah pukul 11.00 lebih........nombor bergerak macam siput b....i...kaunter pembayaran ada 18 tapi yang bertugas cuma 5 orang..tak ke haru....bila nombor yang di panggil orang tak ada...adalah dalam 2-3 kali.. (samada org tu ambil nombor dan buang sebab ramai sangat..ataupun dia malas nak tunggu) anak akak terus bangun.... pergi bayar..akak dah risau..nanti jadi gaduh.......manalah tahu orang punya nombor muncul....nasib baik settle cepat..tak sampai 5 minit...pandai jugak nak akak ni ye......rupanya dia memang selalu buat macam tu bila pergi ke pejabat pos atau bank........tapi korang jangan ikut tau....fuh...lega rasanya tak payah tunggu kat situ lama-lama....memang membosankan kalau nak sampai nombor akak tu....

Lepas tu pergilah ke petaling jaya nak service kereta....oleh sebab tak familiar dengan jalan petaling jaya ni...akak sesatlah kejap...ashik pusing-pusing kat jalan 222....call suami dia kata kat jalan 225 belah stesyen minyak bhp.....kena u turnlah pulak........sampai kat service kereta tu pukul 12.00 lebih...oleh kerana banyak pekerja yang bercuti dan kereta pun agak banyak akak kenalah tunggu....bila sampai pukul 1.00 mereka berhenti rehat....hari pulak hari jumaat jadi rehat agak panjang dari pukul 1.00 - 2.30 petang..ya allah..lamanya nak tunggu....perut pulak dah lapar...nasib baik masa nak cari jalan ni dah beli susu kotak dan roti kat petronas.....dapatlah alas perut kejap...technician tu ajak anak akak naik motor gi sembahyang kat masjid area situ..lupa pulak nak suruh dia beli nasi bungkus...bila orang tak ada akak pun tidurlah...nak buat apa lagi...

Dalam pukul 2.15 russhdi sampai...tanya dia dah makan ke belum? Dia belum makan..kerna kesiankan mak....alahai terharunya akak....dalam pukul 3.45 barulah kereta siap di service....perut memang dah lapar giler....pusing-pusing cari tempat makan...tak berkenanlah pulak nak makan kat area situ.....akak takut jalan jem kat lebuhraya persekutuan tu...ajak russh singgah isi minyak dan beli lagi air kotak dan roti di petronas untuk alas perut...

Alhamdulliah perjalanan lancar dan sampai kat rumah dekat pukul 5.00....nasib baik sarapan pagi...nasi impit ada lagi....makan tulah dulu...yana dah masak nasi...suruh firdaus beli lauk kat kedai...tak kuasa akak nak masak ...dah penat...lain kali tak mau gi ke mpsj tu...nak bayar cepat-cepat...serik akak di buatnya...

Memang hari yang membosankan bagi akak...

Jumaat, Disember 26, 2008

Untuk Hazila - My Small Kitchen


SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 13......SEMUGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

sorry ye hazila..baru perasan tadi...

Masak Lemak Ikan Baung Dengan Rebung


Bahan-bahannya

1. 3 ekor ikan baung

2. 700ml santan atau 1 1/2 biji kelapa (kena pekat sikit baru sedap)

3. 15 biji cili api kampung (ikut juga kepedasan yang di ingini)*
4. 2 batang serai ( diketuk)
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 1 inci halia*
7. rebung masam-akak beli RM2.00
8. garam secukup rasa


Cara-cara

1. Bersihkan ikan....selepas itu perah jus asam limau kasturi dan garam(perap sebentar..kemudian cuci semula..nak buang bau hanyir ikan)
2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda* (akak suka tumbuk)
3. Masukkan juga santan.
4. Gunakan api yang kecil saja sampai mendidih dan di kacau selalu.
5. Bila telah mendidih baru masukkan rebung.
6. Kemudian baru masukkan ikan baung.
7. Biarkan selama 5-10 minit...jangan lama sangat nant ikan hancur.
8. Masukkan garam dan rasa dulu baru dipadamkan api.

Tauhu


Memang sedap betul tahu goreng ni di makan dengan sos yang akak ambil dari rumah che'iza ni..dalam resepi tu tahu ni di bakar..tapi takut perut anak tak tahan..akak goreng dulu tahu tu.
Oleh sebab anak tak minat nak makan sengkuang, timun dan tauge...akak tak letak tu semua. Makan tahu semata-mata. Kenyang jugak makan tahu ni ye..

Bahan-bahan

1. 1/2 batang timun-akak tak letak
2. 100gm taugeh-tak letak
3. 1/2 biji sengkuang-tak letak
4. 6 keping tahu - di potong dua
5. 1 ulas bawang putih di titik/cincang halus*
6. 3 sudu makan cili boh/cili kisar*
7. 2 sudu besar gula merah - akak gunakan gula kabong*
8. 1 sudu makan gula pasir*
9. 2 cawan air*
10. sedikit garam*
11. 3 sudu besar air asam jawa*
12. 1 sudu besar bijan-digoreng tanpa minyak
13. 100gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak (sangai)buang kulit dan tumbuk kasar.


Cara-cara
  • Lumur tahu dengan sedikit garam dan goreng sebenar dengan minyak terendam. Toskan. Kalau nak bakar pun boleh. Ketepikan.
  • Celur taugeh dengan air panas dan toskan. Ketepikan.
  • Potong timun dan sengkuang kecil-kecil atau memanjang.
  • Masak semua bahan yang bertanda * sehingga pekat. Kepekatannya bergantung kepada selera masing-masing.
  • Bila kuah hampir pekat masukkan bijan dan kacau sebati.
  • Padamkan api.
  • Potong tahu, letak taugeh, sengkuang dan timun di dalam pinggan.
  • Tuangkan kuah dan taburi dengan kacang tanah. Siap untuk di makan.

Pisang Bakar Bercoklat


Jiran ada beri pisang emas 3 sisir..mula-mula cadang nak buat kek pisang...tapi disebabkan ashik menjengkit (jalan aje)..pisang tu dah masak..akak masukkan kedalam peti sejuk......hari isnin suruh anak buat pisang bakar. Masa duduk di jakarta dulu...pisang bakar ni merata-rata orang jual...yang banyak sekali di jual di semarang, jawa tengah dan di bandung, jawa barat..macam-macam mereka letak atas pisang tu.....tapi bahan utama mesti susu pekat manis.....kat sana ada susu pekat manis berperisa coklat..kat sini tak ada. Lepas tu mereka taburkan coklat rice, kelapa parut, badam cincang ataupun keju. lebih sedap lagi kalau di bakar di atas arang..ala..macam bakar satay. Selalunya mereka guna pisang emas, pisang kepok ataupun pisang raja.

  • mentega (kalau guna kuali tak melekat)
  • 2 biji pisang
  • Keju cheddar yang telah di parut
  • susu pekat manis
  • coklat rice, badam cincang, gula berwarni-warni
  • sos coklat (Hersey's) - atau coklat masakan yang telah di cairkan.

Cara-cara

  1. Kopek kulit dan potong memanjang pisang tersebut.
  2. Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi atau gunakan kuali tidak melekat yang telah di bubuh mentega.)
  3. Kalau nak lagi sedap...bakar atas arang.
  4. Sapukan susu pekat manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
  5. Ataupun curah susu pekat...coklat masakan dan hias dengan coklat rice/gula berwarna warni atau badam cincang.
  6. Siap untuk di makan..dan sedap di makan panas-panas..
Kalau tenguk pisang ni tentu tak selera kan....lepas di buat pisang bakar....habis.....sehingga menjilat jari.

Kad untuk mummy ila-kepastian yang ku tunggu


selamat ulang tahun perkawinan yang ke 4...semuga kekal bahagia hendaknya di samping suami dan anak tersayang..

Untuk Farah - Mommy Otai


BUAT FARAH DAN SUAMI...SELAMAT ULANGTAHUN PERKAWINAN YANG KE EMPAT..
SEMUGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

Khamis, Disember 25, 2008

Buat ela dan suami


BUAT ELA DAN SUAMI.........SELAMAT ULANG TAHUN KE 5...SEMUGA KEKAL BAHAGIA SELAMA-LAMANYA..

Lala


Banyak jugak yang confius antara siput tongkol dan lala...akak show kat sini...kan beza tu...cara masak sama jadi akak copy & paste aje ye....

Bahan-bahan

1. 1/2 kilo lala
2. 1 biji bawang besar - di hiris bulat
3. 2 biji bawang putih - hiris nipis
4. 1 inci halia - hiris tipis
5. 2 batang serai - di tumbuk sedikit hujungnya(titik)
6. 1 helai daun kunyit - di carik
7. 1 sudu teh sos tiram
8. sedikit minyak dan garam

Cara-cara

1. Rendam lala sebentar dengan air garam. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Bila dah layu , masukkan lala, sos tiram, serai dan garam. Kacau sebati.
4. Biarkan dalam 5-10 minit..baru padam api.

Kisah Mak Akak (2)





Sambung baliklah cerita mak akak hari tu...

Bila tanya mak lagi.........

Rugi tau mak...tak habis belajar lagi dah kawin dengan abah.......kalau tidak tentu mak kerja best...

Mak diam.........lepas tu dia jawab......

Entahlah.....tapi mak tak tahan kena pukul..kau mana tahu...kau tak merasa..

Lepas tu mak diam..mungkin dia terkenang kisah lalu....tapi akak tenguk air muka dia berubah..
tak beranilah nak tanya lagi...

Mungkin dah sampai jodoh mak dengan abah...........tak lama kemudian abah putus dengan girlfriend dia orang kristian tu dan mak couple dengan abah...bila mak su dapat tahu...dia marah....yelah mak masihkan masih bersekolah lagi.......tak tahulah apa yang dia sebut...mungkin mak kecil hati ....mak ceritakan semuanya kat abah...abah simpati....kebetulan bapa saudara abah ada duduk di area kl jugak..kalau tak silap di bangsar..yang abah panggil pak long taib.....dialah yang suruh mak duduk kat rumah dia...bila mak kena halau dari rumah mak su. Nasib mak memang baik...akhirnya pak long taib setuju menikahkan mak dengan abah di negeri sembilan di rumah salah se orang saudara abah dan sejak itu putuslah hubungan di antara mak dan mak su...kiranya mak nekad.......mungkin ada lagi cerita di sebaliknya....cuma mak tak mahu cerita sangat tentang hal ni....... entahlah akak pun tak boleh salahkan sesiapa kerna akak pun tak berapa tahu cerita yang sebenarnya...cuma akak bersyukur kerna akak di lahirkan oleh mak tersayang...

Mak bersama member dia kat tempat kerja di malayan tabacco company di jalan sungai besi.

Bila dah nikah....kewangan pun terhad...mereka menyewa bilik dulu di area bangsar dan mak kenalah cari kerja..alhamdulliah mungkin mak ada kelulusan ada dua tawaran kerja yang mak dapat....satu dari lever brothers dan satu lagi dari malayan tabacco company (MTC)...bila mak tenguk gaji di mtc lebih sedikit maka bekerja di situ..
Bila mak dah kerja barulah mereka mampu menyewa rumah di Kg. Abdullah Hukum...sekarang ni dah jadi Mid Valley .....itupun mereka ashik berpindah sehingga 3 kali di kg yang sama... dan di situlah jugak mak bertemu dengan mak angkat akak. Mak mengandung dan melahirkan akak 3 beradik di situ dan mak terpaksa uruskan diri sendiri..masa dalam pantang....selang setahun pulak tu...tak dapat di bayangkan macammana susahnya mak masa tu...dahlah dengan 3 orang anak kecil....nasib baik jugak abah rajin menolong.....oleh kerana mak bekerja maka mak terpaksa mencari orang nak jaga kami bertiga beradik dan alhamdulliah kami di jaga oleh mak angkat....dengan penuh kasih sayang...akak panggil mak angkat tu busu mayah..masa tu busu mayah tinggal dengan ibu dia yang telah menjanda.

Masa mak melahirkan anak pertama.....arwah atuk dan wan memang tak datang melawat..yelah mereka marah sebab masa tu mereka nak kawinkan abah dengan orang sekampung..ala depan rumah aje perempuan tu.....cuma yang datang masa tu cuma mak wan aje...itupun sekejap...busu mayah dan mak dialah yang paling banyak tolong mak masa tu.....tulah sebabnya akak selalu datang ke rumah beliau di pantai dalam....sekarang ni suami dia dah meninggal..jadi tinggallah dia dengan anak-anak dia di situ.........budi beliau akan di kenang sampai mati..

Bila mak dah kerja kami di jaga oleh busu mayah ni..mak pulak kerja shift...ada dua shift..pagi dan petang....kalau mak kerja petang... mak balik dalam pukul 11.00 malam..jadi kerna kesian tenguk kami dah tidur....yelah baby lagikan......busu mayah tak bagi bawak balik..jadi kami tidur kat rumah busu...bila dah besar sikit barulah abah ambil kami pulang ke rumah bila abah balik dari kerja...oh ya...lupa pulak nak cerita..mungkin dah rezeki kami abah dapat pulak kerja di Kedutaan British (british high commision)..masa tu embassy tu bukan kat tempat sekarang tapi di Bangunan Sultan Sulaiman...ada juga orang panggil bangunan koperasi polis..sekarang ni dah jadi bangunan mas rasanya...


Bila abah kerja kat bhc tu.... abah terjumpa dengan bapa saudara dia yang tinggal di Kampung Puah, Setapak..arwah ni akak panggil pak long dewa..dia kerja polis..mungkin dia ada urusan di koperasi polis tu.....dia kesian bila dapat tahu abah dan mak duduk menyewa............jadi dia ajak mak dan abah buat rumah kat situ..maka abah dan mak buatlah rumah ibu dulu ..pasal tak ada duit...kami masih lagi tinggal kat rumah busu mayah tu buat sementara kerna tak ada orang nak jaga...lagipun busu tu dah sayang dengan kami.... Bila dah pindah kat situ mak tenguk kami seminggu sekali ..sampailah kakak akak yang sulung 4 tahun..akak 3 tahun dan adik 2 tahun..barulah kami dapat duduk dengan mak dan abah.

Masa di kampung puah ni pulak...kiranya ramai jugak yang jaga kami....kat kg puah ni..ramai orang dari pulau jawa.....mula-mula rumah wak kusen.....lepas tu rumah arwah wak karmin/wak ton dan akhir sekali rumah lek/arwah wak karno....oh ye..lek tu tak tahu nama dia sebenarnya..tapi lek kan bahasa jawa...kalau melayu panggil makcik....kami seronok tinggal kat rumah lek dan wak karno ni..kerna mereka jaga kami dengan baik..yang best tu..mereka suami isteri jual nasi lemak kukus...lauknya sambal kerang dan sambal sotong kering...memang sedap nasi lemak kukus mereka...kami selalu tolong kopek kerang...jadi dapat upah makan nasi lemak..

Dah duduk tepi sungai..jadi kalau hujan lebat air naik...ikut nasib kadang-kadang tinggi ..kadang sikit aje....rumah tu rumah arwah wak karno/lek yang jual nasi lemak kukus dan pernah jaga kami adik beradik...kat rumah mereka pun ada perigi..air kat perigi dia jernih...yang tengah jalan tulah anak pak long taib..akak panggil mak ngah kasmah....

Ni pulak gambar pak ngah hamid sedang membersihkan rumah dia.....suami mak ngah kasmah..rumah dialah sebelah rumah akak....kira-kiranya rumah akak tengah-tengah..belah kiri mak ngah noridah dan sebelah kanan pak ngah hamid/mak ngah kasmah.

Kat belakang tulah rumah akak tinggal masa kecil..bersekolah rendah dan menengah....sampai akak bekerja......sekarang rumah ni dah tak ada lagi dah ..pasal dewan bandaraya buat pembesaran sungai...gambar abah dengan member dia main air..kalau air naik tinggi ...akak selalunya tinggal kat rumah mak long limah/pak long dewa..pasal rumah dia atas bukit.

Bila dah bersekolah di sekolah rendah kuantan....masa tu rumah kami dah ada 2 bilik dan dah ada bilik air....masa tu tak ada paip...jadi abah buat perigi untuk kami mandi dan basuh pinggan..tapi air tak berapa bersih.....pasal rumah kami tepi sungai ....untuk air minum dan masak ...kena ambil kat satu lagi perigi kat tepi bukit.....jadi tugas kami tiga beradik ambil air di perigi tu yang memang jernih air dia... perigi tu bukan dalam rumah tapi untuk orang awam...sesiapa yang nak ambil...ambillah...

Bila kami dah bersekolah..abah siapkan jadual waktu....setiap orang ada tugas masing-masing...abah memang pantang kalau kami tak buat tugas ikut jadual tu......bila abah dan mak pergi kerja...banyaklah kerja kami tiga beradik.....kami pergi dan balik dari sekolah naik bas sekolah..tapi bas tak masuk dalam..cuma turunkan kat pekan setapak... kami balik rumah jalan kaki.....bila sampai kat rumah...makanan memang dah ada....tak kiralah kerja pagi atau petang..mak mesti masak dulu....lepas berehat sekejap..kami buatlah kerja yang telah di agihkan seperti kalau akak angkat kain...adik kena angkat air dari perigi...kak long kena basuh pinggan ataupun lipat kain baju....kalau tak buat...mesti kena marah dengan abah.

Abah memang suka tanam bunga orkid.....kat keliling rumah banyak betul pokok orkid .....abah yang selalu siram bunga orkid ni bila dia balik kerja...mak kat belakang pakai baju kebaya hitam. Sebelah tu rumah saudara jugak...akak panggil mak ngah noridah...sekarang ni rumah mak ngah noridah dan rumah mak ngah kasmah tu pun dah tak ada lagi.

Masa ni majlis perkawinan anak perempuan wak kusen...rombongan pihak lelaki bersanggah kat rumah akak sebelum pergi ke rumah pengantin perempuan..yang pegang bungga manggar tu adik akak no 3...panggil alan..

Mak bersama-sama saudara dan jiran sekampung...masa kenduri apa..tak ingatlah pulak..yang no 2 dari kiri tulah mak long limah ..isteri pak long dewa yang suruh abah buat rumah kat kg puah dan sebelah kiri tu mak ngah noridah yang buat rumah sebelah rumah akak...


Kadang-kadang kami tiga beradik pergi main dulu lepas balik sekolah...selalunya bila mak kerja pagilah...mak selalu sampai kat rumah dalam pukul 4.00 lebih..habis kerja pukul 3.00 petang.....jadi kami dah tahu masa dia nak sampai...kami buat rumah macam taman permainan...panggil anak-anak jiran..main kawin-kawinlah...yelah budak-budak lagikan....tak pun main kat belakang sungai....mandi manda atau pun cari ikan...masa tu air masih jernih lagi....bila tenguk jam nak dekat pukul 3.00 barulah kelam kabut buat kerja....selalunya lek yang report kat mak atau abah....rumah dia berdepan dengan rumah akak...jadi dia tahulah kelakuan kami...pernah kami bagi ayam makan satu tin biskut lemak....lek report....kena belasahlah kami adik beradik....abah memang garang masa tu...

Abah dengan member dia...masa ni abah dah jadi supervisor...mula-mula jadi peon...

Mak pernah masuk perarakan hari merdeka...mewakili mtc..tk ingatlah tahun berapa ni...mak no 2 dari kanan...seksikan mak masa tu...

amboi panjangnya...nanti akak sambung lagilah....

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...