Jejalan kat Durham United Kingdom

by kak ina kl on Selasa, Mei 31, 2011

Banyak gambar ni..jangan marah aaaa..kalau nak tenguk gambar dengan lebih jelas,klik kat gambar.

 Dari Newcastle kami ke Durham, Russhdi kata ada satu menarik yang kena pegi. Kami ke University College and Durham Castle United, kata anak tempat menarik.

Bila nak ambil gambar baru teringat kamera tertinggal kat kereta, nak ambil jauh pulak dari tempat parking terpaksalah gunakan camera hp.  Ralat sebab gambar tak berapa lawa.
Kat sini ada shopping complex, sempatlah kami merayau dulu baru gerak ke atas. Bila tenguk Durham Castle ni sayup-sayup dari tempat akak ambil gambar ni, suami dan anak dah risau takut akak tak larat nak daki bukit tu.
Setelah mendaki perlahan-lahan akhirnya sampai gak kat atas bukit ni. Berhenti satu kali sebab capek. Akak cari dalam google tentang sejarah Durham Castle/Uni ni.  Malas nak translate.
University College, or Castle as it is affectionately known, is the oldest college of Durham University, founded in 1832,
Durham Castle, together with the Cathedral, was awarded the status of a World Heritage Site in 1986 providing international recognition for this unique, historic and scenic site.  
 Standing side by side on a prominent hill top site and encircled by the wooded slopes of the meandering River Wear, the Castle overlooks the medieval City of Durham with its fascinating narrow streets.  Durham is one of the UK's elite universities.
 
banyak perkuburan lama kat depan ni
History of the Castle
Durham Castle is the hub of University College. It is part of the Durham World Heritage Site and a Grade 1 Listed Building. No other college in the British Isles can have a more ancient or impressive home.

The Castle was previously the chief residence of the Bishops of Durham and as such played a significant role in the history of the United Kingdom. With the Cathedral, it is still very much an icon of the City and County of Durham.  Nak tau lebih lanjut INFO DI SINI
Batu berbentuk orang tu dikatakan adalah pesalah yang telah di hukum bunuh. Suami nak jadi undertakerlah pulak.

The World Heritage Site at the heart of the City of Durham has been a leading centre of scholarship for over 1000 years, while our cosmopolitan Queen's Campus in Stockton is at the leading edge of Teesside's transition from an industrial to knowledge economy.
The University of Durham was founded in 1832 by Bishop Van Mildert and the Dean and Chapter of the Cathedral. After Van Mildert’s death in 1836 the Castle was handed over to the University and became University College in 1837, the oldest of the Durham Colleges. 
 Early generations of students lived either in University House, now Cosin’s Hall, or in the Castle Keep which was reconstructed in 1840.  Nak tau lebih lanjut  info di sini.

Akak masuk ke dalam Castle yang telah di jadikan gereja , fuhhh terpegun bila tenguk binaan kat dalam memang unik, tapi sayangnya tak di benarkan ambil gambar di dalamnya. Kalau nak tenguk gambar kat dalam google lah yer.
 Masa kami sampai masih ramai lagi pelajar-pelajar berkeliaran di sini.
Ada juga pelajar Malaysia di University Durham ni.  Kalau sape nak hantar anak belajar kat UK boleh cari info tentang Uni ni yer.
 Memang kagum bila tenguk bangunan lama macam ni.  
Macam manalah agaknya orang dahulu boleh bina bangunan setinggi ini.
Dalam perjalanan balik kami ikut jalan yang lain, kami menyusuri jalan tepi sungai.  Ramai omputih berjogging di sini.
Dahlah Ina...ashik ambil gambar ajer..suami dah pot pet..
Tak sempat nak masuk sini sebab dah tutup.  Ada satu lagi muzium,
tak sempat nak gi sebab dah petang.
Kat tepi jambatan banyak cafe dan restoran tapi mana boleh masuk sebab semua makanan  tak halal. Ada gak kedai cenderahati dan barangan lain.  Kami alas perut makan roti yang di beli kat supermarket 1 pound kat dalam shopping centre.  Kalau nak mengayuh sampan kat sungai ni pun boleh. 

Lepas tu round-round kejap dan terus balik ke rumah.  Bila sampai kat rumah  masih sempat lagi solat asar sebab masuk waktu pukul 6.00 lebih. Hari ini member Russhdi masak ikan kembung bakar dalam oven.

L’Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18

by kak ina kl on Isnin, Mei 30, 2011

Sape yang tak kenal dengan Maya Karin, 31 seorang model dan seorang pelakun yang mempunyai nama besar dalam industri perfileman.  
Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Irina Melati Roelcke, 27 seorang peguam koporat yang berpusat  di London dan telah menceburi peragaan sejak kecil lagi menerusi iklan Mc Donald, Avon dan Hazeline.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (kelas pertama) daripada Universiti London dan Sijil Latihan Guaman, Irina memulakan karier sebagai kaki tangan awam di England selama tiga tahun sebelum bekerja sebagai peguam di London. 

“Bekerja di bandar besar seperti London adalah impian sesiapa saja termasuk saya. Selepas belajar bersungguh-sungguh kini saya merasai hasilnya. London adalah tempat mencari rezeki yang sangat bagus dan saya sangat sukakannya,” katanya yang turut menjadi model untuk beberapa video muzik di London.  Walaupun aktif dalam bidang peragaan, Irina tetap memberi tumpuan kepada kerjayanya supaya bakat dan kecantikan semula jadi dalam dirinya dapat digunakan sebaik mungkin.

Irina dipilih sebagai wajah terbaru L’Oreal Paris Revitalift White untuk Malaysia yang dilancarkan pada Januari lalu manakala Maya Karin menjadi jurucakap L’Oreal Paris Malaysia sejak empat tahun lalu.

Sama cantik sama menawan, kedua-duanya bukan saja akrab sejak kecil, malah berkongsi apa saja. Bagaikan tiada rahsia antara mereka.
Menariknya, sejak kecil Irina bercita-cita mahu menceburi bidang lakonan manakala Maya berminat dalam perniagaan. Namun, kedua-duanya berubah tatkala peralihan usia remaja. Maya Karin menceburi bidang hiburan manakala Irina menjadi peguam.
“Sebenarnya kami mempunyai perbezaan daripada segi minat dan hobi. Saya sukakan aktiviti lasak dan mencabar seperti selam skuba manakala Irina aktif dalam bidang sukan seperti menunggang basikal dan seni bela diri. Namun, kami boleh berbual apa saja dan dalam bidang pekerjaan, kami akan berkongsi semuanya serta saling bertukar pendapat,” kata Maya.

Kedua-dua wanita ini yang membesar menerusi gaya hidup moden dan tradisi mengakui penjagaan kulit wajah adalah sangat penting bagi memastikan wajah segar dan muda sentiasa.

Justeru kedua-duanya percaya produk antipenuaan sangat perlu bagi menghalang kedutan terutama pada bahagian dahi, bibir, leher, di bawah mata serta mengatasi masalah kulit kering, wajah kurang bercahaya dan bermaya serta ketidaksamaan warna kulit yang boleh menyebabkan kulit hilang keanjalannya.

Dalam hal ini, Maya dan Irina menjadikan ibu mereka sebagai pakar rujuk terutama berkaitan kecantikan.

“Sejak berusia 16 tahun, ibu sering berpesan cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah dengan melakukan rutin penjagaan wajah iaitu membersih, menyegar, melembap dan memakai pelindung suria.

“Saranan ibu saya amalkan sehingga sekarang, walau di mana saya berada tiga langkah penting ini tetap saya lakukan. Justeru bagi mendapatkan produk terbaik sesuai dengan pertambahan usia, saya meluangkan banyak masa mencuba pelbagai produk kecantikan di pasaran untuk mengetahui produk yang sesuai dengan kulit. Saya percaya kulit yang sudah rosak sukar dijaga dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi,” jelasnya.

Tinggal di negara yang mengalami peralihan musim, pemilihan produk sesuai adalah sangat penting terutama apabila musim sejuk, kulit menjadi terlalu kering dan kurang lembap.  Walaupun tidak menghadapi masalah kulit, Irina tetap mengamalkan minum air lapan gelas sehari serta menggunakan sabun herba semula jadi untuk kesihatan tubuh.

Hal ini turut diakui Maya yang sentiasa memastikan kulit terjaga apatah lagi kerjayanya yang sentiasa berhadapan dengan peminat.

Menurut Maya, menjelang usia 30-an penuaan adalah perkara semula jadi yang paling ditakuti. Justeru, dia mengambil langkah pencegahan dengan mengelak kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari, persekitaran, pencemaran dan tekanan yang boleh menyebabkan tanda penuaan semakin ketara pada wajah.

Bagi Irina pula, memasuki usia 27 tahun adalah saat paling sesuai memakai produk antipenuaan. Ini kerana sebelum kedutan muncul pada wajah sebaiknya cegah terlebih dulu dengan memakai produk sesuai.
Selepas mencuba produk L’Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18, kedua-dua beradik ini mengakui tekstur kulit mereka lebih ketara cerah dan mengurangkan garis halus pada kulit.
“Apabila disapu, kulit tidak berminyak, lembap dan terasa lebih segar dan sejuk. Paling penting kini saya menemui produk yang bersesuaian dengan kulit saya,” kata Maya.
Irina pula memberitahu dia sangat sukakan krim ini kerana kulitnya semakin anjal dan lembap. Sebelum ini dia sukar menemui produk yang memberikan kelembapan berpanjangan serta tidak berminyak, namun krim L’Oreal Paris Revitalift White Day ini mampu melakukannya.
Paling penting sapuannya membantu untuk melindungi kulit daripada pancaran ultra lembayung sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan sekata. Justeru dia tidak bimbang lagi pada kerosakan akibat daripada sinaran matahari.
Tambah Irina, selain penjagaan wajah dia juga percaya kecantikan bermula daripada hati yang bersih.
“Apabila hati sentiasa ceria, ia akan terpancar menerusi wajah sekali gus menjadikan badan dan otak kita sihat,” katanya yang gemar aktiviti lasak serta rajin makan jamu untuk kesihatan dalaman.
Selain berkongsi rahsia kecantikan, Irina dan Maya juga saling memberikan sokongan antara satu sama lain. 
 Jarak bukan pemisah untuk mereka saling berhubung. Irina sangat mengagumi kakaknya atas disiplin dan kerja kerasnya sebagai pelakon.

“Dia sangat bersungguh-sungguh dalam kerjaya dan sentiasa memastikan matlamatnya tercapai. Maya tahu apa yang dia mahukan dan berusaha menjadikan impiannya satu kenyataan. Saya membesar dan melihat perubahannya sedikit demi sedikit sejak lakonan pertamanya sehingga sekarang,” katanya.

Bagi Maya, dia berusaha menunjukkan contoh terbaik kepada Irina sehinggakan dia membesar menjadi wanita matang dan bertanggungjawab.
“Ketika belasan tahun saya berusaha menjadi kakak bertanggungjawab dan memberi contoh terbaik kepada kedua-dua adik saya.

“Hasilnya, saya gembira melihat perubahan Irina selepas hampir 10 tahun dan dia sentiasa bersama saya ketika saya memerlukan dan begitulah sebaliknya,” kata Maya sambil memandang Irina penuh makna.

Irina memberitahu walaupun Maya kini berjaya sebagai pelakon yang mendapat perhatian ramai dan dipuja peminat, Maya tetap sama seperti mana yang pernah dia kenali dulu.

“Dia masih wanita yang suka menangis, bergaduh dan berlari kejar-mengejar bersama saya dan adik. Sehingga sekarang kenangan itu masih segar dalam ingatan saya. Walaupun berbeza usia empat tahun, kami sangat rapat,” ujar Irina yang kini kembali ke London meneruskan kerjaya sebagai peguam.
 Wah..wah..best ni..akak pun guna gak lah produck L'Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18 ni.  Sebab akak kan dah berumur lebih 40..an jadi kenalah jaga kulit muka, nanti cik abang bertambah sayang.
Kebaikan memakai L'Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18 :-

1. Keserian
2. Kecerahan
3. Mengurangkan kekusaman
4. Kulit nampak lebih halus
5. Mengurangkan bintik hitam
6. Membaiki tona kulit yang tidak sekata
7. Keanjalan
8. Antikedut
9. Mengurangkan kedut di tepi mata
10. Mengurangkan kedutan Glabella
11. Mengurangkan kedutan di dahi
12. Mengurangkan garis ketawa
13. Mengurangkan garis halus
14. Mengatasi masalah garis rahang menggeleber
15. Mengurangkan lipatan leher

Dapatkan Revitalift White Day Cream SPF18 di L’Oréal counters bekas 50ml jar dengan harga RM39.90 dan  RM 42.90 untuk  50ml pump bottle. 

Restoren Dan Cafe Bora Ombak

by kak ina kl

Bila sampai di perkarangan Restoren Bora Ombak saya begitu terpegun melihat dekorasi yang ada di sini. Dekorasi ala Bali membuatkan kita terasa seolah-olah kita berada di Bali Indonesia.  Tak yah gi Bali pun tak apa.
Hiasan dalamannya memang menarik dengan gaya ala Bali terutama bila sekuntum bunga kemboja di letakkan di atas meja.
Kami di hidangkan secara buffet.  Roti jala berwarna kuning lembut yang di makan bersama  kuah kari daging yang sedap, menyebabkan mulut tak berhenti menyuap hingga tak sedar makan sampai 3 keping.

Kemudian saya ambil kueh udang yang menyelerakan berserta sos cili yang di taburi bijan.  Bila masuk ke mulut terasa seimbang rasa manis dan pedasnya. Ikutkan hati nak ambil lagi tapi nak rasa juga makanan yang lain.

Ada juga keropok lekor goreng  terasa lembut  dan terasa lebih ikan dari tepung dan di cicah dengan sos yang sama.  Sekeping demi sekeping keropok lekor di kunyah  dan akhirnya licin dalam pinggan.

Pastu ambil pula sandwich yang lazat hermm..cukup terasa isinya.
Setelah itu saya mencuba  pula Soto Ayam Sori Selatan, nama yang agak unik, dah tentulah nama begitu sebab ada unsur-unsur Bali kan.  Nasi impit yang di letak bersama cebisan ayam yang dicarik, bawang goreng, taugeh, suhun goreng berserta daun sup/bawang memang satu kemestian bila menyediakan soto ayam.  Jika tiada bahan-bahan ni memang tak leh panggil soto.
Tapi sayangnya  tak ada pula sambal kicap atau mungkin cara  masakan bali tiada sambal kicap kot cuma orang melayu/ jawa yang biasa makan soto dengan sambal kicap.

Setelah di tuang kuah yang sedang mendidih rasa tak sabar nak mengecapi soto ayam ini.  Bila di hirup kuahnya, memang enak kerana terasa rempah ratus yang seimbang.  Memang lazat dan kena dengan tekak akak dan kalau nak tau akak ambil lagi sekali soto ayam ni.  Sedap..mestilah makan bertambah.
Kecur tenguk kuah rojak buah penang.  Terus mencuba rojak buah ini, rasanya memang sedap dan yang lain dari rojak buah yang saya makan sebab ada keropok. 
Setelah itu saya mencuba pula kueh buah melaka  yang bila di gigit terasa isi gula melaka dan kueh pulut urap yang seakan-akan pulut yang di makan bersama serunding tapi rasa di sana menang lain dari yang lain.

Teh tarik yang di sediakan memang kaw..tak puas minum segelas, saya ambil segelas lagi, kalah mamak buat.
Akhir sekali saya mencuba Bobo Kacang Ijo atau orang kita panggil bubur kacang hijau yang telah di hidangkan dalam pasu tanah.   Pekat dan likat bubur kacang ni,  secukup rasa santan dan gula  dan rasanya memang enak.
Alangkah enaknya jika beradu di sini dengan tiupan angin sepoi-sepoi setelah perut kenyang setelah selesai menjamah segala masakan yang lazat di sini. 

Banyak lagi menu yang di tawarkan di sini terutama pada waktu malam dan petang.  Dari hidangan western hinggalah ke selera tempatan.  Cubalah dan tentu berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Minuman pun bermacam-macam jenis dan harga tapi masih termampu untuk membayarnya.

Nak senang cari Bora Ombak, cari dulu futsal Sport Planet di Ampang sebab restoran Bora Ombak dalam satu deretan bangunan yang sama.  Jika tak jumpa boleh call no yang di sertakan.

Alamatnya 
75, Jalan Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor
Tel: 03 4251 6303 Fax: 03 4251 6302

Laga Pipi Dengan Artis Jue Aziz

by kak ina kl

Bila member bagitau Jue Aziz ada datang gak kat majlis ni,  akak pun sibuk tertinjau-tinjau tenguk dari kejauhan.  Wow...lawanya dan tingginya dia.
Bila dah tenguk hati berkata-kata, tak boleh jadi ni, mestilah  teringin nak ambil gambar dengan dia.  Nasib baik Jue duk tak jauh dari meja akak, bila bertentang mata dengan Jue,  aduhai terpegun tenguk dia.

Lawanya Jue...suka tenguk muka dia yang cantik walaupun cuma tepek make up yang simple ajer.  Akak memang peminat Jue terutama bila dia melakonkan watak sedih dan rasa simpati bila melihat air muka Jue masa berlakon. Akak tak suka Jue berrambut pendek tapi suka tenguk  dia berambut  panjang. 

Yang akak  paling akak suka bila nak ambil gambar dengan Jue, dia yang peluk akak dulu.  Akak pun apa lagi terus ajer peluk dia.  Bukan senangkan nak peluk artis..akak kan gila glam...wa ka..ka..ka.

Pastu dia salam dan cium tangan akak bila selesai bergambar.  Wah...sungguh bersopan santun dan lemah lembut. 

Bila tanya apa cerita terbaru, Jue kata dia ada berlakon dalam cerekarama TV3 malam tadi.   Alahai..kelam kabut akak balik sebab nak tenguk cerekarama tapi sampai rumah dah nak dekat pukul 11.00 malam jadi tak tau bagaimana permulaan cerita.  Sape yang tenguk tolonglah bagi sikit ceritanya ek.

Tapi rasanya tau serba sikitlah  cerita Tasbih Cinta Qadijah dimana beliau berlakon bersama Aqasah dan Rebecca Nur Islam.  Kesian kan bila dia yang memegang watak seorang isteri yang alim telah di aniayai  oleh suaminya Afiq yang tergoda dengan Erissa IIyana.  Semuanya di sebabkan oleh hasutan syaitan yang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia sehinggalah tibanya hari kiamat.

Oh yer, bukan ajer yang sibuk nak ambil gambar dengan Jue, member akak pun sama...kat mana ek akak jumpa Jue ni...nantikan di N3 akan datang.

Resepi Udang Goreng Tepung

by kak ina kl (1) on Sabtu, Mei 28, 2011

Udang..sape yang tak suka makan udang , terutama bila cicah dengan cili sosResepi ulangan sebenarnya , tak perlah kan sebab bila check N3 yang lama banyak gambar yang hilang.

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sesikit sos ikan ajer
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung beras
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, sos ikan, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung beras.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Gedikss bersama bloggers di Maybelline Lauch Event

by kak ina kl

Semalam akak dan geng blogger dapat jemputan menghadiri pelancaran produk baru Maybelline Hypersharp Liner..bukan atas Nuffnang tapi pihak Maybelline sendiri yang jemput melalui email.
 dah jadi cam artislah pulak bila di suruh bergaya kat sini oleh
jurukamera pro dari Maybelline...perasan jap
bersama Jard dan Liyana Jasmay yang menjadi Duta Maybelline. 
Liyana yang cantik jelita dan peramah dan tak kekwat
Bersama Fara
Lama tak jumpa afra
Macam-macam yang kami letak...macamlah akak dan Zuriey ni pandai bebeno bermakeup. Semua nak tepek tak tau nak letak camner.  Letak ajer mana yang tau.
 kami yang gedikssss Zuriey, Afra, Cik Lilyputih (bila nak tukar jadi Puan ek) dan Fara..kelakao tenguk gambar ni..happenning bila jumpa sekali sekala..nak tiru gaya model hyperliner ni sebenarnya..

Nanti akak tunjuk gambar sekitar pelancaran produk terbaru ni yer.

Restoran Sate Emas Kajang

by kak ina kl

 Sape yang tak suka makan sate, sila angkat tangan.  Tipulah kan, rasanya baik budak kecil, remaja, ibubapa dan orang tua memang suka makan satay.
Satay selalunya di nikmati pada waktu petang ataupun malam tapi akak gi beli satay waktu tengahari, tu sebab tempat ni tak ramai orang.  Selalunya akak beli satay yang agak popolur di Kajang tapi kali ni akak nak cuba satay buatan orang lain pulak.  Apa salahnya mencuba yang lain pulak kalau dah selalu makan yang sama pun rasa jemu gak kan.
Sampai ajer kat sini, ada pelayan yang dah sedia menunggu dan segera menghulurkan menu apa yang ada di sini.

Ada macam-macam jenis satay di sini, antaranya satay ayam, satay daging kambing, satay daging lembu, satay perut.  Akak order satay perut lembu dan satay ayam.  Perut dah lapar, tak sabar nak makan.
Amboi merahnya mak ngah, perghhh tentu pedas giler ni.  Takkanlah nak makan sambal ni macamtu ajer kan.
Mestilah di campur dengan kuah kacang, baru best.  Kacau dulu sampai bercampur baru boleh di cicah.
Akak order gak nasi impit yang perlu di bayar, timun tu percuma ajer.  Apa lagi jomlah makan.  Bila makan satay ni, terasa cukup rempah ratus, kuah kacangnya pun sedap gaklah.
Eh..eh..tak sedar dah habis.  Tak puas makan akak order lagi, kali ni nak bawa balik ke rumah nak bagi suami dan anak-anak rasa pulak.


Restoran Satay Emas Kajang
No. 1, Medan Satay Kajang
Jalan Stadium
Kajang, 43000 Selangor 

Ke NUFC/The Magpies, The Toon

by kak ina kl on Jumaat, Mei 27, 2011

Nampak tulisan perdu..rasanya cam bar ajer bila tenguk tulisan kat tingkap.
 tq google..lupa nak klik
Sempat gak ke kedai 1 pound..beli coklat dan air.  Lebih kurang macam kedai RM2.00 kat Malaysia.  Kat London tak jumpalah pulak.
Lepas puas jejalan pusing-pusing dalam kat town Newcastle kami ke  Stadium pulak.
Belilah serba sedikit cenderahati buat kenangan
Hb frust sebab jersey idaman telah habis di jual..tak per nanti suruh 
anak belikan  jersey musim akan datang sebab tak jauh dari rumah anak.
Pemandu yang bergilir-gilir bawa kereta sewa.  Minyak memang mahal dari Malaysia tapi sepanjang perjalanan lebuhraya tak di kenakan tol.  Hb kata perbelanjaan lebih kurang macam kat Malaysia gak sebab kat Malaysia lebuhraya memang ada tol.  Tak payah buka air cond bila jejalan sebab tak panas , jadi boleh save minyak.

Kami makan kat sini nasi goreng dan spageti.  Omputih yang lalu lalang kat sini cam hairan ajer tenguk kami.
Geram betul tenguk buah strawberi ni kat kedai buah..tak tahan.  Murah ajer 2 kotak baru 5 pound. Ada gak beli buah anggur yang harga lebih kurang cam harga kat Malaysia dan buah mangga pakistan.

Oleh sebab ada masa lagi kami ke satu lagi tempat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...