OOO

Sabtu, Julai 31, 2010

Curi gambar tak bagitau (gambar isteri Imam Muda)

Geram tullah kan..bila orang ambil gambar dari blog kita tanpa keizinan...bukan apa..penatlah berdiri depan tv ambil gambar. Sampai sanggup duk depan tv pakai kerusi tau semata-mata nak ambil gambar siaran langsung tu..

Ni semua dek penangan imam muda semalam KAT SINI YER  .rupernya ramai yang nak tenguk gambar wife imam muda  tu.

Dek nak dapat trafik tinggi sanggup curi tanpa izin..sekurang-kurangnya bagitaulah...akak dah dapat tau dah blog sape?  Sabar ajerlah..Jangan buat lagi yer.

Walaupun akak snap dari tv ajer tapi kiranya akak ada hak kan.ada yang akak luper bubuh trademark sebab update tengah malam.

Tak apalah..akak tak saman yer...

p/s macam cikmin dia minta izin dulu..jadi akak tak marah...sayang min..muahhhhhh dan buaya merah yang dah link kan akak walaupun tak beritahu..tq

Imam Muda Astro -Asyraf Sebagai Juara (Gambar Isteri IMAsyraf Nurhusna Yusof/ IMHizbur Liliyana Hasanah Yudi)

Alhamdulliah akhirnya malam ini telah dinobatkan johan Imam Muda musim pertama. Memang ternyata Asyraf lebih menonjol dan telah melaksanakan tugasan dengan cemerlang.

Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan telah terpilih sebagai Imam Muda terulung. Memang layak beliau di umumkan sebagai pemenang kerana cara beliau menyampaikan kutbah dan hasil tugasan memang cemerlang.

Suasana hening bila mereka bergabung mengalunkan Asma ul Husna.
.seronoknya jika dapat melihat upacara secara langsung Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, malam tadi.

tentu terlerai rindu dihati setelah 10 minggu tidak berjumpa..
al maklumlah orang muda..Nurhusna Yusof, 23 Asyraf bersama isteri tercinta..memang cantik dan manis sebelum pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang
semasa majlis perkawinan Ashraf(FB IM)
semasa beliau bermain futsal bersama anak muda ..bila tiba saat sembahyang asar beliau telah bersembahyang bersama-sama anak-anak muda(facebook IM)
Imam Muda Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi, 27 tahun, semasa beliau membaca kutbah jumaat di masjid

bila suami mencium ubun-ubun isteri tersyang
yang telah lama di tinggalkan
Imam Muda Hizbur bersama muridnya setelah hampir 3 bulan meninggalkan meraka di Mhada Tahfiz ABADA Parit Panjang.(facebook imam muda)
bergotong royong
Imam Muda Hizbur menzizrahi Pusara Ayahndanya Tuan Guru Hj Omar Zuhdi bin Saleh "pengasas Pondok Lanai "di Tanah perkuburan Islam Parit panjang..........Alfatihah
isteri Hizbur berumur 23 tahun yang telah berkawin pada tahun 2007..cunnya
This is my daddy...Asyraf bersama bapa tercinta

Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.

Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).

“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.
Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Siapa yang menang di ucapkan tahniah dan yang kalah bukan bermakna beliau tidak bagus . Syabas buat kedua-dua peserta akhir Imam Muda Astro Oasis untuk musim pertama dan juga 8 Imam Muda yang lain.

Credit...Berita Harian Online

Jumaat, Julai 30, 2010

Satay Goreng dan Kuah Kacang Ibunda (Jangan Luper Imam Muda Malam Ni Yer)

 Hari ni jangan luper yer tenguk Imam Muda di Oasis pukul 9.00 malam.  Kan malam ni episod final...Sapelah yang akan menang pada malam ni.  Akak pilih Hizbur.  Sebab suker tenguk muka dia ..ada karisma nak jadi imam muda fofolur.  Nanti kalau dia jadi Imam kat masjid kat Kuala Lumpur bolehlah akak suruh nikahkan anak akak nanti yer. (perahsantan)

Akak sajer ajer buat satay goreng...nak bagi sape lagi makan...anak dara akaklah.  Nasib baik dia kata sodap..Resepi dari Kak Mid Honda (apasal ada honda ek..entahlah)

Sumber: Kak Mid Honda   
A) Bahan perap perlu diblend halus:-
  • 2 batang serai, racik
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 inci lengkuas, hiris
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • serbuk kunyit secukup kuning
  • sedikit garam
  • gula secukup manis
  • minyak masak 1/2 cawan
  • sedikit air
Cara-cara
1.  Bahan atas blend halus, set aside. Boleh buat banyak2 dan simpan untuk guna kemudian kalau ada lebih.  Peraplah 2-3 jam.  Lagi lama lagi best.
2.  Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali. Goreng hingga airnya kering.
3.  Masukkan minyak dan goreng lagi sehingga masak. Hidang. 
Tak ada kuah kacang mana best kan..Ada jugak rebus ketupat segera...tapi lupa pulak nak ambil gambar.  Resepi asal dari blog Rinnchan.
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Segenggam udang kering, direndam
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml 
Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya. akak ikut jugak cara dia.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi-setuju 

6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya. 

Kutip Sampah Milo Dapat Bola

Betapa gembiranya Imran bila dapat tau benda yang di tunggu telah tiba...setiap hari sibuk tanya bila nak sampai?  Sampai akak naik bosan nak menjawabnya.
Alhamdulliah semalam selamat jugak sampai bola milo ni..Akak ingatkan bola macam bola sepak..rupanya bola saiz mini..
Tak perlah..janji dia happy..berbaloi dia penat mencari keratan milo.

Nak tau kat mana dia cari keratan atas milo kotak ni?  Kat Stadium Uniten masa Sports Day office hb.  Masa pergi dapat beg dan  milo kotak. Lepas minum dia orang buang kotak tu dalam kotak.

Akak kata kat Im...
Im...kalau nak bola gi lah ambil kotak milo orang yang dah habis minum tu?  

Mula-mula dia malu..Ayah dia kata .

ala apa nak malu....bukan ada yang kenal Im pun..

Walaupun ada orang-orang yang hairan tenguk Imran kutip kotak milo ni ...tapi semangat nakkan bola tu..dia selamba ajer gi kutip kat kotak sampah.
 Akak tak sure sama ada nak ambil code ataupun keratan atas..lelama bawak balik satu kotak penuh kotak milo yang telah di penyekkan. Bungkusan kosong milo tu akak mintak kat orang jual air masa dia nak buang bekas ni..sayang ooooo ni dapat 20 points tau.

Puas pulak nak membasuh dan mengeringkan keratan atas tu..akak hantar pakai pos laju...takut tak sampai nanti...buat penat ajer Imran mengutip sampah tu.
Camnerlah nak main bola kecik ni..buat kenangan ajer kot.  Ada lagi satu bola ni yang tak sampai lagi..sebab kami dapat collect 100 points..tu pun dah di campur dengan milo fuze...kat umah ni memang kena ada milo..sebab semua suker minum air milo terutamanya Imran.  

Dia memang minum milo setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.   Tak yah bubuh gula..dia suka bubuh madu..ikut kata cikgu dialah tu...untuk kuatkan ingatan.

.Sekarang ni sibuk kutip untuk Ira pulak..dia mengidam nak beg milolah pulak..
Macam mane lah nak main bola kecik ni..dia kan suka main bola..
kenalah jugak main bola biasa ajerlah gamaknya.

Munchy's Mimic to the Muzic Video Contest

Advertorial

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

 
Family akak memang suka makan biskut munchy music wafer...terutama Ira...dia memang bawak bekalan ke asrama..terutama yang ada coklat. 

Bila dah beli untuk Athirah mestilah  untuk  anak-anak kat rumah.  Yang tak tahan, disebabkan kesedapan Muzic wafer ni ,  kalau akak ni pun beli cepat ajer habis kena ngap. ...sebab rasa dia memang sedap giler.

Oh yer..sekarang ni ada  MUZIC WAFER "MIMIC TO THE MUZIC" CONTEST..senang ajer nak menyertainya.

 Langkah pertama


1.  Check out  MUZIC Wafer Commercial ataupun download MUZIC Wafer track.

Langkah Kedua :
  • Dah dengar rentak diakan..ada rasa tak macam nak tiru tak?  Baguslah  kalau macamtu.
  • Cari perkakas yang di perlukan (tak kiralah periuk ker,baldi kosong, kuali ker ataupun tong sampah kosong)
  • Pastu cari idea atau ilham  untuk membuat bunyi-bunyian menggunakan benda tersebut sambil membuat mimic.(.ala macam rapper buat bunyi tu..)  mengikut  kreativiti masing-masing tau.  No ciplak.
  •  Kalau dah expert, gunakan kamera dari handphone, kamera  digital ataupun camcorder dan rekodkan aksi kamu dan pastikan pack MUZIC WAFER merupakan perkara utama yang perlu ada di dalam video tersebut.
  • Pastikan juga video anda tidak melebihi 30 saat.
Langkah Ketiga :
Klik  pada  MIMIC tab untuk hantar video itu.

Langkah Keempat:
Sabarlah menanti, jikalau juri memilih video anda diantara Top 20 Finalist, kami akan memberitahu dan meletakkan video anda untuk di undi.

Dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Kesemua video untuk bahagian pertama (Part 1)  pertandingan ini mestilah dihantar sebelum 5 Ogos 2010.

Nak tau tak hadiah pertandingan ini...


Hadiah terbahagi kepada 2 stage...Stage pertama adalah apabila anda terpilih sebagai 20 finalis teratas (ngetop gitu).


Stage kedua pula apabila video anda (yang di antara 20 terbaik tu) mendapat undian terbanyak oleh para penonton..


Hadiah setiap stage adalah :

STAGE 1  :

Kesemua Top 20 Finalists akan memenangi Munchy's Hamper bernilai RM150 setiap satu.




 STAGE 2 : Rank & Vote
3 x iPad 32 GB
Tiga (3)  penyertaan

10xiPod Touch 8GB
Sepuluh (10) penyertaan

Menarik bukan??

Senang bukan.....Mana tau tiba-tiba dapat iPad free, mesti bangga tuh...jadi,jangan tunggu lagi..cepat-cepat cari dan pergi dapatkan  MUZIC WAFER Pack sekarang.

Untuk keterangan lanjut sila ke http://www.munchysmuzic.com/

Khamis, Julai 29, 2010

Resepi biskut Tart Nanas Sedap

Lepas semua muka ketat semacam bila baca N3 hangat tu jumlah kita senyumkan diri macam katun asoo tu ..makan tat nanas. Sajer terajin nak buat sebab nak habiskan jem tat. Akak kurang gemar yang gulung ..suker yang terap camni.

Gambar sebelum pembakaran. Lepas pembakaran terluper nak shoot.
Bahan-bahan
  • 250gm butter
  • 60 gm gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanila
  • 3oo-330gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 30gm tepung kastad*
  • 20gm susu tepung*
  • 2gm garam halus
  • * ayak
Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
  • 450 gm parutan nenas – tapis
  • 1 camb jus limau nipis
  • 180 gm gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara membuat:
1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.


Untuk Jem:
Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

Berita Hangat aka Hangit Pasal RACIST Nuffnang

Heboh sana sinun pasal benda races oppp silap racist ni ...nak tau tau apa maksud dia...gi ajerlah ke kamus ..cari sendiri.

Asalnya pasal pemenang kat contest tulah..ala pasal nak dapat camera mahal tu...nasib baiklah akak tak masuk..kalau idak garenti  akak menang (perahsantan)...

Pastu melarat-laratlah pulak sehingga jadi satu isu besar semalam..yang hairannya akak boleh tak perasan.  Sebab semalam akak menjengkit di petang hari...masa tu ada geng bagi tau ada isu hangat.

Akak pun hangat punggung dan  hangat kaki  nak cepat balik rumah sebab nak tenguk sangat apa bendalah yang menjadi isu hangat aka hangit tu.  Bila balik kat umah cepat-cepat bukak blog isu hangat...oooo barulah akak tau hitam putih ceritanya.

Memang hangat sungguh N3 tu. Selamat Tinggal Nuffnang  pastu komen-komen pulak memang lagi menghangatkan hati..tapi bila baca kat komen tu kata ada  orang Melayu yang jadi kaki kipas helikopter aka kaki bodek Nuffnang...oooo terasa ngilu ibarat pisau di toreh ke hati.  Sebab akak terasa dan merasa tempiasnya.

Yang bestnya ada pulak email dari Nuffnang nak terangkan hal ni.  Siap call lagi si pembuat N3. Wah cepat jugak Nuffnang tau hal ni yer..saperlah yang bagi tau.
Dahlah..malas nak layan.

I Love Nuffnang..

oooo memang akak suker perkataan ni..sebab sejak akak join Nuffnanglah akak dapat macam-macam..
  • dapat tenguk wayang free (sape nak kasi tiket free kan), 
  • dapat jumpa member blog (memang akak suka berkawan), 
  • dapat gi lepak (sharing), 
  • dapat makan free, 
  • dapat duit dan 
  • pernah menang contest.  
Adakah di sebabkan akak ada keturunan China aka muka iras cina ..maka akak selalu dapat pergi...sampai ada yang kutuk...

ala ashik-ashik kak ina kl..ashik kak ina kl...

ala..kenapa nak ada penyakit PHD. Dah memang rezeki akak dan mungkin jugak akak suka masuk contest sebab tu akak berjaya.

Memang duit bukan perkara utama bila berblogging, tapi syok jugak kan bila kita berblogging dengan ikhlas cam akak ni ...asalnya berblogging sebab akak ni suka bercerita tentang hal family akak...akak suka pot pet..pot pet.. Pastu suka pulak masak dan share resepi sesama geng masak.  

Bila anak duk jauh bolehlah dia refer bila dia teringin nak makan benda itu dan benda ini. Bila dia betul duk  jauh, dia boleh baca apa yang kami lakukan, ke mana kami pergi dan apa yang terjadi.  Kan bagus camtu..tak yah nak call bagitau .  Kira macam diari kehidupan akak dan keluarga akak.

Pelik bin ajaib bila kalah ajer nak salahkan orang lain. Yang pilih pemenang tu bukannya Nuffnang tapi pengiklan.  Mungkin kita tenguk pemenang tempat pertama tu tak layak. ..tapi sponsor tu tenguk dari segi lain.

Rilexlah..belum tentu kalah tu maknanya tak bagus.  Mungkin belum rezeki kita.  Cuber dan cuber lagi. 

Dulu akak geram gak sebab yang selalu menang orang China..sampai satu tahap akak nak merajuk dah.....tapi bila tenguk cara mereka menulis N3 bila masuk contest memanglah akak salute sebab memang mereka kreatif ..tak dapat akak nak ikut cara mereka tu.

Tapi akak tak berputus asa...cuber dan terus mencuba.  Biarlah tak menang janji ...puas hati sebab dah mencuba.  Kalau tak cuba mana tau..kalau dah memang rezeki kita, kita akan menang walaupun N3 kita entah apa-apa.

Sabarlah yer...bukan senang nak puaskan hati orang lain.  Janganlah di timbulkan isu perkauman, kelak akan memakan diri sendiri.  Maaf yer jika ada yang terasa dan ampun di pinta dengan huluran sepuluh jari.

p/s jangan lepas ni berbunyi pulak kata akak ni pengampu aka pembodek Nuffnang yer.

 

Rabu, Julai 28, 2010

Bawang Besar Dan Udang Goreng Tepung Gogi

Akak terjatuh cintan bila goreng bawang holland dengan tepung jenama ni. Bila suami kata sedap lagilah kembang hati akak.

Bawang holland/bawang merah tu cuma hiris bulat..pastu lerai-leraikan dan celupkan dengan tepung gogi yang telah di bancuh dengan air berais...tak yah campur telur lagi..cuma tambah garam dan serbuk lada hitam/lada sulah dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Sedap di makan panas-panas bersama cili sos.

Akak goreng jugak udang..sebab Yana kata udang kat India mahal giler.
kesian anakku itewwww..badan makin kurus...

Kelalaian Membawa Padah

Berderau akak dengar cerita budak perempuan 2 orang yang jadi tawanan 3 orang yang tidak di kenali bila mereka tinggal  dalam kereta pastu enjin tak di matikan dan pintu pulak tak berkunci kat Kuala Kangsar kelmarin.  

Masa tu teringatkan  pulak kat anak perempuan akak ...kalaulah kena kat akak mesti kelam kabut di buatnya kan....tentu akak boleh terduduk ataupun meleleh air mata....sape yang tak panik bila anak tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan  di larikan macam tu.   Mesti kita terfikir perkara-perkara yang bukan-bukan.
 Ibubapa mereka pergi ke kedai gambar ..dengar dalam Hot Fm adik Siti Haidar 6 tahun tengah tidur jadi kakak dia Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16  tahun kesian pulak nak kejutkan adik dia.  Ia lah malam kan ..masa tu pukul 9.30 malam. Mak dan ayah mereka gi ke kedai gambar.  Tak sampai 15 minit (dlm kosmo)..(dalam harian metro 5 minit..mana satu yang betul ek) ..bila mereka nak gi ke kereta...kereta  bersama anak mereka dah hilang. 

Camnerlah agaknya keadaan mereka berdua tu..mestilah gabrakan bila orang tak di kenali tiba-tiba masuk ke dalam kereta itu.

Jauh jugak mereka di larikan dalam 20km sebelum di tinggalkan kat tempat gelap di Liman Kati kat situ.  Nasib baiklah pada kira-kira 11.20 malam, mereka di jumpai oleh seorang lelaki yang baik hati kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar. Ishhhhhh..serun rasanya.

Nasib baik juga  pencuri tu masih punya timbang rasa siap kata,

" Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka."

Siap bagi duit lagi, kunci rumah dan lampu picit. 

Kalaulah pencuri tu berhati kering..tentulah terjadi benda yang buruk..al maklumlah anak dara sunti ada dalam kereta tu..kalaulah di r.....o..g..o..l...mesti dah jadi cerita lain.  Bertuah sungguh nasib  mereka berdua.  Kereta bapa mereka di jumpai di Rantau Panjang, Kelantan.

Itulah pasal kalau suami atau akak pergi beli barang kat kedai runcit ataupun isi minyak kami bising suruh anak-anak lock  pintu terutama bila ada Imran dan Ira.  Takut betullah bila jadi benda camni.  Kadang-kadang budak-budak ni degil..tak nak cakap kita.

Dia kata ...ala tak ada orang nak curi keta murah ni...

bila dengar camtu..mulalah kami berdua pot pet..pot pet..

Mak dan ayah tak kisah  harta  benda di curi...tapi nyawa anak-anak yang lebih utama sebab harta benda boleh di cari...jika anak jika hilang..ishhhh di jauhkan dari mala petaka.

Semuga selepas ni kita semua haruslah berhati-hati dan semuga kisah ni akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kelalaian memang membawa padah.  Lepas ni kalau anak-anak kata macam tu lagi...akak celepuk ajer mulut mereka.

Selasa, Julai 27, 2010

Teater Muzikal Cuci 2 -Memang Best, Kelakar dan Awesome

Fening bila dapat jemputan nak pergi ke 2 tempat malam tadi.

Pertama..dapat tiket wayang cerita Salt kat Midvalley..
Kedua...ada pulak yang baik hati nak pujuk hati akak gi tenguk Cuci The Muzikal 2 kat Istana Budaya...sebab akak di katakan merajuk tak gi ke event LG Cookies malam Sabtu lepas.

Terpaksalah pujuk My manager aka Firdaus suruh pergi tenguk wayang dengan member dia..tapi dia kena hantar akaklah dulu kat situ.
Kali ni bawak si Imran dan Yana...suker bebenolah Imran 
nak tenguk teater ni..
 Semestinya ambil gambar jugak..
Kami gilah isi perut kat cafe..kat situ ternampaklah Redmummy dan Sirman...ooo malam tu kebetulan Red dah tukar ke Purple...sama pulak warna baju dengan akak...ishhhh macam berjanjilah pulak
Kami gilah isi perut kat cafe..dah kenyang baru gi kat atas...kat situ rupernya ada makanan dan minuman percuma untuk semua yang hadir..dan kat situ juga akak jumpa penaja dan cameraman akak si Daydeck dan
Cik Lily Putih..tali barut akak bersama suami tercinta.  Sambil borak sambil makan (makan lagiiiii..benda free kan..orang kata rezeki jangan di tolak)
kami bertiga..kali kedua berdua masuk ke istana budaya..tahun lepas pun  Daydeck gak yang bagi tiket..kena buat baik dengan dia selalulah macam ni
dan duduk dibarisan yang sama ..tak berpisah. Imran shy-shy cat
sebelum tu kena nyanyi lagu Negaraku dulu..orang suruh nyanyi lagu Negaraku..Lily sibuk tunjuk gigi dialah pulak
Memang best..memang kelakar..memang happening..gelagat 4 orang mamat ni memang menghiburkan...ashik tergelak ajer di buatnya.


Sape yang pergi tengukmulai malam ni..memang nanti akan berasa puas hati dan berbaloi dengan RM yang di keluarkan.  
Lakonan Harith Iskandar best jugak tapi Jacklyn Victor ada sikit kaku..mungkin hari pertama kot.  Akak bagi rating 10/10.
Puas hati dan berbaloi rasanya pergi tenguk Cuci ni..
kat depan semuanya pemuzik
Best jugak bila tenguk Nabil berteater..memang kelakar habislah dia ni.
 Afdlin Shauki memang best..
Alahai ingatkan nak minta tandatangan..tapi kena beli barangan Cuci lah pulak
Awie memang terbaik..tak leh ingat gaya lentok auwww dia tu.
Vanida Imran ashik pakai baju merah ajer malam tadi
Hans...jadi orang jujur..

Yang kelakar tu..Imran siap tanya bila ada lawak berunsur lucah sikit.(pasal pisang) .dia tak faham..ashik tanya kenapa mak? Terkedu akak nak menjawabnya..kenalah pusing sikit ayat tu.  Agak lambat jugak habis..nak dekat pukul 12.30 tengahmalam.

Akhirnya kami pulang sebab tak jadi sign auto...lagipun manager akak dah tunggu kat luar dari pukul 11.30  malam ...kesiannya dia..

Gambar ada yang ambil dari Daydeck

Nasi Ayam Ipoh Dan Honey Sesame Chicken


Masak nasi ayam ni minggu lepas...akak masak stail nasi ayam ipoh sebab suka sesangat dengan bau yang semerbak masa nasi tengah mendidih. 

Bahan Untuk Nasi:-
  • 4 mug beras-akak guna beras basmati
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

BAHAN SUP AYAM :-)
  • 500 g ayam, dipotong kecil-akak ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
  • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.
 
HONEY SESAME CHICKEN
Bahan-bahan
  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai. 
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.
 Cili sos campur air panas dan kicap campur dengan kuah sup...malas punya pasal.

Isnin, Julai 26, 2010

Imran bawak balik Hamsterlah pulak

Terkejuzz beruk akak bila Imran bawak balik hamster ni...ingatkan dia ambil hak orang..dahlah akak dah geli geleman tenguk binatang ni...
Bila di tanya rupernya dia dengan sukarela dan baik hati nak membela hamster ni buat sementara sebab kawan dia balik ke kelantan...mereka tak nak bawak...amboi macamlah dia tau jaga hamster ni...
Nasib baiklah Yana dan Firdaus rajin nak menjaga makan pakai hamster ni...Yana siap search internet nak tenguk camner nak cara-cara penjagaan binatang ni...
 Ada 3 ekor..satu ajer yang aktif (jantan agaknya) 
yang 2 lagi pemalu..betina kot
 kalau baby tu taulah akak nak menjaganya..ni binatang yang menggelikan...tak sanggup nak memegangnya. Tapi bila tenguk telatah hamster ni macam best jugak..macam-macam gaya dibuatnya.
Kelakar pulak bila di masukkan ke dalam bola ni..
habis satu rumah di jelajahnya
Imran merengek nak bela...sorrylah Imran..tak kuasa mak nak membelanya..bila tenguk hamster ni teringat peristiwa tikus beranak kat dalam umah tahun lepas..haru biru dibuatnya menangkap mak tikus ...

Imran boleh jaga hamster ni...tapi boleh belahhhhhhhhh..meradang dia bila kak kata camtu......baik mak lepak kat depan pc....

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...