OOO

Jumaat, Julai 23, 2010

Nasi Lemak, Sambal Tumis Udang dan Ayam Goreng Tandoori

 
Nasi lemak masa akak tengah rajin nak buat..kadang-kadang beli sebab balik dari pasar tani penat sangat.  Senang sebab boleh pilih lauk apa yang anak-anak suka.   Bila tak gi ke pasar, baru boleh buat.

Nak bagi suami dan anak-anak makan sedap sikit akak buatlah sambal udang dan goreng ayam tandoori. Dah makan nasi lemak bolehlah akak merayap gi ke mana-mana pasal tengahari tak yah masak cuma buat minum petang.  Kalau rajin buatlah roti ker..bubur ker..tapi kalau malas suruh ajer anak beli goreng pisang, sukun dan keledek RM5.00 (pasal mak dia penat merayap)

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak lemak lagi tambahlah lagi santan pekat tu)
  • 4 cawan air-ataupun ikut paras beras..kalau guna beras biasa
  • 5 biji bawang merah-hiris halus
  • 4  helai daun pandan-di siat-siat dan di simpul
  • 1-1 1/2  inci halia-hiris
  • 1 batang serai dititik
  • garam secukupnya
Cara memasak

1. Basuh beras.  Masukkan semua dan masak nasi macam biasa.
2. Kacau sekali sekala.
3. Bila dah kering, gembur nasi dengan chopstick.  Biarkan lagi.
4. Masak sehingga kering.
 Untuk resepi Ayam Tandoori  KLIK SINI
Bahan-bahan
  • 500 gm udang - buang kulit
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.


p/s rebuslah telur 4 biji dan goreng ikan bilis sikit.  Kacang tanah kalau goreng tak laku. Kalau letak timun lagilah anak-anak dan hb tak doyan...(tak layan)
 

13 ulasan:

  1. my favourite food ni.. expecially smabal udang..yummy

    BalasPadam
  2. ayam goreng tandoori sangat sedap!! waaaa.....nak sikit kak.

    p/s : akak dapat tiket salt ker?

    BalasPadam
  3. tak makan lagi ni kak ina..huhuhu

    bila tengok ni...menyanyi² perut

    BalasPadam
  4. hadui la kak ina.... lapaq terus tengok ayam tandori tu...

    BalasPadam
  5. nasik lemak favorite ramai orang...
    Ohhh, ayam tandori...

    BalasPadam
  6. ena nie tak gemar nasi lemak tapi lemak cara akak nie buat ena teringin nak cuba & ayam tandoori tu + udang sambal tu.. adeihhh!! laporrrrrrrrrrrrrrrr... hehe

    BalasPadam
  7. sodapnya nasi lemak.. saya suka pakai beras wangi... beras basmathi belum cuba lagi

    BalasPadam
  8. masuk blog kak ina je lapar...lapar je daku masuk blog kak ina..adehhh..susah jadi mak yong ni!!!!huhuh..lapar sesadoooo

    BalasPadam
  9. huhu..beruntung betol anak2 akak. hari2 dapat makan best2. adeyh.

    BalasPadam
  10. cili kisar akak wat camner? ada org letak bawang putih, ada letak bwg merah.

    kak ina blend cili camner??

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...