OOO

Khamis, Mac 06, 2014

Roti Tortilla Inti Daging

As'salammualaikum semua

Selalunya inti daging guna daging burger ni akak buat guna roti pita/kebab, kali ni guna tortilla pula.

Bahan-bahan

  •  5 keping roti pita -potong 2 
  • 6-8  biji burger (hancurkan) ataupun guna daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/2 cawan mixed vege
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • beberapa titik maggi seasoning (optional)
  • daun salad yang telah di cuci bersih
  • timur-hiris bulat
  • tomato-hiris bulat
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
  • *cili sos dan mayonis letak ikut selera sendiri yer

Cara-caranya

1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
2.  Bila dah layu masukkan tomato, kacau dan masukkan buger ayam tadi.
3.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah, sedikit garam (jika perlu) dan lada hitam.
4.  Bila burger dah masak masukkan mixed vege kacau rata dan terus padam api.  Sejukkan.


Bila dah sejuk bolehlah di campurkan mayonis dan cili sos.  


Panaskan tortilla sebentar atas non stick pan.  
Susun salad, timun dan tomato dan letak atas inti diatasnya.  Gulung dan bolehlah di makan.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina, wahh sodapnya. thanks kongsi resepi mudah ni.. sheila baru ingat nak buat weekend ni. hehee ~~~

    BalasPadam
  2. sedapnya kak...leh buat bekal anak saya...hihihi

    BalasPadam
  3. kalau tak makan nasi ganti dengan tortila nie pun boleh kenyang....

    BalasPadam
  4. Silap besar lihat. Memang kegemaran saya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...