OOO

Jumaat, Januari 30, 2015

Majlis Perkawinan Dr Liyana dan Dr Azizan

Assalammualaikum
Alhamdulliah majlis berjalan dengan lancar walaupun akak berada jauh di Miri, bila balik masa cuti sekolah akak uruskan hal ni semua.  

Memang terasa banyak yang nak di fikirkan sebab kalau majlis belah perempuan kena fikir majlis bertunang, akad nikah dan hari langsung.

Dengan bantuan anak-anak dan adik beradik alhamdulliah semua urusan di permudahkan.
kambing panggang juga yang mendapat sambutan, puas hati dengan service dari
makan nasi lauk stail kampung..tak ada nasi minyak..pilihan suami akak
kueh mueh dan manisan
Yana tak nak ambil juru mekap, di solekkan dan di gayakan oleh kawan kawan yang sama belajar. Cantik gak rasanya, ramai teman sekolah dan saudara mara kata muka Yana sama masa akak muda dulu.
berpeluh pengantin dan pengapit bila kena tol dengan adik beradik dan ipar duai.  Tol ni selalunya acara suka suka terutama di belah Johor, kalau yang tak biasa memang naik darah di buatnya terutama rombongan pihak lelaki.
abang dan family
salah seorang geng tali barut yang datang, 
rajin betul Mat Joe ni, tahun lepas pun dia datang juga
nak juga
bersama anak Mat Joe
 anak Mat Joe bersama mempelai
 Kak Cik dari Terengganu dan Ummi Adia
 ummi bersama adik dan anak anak
rakan dari sekolah menengah Jalan Temerloh
Kuala Lumpur sama sama memeriahkan majlis kali ini..seronoknya dapat berjumpa kembali setelah puluhan tahun..memang happy sesangat. 

Doorgift dan bunga pahar buat tetamu yang hadir.
tulis jangan tak tulis
tema kali ni ungu,makin bertambah keluarga kami, 
syukur alhamdulliah
Terima kasih buat rakan-rakan facebook Kak Intan, Eyriqazz, Mat Joe,  Hamsiah, Atuk Baik,  Malarang sekeluàrga, Dr Hannie dan blogger yang sudi hadir.  

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat adik beradik baik di sebelah suami dan akak serta saudara mara, rakan taulan yang telah sudi menghadirkan diri dan menjayakan majlis perkawinan anak perempuan kami  Nurliyana dan pasangannya Azizan pada 29hb. November 2014.  Muga-muga budi baik tuan/puan, semuga Allah SWT yang akan membalasnya.


KAPAL API DARI SEBERANG
SARAT DENGAN BARANG-BARANGAN
JIKA ADA TERLEBIH TERKURANG
KAMI MOHON ~ DIUMPAT JANGAN, DICACIPUN JANGAN.

Khamis, Januari 29, 2015

Resepi Ikan Tiga Rasa

Assalammualaikum


Ikan tiga rasa kalau nak sedap akak selalu guna ikan siakap ataupun ikan bawal.  Dan selalu akak buh sos ikan.

Resepi Asal: Chef Norzailina
Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camca minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya
    sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung
    minyak yang banyak
Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut-tak letak
  • 4 - 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • akak tambah 1 batang daun ketumbar-separuh di racik dan separuh untuk hiasan

Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum-tambah sos cili
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis (guna limau kasturi)
  • 1 1/2 cam. teh kicap manis
  • sedikit sos ikan
Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan perap sekejap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam. Bilas dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan kemudian lumurkan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak
  3. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  4. Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata . Masukkan gula, bawang besar, batang saderi, sos ikan, daun ketumbar dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Rasa dulu sebelum di tuang ke atas ikan.
  5. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

Isnin, Januari 26, 2015

Mee Racun Bandar Baru Salak Tinggi

Assalammualaikum semua

Masa pergi menghantar Yana ke rumah pihak lelaki, akak teringin nak rasa mee racun Batu Pahat yang digembar gembur sedap.  Tapi tak ada rezeki sebab malam tu adik beradik suami datang nak tidur di homestay yang kami ambil, tak dan pi ke situ.


Bila google, ada yang bagitau ada mee racun kat Bandar Baru Salak Tinggi, apa lagi akak pun racunlah suami akak mengajak gi pekena nama menu yang mengancam.
kuehtiaw racun

mee racun, kalau hirup sos ajer rasanya kuah tomato tapi bila dah di campurkan semuanya, 
ada rasa yang susah nak kata, kalau nak tau kenalah cuba yer
amboi air pun sexy ek
nama air yang agak menarik untuk di cuba
air selangor namanya, sebab ada warna 
bendera negeri Selangor
tak di jamin ada yer..nama pun 
menu nasib nasib ada :)

Full La Mak (FLM Cafe)
Jalan Seroja 6
Taman Seroja
43900 Bandar Baru Salak Tinggi
Selangor

Terletak di sebelah butik 
t-shirt muslimah Ilham Najwa. 

p/s Kalau ada rezeki pi Batu Pahat lagi, boleh pekena mee racun kat sana pulak.

Khamis, Januari 22, 2015

Resepi Sup Kambing Rempah Mamak Penang

Assalammualaikum semua
Kali ni akak cuba resepi 
Sup kambing mamak Penang, kalau nak baca panjang lebar bolehlah ke link yang akak beri tu.  

Tapi akak tak buat broth ataupun air rebusan sebab tak ada stok tulang kambing dan tak goreng serbuk ketumbar dan jintan putih sebab tak perasan, akak lebur jer dalam periuk.
Sup akak tak pekat sebab tak guna air tulang dan reneh lama, tapi rasanya memang mantappp.

RESEPI SUP REMPAH MAMAK PENANG:
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm Daging kambing.
  • 1kg tulang kambing dijadikan “broth” atau air rebusan untuk sup.
  • 4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
  • 2 keping kayu kayu manis (2″).
  • 5 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga lawang (star annise).
  • 1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
  • 3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak suka gunakan daun sup saja.
  • 2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
  • Bawang goreng untuk hiasan juga.
  • Garam secukup rasa.
Nota:  Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan  dengan goreng kering dan dikisar halus  supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma  150gm. Kalau tidak ada rempah kurmak gunakan rempah sup adabi, mamak haji rasa rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Seperti mamak haji terangkan kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan “broth”. Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini
1. Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. masukan halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
2. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.
3. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.
Nota: kalau diperhatikan mamak haji tidak tumis perencah-perencah sup ini. walau pun ramai yang menumis dahulu sebelum masukkan dalam sup. Seperti mamak haji katakan variasi membuat sup ini berlainan. Bila kita tumis kemungkinan bau haruman akan semerbak didapur dan tetapi bukan dalam sup.
4. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. Mamak haji memberi penerangan berjela-jela ini supaya anda faham dan membolehkan anda cipta resepi sendiri mengikut selera anda. Selamat mencuba.

Selasa, Januari 20, 2015

Tortilla Ayam Panggang (Tortilla Chicken Wrap)

Assalammualaikum
Selalu gak buat chicken wrap sekarang ni untuk makan malam terutama hari Sabtu sebab akak selalu minta suami makan tengahari kat luar, nak gak tekak layan orang lain masak kan.

Bahan-bahan perapan ayam
Chicken Fillet/Isi dada ayam
Sos tiram/sos lada hitam
Serbuk lada hitam
garam
minyak zaitun

Bahan Lain
Tomato
Lada Benggala
Bawang Merah

Semua di dadu dan di masak sebentar.

Untuk di balut bersama
Salad-hiris
Timun-hiris

Cara-caranya
1.  Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas kecuali minyak zaitun selama 20-30 minit.
2.  Grill/goreng ayam dengan minyak zaitun

Jangan lupa buat yer

Isnin, Januari 19, 2015

28 November 2014 (Jumaat)

Assalammualaikum

Biar lambat buat N3, dari tiada langsung kan, kenangan terindah bila anak perempuan kita di lamar takkan tak nak buat N3 kat blog.

Tentu ada pembaca blog akak yang dah mengikuti kisah Yana dari semenjak beliau remaja lagi sehinggalah melanjutkan pelajaran di luar negara dan baru sahaja membawa pulang ijazah yang di idam idamkan.

Persediaan di mulakan sejak dari bulan Jun lagi, selepas Yana di risik.  Al maklumlah nak buat kenduri ni memang banyak yang perlu di perhatikan terutama belah perempuan.  Suami akak memang serahkan kat akak, kali ni kami ambil gak katering yang sama.

Orang perempuan banyak sangat nak di buat, kalau ikut suami akak dia nak buat secara kecil kecilan jer tapi akak bisinglah, mana boleh.  Masa anak lelaki senang ajer, cuma buat majlis makan sehari ajer.

Kalau belah perempuan, nak prepare dari nikah sehinggalah hari makan makan, suami akak tak nak buat kat masjid, dia nak buat kat rumah ajer.  Yana ni di risik pada bulan Jun, masa cuti sekolah tahun lepas, masa tu akak baru sampai dari Miri.

Kalau ikutkan akak tak nak lepaskan dulu, tapi kata suami kalau ada orang hendak dan Yana dah setuju teruskan ajerlah.

Lagipun mereka dah lama sangat berkawan sejak dari masa ambil A level.

Oleh sebab Yana anak perempuan sulung akak, teringin gak nak adakan majlis bertunang, biasalah mak kan.  
akak suruh cucu  akak interframe gak
Lepas solat Jumaat, buat sikit majlis sarung cincin, pada mulanya Yana nak pakai baju masa akak nikah sepasang.  Sayangnya gambar masa bertunang tak ada dalam simpanan akak sebab sarung cincin buat dalam bilik Yana.
5 Januari 1986 masa lepas nikah

Tapi disebabkan baju tu jarang kat lengan dan kat dada, nak ubahsuai susah akak suruh dia buat baju ajer, kain guna akak punya. Oklah kan sekurang-kurangnya ada gak nostalgia baju nikah akak tu

Tempat ambik gambar, Yana tak nak tepung tawar dan berinai..ikut ajerlah kan

selepas asar dengan sekali lafaz, termaterilah 
ikatan cinta mereka berdua dan menjadi 
pasangan suami isteri

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Jumaat, Januari 16, 2015

Resepi Laksa Asam

Assalammualaikum
Akak suka makan laksa asam, kadang-kadang hangat sampai 2 hari.  Masa heboh kat semenanjung bunga kantan mahal, kat Miri harga masih macam dulu gak, satu ikat ada 3 batang baru RM2.00 tapi ada gak yang jual RM1.00 satu..kira ok lah kan.


Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa (500gm)
  • 1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • 2 biji bawang besar - dikupas
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
  • 3 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
  • 2 keping asam gelugor
  • jus asam jawa-bergantung kepada tahap kemasaman yang diingin
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Bahan untuk hiasan
  • timun - dihiris halus
  • cili merah - dipotong
  • bawang besar - dipotong bulat-
  • daun salad - dipotong halus
  • bunga kantan-dihiris tipis
  • limau kasturi
  • daun selom
  • bawang besar di hiris memanjang

Cara memasak
1.  Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2.  Ikan kembung direbus dan dicampur dengan asam keping bersama sedikit air dan masukkan garam ke dalam air sehingga mendidih. 
3.  Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar. 
4.  Bawang besar, cili giling , bawang kecil dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
5. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
6. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
7. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih. Masukkan air asam jawa secukupnya.
8. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi. 
9. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.  Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Rabu, Januari 14, 2015

Ikan Bakar Portugis

Assalammualaikum semua

Imran masa kat tingkatan 2 dapat bersekolah pagi kerana keputusan yang agak baik pada masa tingkatan 1.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong memang ada anak murid pakai baju putih biasa bagi sessi petang untuk tingkatan 1-3 dan baju warna jingga untuk sessi pagi.  Asing siap siap masa tingkatan satu berdasarkan keputusan UPSR.
Tak taulah kenapa resepi ikan ni di panggil ikan bakar portugis, mungkin sebab menggunakan minyak bawang putih kot.  Dunia masakan memang aneh dan unik kan, pelbagai resepi ada didalamnya, cuma kita kena mencuba samada hasilnya sesuai dengan selera kita.

Bahan utama
  • 2 ekor ikan cencaru
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 4 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula/gula melaka
  • garam
  • sedikit minyak
  • air asam jawa
  • Daun pisang secukupnya
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 keping hirisan lengkuas

Bahan Minyak Bawang putih
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
Cara-caranya
  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masuk bahan kisar dan biarkan naik minyak.
  3. Masukkan garam, gula dan asam jawa kemudian rasa.

kalau nak letak hirisan daun kantan pun boleh

Cara Bungkus

  • Letak sambal di atas daun pisang, kemudian letak ikan dan letak lagi sambal di atas ikan berserta 1/2 sudu minyak bawang putih. 
  • Bakar dalam oven dengan menggunakan suhu antara 150-180C dalam jangka 30-50 minit atau sehingga masak. 
  • Guna arang lagi sedap tau tapi tak rajinlah pulak nak hidup arang bila masak sikit.

Isnin, Januari 12, 2015

Pasar Tamu Kedayan Miri

Assalammualaikum 


Macam biasa orang perempuan terutama mak-mak, makcik dan nenek suka gi ke pasar cam akak juga. 

Selain dari Tamu Muhibbah akak suka gak pergi ke Tamu Kedayan di  Centre Point Commercial Area. Kat sini lebih meriah dan ramai penjaja bila tiba hari Minggu, akak selalu pegi pepagi sebab nak cari parking dekat.  

daging biawak..mahai tau RM15.00 sekilo

Peniaga yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan menjual pelbagai bahan masakan, pelbagai jenis ikan sungai, kueh mueh, buah buahan dan sayur sayuran dan ada juga daging binatang yang susah nak jumpa tapi sayangnya kebanyakan yang jual daging rusa, pelanduk bukan peniaga islam. 
Setiap minggu barangan yang di jual kadang kala berlainan, kadang kala sama.  Burung puyuh, terung asam dan pelbagai bentuk labu, ada yang panjang dan ada yang bulat.
Kadangkala ada lokan, ikut musim gak, ikan kering dan ikan salai pun ada di jual tapi akak kurang minat ikan salai kat sini, mereka salai kering sangat tak macam kat semenanjung, cam keropok pula bila di makan.
Buah kelubi dan ulat sagu, seronok gi sini sebab barang niaga segar dan dapat tenguk telatah peniaga, ada ambik gambar daging pelanduk yang di jual oleh peniaga bukan islam, tapi bila balik gambar tak ada pulak..misteri nusantara lah pulak.

Alamat
Pasar Tamu Kedayan
Centrepoint
98000 MiriSarawak

Program Bijak Math

Assalammualaikum semua

Setiap kali aku naik LRT atau KTM, ataupun sesi gossip di pejabat, dah tentulah  akan terdengar komen daripada kawan-kawan pasal kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ni.

Kekadang ada yang juga yang berkongsi  pasal kos tuisyen anak mereka yang makin lama semakin mahal tetapi keputusan peperiksaan masih lagi biasa-biasa. 
Perghhh! Memang terasa betapa seksanya ibubapa semata-mata nak make sure anak-anak dapat pendidikan yang terbaik. 

Pastu ada jugak yang share pasal problem-problem di bawah :

ü  Tak mampu nak bayar kos tuisyen anak-anak yang mencecah ratusan ringgit
ü  Sesi sekolah harian semata-mata tak mengcukupi untuk anak-anak jadi pandai
ü  Pusat tuisyen yang terletak jauh dari rumah menyusahkan hodup
ü  Anak-anak masih lagi stuck dan ketinggalan jauh dalam subjek Matematik
ü  Mood student yang nak belajar kekadang tak tentu masa
ü  Buku rujukan yang kurang menarik, mahal dan kekadang tidak membantu
ü  Gangguan smartphone, tab dan internet mengganggu focus anak-anak
ü  Dan pelbagai lagi masalah-masalah lain yang anda boleh fikirkan…


Tapi jangan risau! Hari nie aku telah di-approach oleh Abang Blogger London yang dah lama menyepi sejak balik ke Malaysia. 

Sesapa yang tak kenal pasal dia – bolehlah ke blog beliau, tapi sejak dah bekerja  kat Petronas, jarang sangat dia update blog. Kalau dapat setahun sekali pun dah kira syukur. 

Beliau ada kongsi dengan saya pasal “Program Bijak Math” iaitu satu inisiatif baru untuk promote pendidikan Matematik kepada para pelajar Sekolah Menengah dan berkonsepkan “Virtual Math Tuition Centre”. 

Memang satu community project yang amat awesome, amat helpful dan memang sesuai untuk membantu para pelajar untuk score cemerlang dalam Matematik dengan kos paling berkemampuan.


Senang cerita. Kat bawah nie adalah summary “Program Bijak Math” untuk rujukan semua :

ü  Berkonsepkan “Virtual Math Tuition Centre”
ü  Mengandungi 100 hingga 200 video pembelajaran Matematik untuk setiap tingkatan
ü  Video boleh di download menerusi download line yang disediakan atau DVD terus ke rumah
ü  Teknik dan tips untuk menguasai Matematik dengan mudah dan pantas
ü  Pelbagai teknik pembelajaran Matematik dan contoh soalan SPM untuk rujukan
ü  Dalam bentuk video .mp4 – boleh diletak di dalam smartphone dan tablet untuk dibawa ke mana sahaja dan ditonton pada bila-bila masa
ü  Telah diguna pakai oleh para pelajar dan mendapat feedback yang menggalakkan daripada para pelajar dan ibu bapa serta para cikgu
ü  After sales service yang lengkap untuk sebarang feedback, masalah teknikal dan penjelasan yang lebih mendalam daripada tenaga pengajar Program Bijak Math
ü  Sebagai bahan pelengkap untuk kelas seharian; dan juga sebagai bahan pengganti dan pelengkap untuk kelas tuisyen tambahan
ü  Hanya RM49.99 untuk setiap tingkatan (boleh pilih tingkatan yang anda mahu).
ü  Jadi RM49.99 untuk 100 hingga 200 video pembelajaran; yakni hanya serendah 50 sen untuk setiap satu video

Memang terbukti dan ternyata awesome kan? 

Sekiranya berminat untuk tahu lebih lanjut,anda boleh refer list link di bawah sebagai bahan rujukan extra. 

Lagipun orang London kut yang endorsed, confirmla owsom kan? Dan paling penting – giving back to our community! Yeehaaa!!:

i.         Whatsapp : +6019 3710 904 (Mr. Long London) atau +6011 2713 9277 (Cikgu Sofia)

ii.       E-Mail : programbijakmath@gmail.com
iii.      Facebook Fan Page : http://www.facebook.com/programbijakmath
iv.     Teaser Video : http://www.youtube.com/watch?v=YCeZj5JxPno
v.       Website : http://www.programbijakmath.com

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...